Semenjak kampung ini dibuka, separuh dari penduduk di kampung ini tidak menerima kemudahan bekalan elektrik. Aduan kepada pihak TNB telah lama dibuat tetapi sampai sekarang tiada tindak balas. Bagi anak-anak yang masih bersekolah terpaksa membaca buku menggunakan pelita ayam. Selain itu, hanya 1 jalan kampung dan 1 jalan keretapi sahaja yang menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan luar. Jika musim banjir dan air naik serta jalan keretapi rosak, penduduk tidak dapat keluar masuk, termasuk manghantar anak ke sekolah. Bekalan air yang digunakan juga adalah dari kawasan bukit yang berhampiran dan tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya. Kemudahan asas yang lain langsung tiada. Kami barharap sangat pihak aduan rakyat dapat menolong kami kerana masalah ni sudah lama sangat dan tiada jalan penyelesaian walaupun kami ada YANG BERHORMAT, yang tak pernah nak tolong rakyat. Banyak cara sudah kami buat dan minta tolong tetapi tetap disekat oleh pihak yang kami tak tahu apa tujuannya. Kami berharap kepada pihak aduan rakyat saja yang dapat menolong kami dan dapat merungkai masalah kami semua.kerjasama pihak aduan rakyat kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan kami akan terus menyokong rancangan aduan rakyat.
Dengan itu, Saya memohon kepada badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam permasalahan ini dapat mengatasi masalah penduduk di sini. Akhir sekali saya dengan penuh harapan agar masalah ini dapat menarik perhatian pihak Aduan Rakyat untuk membantu kami penduduk di LAWAS bagi mengatasi masalah yang telah sekian lama kami hadapi.
telah ada tapi tetap saja gurunya tinggal di kota dan rumahnya di biarkan kosong. Jadi sesunguhnya semuanya ini menjadi tanggung jawab kita bersama baik Pemerintah, masyarakat dan pelakunya yakni tenaga pendidik. Menurut Drs. A.B. Temongmere, MTP dengan melakukan monitoring ini menyatakan bahwa persoalan pendidikan khususnya menyangkut tenaga guru yang sering meninggalkan tempat tugas merupakan persoalan yang tidak pernah tuntas, padahal sektor pendidikan menjadi perhatian Pemerintah cukup besar sehingga setiap tahun anggaran yang di luncurkan untuk pembangunan sektor ini sangat besar. Untuk itu tahun-tahun mendatang mendatang sector pendidikan masih tetap mendapat prioritas dan perhatian serius dalam pembangunan Sumber Daya Manusia begitupun juga terhadap sektor kesehatan termasuk mencari solusi yang terbaik guna memecahkan persoalan guru yang sering tidak berada di tempat tugas dan petugas kesehatan yang melayani masyarakat di kampung yang masih terbatas. Disisi lain dari hasil monitoring ini ditemukan persoalan terhadap proyek pembangunan yang tidak selesai pengerjaannya dan hingga kini belum berfungsi optimal. Seperti Rumah tomas (tokoh masyarakat) di kampung Otoweri, rumah guru di Andamata yang sampai saat ini belum selesai di kerjakan padahal kita telah berada di tahun anggaran 2009 semestinya ini menjadi perhatian semua pihak terutama dalam hal pengawasan yang menjadi tanggung jawab semua pihak. Kedepan temuan-temuan seperti ini tidak terjadi, kontraktor sebagai partner pemerintah harus diawasi secara intensif untuk menghasilkan sebuah bangunan yang berkualitas. Khususnya menyangkut rumah rakyat yang telah diupayakan peningkatannya dengan berbagai strategi baik membangun rumah masyarakat dengan penyaluran langsung bahan BBNL maupun dengan pola membangun rumah jadi kepada masyarakat sesungguhnya masih perlu dilanjutkan terus karena belum memenuhi keseimbangan antar kampung satu dengan yang lainnya karena masih ada beberapa kampung di temui belum tersentuh rumah-rumah penghargaan seperti rumah todat (tokoh adat) dan lain-lain. Kedepan program ini harus terus di lanjutkannya demi memenuhi kebutuhan rumah yang layak huni bagi masyarakat menuju terciptanya Fakfak yang maju, mandiri dan sejahtera ungkap ABT. (Wid)
waktu hujan ditambah pula tanpa sebarang penghadang di tepi jalan, sekiranya tayar kereta tergelincir kerana jalan licin sudah tentu terus jatuh kedalam gaung. dan sememangnya perkara ini suda berlaku beberapa kali. sehinggakan saya sendiri pernah terlepas daripada tangan mak saya ketika saya masih bayi dan mak saya yang tengah sarat mengandung terus melayangkan dirinya walaupun sarat mengandung untuk menangkap saya supaya tidak terus jatuh kedalam gaung. Ini terjadi kerana pick-up yang dipenuhi penumpang tergelincir dan melorot jatuh kebelakang. Nyawa penduduk kampung saya diatas tanduk setiap hari. Dimanakah peruntukan kerajaan untuk kampung-kampung kecil? Elektrik di kampung ini juga baru saja disambung 2 tahun yang lepas. Saya amat berharap pihak kerajaan mampu menyediakan peruntukan utntuk kampung kecil ini dan pastikan dilaksanakan. Kerana sebelum ini terdengar desas-desus bahawa kampung ini telah mempunyai peruntukan untuk air dan jalan namun tidak kelihatan sebarang tindakan senhingga ke hari ini.
