Anda di halaman 1dari 7

18 tahun dah aku? Aduh! Kenapa cepat sangat masa berlalu.

Aku tak puas lagi nak hidup sebagai pelajar sekolah menengah. Banyak betul kenangan yang perlu ditinggalkan. Haish, makin peninglah aku lepas ni dengan suasana baru dekat kampus kelak. Ika jangan semangat mula-mula je lepas itu jadi hangathangat tahi ayam. Perit tu kalau asyik nak ulang sem saja. Sekarang Ika dah berada di sem 4 di KLIUC. Ika mengambil jurusan pengurusan perniagaan untuk mencapai cita-citanya. Ika ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam abad ini. Pada awalnya memang banyak benda yang ingin di niagakan oleh Ika tetapi semuanya hanyalah anganangannya buat sementara. Ika menumpukan perhatiannya dalam pelajaran. Setiap kali cuti sem Ika akan memohon kerja di pelbagai tempat untuk menimba pengalaman. Sepanjang belajar Ika tidak pernah melibatkan dirinya dengan soal cinta. Tak dapat di nafikan yang kadang kala Ika merasa sedikit sunyi apabila tidak berteman tetapi sudah menjadi prinsip Ika yang dia tidak akan sama sekali terlibat dengan hati dan perasaan sepanjang tempoh dia belajar malah kalau di izinkan biarlah perkara ini berlarutan sehingga Ika dapat kecapi impiannya. Apabila semuanya sudah berjaya barulah dia akan fikirkan soal keluarga. Kini Ika sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat besar dan ternama di Malaysia. Berjaya Holding telah member tawaran kepada Ika untuk terus bekerja dengan mereka setelah Ika tamat pelajaran. Ika tidak memberi sebarang kata putus mengenai tawaran tersebut kerana Ika ingin membantu syarikat ayahnya sendiri. Walaupun tidak semegah Berjaya Holding Ika tetap dengan niat asalnya yang ingin memajukan perniagaan keluarga dan membuka perniagaan sendiri. Sepanjang Ika menjalani praktikal di Berjaya Holding, Amirul sering menganggu Ika. Kadang kala Ika rasa rimas dan lemas dengan tindak tanduk Amirul. Tidak tahu apa yang dinginkan oleh lelaki tersebut. Ika tetap dengan caranya. Layanan tetap diberikan tapi tidak lebih dari seorang kawan. Biarlah apa pun yang dia rasa Ika sedikit pun tidak hairan yang penting hatinya itu perlu di jaga agar tidak di nodai oleh perasaan cinta. Hai, you da lunch? Jom I belanja you. Amirul mengajak Ika untuk makan tengah hari bersama dengannya. Sorry la Mirul I ada banyak kerja nak diselesaikan. Apa kata you ajak Dewi dengan Kat mesti diaorang nak. Ika memanggil dua sahabatnya itu ke mejanya. Aduh Ika ni, aku ajak dia orang lain pula yang aku dapat. Dua orang pulak tu punah la poket aku. Amirul membebel sendiri sambil tangannya ligat menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mencari akal untuk mengelak dari keluar dengan sahabat Ika yang kepoh itu. Tak sanggup rasanya nak dengan celoteh diaorang. Ika tersenyum melihat Amirul terus berlalu tatkala Dewi dan Kat datang menghampiri mereka. Nampak sangat tak ikhlasnya tu. Huh! Ika bersuara kecil tanda tidak setuju dengan tindakan Amirul.

