Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan

Kompang adalah sejenis alat paluan tradisi yang popular di Malaysia dari keluarga membrnofon. Ianya dimainkan dengan cara dipalu dan termasuk dalam kumpulan gendang. Ia menyerupai sebuahkuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang (muka). Kompang itu sendiri pula mempunyai bermacam-macam saiz dan ukuran. Tingginya antara 2 1/2 hingga 5. Luas permukaan kulitnya juga berbeza-beza, ukuran mukanya antara 8 hingga 20. Saiz kompang akan disesuaikan mengikut kemampuan pemain samada kanak-kanak atau orang dewasa.

2. Asal Usul Kompang

Adalah di percayai alat kompang ini berasal dari Negara timur tengah, khususnya Negara Arab. Pertama dari segi bentuknya memang ada persamaan dengan alat muzik di sana iaitu Al Duff. Bahasa dan lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab. Begitu juga cara memegang dan memukulnya. Kompang mula digunakan oleh pedagang Arab yang dating berdagang dan menggunakannya untuk menarik perhatian pembeli sepertimana yang dilaku oleh penjualubat masa kini. Di sinilah kemungkinannya permainan ini ditiru oleh orang tempatan dan seterusnya berkembang.

3.Fungsi

Dalam masyarakat kita dahulu kesenian ini wujud di kampong-kampung di dalam upacara perkahwinan dan majlis yang bercorak keagamaan sahaja. Hanya selepas tahun 60an barulah terdengan pukulan kompang di sana-sini. Ia tidak saja dimainkan untuk majlis perkahwinan dan keagamaan tetapi telah meluas ke majlis-majlis resmi dan social seperti menyambut ketibaan pembesra-pembesar dalam dan luar Negara dan sebagainya. Begitu juga di hari- hari kebesaran Negara, malah semasa acara-acara sukan seperti bola sepak, badminton dimana kompang digunakan untuk menaikkan semangat pemain-pemain dan juga penokong- penyokong sesuatu pasukan.. Jika kita melihat peranan kompang pada hari ini didapati ia berbeza jika dibandingkan dengan peranan di peringkat tradisional dulu. Perbezaan ini bukanlah satu perubahan fungsi, tapi lebih merupakan satu perluasan tugas. Peranan dan fungsinya pada peringkat tradisional dulu masih kekal, akan tetapi pada masa yang sama ia telah bertambah sebagaimana yang telah diternagkan seperti di atas. Lazimnya kompang digunakan untuk perarakan tetapi kompang boleh digunakan untuk meniringi aktiviti vocal seperti nyanyian solo atau kumpulan. Dengan perkembangan ini menyebabkan timbulnya pembahuaruan di dalam persembahan bunyian tradisional ini. Umpamanya dulu rentak pukulan kompang hamper-hampir sama sahaja tetapi dengan pembaharuan yang dibuat maka telah wujud berbagai-bagai rentak baru seperti Zapin, Joget, Masri, rentak Modendan lain-lain.Ini adalahuntuk menyesuaikan dengan selera masakini.

4.Bahagian Kompang

Buluh - Buluh atau rangka kompang diperbuat daripada kayu keras.


Baluh yang belum dipasang kulit berbentuk seperti besen.

Belulang Belulang atau muka kompang diperbuat daripada kulit yang


dipasang di bahagian muka buluh tadi dengan dipaku disekeliling tepinya.

Sedak Sedak adalah rotan yang digunakan untuk menegangkan kulit


muka kompang sebelum sebarang persembahan dimulakan. Ia digunakan dengan cara ditekan dengan penyedak ditepi keliling bibir antara baluh dan kulit disebelah dalam kompang. Pengunaan sedak ini bertujuan untuk mendapatkan suara yang lantang

Penyedak Penyedak ialah kayu yang digunakan untuk menekan rotan


sedak agar masuk ketepi keliling bibir kompang antara baluh dan kulit di sebelah dalam kompang

5. Cara Persembahan

Peramanan kompang ini boleh dipersembahkan samada cara duduk atau berdiri atau sambil berjalan . Persembahan cara duduk biasanya dilakukan di rumah kenduri kahwin. Jika bermain secara duduk, pemain dapat bermain dalam keadaan yang lebih selesa dan dapat bermain lagu-lagu yang panjang. Persembahan secara duduk ini dapat dimainkan dengan cara bersila di atas lantai atau duduk di atas kerusi. Persembahan secara berdiri pula dibuat sekiranya majlis itu memerlukan perarakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6.Cara Bermain Kompang

Pemain kompang boleh bermain secara duduk, berdiri dan berjalan bergantung kepada kehendak persembahan. Alat ini dimainkan dalam kumpulan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Sebelah tangan digunakan untuk memegang bingkai kompang manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul. Tiada peraturan yang menetapkan sebelah tangan yang mana untuk memegang atau memukul. Pemain bebas menggunakan mana-mana tangan. Untuk menghasilkan bunyi "pung", pemain perlu merapatkan jari-jari dan memukul pada bahagian sisi kompang manakala untuk menghasilkan bunyi "pak", jari-jari perlu diregangkan dan kompang dipukul di bahagian tengah.

Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai 'Pembolong' menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu in unison sebagai pukulan 'dasar'. Kumpulan kedua akan bertindak sebagai 'Peningkah' lazimnya terdiri daripada seorang sahaja sebagai master dalam permainan tersebut, dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai 'Penyilang' yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya.

7.Contoh Kompang

Anda mungkin juga menyukai