Anda di halaman 1dari 24

SHT 5023 KULIAH 4 16 FEB.

2007

1. PENDEKATAN PENGAJARAN 2. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan Pendedahan Guru menyampaikan isi pelajaran yang tersusun dan sesuai dengan kemampuan murid, murid memproses dan mengaitkannya dengan ilmu yang sedia ada Dua jenis pendedahan Induktif dan deduktif

PENDEDAHAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF


Pendedahan

Induktif - Penyampaian pelajaran dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; konkrit ke abstrak; membina generalisasi dan rumusan daripada contoh, fakta dan maklumat Pendedahan deduktif penyampaian pelajaran berasaskan kepada satu generalisasi, prinsip atau hukum untuk menghasilkan contoh, fakta.

PENDEKATAN PENEMUAN
Murid diberi ruang memikir, meneroka dan mengkaji fenomena bagi menambah ilmu pengetahuan. Penemuan enkuiri Guru sebagai pembantu dan pembimbing dalam menentukan masalah, merancang aktiviti bagi murid melakukan eksperimen dan penyiasatan. Murid mencari penyelesaian kepada masalah yang sudah diselidiki. Guru boleh melakukan probingdan reinforcementbagi mendapat hasil penemuan yang tepat dan benar.

PENDEKATAN PENEMUAN

Penemuan-inkuiri melibatkan proses soal selidik bagi mendapatkan jawapan dan kesimpulan Memerlukan aktiviti mengenal pasti masalah, membentuk hipotesis, menjalankan kajian siasat, membuat rumusan, kesimpulan dan cadangan

PENDEKATAN PENEMUAN
Penemuan inkuiri Guru sebagai pemudah cara bagi murid menyelesaikan masalah yang baru. Andaiannya ialah murid adalah pencipta atau penyelesai masalah mengenal pasti masalah, menentukan langkah, mengumpul data, menganalisis, merumus dan membuat kesimpulan. Guru mewujudakan suasana yang kondusif dan galakan bagi murid meneroka perkara yang baru.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERBINCANGAN

Perbincangan memberi maksud memberi ulasan, pandangan, pendapat tentang sesuatu perkara/tajuk; bertukar fikiran/idea; berkongsi maklumat Perbincangan dapat mengembangkan daya kognitif/mental dengan berfikir secara analitis, kritis dan logik; mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, memupuk semangat kerjasama dan toleransi. Walau bagaimanapun perbincangan jika tidak di kawal oleh pemudahcara/pengeruis, akan didominasi oleh segelintir mereka yang suka dan berani bercakap dan mengakibatkan pertelingkahan.

Perbincangan boleh dilakukan dalam mesyuarat, forum, seminar Tujuan, perkara dan skop perbincangan diadakan perlu dijelaskan oleh pengerusi kepada ahli-ahli terlibat. Perbincangan perlu diadakan dalam suasana yang selesa (ruang, posisi tempat duduk, kemesraan dsbnya) Perbincangan memerlukan bilangan ahli yang optima, mereka yang berpengetahuan dan boleh menyumbang dalam perkara yang dibincangkan

PERBINCANGAN

PERBINCANGAN

Tajuk perbincangan harus bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat ahli; berfaedah kepada ahli-ahli; tidak menimbulkan kontroversi dan sensitiviti; skop yang jelas dan khusus.

PERBINCANGAN
Pengerusi perlu mengawal dengan bijak agar perjalanan perbincangan lancar, berfokus dan teratur. Perkara-perkara penting perlu dicatatkan oleh setiausaha/pencatat. Pengerusi perlu memberi rumusan, kesimpulan dan keputusan pada akhir perbincangan. Dalam P & P KHB, perbincangan boleh digunakan dalam tajuk seperti diet seimbang, pengguna dan konsumerisma dan pemilihan haiwan kesayangan.

MAIN PERANAN
Main

peranan, satu jenis simulasi yang mempamirkan lakonan tentang sesuatu perwatakan, situasi atau masalah. Memerlukan persediaan dan panduan yang jelas kepada yang terlibat. Boleh memupuk bakat bercakap, berlakon; memahami dan membayangkan situasi sebenar dengan lebih jelas; mengekalkan daya ingatan dan memotivasikan/menarik perhatian.

MAIN PERNAN
Sesuai

untuk mereka yang berbakat berlakon, imaginasi dan daya ingatan yang tinggi. Dalam P & P KHB, tajuk-tajuk yang sesuai ialah ciri-ciri usahawan, panduan keselamatan (bantuan kecemasan semasa mengendalikan mesin)

PENGAJARAN MODULAR
Modul ialah satu unit pelajaran kecil, tersendiri tetapi lengkap dan berkait rapat dengan unit/bahagian pelajaran yang lain. Aktiviti dalam modul disusun mengikut turutan (dari mudah ke lebih sukar, dari konkrit ke abstrak). Pengajaran modul adalah satu kaedah/teknik di mana murid diberi satu pakej pelajaran berupa modul dan disempurnakan bersendirian atau dengan bimbingan guru yang minima. Pengajaran modul boleh disesuaikan dengan tahap kebolehan/kompetensi, keupayaan dan minat murid

PENGAJARAN MODULAR
Memudahkan murid mengikuti oleh kerana objektif dan aktiviti disusun dengan jelas dan teratur Mengukur pencapaian individu sendiri dan tiada perbandingan dan persaingan di kalangan murid Sukar disediakan dan dikawal selia di sekolah.

