Anda di halaman 1dari 4

Semasa menjalani program internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) di Pasir Mas, Kelantan kami

berpeluang untuk melihat secara langsung aspek pengurusan dan pentadbiran program pendidikan khas di sekolah tersebut. Untuk mendalami lagi aspek-aspek tersebut, temubual telah dijalankan dengan seorang guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah tersebut. Temubual ini dijalankan pada tarikh 17 Ogos 2011 pada pukul 9 pagi bertempat di bilik guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah tersebut.

1. Nama dan pengalaman mengajar dan jawatan sekarang. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah ini ialah En. Mohd Nawi Bin Awang Senik. Beliau berasal dari Setiu, Terengganu. Beliau menerima pendidikan keguruan di Maktab Perguruan Pasir Panjang di Kuala Terengganu, Terengganu. Bermula pada Disember tahun 1993, beliau merupakan ambilan pertama program ambilan dua kali setahun di bahagian pendidikan guru pada tahun tersebut Beliau menamatkan pengajian keguruan pada Jun 1996 dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Polis Depot di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pada penempatan pertama tersebut, beliau telah belajar mengenali bidang Pendidikan Khas pada kali pertama walaupun sebenarnya beliau bukan dari opsyen tersebut. Opsyen beliau yang sebenar semasa berkursus ialah opsyen Bahasa Melatu sekolah rendah. Walaubagaimanapun, pengenalan tersebut berjaya membuka peluang kepada beliau untuk mengenali dengan lebih dekat dunia pendidikan khas ini. Seterusnya, beliau telah diberi mandat untuk membuka program baru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Danau Kota yang juga terletak di Kuala Lumpur.pada akhir Januari 1998 hingga Disember 2000. Dalam temubual ini beliau menjelaskan bahawa walaupun tidak mendapat pendedahan dan latihan yang sempurna dalam bidang ini, namun Jabatan Pelajaran Negeri khususnya Jabatan Pendidikan Khas ketika itu, telah menyediakan pelbagai kursus short course pada setiap hujung minggu kepada guru-guru selain menghadiri pelbagai pembentangan kertas kerja di Universiti

Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia atau kursus-kursus bergerak yang lain yang dijalankan di sekolah-sekolah. Beliau kemudiannya memohon bertukar ke Kelantan di mana perkhidmatan beliau yang seterusnya ialah di Sekolah Kebangsaan Tumpat, Kelantan bermula Januari 2001 hingga Disember 2003. Kemudian beliau telah diarah untuk membuka program baru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh, Pasir Mas bermula Januari 2004 hingga April 2011. Setelah berkhidmat sebagai guru penyelaras di sekolah tersebut, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang iaitu sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan bertukar di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) di Pasir Mas, Kelantan sehingga sekarang.

2. Bagaimana pelaksaan pengurusan kelas integrasi di sekolah tuan? Mengikut maklumat yang diterima melalui temubual, En. Mohd Nawi menjelaskan bahawa program Pendidikan Khas sekolah ini sudah dimulakan 1993, Di Kelantan, sekolah ini merupakan sekolah yang ke-dua paling lama yang mempunyai program Pendidikan Khas. Sekolah ini memang sudah lama terkenal dengan program ini dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas yang lain. Ketika beliau baru bertukar ke sekolah ini, beliau mendapati segala kelengkapan terutamanya prasarana fizikal di kelas-kelas Pendidikan Khas adalah tersedia dan berkeadaan sangat baik. Kelengkapan lain seperti bilangan murid-murid, guru-guru, pembantu pengurusan murid juga adalah mencukupi. Ketika ini, bilangan murid yang mengikuti program ini adalah berjumlah 58 orang dengan 4 orang daripadanya adalah murid Pra Pendidikan Khas. Oleh itu, apabila mula bertugas sebagai guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di sekolah ini, apa yang beliau lakukan ialah memantapkan lagi program Pendidikan Khas di sekolah ini seperti menyusun semula susunan perabot di kelas mahupun di bilik guru Pendidikan Khas. Selain itu, kelengkapan bahan bantu mengajar (BBM) juga ditambah lagi penggunaannya di kelas. Prasarana fizikal juga juga banyak yang dibaiki seperti pagar dan bangunan sekolah yang dicat semula. Untuk pengetahuan, sebenarnya

program Prasekolah Pendidikan Khas juga mula diwujudkan semasa beliau menjadi guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah ini.

3. Bagaimana pengurusan guru pendidikan khas di peringkat kelas pendidikan khas?

Menurut En. Mohd Nawi, guru-guru Pendidikan Khas sekolah ini terdiri daripada mereka yang komited dengan tugas dan sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Seperti yang dapat dilihat, beliau tidak mempunyai masalah dalam mewujudkan kerjasama dengan guru-guru di sini. Terdapat 15 orang guru dan 6 orang pembantu pengurusan murid yang berkhidmat di dalam program ini. Setakat ini segala komitmen yang diberikan dapat dilaksanakan mereka seperti yang ditunjukkan dalam menjayakan Karrnival Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh guru-guru praktikum tempoh hari. Beliau juga ada merancang untuk mengadakan kursus pendedahan mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini. Ini kerana selain bertugas sebagai guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di sekolah ini, beliau juga bertindak sebagai Jurulatih Utama (JU) bagi negeri Kelantan. Setakat ini, komitmen yang ditunjukkan guru-guru Pendidikan Khas adalah sangat baik.

4. Sejauhmanakah penglibatan guru-guru pendidikan khas dalam kurikulum peringkat sekolah?

Untuk pengetahuan semua, En. Mohd Nawi menegaskan bahawa beliau sentiasa menjaga kebajikan anak-anak buah yang berada di bawah beliau. Hubungan baik ini adalah hubungan professional yang dibina atas dasar hormat menghormati sebagai satu organisasi dalam pasukan. Beliau sentiasa mengamalkan nilai hormatmenghormati ini dengan amalan seperti bertanya khabar dan bertegur sapa antara satu

sama lain. Beliau ada menyatakan dalam temubual bahawa beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir dan ingin tahu. Beliau amat mengagumi tokoh dalam dunia pendidikan negara iaitu Datuk Razali Ismail yang merupakan idola beliau. Tokoh ini merupakan seorang pensyarah beliau semasa di Maktab Perguruan Pasir Panjang yang banyak mempengaruhi kehidupan beliau dalam dunia pendidikan. Beliau juga ada menerangkan mengenai hobi beliau yang suka membaca buku terutamanya buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan. Beliau menerangkan mengenai tabiat beliau yang sentiasa menjaga masa.Contohnya, beliau tidak akan melakukan aktiviti seperti membaca surat khabar semasa berada di sekolah dan hanya membacanya apabila mempunyai masa lapang di rumah. Beliau memperuntukan sepenuhnya masa setiap hari sebagai guru untuk menjalankan tugas dengan komited dan sepenuhnya iaitu berpijaknya kaki beliau di sekolah pada waktu pagi hingga selesai tugasan beliau apabila tamat waktu persekolahan pada tengaharinya. Keseluruhannya, beliau menyatakan bahawa guru-guru di sini terlibat sama dalam kurikulum seperti guru-guru lain di sekolah ini. Tiada diskriminasi oleh pihak sekolah terhadap guru-guru Pendidikan Khas malah Guru Besar sekolah ini menunjukkan sokongan padu dengan sentiasa melawat dan sering bertanya khabar mengenai keperluan program Pendidikan Khas sekolah ini. Malah baru-baru ini, Guru Besar telah sama-sama mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur yang dianjurkan mereka baru-baru ini.

Anda mungkin juga menyukai