Ika pulang lewat sedikit petang Jumaat kali ini untuk menyiapkan tugasannya sebelum pulang dan bercuti selama seminggu. Permohonan cutinya telah diluluskan oleh Datuk Bakar sendiri. Tersenyum puas Ika tatkala melihat surat permohonannya di luluskan. Hatinya terlalu merindui kampung halaman terutama ibu dan abahnya yang jauh di mata namun dekat di hati. Amirul sengaja menunggu Ika di lobi, padanya ini lah satu-satunya peluang keemasan buat dirinya mendekati sarang tebuan yang menjadi tumpuan ramai orang. Rakan-rakan Ika sudah pulang awal-awal lagi kerana besok adalah hujung minggu yang bakal di nikmati oleh semua pekerja di Malaysia. Nasib Amirul sangat malang kerana Ika tidak menaiki pengangkutan awam seperti biasa dan Ika langsung tidak lalu lobi office. Ika membawa kereta nya kerana ingin terus pulang ke Kedah. Hampir dua jam Amirul menanti namun kelibat Ika langsung tidak muncul. Amirul menuju ke pintu pejabat tetapi sudah berkunci. Aik! Mana minah ni pergi. Semua dah berkunci, takkan dia ghaib pula. Amirul berkata seorang diri. Tibatiba bahunya dipukul seseorang. Melompat Amirul kerana terkejut. Dilihatnya Pak Mad yang sedang tersengih itu seperti mahu di telan sahaja. Amirul memegang dadanya untuk kembalikan semula semangtnya yang hilang sebentar tadi. En. Amirul buat apa dekat sini? Ada barang tertinggal ka? soal Pak Mad. Huish! Pak Mad ni, dah la buat saya terkejut tak mintak maaf pula tu. Ni kalau jantung ni gugur sapa nak tolong kutipkan? Amirul memberi jawapan yang tidak masuk akal. Pak Mad, tadi bukan ke Ika tak balik lagi? sambung Amirul. Ouh, En. Amirul cari Cik Ika ka. Dia dah lama balik. Hari ini dia bawak kereta sebab dia terus balik kampong. Katanya rindu sangat seseorang dekat sana dah janji nak sampai malam ni. Terang Pak Mad lebar. Ada janji? Dia dah berpunya ke Pak Mad? Melepas lagi saya kali ini. Ingat boleh la nak try ngayat. Perlahan sahaja suara Amirul. En. Amirul syok dekat Cik Ika ka? Tak sangka ramai juga peminat dia. Ada pekerja baru dalam banggunan kita ni pun bagi tahu dekat Pak Mad yang dia pun suka dekat Cik Ika. Beritahu Pak Mad lagi. Betul ke ni Pak Mad? Bertambah lah pesaing saya. Ada pekerja baru ke dalam banggunan ni? Dia kerja under siapa? soal Amirul ingin tahu. Perbualan antara Pak Mad dan Amirul petang itu berintikan tentang Ika dan pekerja baru di banggunan tempat mereka bekerja. Amirul merasa sedikit goyah dengan kedatangan pesaing barunya ini. Tidak tahu kenapa tapi Amirul dapat merasakan yang peluangnya untuk mendapatkan Ika semakin menipis. Amirul mengeluh perlahan selepas berbual dengan Pak Mad.