TUNJUK CARA
Tunjuk

cara atau demonstrasi bermaksud melakukan sesuatu langkah/proses kerja bagi sesuatu aktiviti dengan jelas dan teratur. Paling sesuai dan efektif dalam mata pelajaran yang memerlukan kemahiran, melibatkan proses dan prosedur kerja dan penghasilan produk/projek seperti KHB. Perlu mereka yang berkemahiran dalam kemahiran yang hendak ditunjukkan

JENIS TUNJUK CARA


Model

hidup - menggunakan model sebenar bagi murid menguasai dan mengikuti sesuatu kemahiran seperti proses menjahit kelim, melakukan pemasuan semula Model simbolik - menunjukkan langkah-langkah secara bertulis seperti carta dan gambarfoto dalam menyediakan resepi membuat sos cili Model persepsi menggunakan tayangan video bagi menunjukkan kemahiran spesifik seperti pengajaran mikro, membuka dan memasang enjin

PRINSIP TUNJUK CARA


SEBELUM

Menentukan objektif, topik dan aktiviti/kandungan; menyediakan tempat, peralatan dan bahan, prosedur keselamatan; SEMASA Menerangkan objektif dan aktiviti, langkah-langkah dengan jelas dan sistematik; menarik perhatian; memastikan murid dapat melihat, mendengar dan melakukan; murid mencuba sebagai contoh, menyoal dan menjawab soalan; memerhati dan membimbing, pastikan murid melakukan,

PRINSIP TUNJUK CARA


SELEPAS

bincang, rumus objektif dan bahagian penting; jawab soalan dan selesaikan kerumitan murid (jika ada); cadangkan aktiviti pengukuhan; murid kemaskan tempat tunjuk cara.

Projek

amali menghasilkan sesuatu tugasan berbentuk produk, proses berdasarkan kepada aplikasi teori dan konsep yang pelajari. Melalui proses dari mula ke akhir dengan sistematik Dilaksana secara berkumpulan, individu dalam tempoh masa yang ditentukan Objektif, langkah-langkah kerja perlu jelas Murid melalui pelbagai proses dan prosedur Projek amali lebih baik mengikut minat dan kecenderungan murid.

PROJEK AMALI

PROJEK KAJI SELIDIK


Tiga

jenis projek amali kaji selidik, hasil tangan dan lawatan Projek kaji selidik melibatkan pemerhatian, pengumpulan, analisis dan pentafsiran data; perbincangan, rumusan, cadangan dan kesimpulan hasil kajian. Topik dan prosedur kajian perlu jelas. Guru memberi bimbingan dan penyeliaan. Hasil kajian didokumen, dilapor dan disebarluas untuk perkongsian ilmu.

PROJEK HASIL TANGAN


Penghasilan

sesuatu produk berlandaskan kepada aplikasi teori dan konsep yang dipelajari Melibatkan proses dan prosedur kerja bagi mengembangkan bakat dan kemahiran psikomotor Penerangan perlu jelas dari segi objektif, proses terlibat, keperluan peralatan dan bahan; tempoh disiapkan. Boleh mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid Hasil tangan yang baik mutunya boleh dipamirkan untuk menarik perhatian dan minat orang.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Aktivti terancang dan berfokus yang melibatkan tinjauan murid ke tempat di luar sekolah bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman sebenar Aktiviti pengukuhan konsep dan ingatan serta pengkayaan sesuatu topik pelajaran dalam kelas Melibatkan aktiviti pemerhatian, pendedahan, pengumpulan maklumat, pengkajian, perbincangan dan pelaporan Mengeratkan interaksi sosial dan sifat kerjasama di kalangan murid Lawatan ke bakeri atau kilang batik sesuai dengan kehendak KHB.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SEBELUM Tentukan objektif lawatan sesuai dengan kehendak topik pelajaran; dapatkan kebenaran daripada pengetua, ibu bapa, JPN/PPD; pilih tempat yang boleh memenuhi hasrat lawatan; sewa pengangkutan dan tempat penginapan (jika bermalam) yang sesuai; beri taklimat kepada murid termasuk peraturan keselamatan; sediakan alat kelengkapan yang mencukupi; pilih tempat berkaitan dengan topik

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


SEMASA Pilih ketua murid, pastikan keselamatan murid terkawal; perhati dan bimbing murid SELEPAS bincang semula hasil lawatan; adakan aktiviti susulan Berfaedah Dapat melihat keadaan sebenar dan ilmu baru; mengukuhkan lagi konsep pelajaran dan sifat kerjasama Kekurangan perlu banyak persediaan (masa, wang dan tenaga); dipertanggungjawabkan (keselamatan); terdedah kepada keadaan tidak diinginni

Anda mungkin juga menyukai