Anda di halaman 1dari 8

http://www.geocities.com/jpmmpks/sumber/pmikro01_am.

htm

PENGAJARAN MIKRO*
Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963. Pada tahun 1969, Allen dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik latihan. Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah satu peristiwa mengajar yang kecil. Lawannya ialah pengajaran makro iaitu proses mengajar dalam kelas biasa. Perbezaan antara pengajaran mikro dan makro:

Situasi Mikro
o o o o o o

Kelas kecil (5 - 8 orang murid) Guru pelatih berperanan sebagai murid Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit) Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja Tidak perlu ke sekolah Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal

Situasi Makro
o o o o o o

Kelas sebenar (40 orang atau lebih Perlu murid sebenar di sekolah Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih) Pelbagai kemahiran digunakan Dilaksanakan di sekolah sebenar Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan sebenar

Organisasi Ringkas Pengajaran Mikro


o

Taklimat Penyelia memperkenal kemahiran yang hendak dicuba dan memberi peluang kepada guru pelatih membuat persediaan. Mengajar Guru pelatih mengajar selama kira-kira 5 8 minit dengan memberi tumpuan rapi kepada kemahiran yang telah dikenal pasti. Sesi Kritik Perbincangan diadakan tentang kemahiran yang dicuba antara guru pelatih berkenaan, rakan sebaya dan penyelia. Mengajar Semula Jika sesi kritik kurang memuaskan, guru pelatih akan mengajar semula, tetapi kepada kumpulan pelajar yang berlainan.

Jika masa tidak mengizinkan, sesi mengajar semula boleh ditiadakan. Rasional Pengajaran Mikro
o

Proses mengajar adalah kompleks dan memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu dalam berbagai-bagai bidang. Proses kompleks itu boleh dianalisis dan dipecahkan kepada pendekatan-pendekatan dan kemahirankemahiran spesifik. Sebahagian besar kemahiran tersebut boleh dipelajari satu persatu dalam situasi simulasi. Guru-guru pelatih perlu diberi latihan yang bersistematik supaya mereka menguasai kemahirankemahiran itu. Mereka yang menguasai kemahiran-kemahiran itu akan menjadi guru yang lebih yakin dan efektif dalam situasi sebenar nanti.

o o

Ciri-ciri Penting
o

Guru pelatih mencuba kemahiran mengajar. Lazimnya setiap sesi tertumpu kepada satu kemahiran. Sesi mengajar semula hendaklah diadakan sehinggalah kemahiran itu dikuasai.

Oleh sebab pengajaran berfokus kepada kemahiran, topik atau mata pelajaran tidaklah sebegitu penting. Seseorang guru pelatih itu boleh mengajar sebarang topik asalkan tumpuannya adalah terhadap kemahiran yang telah dikenal pasti. Semangat collegiality amatlah penting dalam pengajaran mikro. Penyelia dan guru pelatih hendaklah menganggap setiap ahli sebagai rakan sejawatan yang mempunyai semangat bantu-membantu dan kerjasama yang tinggi. Dalam situasi seperti (c) di atas, setiap peserta akan sanggup mengkritik dan menerima kritikan secara membina. Sesi ini bukanlah sesi menghentam atau membalas dendam. Sesi pengajaran mikro bertujuan untuk mencuba kemahiran. Oleh yang demikian, tidaklah sesuai jika ianya digunakan sebagai sesi penilaian kebolehan mengajar.

Objektif Pengajaran Mikro Melalui aktiviti ini, guru-guru pelatih dapat mencuba pelbagai teknik mengajar secara berkesan dan menjadikannya sebagai aktiviti tambahan dan aktiviti persediaan bagi latihan mengajar sebenar di sekolah. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada guru-guru pelatih
o o o o

menjalani latihan amali dalam situasi mikro yang lebih mudah diawasi; menguasai kemahiran-kemahiran mengajar satu persatu; memerhati prestasi mereka sebagai guru dalam situasi-situasi mengajar tertentu; mengkritik diri sendiri, mengenal pasti kelemahankelemahan mengajar dan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut; meningkatkan kepekaan dan meninggikan keyakinan diri supaya mereka boleh mengajar dengan lebih efektif dalam situasi bilik darjah sebenar.

Peranan Pensyarah/Penyelia

Pensyarah sepatutnya memainkan peranan aktif pada peringkat permulaan dan kemudian menjadi fasilitator sahaja apabila guru pelatih sudah tahu cara-cara melaksanakan aktiviti ini. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah seperti yang berikut: (a) Pendedahan sistematis tentang kemahiran yang hendak dikuasai: o konsep asas, definisi dan sebagainya
o o

contohan dalam model visual: penyelia sendiri atau bahan filem/video yang sesuai ciri-ciri kemahiran dan borang bimbingan yang akan digunakan

(b) Peluang bagi guru pelatih mencuba kemahiran dalam situasi yang kurang mencabar: o masa yang cukup untuk persediaan mengajar
o o o

menentukan peranan ahli-ahli kumpulan lain persediaan yang rapi tentang sumber-sumber dan media yang akan digunakan mengajar dalam situasi mikro dari segi masa, kemahiran dan saiz kelas

(c) Maklum balas spesifik tentang kemahiran yang digunakan *Risalah Kurus Peningkatan Profesionalisme Pensyarahpensyarah Baru Institut/Maktab Perguruan 1996 anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO INDUKSI SET Tujuan
o o

Mendapatkan perhatian murid Memudahkan murid memahami pelajaran yang akan diikuti nanti kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka

o o

Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui /mempelajari pelajaran tersebut Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

Bila Induksi Set Digunakan?


o o o

Memulakan pelajaran baharu Mengenalkan sesuatu konsep/prinsip Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran seperti kemahiran bahasa Memulakan satu sesi soal jawab Mengubah cara penyampaian apabila murid kurang/ tidak faham Memulakan kerja amali

Bagaimanakah caranya?
o o o o o

o o

Guru bercerita Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian, lakonan, simulasi dan lain-lain Menggunakan alat bantu mengajar Bersoal-jawab-yakni menyoal pengalaman harian murid atau murid bercerita Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu, mengeluarkan bunyi ganjil dan sebagainya Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya Purdah perlu ditegah di sekolah Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik.