Assalamualaikum ! Ibu.. Oh Ibu! Ika dah sampai ni. Ika terjerit-jerit memanggil ibunya. Puas di keliling laman rumah namun tak berjumpa juga Puan Amira. Oi anak dara, yang kau terjerit-jerit ni kenapa? tegur seorang lelaki yang berdiri di belakang Ika. Ika berpaling untuk melihat tuan punya suara. Lama wajah itu di tatap oleh Ika. Ika menghampiri jejaka itu perlahan-lahan. Wajahnya seperti ingin menerkam sahaja orang yang berani menegurnya itu. Ika berlari dan lompat ke atas jejaka yang menegurnya tadi. Wei, rindu gila kat kau. Mentang-mentang dah jadi doctor kau lupa sepupu kau yang cun ni. Ika masih berada di belakang Wan. Wei, ingat kau ringan ke? Berat laa. Turun-turun. Wan menyuruh Ika turun dari belakangnya. Tak nak. Aku rindu kat kau ni. Bawak aku pusing-pusing dulu. Ika masih di belakang Wan tidak mahu turun. Mak Ngah, Mak Ngah. Anak dara Mak Ngah dah balik ni. Habis dia buli Wan. Jerit Wan memanggil ibu saudaranya merangkap ibu kepada Ika. Ika turun dari belakang Wan. Ish, kau ni kuat mengadu la. Baru nak manja-manja sikit da nak ngadu dekat ibu. Ika menjelirkan lidahnya kepada Wan dan terus menuju ke keretanya. Ika, takkan merajuk dengan aku kot. Wei, lek la aku gurau je tadi tu. Wan mengikuti Ika menuju ke keretanya. Ika sengaja mendiamkan diri sebagai tanda protes. Sengaja ingin melihat apakah tindakan sepupunya itu nanti kalau Ika berterusan untuk tidak membalas setiap kata-katanya itu. Ika membawa naik barangbarangnya ke dalam bilik lalu menguncikan dirinya di dalam bilik. Ridwan mengetuk pintu bilik Ika berkali kali namun tiada sebarang respon dari Ika. Ika merasa hairan kerana RIdwan tidak mengetuk pintu biliknya lagi. Tidak pernah Ridwan tidak memujuknya sehingga mereka kembali rapat semula. Aneh! Hanya itu yang terlintas di hati Ika. Selepas mengemas pakaiannya, Ika mengambil kain tuala dan baju untuk di bawa ke bilik air. Ika ingin membersihkan dirinya dan bercadang untuk berjumpa dengan Fatimah kawan sepermainannya dahulu. Fatimah sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak. Hidupnya kelihatan bahagia, kadang-kadang Ika merasa cemburu dengan kebahagiaan Farimah tapi apa yang boleh di buat jodohnya belum sampai. Mungkin dalam masa terdekat ini, siapa tahu. Ika tersneyum sendirian sepanjang ke bilik air. Tanpa di sedari permainan anak saudaranya di anak tangga telah pun di pijak dan Ika hilang imbangan diri lalu jatuh. Kepalanya berpinar dan kemudian suasana sekeliling menjadi gelap. Suara sendu Puan Syafiqah menganggu tidur Ika. Ika memandang keadaan sekeliling, bau ubat yang menusuk hidungnya membuatkan dia merasa ingin muntah. Ika memang alergik dengan ubat-ubatan dan hospital adalah musuh utamanya. Ika dengan segera bangkit dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengeluarkan segala isi di perutnya. Puan Syafiqah yang terkejut dengan tindakan Ika segera mengikuti anak daranya itu ke bilik air.

