Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum W.B.

T dan salam sejahtera Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada pensyarah saya Pn. Majdah Binti Mohammad yang telah mengajar saya bagi kelas WAJ3101 ; Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Alhamdulillah, setelah saya mempelajari subjek Tamadun Islam ini saya dapat mendalami dan mengetahui perkaitan diatara Agama Islam dan Tamadun begitu juga perkaitan antara agama lain dengan Tamadun di sesuatu tempat tertentu. Saya juga memahami kewujudan sesuatu tamadun kepada sesuatu bangsa, kaum tertentu bukannya datang sendiri tetapi hasil usaha yang gigih tokoh-tokoh terdahulu bagi memahami perihal agama, nilai, ilmu, emosi, sosial, kekeluargaan untuk membentuk tamadun yang boleh diterima oleh sejagat. Kedatangan Islam menjadikan tamadun di malaysia berubah daripada mempercayai Buddha Hindu dan Animisme kepada kepercayaan Islam yang bertauhidkan yang tuhan yang Esa. Tajuk ini juga menjadikan saya lebih sedar dan mendekatkan diri saya kepada yang Esa kerana walaupun perjalanan pembentukan sesuatu tamadun itu dirancang oleh manusia namun sebenarnya setiap aturan dan peristiwa telah diatur oleh Maha Pencipta melalui Qada dan Qadar. Jikalau dinilai secara logik akal bagaimana sesuatu boleh tercipta dan terbina sudah tentulah dikatakan sebagai manusia yang membangunkannya. Namun sebenarnya segalanya adalah aturan dari pencipta alam ini. Dialah yang mencipta bahasa, budaya, bangsa. Segalanya untuk kita berkenalan antara satu sama lain dan mencari kebaikan serta meninggalkan keburukan untuk sama-sama mentadbir alam ini. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita diberi tugas mentadbir alam, haiwan, tumbuhan, sungai, laut, udara Penciptanya. dan manusia mengikut kehendak

Anda mungkin juga menyukai