PENYAMPAIAN Amalkan strategi-strategi yang berikut


o o o

Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka telah bersedia. Induksi set perlu menarik minat murid dan dapat memberi kesan. Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa

gangguan.
o o o

Mulakan daripada prinsip mudah kepada susah dan sebagainya Percakapan guru (jelas, tidak terlalu cepat, boleh diikuti oleh semua murid). Elakkan gangguan menerima (contoh: terlalu banyak berjalan, melambung kapur atau penerangan tidak licin). Bahasa tertib, terang, sesuai dengan keadaan pencapaian bahasa daerah. Penyoalan baik taburannya, dan berkaitan dengan objektif atau isi pelajaran. Teknik menyoal dilakukan dengan betul. Memberikan bimbingan kepada murid-murid secara beransur-ansur hingga akhirnya mereka boleh berdikari. Berikan peneguhan seperti ganjaran (pujian, galakan dll) Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran yang diberikan itu teguh dalam ingatan murid. Awasi segala latihan dengan teliti. Adakan variasi (mengubah-ubah) dalam cara penyampaian:
o o

o o

o o o o

guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu pantas dan mengganggu pusatkan perhatian murid secara lisan (beri arahan tertentu) atau bukan lisan (senyum, angguk kepala dsb) pelbagaikan interaksi; guru-kumpulan, gurumurid (individu), murid-murid adakan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria seperti mendengar, melaihat dan merasa

o o o

STRATEGI PENGAJARAN PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR (MEDIA PENGAJARAN)

1. Pertimbangkan alat-alat itu dengan jumlah murid yang akan melihat (menggunakan)--pastikan cukup atau tidak. 2. Pilih alat-alat yang sesuai dengan umur murid. Misalnya, murid-murid yang lebih muda mungkin memerlukan pengalaman sebenar melalui bendabenda maujud yang boleh dipegang atau diteliti atau dilihat dengan lebih jelas seperti gambar-gambar warna, kad imbasan, pita rakaman dan sebagainya. Manakala murid-murid yang lebih dewasa memerlukan alat-alat berbentuk simbol, carta, rajah, peta dan lain-lain. 3. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. 4. Alat-alat yang digunakan hendaklah dipilih daipada alat-alat yang sesuai dengan objektif nanti. 5. Alat-alat itu praktis di dalam bilik darjah, yakni bergantung pada saiz bilik darjah, sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik, plug dan sebagainya. 6. Alat yang dipilih itu mudah dibawa, mudah digunakan pada masa yang dikehendaki yakni penggunaannya tidak begitu rumit sehingga mengganggu kelancaran penyampaian pelajaran. 7. Pilih alat-alat yang dikira paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran murid. 8. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah menarik, jelas gambarannya, tidak terlalu kusut hingga sukar difahami. Warnanya juga tidak terlalu garang atau gelap hingga memeningkan kepala atau terlalu gelap. 9. Pilihlah alat-alat yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakannya dan seelok-eloknya ialah alat-alat yang mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di sekeliling dan murah pula harganya. PENGUKUHAN MURID
o o

Isyarat lisan yang positif: Gunakan perkataan bagus, baik, syabas apabila memberi jawapan yang baik. Isyarat tambahan lisan yang positif: Contoh: bersuara

seperti uh, um, ya, ya untuk galakkan murid mengambil bahagian atau meneruskan jawapan.
o

Isyarat bukan lisan yang positif: Senyuman, angguk kepala, menulis jawapan murid di papan tulis, melihat dan memandang mereka dengan wajah berminat dan mesra. Isyarat lisan yang negatif: Elakkan kata-kata tidak berasas, salah sama sekali jawapan itu dan sebagainya. Isyarat tambahan lisan yang negatif: Elakkan daripada merungut, mengganggu murid ketika mereka sedang memberi pendapat. Isyarat bukan lisan yang negatif: Elakkan daripada masam muka, menghina, menunjukkan sikap tidak sabar dan merungut-rungut.

PENYERTAAN/PENGLIBATAN MURID
o o o o

Ada aktiviti murid yang selaras dengan objektif dan aras pencapaian. Ada aktiviti yang timbul secara sukarela / minat, ch. murid angkat tangan, beri pendapat dll. Murid-murid giat mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Guru mewujudkan pelbagai corak interaksi dengan murid. Contohnya: guru-kumpulan, kumpulan-guru, guru-murid, individu-guru, murid-murid. Guru menggalakkan murid yang pendiam memberi jawapan/ mengambil bahagian. Guru menggunakan teknik supaya murid cuba menjawab, mengulas, menambah jawapan rakan yang lain.

o o

Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji, menggalak) dan bukan lisan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai