Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya ialah dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti luar seperti mengadakan pertandingan teater dalam kalangan pelajar kejururawatan.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengasah bakat para pelajar tetapi dapat merapatkan lagi hubungan serta komunikasi para pelajar. Teater bukanlah hanya sekadar lakonan tetapi aktiviti ini memerlukan komitmen daripada semua pihak. Ini bermakna setiap pelajar akan memberi idea atau pandangan masing-masing untuk membuat sesuatu drama. Hanya idea yang paling bernas akan dipilih untuk dipersembahkan.Melalui aktiviti ini, pelajar kejururawatan juga akan lebih maju dan aktif serta berani untuk berkomunikasi. Aktiviti luar yang lain termasuklah mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim untuk aktiviti kemasyarakatan. Setiap pelajar kejururawatan akan menyiapkan semua tugas-tugas mereka sebelum pergi ke rumah anakanak yatim. Contohnya mereka akan berbincang terlebih dahulu tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di sana dan apa sumbangan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka. Dengan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar serta meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan mereka. Cadangan yang seterusnya ialah mewujudkan kelab atau persatuan yang melibatkan pelajar kejururawatan secara keseluruhan. Contohnya ialah Persatuan Pelajar Kejururawatan . Lazimnya setiap ahli akan membentangkan kertas kerja masing-masing untuk melaksanakan sesuatu program. Dan ini semestinya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Sesebuah kelab atau persatuan perlulah ada seorang ketua untuk memastikan setiap pelajarnya cukup dan menyertai apa jua aktiviti yang diadakan. Ketua yang dipilih mestilah berdisiplin dan berwibawa bagi memastikan sesebuah persatuan yang ditubuhkan dapat bergerak maju ke hadapan dan organisasi di bawahnya berjalan lancar. Melalui persatuan ini, pelbagai aktiviti lebih mudah dijalankan seperti mengadakan kempen-kempen atau pertandingan sempena minggu komunikasi. Setiap pelajar wajib menyertai salah satu aktiviti yang dijalankan. Dengan ini setiap pelajar kejururawatan boleh berkongsi pendapat masing-masing tentang masalah yang dihadapi dalam bidang ini. Keyakinan untuk berkongsi sesama mereka dapat menambahkan lagi kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejururawatan. Yang terakhir ialah mengadakan hari sukan secara besar-besaran setiap tahun. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi sekali gus mengeratkan hubungan antara para pelajar. Pelajar akan berkongsi pelbagai idea dan lebih senang untuk berkomunikasi tidak kira samada pelajar senior atau pelajar junior. Pelajar juga boleh belajar untuk menjadi pengerusi majlis dalam sesebuah program. Dengan ini, pelajar lebih yakin untuk berkomunikasi di khalayak ramai. Pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan boleh mendedahkan pelajar tentang sukan-sukan di Malaysia. Dan ini sekaligus menjadikan pemikiran seseorang pelajar kejururawatan lebih tinggi dan berfikiran jauh.

Anda mungkin juga menyukai