Anda di halaman 1dari 1

Syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, buku Laporan Pelaksanaan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) di IPG

Kampus Pendidikan Islam dapat diterbitkan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dan Penyelaras MBM bagi Jabatan Pengajian Melayu atas usaha mereka merealisasikan penerbitan buku laporan ini. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris DI IPG Kampus Pendidikan Islam, Program MBM ini dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM). Seperti yang dipersetujui bersama dengan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), JPM telah melaksanakan 11 kursus pendek selama tiga hari di beberapa Pusat Kegiatan Guru di Selangor dan Negeri Sembilan. Setakat ini sejumlah 270 orang guru dari sekolah rendah dan menengah dari PKG tersebut telah beroleh manfaat. Tajuk-tajuk kursus merangkumi penambahbaikan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran, penerapan unsur sastera dalam Bahasa Malaysia, penyerapan konsep seni dan didik hibur, penggunaan e-kamus dan e-learning termasuklah strategi pengajaran Bahasa Melayu berkesan. Sebagai kesimpulan JPM IPG Kampus Pendidikan Islam berasa amat bangga terlibat dalam program ini dan dapat menyumbang kepakaran dalam menjayakan Dasar MBM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian. terima kasih.

SARDI BIN AHMAD Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pendidikan Islam