TAK kenal maka tak cinta. Itulah ungkapan yang sering bermain dalam fikiran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang selama ini hanya mendengar keluhan rakyat Sabah dari jauh terutama yang berkaitan masalah sekolah di kawasan luar bandar di negeri itu. Berbekalkan keazaman untuk membela nasib warga pendidik dan pelajar sekolah di luar bandar, rombongan Kementerian Pelajaran baru-baru ini melakukan satu perjalanan yang jarang sekali dilakukan oleh orang Kuala Lumpur. Mohd. Puad dan rombongannya sanggup berjalan kaki menyusuri sungai, bukit-bukau dan meredah hutan belantara sejauh 12 kilometer (km) dari Kampung Kuala Sinapar, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran, Pensiangan yang terletak berhampiran dengan sempadan wilayah Kalimatan Timur, Indonesia. Sebaik tiba di SK Saliliran, rombongan Mohd. Puad menyelami cara hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama berkaitan pendidikan dan keciciran pelajar. Selama ini saya hanya dengar keluhan rakyat di sini melalui wakil rakyat mereka dan hari ini saya lihat rungutan mereka ternyata berasas. Saya amat bertuah berada di sini. Walaupun baru sampai saya dapat merasakan apa yang orang kampung harapkan selama ini, kita perlu tolong mereka, katanya kepada pemberita yang mengikuti beliau ke kawasan terpencil itu.
Program turun padang memberi harapan baru kepada penduduk luar bandar khususnya di daerah Nabawan. Daerah kecil Pegalungan dan perkampungan sekitar Pensiangan terletak di bawah jagaan Pejabat Daerah Nabawan. Selama ini hanya mereka yang tahan dan bersemangat mampu meneruskan pendidikan sehingga ke sekolah menengah di Nabawan atau di Keningau iaitu dua bahagian pedalaman di Sabah. Sempena lawatan kerja selama tiga hari itu, Mohd. Puad mengumumkan pembinaan lebih banyak asrama di kawasan luar bandar dan sebuah sekolah menengah rendah di pekan Pensiangan, sebuah kawasan strategik yang pernah menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Pensiangan Nabawan satu ketika dahulu. Pembinaan asrama ini amat penting bagi mengatasi masalah murid yang terpaksa berjalan kaki meredah hutan ke sekolah. Terutamanya pelajar atau murid SK Saliliran yang terdiri daripada penduduk Kampung Saliliran, Kampung Lilimpi, Kampung Siubol, Kampung Holobon, Kampung Tampuluk dan Kampung Malalia. SK Saliliran adalah sekolah pilihan mereka kerana di sekitar kawasan itu tidak ada sekolah rendah dan kedudukan geografinya yang berbukit-bukau dan berjauhan antara satu dengan yang lain, kata beliau. Berdasarkan tinjauan, antara kekangan utama mengapa berlakunya keciciran ialah faktor kemiskinan serta jarak sekolah yang jauh dari kampung asal pelajar. Sebenarnya, isu seumpama inilah yang cuba diatasi segera oleh Kementerian Pelajaran yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat termasuk di luar bandar, yang jelas menuntut pengorbanan besar termasuk mengadakan program turun padang seperti yang dilakukan di Nabawan. Mohd. Puad berkata, sebagai contoh murid dari Kampung Kabu iaitu kampung yang bersempadan dengan Lumbis, Indonesia di Nabawan mengambil inisiatif menjadikan sebuah rumah guru sebagai asrama. Penduduk kampung secara bergilir-gilir setahun sekali akan menjaga penghuni asrama itu. Hanya apabila cuti sekolah, mereka akan pulang ke kampung dengan meredah hutan selama lapan jam dan berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika dalam perjalanan termasuk ancaman binatang buas, katanya.
Kos pengangkutan Mohd. Puad berkata, sebagai individu yang bertanggungjawab dalam soal pendidikan beliau akan memastikan masalah yang dihadapi murid dan warga pendidik di sekolah-sekolah terpencil diatasi. Sementara itu, Antabu Enih yang merupakan Ketua Kampung Kabu menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan itu. Dengan adanya sebuah sekolah menengah di kawasan ini sudah pasti lebih ramai pelajar dari mukim ini dapat meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah. Untuk bersekolah di Nabawan, ia memerlukan perbelanjaan yang cukup besar termasuk kos pengangkutan yang tinggi. Sebab itulah ramai pelajar yang tercicir dan apabila ada sekolah menengah di Pensiangan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami, kata Antabu. Antabu mempunyai dua orang anak bersekolah di Nabawan. Tidak lama lagi seorang lagi anaknya akan masuk ke alam persekolahan. Anak sulungnya kini bersekolah di Indonesia yang terletak di kawasan sempadan Pensiangan-Kalimatan Timur dan menumpang dengan saudaramara. Bagi Pengerusi JKKK Kampung Saliliran, Agim Sula, perhatian yang diberi oleh kerajaan untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan dapat dilihat daripada kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohd. Puad yang sanggup berjalan kaki untuk melihat sendiri keperluan penduduk di kawasan itu. Selain SK Saliliran, Mohd. Puad turut melawat SK Kuala Salong, SK Pensiangan, SK Loggongon, SK Tinanduk dan SK Sibanggali dalam lingkungan kawasan daerah kecil Pagalungan. Turut menyertai rombongan itu ialah Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Muhiddin Yusin, Ketua UMNO Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin dan Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan, Osman Aganduk. Bernama