Anda di halaman 1dari 9

PENGURUSAN JENAZAH Tanda-tanda kematian Antara tanda-tanda kematian yang biasa dikhabarkan oleh mereka yang arif dan

berpengalaman luas ialah:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Layu atau jatuh kedua-dua telinga dan hidung sebelum nazak Kedua-dua tumit kaki menjadi lembut Hidung menjadi bengkok Alis mata semakin hilang kulit muka menjadi semakin tegang Tulang pinggang rapat ke lantai Keluar peluh dan air mata

Menurut Osman bin Affan , Rasulullah saw bersabda: Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya.Apabila kedua-dua matanya terbeliak , dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun.Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat , mulutnya bertambah lebar , bererti seksa Allah telah turun kepadanya Orang yang merasakan diri mereka sudah berada dipenghujung hayat langkah terbaik ialah:1. Menyelesaikan hutang-piutangnya terlebih dahulu 2. Berpesan kepada keluarga agar selepas kematian kita, pastikan pengurusan jenazah kita dilakukan mengikut sunnah 3. Juga berpesan kepada waris dan ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan dan hidup dalam aman dan damai 4. Peringatan juga meliputi hal-hal berkaitan pembahagian harta pusaka dan sebagainya 5. Segera bertaubat sekiranya merasakan dirinya pernah melakukan dosa-dosa. Tanda-tanda ajal sudah hampir 1. Putihnya rambut setelah berwarna hitam 2. Kelemahan tubuhmu setelah engkau kuat 3. Bongkok tubuhmu setelah engkau berbadan tegap

Pelbagai adab berziarah

Adab ziarah orang sakit 1. Disunatkan meletakkan tangan kita ditempat yang sakit sambil membacakan basmalah dan mendoakan agar pesakit itu cepat sembuh dan banyak bersabar dengan ujian Allah SWT. 2 Sebaik-baiknya , elakkan daripada menceritakan pengalaman yang menakutkan berkaitan dengan penyakit orang yang diziarah 3 Bawalah buah tangan untuk menghiburkan hati pesakit 4 Sesuaikan waktu ziarah.Jangan berziarah setiap hari, melainkan atas kehendak atau permintaan pesakit sendiri 5 Janganlah berada terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin menyusahkan pesakit yang ingin berehat 6 Nasihatkan pesakit supaya banyak bersabar

Adab ziarah orang Nazak 1. Sewaktu menziarahi orang yang sakit tenat (nazak) yang beragama Islam .disunatkan membaca surah Yaasin 2. Elakkan membuat bising dan berceritalah perkara-perkara yang baikbaik sahaja. 3. Hadapkan ke arah kiblat orang yang sedang sakit tenat 4. Orang yang sedang sakit tenat hendaklah diajar kalimah tauhid iaitu La ilaha illallah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Adab-adab ziarah kematian 1. Apabila berlaku kematian hendaklah diucapkan takziah kepada ahli keluarganya supaya bersabar dan mendoakan si mayat 2.Amat digalakkan sekiranya dapat membantu keluarga simati dengan kerja-kerja pengurusan jenazah sehingga selesai di bawa ke tanah perkuburan 3.Sentiasa berusaha membantu meringankan beban waris si mati.Contoh nya dengan menyediakan makanan kepada keluarga si mati disebabkan situasi mereka yang berada dalam kesedihan dan kekalutan 2

Nazak Bagi orang yang akan menguruskan orang yang berada dalam keadaan Nazak, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.Diantara Nya ialah:1. Sebuah keluarga perlu nertanggungjawab ke atas ahlinya yang sedang nazak.Mereka perlu sentiasa berada di sisinya 2. Pastikan orang yang menguruskan jenazah ialah orang yang paling baik baik amalannya dan lebih dalam pengetahuan agamanya atau berpengalaman, ini untuk mengelakkan mereka membuka aib si mati kepada masyarakat luar 3. Orang yang berada di sisi orang yang sedang sakit nazak , mesti menjaga segi pengucapannya.Sebaik-baiknya hal-hal berkaitan duniawi tidak diceritakan langsung 4. Pastikan kedudukannya mengadap kiblat serta sentiasa diperdengarkan bacaan Yaasin , al-Quran dan sebagainya 5. Orang yang berada berdekatan dengan orang yang sakit tadi supaya mengelap keringat , membasahkan bibir orang yang sedang menghadapi saat kematian

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas meninggal dunia

1. Hendaklah dipejamkan(ditutupkan) matanya seraya mendoakan simati. 2. Hendaklah diluruskan kaki,diqiamkan tangan, diikatkan dagu serta mengadap kiblat sebelum ditutup seluruh tubuh dengan kain sebagai penghormatan kepada simati dan supaya tidak terdedah auratnya. 3. Tidak ada halangan untuk mencium si mati bagi ahli keluarganya atau sahabat-sahabat yang rapat 4. Ahli keluarga mayat yang mampu hendaklah melunaskan segala hutang piutang simati , samada menggunakan harta peninggalan simati dengan pertolongan keluarganya.

PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DILAKSANAKAN KE ATAS MAYAT Bila seseorang Islam meninggaldunia , maka menjadi fardhu Kifayah ke atas orang yang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:a) b) c) d) Memandikan mayat Mengkafankan mayat Menyembahyangkan mayat Mengkebumikan mayat

Keempat-empat perkara di atas itu Wajib dilaksanakan dengan sempurna dan segera , kecuali orang yang mati syahid.

1). Memandikan mayat Tujuan memandikan mayat ialah untuk membersihkannya dari najis , ,kekotoran dan juga daripada hadas kecil dan hadas besar. Cara memandikannya:a) b) c) d) e) Dimandikan di tempat yang tertutup Pakaikan mayat itu dengan kain basahan Dibaringkan mayat itu di atas pangkin ( tempat memandikan mayat) Air yang hendak digunakan hendaklah air masin atau air tawar sejuk Membuang najis yang ada dalam perut mayat dengan lembut dengan cara mengurut perut mayat perlahan-lahan dan lembut sehingga tiada lagi najis. Kemudian cuci qubul dan dubur dengan tangan kiri dan dibalut dengan kain yang bersih sehingga bersih. Bersihkan gigi , mata , telinga, lubang hidung dengan kain bersih. Begitu juga dengan kotoran di bawah kuku. Basuh kepala dan sisirkan rambutnya dengan sikat yang jarang supaya rambut tidak gugur , jika gugur maka masukkan rambut itu ke dalam kain kafan kerana rambut itu wajib ditanam bersama. Ambil wuduk k etas mayat kemudia niatkan pula mandi hadas untuk mayat.

f) g) h)

i)

2) Mengkapankan Mayat

Mengkapankan mayat hendaklah sekurang-kurangnya dengan menutupi jenazah itu.. Lebih sempurna lagi sekiranya dikapankan seperti berikut:a) Jenazah lelaki dikapankan dengan 3 lapis kain b) Jenazah perempuan dikapankan dengan 5 lapis kain

Adalah lebih baik sekiranya dibuat sehelai seluar dan serban bagi lelaki dan telekung bagi perempuan. Afdhal kain kapan berwarna putih.

Tujuan mengkapankan mayat ialah :-

1) Untuk memelihara maruah simati 2) Untuk menutup aurat si mati

Cara-cara mengkapankan mayat

1. Kain kapan sebaiknya diasapi terlebih dahulu dengan sesuatu yang yang berbau harum 2. Dihampar sehelai demi sehelai dan ditaburkan setiap lapis dengan dengan benda berbau harum seperti setanggi , kapur barus , cendana ,minyak kasturi air mawar dan sebagainya. 3. Letakkan lapisan paling bawah kain dengan 5 atau 3 tali untuk pengikat mayat. 4. Setelah itu barulah mayat itu diletakkan di atas kain kapan dalam keadaan terlentang dan kedua-dua tangannya diletak di atas dada. 5. Balut mayat dengan mendahului sebelah kiri dan kain kapan yang Sebelah kanan diselitkan ke sebelah kiri mayat. Setelah selesai barulah mayat itu diikat.

3) Menyembahyangkan mayat Tujuannya ialah untuk :1. Sebagai penghormatan 2. Untuk mendoakannya Hukumnya fardhu kifayah. Boleh dilaksanakan seorang tetapi lebih baik sekiranya lebih ramai yang melaksanakannya. Syarat-syarat sah solat jenazah A) B) C) D) Jenazah itu orang Islam Mayat sudah dimandikan dan dikapankan Bukan jenazah orang yang mati syahid Jenazah itu berada di hadapan orang yang hendak menyembahyangkannya kecuali solat ghaib @ solat atas kubur E) Orang yang bersolat itu mestilah suci daripada hadas, menutup aurat dan mengadap kiblat. Rukun solat jenazah 1. Niat


