Anda di halaman 1dari 8

Seorang gadis bernama Zaniyah terlanjur dalam hubungannya dengan kekasihnya.

Zaniyah yang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya,Zaney. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir sungai Hutan Lembah Dara Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya,Zaniyah menjadi insaf,lantas kembali mendapatkan semula anak yangn telah ditinggalkannya itu. Tema Bertemakan tentang keinsafan seorang ibu yang terjebak dalam kancah maksiat Contohnya: zaniyah merupakan seorang gadis yang hidup bebas sehingga terlanjur dengan kekasihnya zaney kemudiannya apabila dia disahkan hamil kekasihnya telah meninggalkannya .setelah beliau melahirkan anaknya ,zaniyah meninggalkan bayinya di pinggir sungai .tetapi zaniyah akhirnya sedar dan insaf apabila melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah kembali mendapatkan anaknya.

Persoalan 1. pembuangan bayi yang tidak berdosa.contoh; zaniyah membuang ananaknya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara kerana tidak sanggup menanggung malu kerana anak yang dilahirkannya adalah anak luar nikah 2. kehamilan gadis tanpa ikatan perkahwinan,contoh;zaniyah hamil setelah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya zaney tanpa ikatan perkahwinan 3. pergaulan bebas muda mudi,contoh; setelah zaniyah ditinggalkan kekasihnya zaniyah menjadi liar dengan berkawan dengan bohsia dan bohjan. 4. hubungan kasih saying dalam keluarga binatang ,contoh;kerana sangat menyayangi anaknya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk memastikan anaknya selamat daripada

dibaham buaya 5. sikap ketidakbertanggungjawaban seorang lelaki,contoh; zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan zaniyah sehingga zaniyah hamil.sikap ketidakbertanggungjawab zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri tanpa dikesan Watak dan Perwatakan Zaniyah -watak utama -seorang gadis liar,bohsia -mementingkan budaya hedonisme -pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang -kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan zaney sehingga mereka terlanjur -hamil anak luar nikah -membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai hutan lembah dara -akhirnya insaf dan mengambil semula anaknya -seorang yang sangat menjaga maruah diri,contohnya selepas melahirkan anak dia sanggup membuang anaknya kerana tidak mahu maruahnya rosak -kuat semangat,berani,tabah,contohnya melahirkan anaknya seorang diri didalam hutan -berasal dari kampong dan menetap dikota Zaney -mempunyai kekasih bernama zaniyah -telah terlanjur dengan zaniyah Lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan akhirnya melarikan diri

Latar masyarakat/gambaran/imej/citra 1. masyarakat kota,contoh:zaniyah merupakan gadis kampong

yang hidup mencari rezeki dikota 2. masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hedonisme,contoh; zaniyah merupakan gadis liar yang hidup dengan mementingkan keseronokan seperti bergaul bebas lelaki dengan perempuan 3. masyarakat yang kejam,contoh zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan demi menjaga maruahnya 4. masyarakat yang tidak bertanggungjawab,contoh;zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya 5. masyarakat yang jahil tentang agama,contoh;zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan,terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu 6. masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup bekorban,contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya Latar masa berlaku pada waktu awal pagi ketika zaniyah melahirkan anaknya Latar tempat -di kota -dipinggir sungai hutan lembah dara Nilai kemanusiaan; 1. nilai kasih sayang.contoh;ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya 2. nilai keinsafan,contoh; zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah

pergi mengambil kembali anaknya 3. nilai pengorbanan,contoh; ibu monyet sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan anakn ya daripada dibaham buaya 4. nilai menjaga maruah,contoh;setelah melahirkan anak zaniyah membuang anaknya dan berazam ingin merantau jauh agar segala perbuatan terkutuknya tidak diketahui sesiapa 5. nilai simpati,contoh; zaney menasihati zaniyah supaya tidak menjalinkan hub ungan dengan suami orang 6. nilai ketabahan,contoh; zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat melahirkan anak seorang diri dihutan lembah dara walaupun risikonya tinggi Mesejatau Pengajaran 1. Kita mestilah insaf dan sedar setelah terlanjur melakukan dosa atau kesalahan ,contoh; zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya 2. sebagai manusia kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim,contoh; zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak dengan hubungan terlarang 3. kita janganlah mengamalkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan,contoh;zaniyah dan zaney menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan sehingga zaniyah hamil 4. kita hendaklah bertanggungjawab setelah merosakkan anak gadis orang,contoh;zaney menghilangkan diri setelah dia mendapat apa yang dia inginkan daripada zaniyah 5. kita mestilah menyayangi dan bekorban demi anak-anak,contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya 6. kita hendaklah menjaga maruah diri apabila merantau jauh atau berjauhan dengan ibu bapa,contoh;zaniyah gadis kampong

berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah Teknik plot 1. teknik dialog contoh:percayalah , zan.Dia tu dah punya bini,dah punya anak pun.Aku kesiankan kau.Sebagai seorang kawan,aku berkewajipan mengingatkan kau.Zaney mempamerkan wajah simpatinya.hal 51 2. teknik pemerian .contoh;matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu halaman 53 3. teknik imbas kembali,contoh;zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya 1.Apabila merasakan tiupan angin yang mengacah-acah dan mendengar deru pohonan yang kian nyaring dia didatangi rasa pilu dan kesal lagi. Segala-galanya seolah-seolah menikamkan kesakitan, menyerap jauh ke dalam pembuluh darah malah terapung-apung menghiris-hiris relung hatinya. a.Nyatakan maksud gaya bahasa personifikasi.(2 markah) b.Berdasarkan petikan berikan dua contoh gaya bahasa tersebut. (2 markah) 2. Berdasarkan cerpen Bah Urei, jawab soalan-soalan berikut; a. Bincangkan 5 latar masyarakat dalam cerpen.(10 markah) b. Jelaskan 5 perwatakan watak utama.(10 markah) SKEMA JAWAPAN 1.a.Personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda bukan manusia -1m b. dia didatangi rasa pilu dan kesal -1m angin yang mengacah-ngacah -1m

2.a. Masyarakat asli suku kaum Semai. Contohnya, Bah Urei merupakan lelaki orang asli suku kaum Semai yang masih mengamalkan adat suku kaumnya. 2m Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Bah Urei mengalami konflik jiwa yang hebat kerana gagal memelihara kubur isterinya Sirih dan pokok keledang lambang perkahwinan mereka kerana jalan raya akan dibina merentasi kubur isterinya. 2m Masyarakat yang berfikiran terbuka. Misalnya, Tok Batin dan anakanak buahnya bersetuju untuk menerima pembangunan yang akan dibuat di kampung mereka. 2m Masyarakat yang penyayang. Misalnya, walaupun telah lama isterinya Sireh meninggal, Bah Urei tetap setia menjaga kubur isterinya. 2m Masyarakat yang berani. Contohnya, Bah Urei merupakan seorang lelaki yang berani pada zaman mudanya. Dia pernah membunuh harimau hanya dengan menggunakan lembing.2m b. Seorang yang setia. Bah Urei masih setia menjaga kubur Sirih walaupun isterinya telah lama meninggal dunia. 2m Seorang yang berani. Bah Urei pernah membunuh seekor harimau yang besar dengan hanya menggunakan lembing semasa mudanya. 2m Seorang yang mudah emosi. Bah Urei menangis ketika dia berusaha untuk menebang pokok keledang kerana ia lambang perkahwinannya dengan Sirih. 2m Seorang yang menyayangi alam semulajadi. Bah Urei suka akan kehidupan di dalam hutan yang memberikan ketenangan kepadanya. 2m Seorang yang suka bertindak terburu-buru. Bah Urei mengasah parang lalu pergi menyerang pekerja-pekerja yang ingin membersihkan kawasan hingga menyebabkan ada yang tercedera. 2m

Hikayat Indera Nata


Sinopsis Indera Janaka, Si Batu Kembar dan Raja Rom, akhirnya mati dalam unggun api yang marak. Indera Nata dan kesemua tujuh orang puteri berasa gembira. Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Ia menceritakan peristiwa yang telah berlaku menyebabkan ia terpisah dengan Raja Rom. Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali aja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku pada Puteri Cendera Wati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih pada semua. Indera Nata, kemudiannya berkahwin dengan empat daripada tujuh puteri itu. Apabila diketahui oleh ayahanda kesemua puteri itu, mereka ingin mendapatkan semua anakanda mereka. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat keperibadian Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, mereka membatalkan hasrat tersebut. Raksasa berasa marah kerana anaknya, Si Batu Kembar telah terbunuh oleh Indera Nata. Ia menyerang dan banyak rakyat Rom yang dimakannya. Walaupun cuba dimakan dan dihempas, Indera Nata dengan berani dan gagah berjaya mengalahkan raksasa itu dan merantainya. Raja Rom dan kesemua tujuh raja berasa kagum dengan kehebatan Indera Nata. Indera Nata membenarkan kesemua tujuh puteri untuk kembali ke negara masing-masing tetapi mereka enggan berpisah dengan Indera Nata. Kesemua tujuh raja menerima hakikat tersebut dan bermohon kembali ke negara masing-masing. Contoh Soalan dan Jawapan : 1. Jelaskan watak utama cerita dan perwatakannya. (8 markah) Watak utama cerita ialah Indera Nata atau Piatu. Ia seorang

yang gagah. Indera Nata dapat mengalahkan raksasa yang cuba membunuhnya sedangkan orang lain gagal. Indera Nata juga seorang yang penyayang. Ia menyayangi ayahandanya sehinggakan sanggup menghidupkan semula ayahnya dengan bantuan Puteri Cendera Kesuma. Selain itu, ia seorang yang berani. Ia berani menentang raksasa seorang diri sedangkan orang lain berundur dan menyelamatkan diri masing-masing. Beliau juga mempunyai kesaktian. Indera Nata memiliki kesaktian iaitu tidak cedera walaupun dihempas oleh raksasa. Beliau juga amat berbudi bahasa. Indera Nata berkata-kata dengan lemahlembut dan amat menghormati kesemua tujuh raja yang ingin menyerang Rom