Anda di halaman 1dari 10

1.

PENDAHULUAN Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi

dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Manakala matlamat yang ingin dicapai adalah Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

2.0

PENGENALAN

Program penilaian

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah

Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

3.0

PEMILIHAN SAMPEL

Responden kajian adalah terdiri daripada murid-murid tahun lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang yang terletak dalam daerah Hulu Langat. Responden dipilih menggunakan persampelan rawak ringkas. Responden juga mestilah pernah melalui aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Empat puluh orang murid telah terpilih untuk menjalani ujian ini yang mana terbahagi kepada dua puluh orang lelaki dan dua puluh orang perempuan. Ujian yang dijalankan adalah sebanyak dua kali dalam sela masa yang tertentu sebelum melakukan ujian untuk kali yang kedua bagi mengetahui tahap perkembangan fizikal responden.

4.0

PROSEDUR UJIAN SEGAK Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.

Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut; 4.1 4.2 4.3 4.4 Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Tekan Tubi ( 1 minit ) Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama. 4.1 i. ii. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Murid memakai kasut sukan yang sesuai. murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas bangku. iii. iv. Penguji akan memberi isyarat mula. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan).

v.

Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome 96 detik/minit selama 3 minit.

vi. vii. viii.

Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. Kadar nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.

4.2 i.

Tekan Tubi ( 1 minit ) Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan dan jari-jari kaki. badan diluruskan.

ii.

Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.

iii. iv. v.

Luruskan tangan seperti dalam kedudukan sedia. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.

4.3 i. ii. iii. iv.

Ringkuk Tubi Separa ( 1 minit ) Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit sentiasa menyentuh lantai. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5

v.

Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.

vi.

Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal .

vii.

Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik/minit selama 1 minit.

viii.

Murid B mengira ulangan perlakuan.

4.4

Jangkauan Melunjur

i. ii.

Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter dan kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. rakan memegang lutut.

iii.

Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

iv.

Dagu rapat ke dada. jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

v. vi.

Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.

vii.

Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

4.5 i.

Persediaan Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik.

ii.

Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian.

4.6 i.

Keselamatan Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal (b) Mengidap penyakit kronik (c) Tidak sihat pada waktu ujian.

ii. iii.

Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

iv. v. vi.

Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

4.7

Prinsip Latihan

Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut: i. Prinsip tambah bebanan Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. ii. Prinsip perbezaan individu Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu. iii. Prinsip kekhususan Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi. iv. Prinsip kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. v. Prinsip kepelbagaian latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

4.8

Memanaskan Badan Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti;

i. ii.

Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki. Lari setempat, lompat atau skip.

4.9

Menyejukkan badan Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti;

i. ii.

Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

4.10 i. ii. iii.

Pelaporan Murid perlu merekod hasil ujian mereka. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

5.0

ANALISIS DATA Data kajian dianalisis menggunakan statistik diskriptif. Min, kekerapan dan peratusan

digunakan untuk membincangkan dapatan. Aspek perbincangan menumpukan berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, tahap keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan kesedaran responden terhadap kepentingan melakukan aktiviti fizikal pada waktu yang terluang. Hasil temubual dianalisis dan digunakan untuk menyokong di dalam dapatan kajian.

10

Anda mungkin juga menyukai