Anda di halaman 1dari 11

SKRIP JURUACARA SUKAN SEKOLAH DAN SUKANEKA IBUBAPA TAHUN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN PERGAU MC ATURCARA KETIBAAN VVIP

SKRIP Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Abu Seman bin Jahwie, Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Jemoreng, berserta rombongan dengan diiringi oleh En Che Iman bin Shahdan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pergau. Para hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA ALUAN

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM Yang Berbahagia, Yang Berhormat Abu Seman bin , bin Jahwie, Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Jemoreng, merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Yang Berusaha, En Che Iman bin Shahdan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pergau, Yang Berbahagia, Pn. Rokiah bt. Mohd Jahar, Yang di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Pergau, Yang Dihormati, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, Guru-Guru, Ibu Bapa dan seterusnya warga pelajar yang dikasihi sekalian. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA.

UPACARA PERASMIAN

Guru-guru, para ibu bapa serta hadirin yang dihormati sekalian Selamat datang ke Sukan Sekolah dan Sukaneka Ibubapa bagi tahun 2011. Sukan Sekolah pagi ini akan membuka tirai dengan perarakan

masuk kontinjen-kontinjen daripada rumah-rumah sukan. (Tunggu sehingga kontinjen perbarisan menghampiri padang)

Pertandingan perarakan perbarisan pada hari ini akan diadili oleh tiga orang hakim iaitu: iiiiii-

Hadirin sekalian, Lintas hormat pada pagi ni diketuai oleh Adik ____________ . *Beliau adalah _______________. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai

_______________________________________________.

Perarakan pertama didahului oleh pasukan Rumah Inspira dengan mottonya . Kekuatan kontinjen seramai 32 orang lengkap berpakaian serba merah diketuai oleh Adik __________________________. Pasukan ini dibimbing bersama oleh En Che Iman b. Shahdan, En Silvister Tugong, Pn Norulhuda bt Mat, En. Ismail b. Majelis, Pn Felamina Albert Silli Linsam dan Cik Nurerdalia Bt Majeri. Kontinjen seterusnya ialah pasukan Rumah Perdana. Perdana Boleh menjadi motto pada tahun ini. Kekuatan kontinjen pasukan ini adalah seramai 33 orang dan diketuai oleh Adik ____________________. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Sazali bin Hj Mohamad, Pn Lashipah bt Amri, Pn Siti Sarah bt Zainuddin, Pn Asiah bt Yusuf dan Pn Suriati bt Li.

Seterusnya pasukan Rumah Waja melangkah segak bergaya untuk melakukan lintas hormat. Dengan motto Terbaik pasukan ini diketuai oleh Adik ___________________ dengan kekuatan kontingen seramai 33 orang. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Abdullah Khilafah b. Hassan, Pn Widyawati bt Mohd Hussin, Pn Huzaimah bt Alli Ahmad dan Cik Hajibah bt Kabir. Seterusnya, acara lintas hormat daripada pasukan rumah Pesona . Pasukan ini bermottokan Terus Mara dan diketuai oleh Adik __________________ serta dibimbing oleh En. Kamil bin Maknon, Pn. Hanafiah bt Dalakim, Cik Halohati bt.Tair, Cik Supia bt Rasda dan Pn. Rosnah bt Juni. Dengan kekuatan kontigen seramai 32 orang, pasukan ini sudah bersedia untuk menempa kecemerlangan tahun ini.

PEMBACAAN DOA

Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan En Sazali bin Hj Mohamad untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Para hadirin dimohon berdiri. Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini, dijemput En Che Iman bin Shahdan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pergau, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormat mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Kini, majlis menjemput YB Abu Seman bin Jahwie , ADUN N38 Jemoreng, memberikan ucapan dan seterusnya

merasmikan Sukan Sekolah dan Sukaneka Ibubapa Tahun 2011 Sek Keb Pergau. Dengan penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz Bin Jamman kerana sudi merasmikan Sukan Sekolah dan Sukaneka Ibubapa Tahun 2011 Sek Keb Pergau.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Bagi

meneruskan

acara

kita

pada

hari

ini,

majlis

mempersilakan En Che Iman bin Shahdan, Guru Besar Sek Keb Pergau untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Abu Seman bin Jahwie sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia hadir merasmikan majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia dan Tuan Guru Besar atas kesudian

menyempurnakan majlis sebentar tadi.

SELINGAN POCOPOCO

Seterusnya majlis berehat sebentar dengan tarian poco-poco yang akan diketuai oleh

BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Hadirin sekalian. Sukan Sekolah pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik Muhd Aiman Fadhlullah bin Zulkepli. Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera. Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar

kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

Hadirin sekalian, Seterusnya kita akan menyaksikan keberangkatan keluar kontinjen rumah sukan. (Tunggu sehingga selesai)

CABUTAN TIKET BERTUAH

Majlis berehat sebentar dengan cabutan bertuah. Pemegangpemegang tiket cabutan bertuah sila tumpukan perhatian anda. Dengan ini majlis menjemput _____________________ bagi mengadakan cabutan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada _________________________.

