Anda di halaman 1dari 13

DISAMPAIKAN OLEH KUMPULAN 8: SALINA SUZANA

8.1 KEMAHIRAN PENULISAN


Penulisan: penghasilan wacana-wacana yang

bermakna dan bermaklumat.


Kemahiran Mekanis : kemahiran membentuk dan

menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat tersebut.

8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang


karangan : aktiviti penting dalam kemahiran menulis. Mengarang : proses menyampaikan maklumat, idea,

perasaan, dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. Zaba (1952) :kemahiran menyusun dan menggubah katakata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Isahak Haron (1979) :kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapat dalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. KamaruddinHusin (1998):persediaan, mengingat kembali pengalaman, kreativiti,perbincangan,penulisan draf,semakan draf dan perbincangan, penulisan karangan.

8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses, Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas)
A)Pendekatan Proses:menekankan proses dalam

penghasilan sesebuah karangan bukan hasilan penulisan. B)Pendekatan Komunikatif:penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah digunakan dalam P&P. C)Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA): kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan,

D)Pendekatan Terkawal: kemahiran menulis mengikut

peringkat-peringkat - prapenulisan - peringkat penulisan (pemikiran). lima peringkat penulisan: i. Peringkat meniru dan menyalin. ii. Peringkat mengingat kembali. iii.Peringkat menggabungkan. iv. Peringkat penulisan berpandu. v. Peringkat penulisan bebas. E)Pendekatan Bebas:memberikan banyak latihan penulisan kepada pelajar dgn tiga langkah: Langkah 1: Pramenulis Langkah 2: Membuat rangka dan draf Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali

8.1.3 PERINGKAT MENULIS


A)Peringkat Pramenulis: secara mekanikal -

menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat.
B)Peringkat Mekanis: membentuk lambang-

lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf-perkataan-ayat.


C)Peringkat Pelahiran: pelajar dilatih untuk

melahirkan sesuatu untuk ditulis.

8.2 JENIS PENULISAN


a.Penulisan Terkawal: penulisan yang dikawal

sepenuhnya oleh oleh guru, dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. b.Penulisan Separa Terkawal: penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. c.Penulisan Berpandu: penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataanperkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal.

d.Penulisan Separa Berpandu: jenis penulisan yang

memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. e.Penulisan Bebas: Penulisan jenis ini tidak menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. f.Penulisan Kreatif: satu bentuk penulisan bebas pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan.

8.3 PENDEKATAN DAN TEKNIK


Strategi yang digunakan oleh guru untuk

mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangkan dalam objektif pengajaran.

8.3.1 Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan Proses


Peta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh

digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis.


Pendekatan proses ialah suatu pendekatan yang

berasaskan proses penulisan itu sendiri.

a.Peta Minda : digunakan untuk memandu pelajar ke

arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. b.Penyoalan : digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. - apa, bila, mengapa, dan bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan. c.Pendekatan Proses : menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf . - disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula.

8.3.2 Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis


Prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan

pengajaran. A. Ketepatan maklumat kandungan; B. Ketepatan bahasa dan gaya; C. Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar; D. Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya; E. Sesuai dengan objektif pengajaran; F. Sesuai dengan masa pengajaran; dan G. Mudah diguna dan dikendalikan.

8.3.3 Menilai Kemahiran Menulis


Kamarudin Husin (1997) : aspek-aspek yang boleh dinilai

dalam kemahiran menulis. A. Penggunaan bahasa aspek tatabahasa. B. Aspek mekanikal pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya. C. Ketepatan dan kesinambungan isi Kesesuaian dan huraian isi. D. Gaya penulisan penggunaan ungkapan/kosa kata menarik. E. Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Anda mungkin juga menyukai