Ika okay tak nak? Mak risau sangat tengok kepala Ika banyak darah kat rumah tadi. Ujar Puan Syafiqah sambil mengusap belakang anaknya. Ika okay la bu. Ika nak balik, Ika tak suka duduk sini. Nanti ibu cakap dengan doctor ya? pinta Ika dengan nada suara yang sangat lemah. Puan Syafiqah memimpin puterinya ke katil. Ika membaringkan tubuhnya sambil memejamkan matanya. Kepalanya masih terasa berat. Mungkin kesan dari suntikan yang diberikan oleh doctor sebentar tadi. Ika masih terfikir apa yang terjadi pada dirinya sehingga dia berada di sini. Ika langsung tidak dapat ingat apa-apa perkara yang berlaku pada dirinya ketika itu. Ridwan yang baru sahaja selesai berbincang dengan doctor terus berjumpa dengan Ika setelah dapat tahu sepupunya itu telah pun sedar dari pengsan. Ika yang sedang nyenyak tidur langsung tidak sedar dengan kehadiran Ridwan. Ridwan duduk di sebelah Ika sambil rambut sepupunya itu di selak ke tepi. Satu perasaan yang Ika tidak tahu sehingga hari ini. Perasaan kasih Ridwan pada dirinya bukan takat sepupu tapi Ridwan sudah jatuh hati dengan anak mak ngahnya itu sejak zaman sekolah lagi. Amirul yang mendapat berita Ika di masukkan ke hospital dengan segera memohon cuti dan segera menuju ke kampung gadis yang dicintainya itu. Hatinya merasa tidak keruan selagi dia tidak berjumpa dengan Ika. Semua panggilan yang masuk tidak di jawab. Pada dirinya kini hanya Ika yang penting, tiada benda lain yang lebih penting dari hal Ika. Ika sudah mengemas pakaiannya untuk pulang ke rumah. Ridwan membantu Ika mengemas keperluannya lalu memimpin sepupunya ke lot parking. Dalam perjalanan ke kereta, Amirul ternampak Ika berpimpin dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya langsung. Hatinya merasa sangat pedih tatkala melihat tangan lelaki itu kemas memeluk pinggang Ika. Sangat mesra kelihatannya. Amirul purapura terlanggar Ika untuk melihat sama ada gadis itu akan menegurnya atau di biarkan sahaja. Maaf cik, saya tak sengaja. Saya nak cepat. Saya minta maaf cik. Amirul mengucapkan kata maaf kepada Ika. Tak apalah. Awak pun tak sengaja. Balas Ika. Baru sahaja Ika ingin memandang wajah lelaki yang bertembung dengan dirinya. Amirul pura-pura buat muka terkejut. Ika pula tidak menyangka akan bertemu dengan Amirul di sini. Apa mamat ni buat dekat sini. Takkan dia tahu yang aku ni sakit? Kalau dia tahu pun dia tahu dari mana ya? Ni tak lain dan tak bukan mesti Ain tukang reprt. Huh! Sempat Ika bermonolog sendirian sebelum menegur kembali Amirul yang berada di hadapannya. Hei, awak buat apa kat sini Ika? Awak sakit ke? soal Amirul berpura-pura. Aah, demam sikit. Kenalkan ni sepupu saya. Ridwan, and Ridwan ni Amirul kawan kerja Ika. Ika memperkenalkan Ridwan dan Amirul. Mereka saling bersalaman terdapat riang kurang selesa di pandangan mereka berdua.

Ika yang dapat merasakan kedinginan di antara kedua pemuda itu dengan segera meminta izin dari Amirul untuk pulang. Ika tidak mahu Ridwan dan Amirul saling mengenali kalau boleh. Ika tahu kedatangan Amirul di sini bukan satu kebetulan tapi perkara yang di sengajakan. Bukan baru Ika mengenali Amirul dan Ika yakin mengenai perasaan Amirul terhadap dirinya. Tapi sayang sekali kerana hati Ika belum terbuka untuk mana-mana lelaki. Pada Ika biarlah masa yang menentukan segalanya, andai jodohnya sudah tiba pasti hatinya akan mula berbicara. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Ridwan tidak bercakap sepatah pun dengan Ika. Hatinya merasa sakit apabila melihat Amirul menatap sepupunya itu bagai mahu di telan. Ridwan tahu yang Amirul merupakan pesaing kuatnya. Ridwan tekad untuk jujur dengan Ika mengenai hati dan perasaannya. Tiada apa yang perlu dibendungkan lagi. Kalau tidak sekarang bila lagi Ridwan akan berpeluang untuk memberitahu isi hatinya. Pasti Ridwan tidak mahu membiarkan Ika jatuh ke tangan orang lain. Ridwan cuba memberanikan dirinya beberapa kali untuk memberitahu Ika apa perasaannya pada wanita itu kini. Tapi tak tahu kenapa berat sangat mulutnya untuk berbicara bagaikan ada emas di dalam mulut sampaikan susah benar dia ingin berterus terang kepada sepupunya itu. Di kepala Ridwan sudah ternampak rancangannya untuk terus meminang Ika tanpa memberitahu apa- apa pada Ika tapi Ridwan kenal sepupunya itu, kalau dia buat sedemikian tak mustahil Ika akan menjauhkan dirinya dari ridwan dan ridwan tidak mahu perkara itu terjadi sama sekali. Ika yang sedang beristirehat di dalam bilik sambil online facebook terpandang akan wall page sahabat lamanya. Seorang jejaka yang Berjaya mencuri hatinya ketika di kampus dahulu. Lama Ika pandanga wajah itu, sungguh dia masih merindui lelaki itu dari dahulu sehingga kini. Mereka tidak pernah declare apa-apa dalam hubungan mereka tapi cara layanan yang diberi oleh diri masing-masing merupakan suatu kenangan yang paling terindah dalam hidup Ika sehingga hari ini.