HADIAH ACARA PADANG

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara padang. Untuk makluman hadirin, acara padang telah dijalankan pada hari Isnin, 3 Oktober yang lalu. Majlis menjemput ________________________________ bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. (rujuk keputusan) Terima kasih diucapkan kepada ___________________________.

ACARA BALAPAN

Hadirin sekalian, -Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan dan Sukan Prasekolah dan Kategori C. Acara balapan yang akan dipertandingkan ialah acara 50m kategori lelaki dan perempuan C, 100m dan 4x100m bagi kategori lelaki dan perempuan A dan B. -Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara. Perjalanan Kesemua Acara. (spontan) Acara 50 m (kategori lelaki dan perempuan C) Acara 100m(kategori lelaki dan perempuan A dan B) Acara 4x100m(kategori lelaki dan perempuan A dan B)

CABUTAN TIKET BERTUAH

Majlis berehat sebentar dengan cabutan tiket bertuah. Dipersilakan ______________________ untuk membuat cabutan. Terima kasih diucapkan kepada ___________________________.

PENYAMPAIAN

Hadirin sekalian,

HADIAH

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Sukan Sekolah kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput _______________________, ( dengan diiringi oleh __________________, ( untuk menyampaikan hadiah. Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan sebentar tadi. (Rujuk Meja Data) ) )

MERARAU/ BEREHAT

Majlis berehat sekarang. Sukaneka Ibubapa akan dimulakan pada pukul 2 petang ini. Sekian, terima kasih.

SUKANEKA IBU BAPA

MC

ATURCARA

SKRIP

SUKANEKA IBUBAPA

PENYAMPAIAN HADIAH

Kini tibalah acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah. Bagi memulakan penyampaian hadiah, majlis menjemput bagi

__________________

mengiringi

________________

meyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Diumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan pada hari ini. -Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah___________. -Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________. -Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan

Rumah__________. -manakala tempat keempat disandang oleh pasukan Rumah _______________.

Hadirin sekalian, Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding. - tempat keempat disandang oleh Rumah ___________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan _____________________ untuk menerima hadiah. -Tempat ketiga berjaya dirampas Ketua oleh Guru pasukan Rumah

Rumah____________.

Dipersilakan

Sukan________________________ untuk menerima hadiah. -Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah

Sukan________________________ untuk menerima hadiah. -Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Sukan Sekolah tahun 2011 jatuh kepada: Rumah __________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

Terima

kasih

diucapkan

kepada

_____________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian, -Seterusnya dijemput ____________________ dengan diiringi oleh ___________________________ untuk menyampaikan

hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Adik____________________________. Untuk makluman semua, beliau telah memenangi

acara_________________________________________________ ____________________________________________________. -Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah

Adik____________________. Beliau telah meraih

pingat________________________________________________ _____________________________________________________. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori rumah sukan tercantik. Rumah yang menduduki tempat keempat kategori rumah sukan tercantik ialah Rumah _______________________. Dipersilakan guru rumah sukan __________________ untuk menerima hadiah.

Tempat ketiga pula disandang oleh Rumah ______________. Dipersilakan guru rumah sukan __________________ untuk menerima hadiah.

Naib johan dimenangi oleh Rumah _____________________. Dipersilakan guru rumah sukan __________________ untuk menerima hadiah.

Johan bagi kategori rumah sukan tercantik jatuh kepada Rumah ________________. Dipersilakan guru rumah sukan __________________ untuk menerima hadiah.

Penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kategori rumah sukan yang paling banyak mengutip sampah. Rumah yang memenangi kategori ini iaitu rumah yang paling banyak mengutip sampah jatuh kepada Rumah ______________. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada __________________________ di atas kesudian menyampaikan hadiah.

CABUTAN TIKET BERTUAH

Sebelum menutup tirai, kita adakan untuk kali terakhir cabutan tiket bertuah bagi hadiah utama. Majlis mempersilakan _________________________ bagi mencabut tiket bertuah. Terima kasih diucapkan kepada ___________________________. Tahniah kepada pemegang tiket yang bertuah pada hari ini.

PENUTUP

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Andai Allah memberikan usia yang panjang, Dapatlah kita bersua di lain hari.

Kenangan indah akan terpatri, Dilubuk hati dan disanubari, Warga Pergau berterima kasih, Kepada hadirin yang dihormati. Semoga kita bersua kembali pada Sukan Sekolah pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami berdua.

p/s: Seterusnya, dijemput Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pergau ,En Che Iman bin Shahdan untuk mengiringi YB Abu Seman bin Jahwie serta para jemputan menikmati juadah yang disediakan.

SEKIAN,

WABILLAHI

TAUFIQ

WALHIDAYAH, TAALA

WASSALAMUALAIKUM WABARAKATUH.

WARAHMATULLAHI

Anda mungkin juga menyukai