Anda di halaman 1dari 8

1.

Kurikulum

Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu
pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat
dengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk
kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli
progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang
kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan
strategi-strategi pengajaran.

o Frank Bobbit (1918), dalam buku 'The Curriculum' menghuraikan kurikulum


sebagai :
1. keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada
perkembangan kebolehan individu atau
2. satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah
untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau
menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala
pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

o John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya 'The Child and The Curriculum'
merujuk istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil
kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini'. Pembentukan kurikulum
menekankan kepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya
menghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' (1916,
halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil
kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus
membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa
depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen
rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluan
masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan
individu.

Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut :

• urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan
bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001)
• isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu
dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan
mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996)
• pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang
diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan
pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara
berterusan dan bersungguh-sungguh
• kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk
memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah
• kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan,
proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap
tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana
dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)
• Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum
boleh didefinisikan sebagai :

Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan
adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek :

1. sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran
2. kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform

 Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum


Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :

'program pendidikanyang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi


semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk
membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta
memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan'

2. Konsep Umum Kurikulum

Konsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaimana sekolah
menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini :

1. Apakah yang harus diajar ?


2. Kepada siapa ia harus diajar ?
3. Mengapa ia harus diajar ?
4. Bagaimana ia harus diajar ?
5. Bila (berapa lama dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar?
6. Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?
7. Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, bahan, video dll)?
8. Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan? Apakah kumpulan
(kooperatif, homogenous, individu) yang akan digunakan?
9. Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi,ekologi bilik darjah) yang akan
digambarkan dalam kurikulum?

3. Jenis-Jenis Kurikulum

Apakah jenis kurikulum yang anda tahu ? Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama
iaitu kurikulum formal dan tersembunyi.

1. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya


matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen
untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa
yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set
objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang
dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan,
lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru
didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)
2. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia
mungkin disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal”.
Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan
dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut
kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis,
konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status
sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

Jadi apakah peranan anda sebagai guru dalam kurikulum tersembunyi? Anda harus berupaya
untuk mengenalpasti aspek-aspek kurikulum tersembunyi, terutamanya kemungkinan
ketidakfungsiaan potensi atau pengalaman pembelajaran negatif dan di mana-mana
kemungkinanan untuk mengawal dan memperbaiki situasi.

Huraian ringkas yang berikut membolehkan anda membezakan antara pelbagai jenis kurikulum.

• Kurikulum Bertulis/Yang Dihasratkan


o kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti
Kurikulum Kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Pra-Sekolah
• Kurikulum Cadangan
o kurikulum yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional,
suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar
• Kurikulum Masa Depan

- merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka


memahami kekuatan dan kelamahan masing-masing serta berupaya belajar
sepanjang hayat
- pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan
pengetahuan baru dan memurnikan bagi melahirkan celik akal melalui banding
beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis

- pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan


pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan
dan untuk membentuk pmikiran kritikal, kreatif dan futurisitik serta penyelesaian
masalah seperti Kajian Masa Depan

- 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini :

-kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan


menggunakan pelbagai strategi

-kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan

-bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan
disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum

• Kurikulum Sokongan
o kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk
menyokong atau menyampaikan
• Kurikulum Tersembunyi

- terletak diluar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit

- mengandungi peraturan tak bertulis. Konvensi, adat resam, nilai budaya yang
dikenali sebagai sekolah, sperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur

- dibentuk oleh faktor seperti sosioekonomi dan latar belakang pengalaman


dan murid

• Kurikulum Yang Di Ajar


o kurikulum yang dapat di lihat ketika memerhati pengajaran guru
• Kurikulum Yang Di Uji

- set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru , ujian
dibina di peringka daerah dan ujian piawaian

• Kurikulum Yang Di Alami/Di Pelajari

- semua perubahan pada nilai, persepsi dan tingkah laku yang berlaku adalah
hasil daripada pengalaman persekolahan
Hubungan kurikulum boleh dijelaskan melalui rajah yang berkaitan dengan lapisan
kurikulum

4. Model Kurikulum

Terdapat pelbagai model kurikulum yang dibincangkan oleh Raplh Tyler (1949), Hilda Taba
(1966) , Stenhouse (1975) dan Stake (1976).

a) Model Perkembangan Tyler

Berdasarkan 4 persoalan asas

i) Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

ii) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin


dapat mencapai tujuan tersebut ?

iii) Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara


berkesan?

iv) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau
sebaliknya?

Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar pendidikan
bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan signifikan
dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sebarang
pernyataan objektif sekolah adalah merupakan pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan
murid

Adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah
laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah
penyampaian dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai.

b) Model Perkembangan Taba

Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak

Pendekatan bawah keatas (bottoms-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan


peranan utama. Peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru harus membantu dalam
proses perkembangannya
7 langkah dalam perkembangan kurikulum adalah :

i) mendiagnosis keperluan

ii) pembentukan objektif

iii) pemilihan kandungan

iv) pengurusan kandungan

v) pemilihan pengalaman pembelajaran

vi) pengelolaan aktiviti pembelajaran

vii) penilaian

c) Model Perkembangan Stenhouse

Kurikulum sebagai satu proses

Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu.
Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh
seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan
dengan set penaakulan praktikal Aristotle

Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka
untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital

Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan
mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan :

a) Perancangan

- prinsip pemilihan kandungan - apa yang perlu diajar dan dipelajari

- prinsip perkembangan startegi pengajaran - bagaimana ia dipelajari dan


diajar

- prinsip membuat keputusan tentang urutan

- panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakan kurikulum dalam


pelbagai konteks

- maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza


Justifikasi : bermatlamatkan mudah diakses untuk diteliti dan dikritik. Melihat Kurikulum
sebagai sesuatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran. Hasil kurikulum ini adalah hasil
perkembangan kandungan dan cara daripada kerjasama antara guru dan murid. Pembelajaran
adalah berpusatkan murid dengan fokusnya adalah interaksi ; proses pembelajaran merupakan
fokus utama guru

5. Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum

6. Hubungan Kurikulum dengan Manajemen Pendidikan.

Hubungan manajemen pendidikan dengan kurikulum sangat berkaitan erat satu dengan yang
lainnya. Dimana Kurikulum merupakan inti dari bidang pendidikan dan memiliki pengaruh
terhadap seluruh kegiatan pendidikan. Mengingat pentingnya kurikulum dalam pendidikan dan
kehidupan manusia, maka penyusunan kurikulum tidak dapat dilakukan secara sembarangan.
Penyusunan kurikulum membutuhkan landasan-landasan yang kuat, yang didasarkan pada
hasil-hasil pemikiran dan penelitian yang mendalam. Penyusunan kurikulum yang tidak
didasarkan pada landasan yang kuat dapat berakibat fatal terhadap kegagalan pendidikan itu
sendiri. Dengan sendirinya, akan berkibat pula terhadap kegagalan proses pengembangan
manusia. Sedangkan Menajemen Pendidikan merupakan serangkaian proses pengelolaan
komponen pendidikan disekolah. Sedangkan kuikulum pendidikan merupakan bagian dari
Manajemen Pendidikan dimana kurikulum berfungsi sebagai rancangan Pembelajaran. Dengan
demikian hubungtan antara manajemen pendidikan dengan kuurikulum sangat berkaitan satu
sama lain

Sebagai contohnya: Seorang guru yang akan mengembangkan kurikulum dituntut


menguasai manajemen pengembangan kurikulum. Dalam mengembangkan kurikulum,
setidaknya guru akan menemui delapan problem. Pertama, bagaimana membatasi ruang lingkup
atau keluasan materi. Kedua, bagaimana mengaitkan relevansi materi dengan kompetensi yang
dibutuhkan. Ketiga, bagaimana memilih materi agar ada keseimbangan untuk peserta didik maju
dan yang lamban belajar, keseimbangan antara tuntutan pembangunan daerah dan nasional.
Keempat, bagaimana mengintegrasikan materi yang satu dengan materi lainnya sehingga tidak
terjadi duplikasi.

a. Rumusan

Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi


yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman.
Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam
pengalaman pembelajaran.

Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses , merupakan putaran asas yan mengandungi :
menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua
peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan
kualiti program persekolahan.
Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah
sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Dibawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum


integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk
kurikulum formal.