Anda di halaman 1dari 2

Lamab web sosial kian polpular dalam kalangan pelajar sekolah.

Tidak dapat dinafikan


bahawa terdapat kesan buruk daripada laman sosial di alam siber. Namun,kita perlu berfikiran luas dan bahawa terdapat faedah daripada lawan web sosial ini dalam membantu pembelajaran para pelajar. Facebook, twitter dan myspace merupakan contoh laman sosial yang begitu popular pada era ini. Para pelajar memanfaatkan kemudahan laman sosial sebaiknya. Sebagai pelajar,bagaimanakah kita menggunakan laman sosial untuk membantu pelajaran? Laman sosial di alam siber boleh dijadikan tempat perbincangan dalam kalangan pelajar bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul dalam pembelajaran. Aplikasi yang terdapat dalam laman sosial membolehkan pelajar berhubung dengan mudah antara satu sama lain. Contohnya, aplikasi seperti chatting dapat menghubungkan para pelajar dengan cara yang mudah tanpa memerlukan pergerakan fizikal. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Teknologi, Sains dan Inovasi,kebanyakan sekolah di luar Negara seperti Jepun dan United Kingdom menggunakan medium seperti laman sosial untuk mengajar pelajar-pelajar mereka melalui jarak jauh. Jelaslah, laman sosial dapat membantu para pelajar dalam pembelajaran. Selain itu, pelajar boleh menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakan yang jauh untuk bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran antara satu sama lain. Mereka dapat berkongsi tips-tips,bertukar-tukar soalan dan berkongsi idea sesama mereka. Sebagai contoh, pelajar dapat berhubung dan menjalankan proses pembelajaran dengan cara panggilan video yang merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh laman sosial. Kesannya,proses pembelajaran menjadi lebih merarik. Oleh itu, pelajar perlu menggunakan kemudahan yang ada untuk membantu pembelajaran. Tambahan, laman web sosial juga berfungsi sebagai satu janjang untuk pelajar mengetahui isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka dengan mudah. Hal ini demikian kerana segala isu akan dikemaskini oleh pengguna laman sosial dari semasa ke semasa yang akan menyebabkan semua kawan-kawan pengguna tersebut akan mendapat maklumat terkini secara online. Menurut kajian yang dilakukan oleh professor-profesor di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati bahawa pada zaman kini, pelajar yang tidak tahu menggunakan laman sosial dianggap sebagai seorang yang berasal dari zaman Paleolitik bak kata peribahasa Melayu, seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, dengan kemajuan yang ada pada zaman celik teknologi maklumat sekarang, kita perlulah sentiasa bersikap seperti menjaga tepi kain orang agar kita tidak ketinggalan zaman. Selain itu, pelajar juga boleh membuka minda dan meluaskan pemikiran dengan melayari ke laman-laman sosial tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar lebih berminat untuk menuntut ilmu dalam kaedah yang lebih menyenangkan. Pada

zaman sekarang, siapakah yang mahu kesusahan? Kalau ditanya pada orang kurang waras sekalipun, mereka akan memilih kemudahan yang akan menyenangkan hidup mereka. Di Amerika Syarikat, prinsip Gain Big, Less Effort digunakan. Hal ini digunakan dalam teknik pembelajaran mereka yang membawa maksud dapat ilmu yang banyak tetapi dengan cara yang menggunakan tenaga yang minima. Oleh itu, teknik ini juga boleh digunakan dalam kaedah pembelajaran di Malaysia sejajar dengan seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Intihanya, semua pihak perlulah berganding bahu ibarat aur dengan tebing dalam menjadikan hasrat kerajaan mencapai sasarannya. Janganlah kita bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini demikian kerana kejayaan akan dicapai bukan dengan usaha seorang sahaja tetapi dengan usaha satu komuniti. Rome was not built in a day. Hal ini membuktikan bahawa proses ini mengambil masa yang agak lama untuk menjadikan seruan kerajan melahirkan modal insan kelas pertama ini satu realiti.

- Hisyam A -asu59/nenek