Maksudnya:Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir fardhu kifayah makmum @ imam kerana Allah Taala. 2. Berdiri betul 3. Takbir pertama serta takbiratulihram 4. Membaca surah al-Fatihah 5. Takbir Kedua 6. Membaca selawat sekurang-kurangnya

..............
6. Takbir ketiga 7. Membaca doa sekurang-kurangnya

..............
8. Takbir keempat 9. Membaca doa sekurang-kurangnya 6

..........
10. Salam * Untuk jenazah lelaki huruf HA dibaca HU.Manakala bagi perempuan huruf HA dibaca dengan bunyi HA. 4) Mengkebumikan jenazah Tujuan mengkuburkan mayat ialah:1. 2. 3. 4. Untuk Untuk Untuk Untuk menjaga kehormatan mayat mengelakkan daripada dimakan binatang mengelakkan jangkitan penyakit memberi keselesaan orang yang masih hidup

Syarat-syarat mengkebumikan mayat a) Mayat telah dimandi , dikapan dan telah disembahyangkan dan telah di bawa ke tanah perkuburan. b) Dalam kubur sekurang-kurangnya tidak tercium bau busuk mayat dan tidak mungkin dibongkar oleh binatang. Lubang kubur Lubang kubur di sunatkan memakai Liang lahad iaitu digali di bawah kubur Mengadap kiblat sekadar termuat badan mayat.Kemudian mayat ditutup dengan sekeping papan. Cara-cara mengkebumikan mayat 1. Letakkan mayat itu di arah kaki kubur apabila tiba ke kubur. 2. Angkat mayat ke dalam liang lahad perlahan-lahan 3. Miringkan badan mayat itu ke sebelah rusuk kanan dan mukanya dihadapkan ke arah kiblat 4. Jika mayat itu perempuan , ketika memasukkan mayat ke dalam kubur hendaklah ditutup di atasnya dengan sehelai kain

7 5. Masukkan mayat dari arah kaki kubur dengan mendahulukan kepala 6. Buka atau longgarkan ikatan yang mengikat mayat 7. Buka kain kapan di bahagian muka mayat supaya mencecah dinding kubur 8. Setelah itu ditutup lubang lahad dengan sekeping papan dan disunatkan memasukkan 3 kepal tanah 9. Kemudian ditimbus tanah dan tinggikan tanah tersebut sekadar sejengkal. 10. Hendaklah menandai kubur itu dengan batu nisan dan sebagainya 11. Letakkan batu-batu kecil atau batu kerikil di atas kubur 12. letakkan pelepah-pelepah yang basah di atas kubur @ bunga 13. Siram dengan air mawar atau air Yaasin 14. Setelah itu dibacakan talkin bagi mayat 15. Orang yang membacakan talkin hendaklah duduk atau berdiri menghadap arah muka mayat dengan membelakangkan kiblat.

BACAAAN TALKIN A.Talkin di saat kematian 1. Talkin dari segi bahasa bermaksud mengajar Dari segi Bahasa Arab talkin membawa maksud membimbing orang untuk mengikut kata-kata yang diucapkan. 2. Menurut Imam Syaukani bertalkin hukumnya sunat .alasannya berpandukan Hadis Rasulullah sewaktu mengkebumikan anaknya Ibrahim.baginda bersabda wahai Ibrahim katakanlah:La ilaha illallah.Umar bertanya, Ya Rasulullah adakah anak kecil yang tidak berdosa ini patut juga di ajar? jawab Rasulullah Ya! 3. Ajarkan kalimah tauhid itu dengan suara yang lembut ,tenang di telinga kanan secara perlahan-lahan dan jangan kerap diulang-ulang B. Talkin ketika di atas perkuburan Rasulullahsaw tidak pernah mengamalkannya.Ia termasuk Khilaf ulamak atau perselisihan pendapat para ulamak.Terdapat 3 pendapat ulamak yang berbeza:-

8 1. Hukumnya Sunat- ini adalah pendapat Mazhab Hambali dan Mazhab Syafie.Ini bersandarkan keterangan Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: Jika ada diantara kalian yang meninggal dunia kemudian kuburannya diratakan dengan tanah maka hendaklah ada yang berdiri dekat kepalanya dan berkata: Ya fulan bin Fulan 2. Hukumnya harus- ini pendapat Ibnu Taimiyah 3. Hukumnya makruhini pendapat Imam Maliki dan Iman Hanafi