Oke ! sekarang nie nak wt luahan perasaan.. ak plg x ske ble da plan sume.. tetba nk cancel.. sbb dye sngt ak x bole terima.. ishhhhh !!!!! geramnyaaaa. Ak ckp pasal kwn ak.. kwn ak dri skola n skunk dye 1 bilik nan ak at kampus.. takkan sbb ak bwk amin, bf ak.. dye de masalah.. sblom nie dye nk cter pape sal azhar or de pape program nan azhar ak x pena ckp pape pon.. ak ikot je melainkan laa ak de hal yg mmng x pat nk dielakkan.. huh ! skt aty nie.. tpi nie la masalah ak.. x reti nk tnjkkan dkt owg.. ak bole tnjk selamba tpi at yak x pndi nk menipu mcm muke ak.. huhu, sedeyh ak ble kenang2 blk.. mcm mne la ak bole kwn baik nan dye.. x pe2.. ak anggap sume nie ade hikmah dye yg ak sndiri x taw.. ermmmm, ak bole je x bwk amin.. tpi sape la plk nk drive ble blk.. dye nk blk umah.. ak nk blk kuis.. huh, tolong la paham.. jgn la asyik nk pikir dri sndiri jee.. lama2 menyirap jg ak nan perangai owg yg mcm nie.. ko de masalah pndi cri nk luah at sape.. da sng tgl je mcm uh..

Hari ini 28/9/2011.. pada jam 1.30 pgi.. dak ipt sume dad pt duet ptptn dowg.. masalah yuran da selesai.. Alhamdulillah ! tapi ak masih tercari2 sumber utk melunaskan yuran yg ad nie.. ak c dpt duet bantuan tersebut.. sedikit sedih.. tpi yg lbh mnynth hati ak saat ini.. amin.. dye pon mengalami masalah yang sama dengan aku.. tak dapat bantuan dari ptptn.. rmi owg ckp nk wt pinjaman dengan ptptn adalah perkara paling mudah.. ak nekad utk buat pinjaman dengan bank.. nk minta bantuan dengan pusat zakat.. kalau tidak macam mana ak nak teruskan pelajaran ak..? ak x sanggup nak berpisah dengan amin.. huhu, kenapa la ak syg sngt dngn dia.. ? amin sendiri buntu mcm mne nk selesaikan yuran yg ad nie.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. kau tunjukkan lah jalanmu buat kami.. apakah lagi jalan yang harus kami lakukan untuk setiap perkara yang berlaku ini.. kau satukanlah kami.. huhu,

4/10/2011.. jam 7.24 malam.. dalam setiap percintaan pastinya ada pahit manisnya.. tapi kebanyakan pasangan mengharapkan kemanisan dalam setiap hubungan dan tidak bersedia dengan sebarang pahit jerit yang bakal ditempuhi.. begitu juga dengan aku.. terlalu asyik melayan perasaan dalam keindahan cinta aku menjadi alpa pada dunia hakiki yang perlu aku jalani.. sekarang apabila usia perhubungan semakin matang aku mula sedari yang cinta tak member aku apa-apa andai aku terus membajanya dengan kata-kata yang manis sahaja aku perlu pastikan yang dia adalah jodoh aku buat selamanya dengan mencapai kejayaan dalam hidup aku.. aku perlu pastikan yang impian aku sebelum ini tercapai dan tidak akan terhalang dengan perasaan yang indah ini.. sungguh perasaan ini dipinjamkan oleh Yang Maha Kuasa dan aku perlu menjadikan dia sebagai cinta yang di redhai olehnya.. itu adalah KEPASTIAN yang perlu aku yakini.. semoga jodoh aku dengan amin berpanjang dan dia akan menjadi ketua keluarga yang terbaik buat keluarga ku kelak..

Anda mungkin juga menyukai