Anda di halaman 1dari 5

---------------------------- masuk tajuk 1 (nora tlg baca n baiki spelling) thx ^_^ rujukan pakai note awk.

Yg surat khabar jer sy ad amik tenet ckit.) Stress merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kebelakangan ini, guru serta system pendidikan Negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula memperkatakan profesionalsisme golongan pendidik masa kini. Sebagai contoh, seperti yang berlaku di Kokdiang, Kedah. Seorang murid tahun lima Mohd Khairil Azry Zulkifli telah ditampar oleh seornag guru sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah hanya kerana melakukan kesalahan lambat masuk ke kelas. Manakala di Alor Star Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7 tahun dilaporkan meniggal dunia apabila telah dipukul teruk oleh seorang guru lelaki berumur 26 tahun. Apakah puncanya sehingga semua permasalahan seperti ini boleh berlaku?. Tekanan yang tinggi yang tinggi pada kuru boleh mengakibatkan kekecewaan, agresif, kebimbangan sifat suka mengelak, peningkatan kepada tahap ketidakhadiran dan penurunan tahap prestasi guru (Kaiser dan Polczynski, 1982). Menurut Dunham 1976, stress kerja yang tinggi dikalangan guru telah mengakibatkan permasalahanpermasalahan yang serius yang berhubung kait dengan factor-faktor seperti ganguan emosi dalam tingkahlaku dan burnout yang menghalang mereka daripada

melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Stress yang berterusan boleh menyebabklan kualiti dan kemitmen guru dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dan ini disokong oleh kyriacou ,1987. Berdasarkan kepada kes-kes stress dan burnout guru di Malaysia yang banyak disebarkan di dada-dada akhbar, punca ini dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian

iaitu punca professional dan punca peribadi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh

cooper dan Kelly 1993 di United Kingdom, antara punca professional stress yang dimaksudkan ialah seperti beban tugas guru. Sejak akhir-akhir ini, guru bukan sahaja memikul tanggungjawab sebgai pendidik, malahan guru terpaksa mengambil alih tugas kerani dan juga kerja-kerja lain seperti membaikpulih kemudahan sekolah yang rosak serta terpaksa bekerja lebih masa dari pagi sehingga malam. Contohnya, guru terlibat dengan kelas-kelas tambahan di luar waktu bekerja dan juga waktu cuti sekolah. Bebanan kerja yang banyak dan berterusan seperti ini menyebabkan tubuh badan menjadi letih dan emosi seorang guru menjadi tidak setabil. Ini disoknong oleh Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Sultan Idris, Ab Azizi Yatim yang berkata bahawa tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard memungkinkan guru bertindak luar batasan. Ini mengakibatkan guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan berkemungkinan bertindak luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari sehingga

mengakibatkan masalah lain. Punca berikutnya ialah faktor dari persekitaran tempat kerja juga boleh menyebabkan berlakunya stress di kalangan guru. Kerjaya guru bukanlah sesuatu yang medah. Guru merupkan profesion yang angat mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan berates orang murid yang memiliki pelbagai kerenah dan perwatakan setiap hari. Adakah kerjaya lain sebegini?. Segala perlakuan guru diperhatikan dari masa ke semasa oelh murid mahupun pihak pentadbir. Dalam usaha guru menjalankan tugas sebagai pendidik, persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stress dkalangan guru. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, size sebuah

kelas di setiap sekolah kecil, tetapi bilangan murid secara amjoritinya 40 orang setiap kelas. Di dalam keadaan yang padat seperti itu guru terpaksa menyesuaikan diri untuk mendisiplinkn dan melayani pelbagai kerenah murrid pelbagai peringkat umur setiap hari. Semasa di Institut Pedidkan Guru, guru-guru telah didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan pelbagai ilmu supaya dapat diterapkan di sekolah kelak. Apabila tiba disekolah, segala ilmu yang dipelajari selama bertahuntahun tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya kerana kawasan yang terpencil. guru tersebut ditempatkan di

Ini menyebabkan stress dan belakunya burnout kepada

sesetangah guru tersebut untuk meneruskan usaha dalam mendidik muridnya ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan murid serta pelbagai isu pendidikan dalam negara. Ini disokong oleh Murdock dan Scott (1993) yang mendapati bahawa stress ditempat kerja berlaku sebagai sati tindak balas terhadap persekitaran organisasi individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaanya untuk mengawalnya. Tahap pemikiran dan sosioliasai murid kini semakin maju selaras dengan pembanggunan dunia yang pesat dan terus membangun. Penambahan populasi dalam masyarakat seharian menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan jenyah yang member impak negative dalam tingkah laku pelajar . ini menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan professional dan peribadinya. Perubahan yang mendadak ini memberikan impak yang negative dalam tingkah laku pelajar contonya seperti yang berlaku di Sarawak pelajar berumur 15 tahun pada 4 ogos 2010 telah memaki hamun dan menumbuk guru manakala kes yang sama berlaku pada 11 April di Kangar apabila Mariati Mat Ali, 37, seornag guru telah ditumbuk oleh

seorang murid sehingga menyababkan guru tersebut mengalami kecederaan. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya system keseimbangan dalam diri seseorang individu dan ini disokong oleh Gold dan Roth (1993) yang menyatakan bahawa salah satu punca stress dikalangan guru ialah perubahan. Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stress yang berpanjagan boleh melemahkan mental dan fizikal serta melmahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajrnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Tekanan daripada pihak pentadbiran sekolah juga member tekanan kepada guru untuk melakukan kerja. Guru terpaksa menghadiri pelbagai kursus menjejaskan tugas guru sebagai pendidik. Kebanyakkan guru disekolah juga sering terlibat dengan kerjakerja kerani seperti membuat fotokopi dan membuat audit data di sekolah. Suasana kerja yang teruk menyumbang kepada factor tekanan dan setrusnya membawa kepada ketidakpuasan kerja dan keinginan untuk meninggalkan profesion keguruan (kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Punca stress secara peribdi yang dihadapi guru adalah sepertifaktor kesihatan. Keadaan kesihatan guru yang terjejas boleh mengakibatkan berlakunya tekanan emosi sperti cepat marah. Foktor kewangan juga menyumbang kepada pengaruh stress guru. Gaji yang rendah berbanding profesion kerja yang lain dan teknanan kerja yang banyak membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseornag guru (gold Yvonne dan A Roth Robert, 1993). Gaji yang rendah juga menyebabkan guru sukar menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutama guru yang baru mengajar.

--------------------- tajuk 3 pulak ok.

Anda mungkin juga menyukai