Anda di halaman 1dari 17

1

Isi Kandungan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

Tajuk Pengenalan Kelahiran Tamadun Takrif dan Konsep Konsep Tamadun melalui perspektif Islam Ciri-ciri tamadun Islam Elemen-elemen kelahiran Tamadun Konsep Tamadun melalui perspektif Barat Ciri- ciri tamadun Barat Perbezaan perbezaan perspektif tamadun Islam dengan perspektif tamadun Barat

Muka Surat 2 35 67 89 10 11 13 14 15

9 10 11

Kesimpulan Rujukan Lampiran

16 17

Pengenalan Kelahiran Tamadun Tamadun Islam telah lahir di Makkah pada tahun 610M. Kelahiran tamadun adalah serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah. Pada tahun 623M, Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah. Beliau menubuhkan sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. Kerajaan Islam inilah yang menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam.Sebagai contoh, Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi yang banyak mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir.

Takrif dan Konsep Tamadun Perkataan tamadun telah digunakan untuk mengambarkan kemajuan dalam kebendaan sesebuah masyarakat,kebendaan yang dimaksudkan itu adalah material yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat.Dari perspktif semasa, tamadun itu merupakn pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi, iaitu juga selari dengn penonjolannya dalam tamadun barat pada zaman ini. Tetapi sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Maddana dalam bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi perkerti. Selepas itu, daripada perkataan Maddana , diterbitkan perkataan Madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Sebagai kesimpulan, kedua-dua perkataan Maddana dan Madani sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu mengambarkan kehidupan beragama. Pergertian tamadun berdasarkan sudut etimologi yang dikemukakan di atas, secara tidak langsungnya menekankan dua perkara yang penting dalam member takrifan yang lengkap tentang tamadun. Antara dua perkara itu adalah, yang pertama,kehalusan budi pekerti dan yang kedua adalah pembangunan perbandaran dan penempatan. Secara keseluruhannya, tamadun ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segi perlakuan, permikiran dan kemajuan yang tinggi iaitu seperti dalam bidang sains dan teknologi,kesenian, kesasteraan dan sebagainya, baik ,halus dan sopan kea rah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji dalam membentuk sebuah masyarakat atau Negara bangsa.

Selain daripada yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga perkataan bahasa Arab yang lain yang digunakan untuk mentakrifkan perkataan tamadun, iaitu perkataan hadarah. Perkataan hadarah berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di Bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Perkataan hadarah ternyata lebih meluas penggunaannya apabila dikaitkan dengan kemajuan industri idan perdagangan apabila dibandingkan dengan istilah madaniyyah, umran dan

tamaddun .(pengajian tamadun islam edisi ke-2. hlm.6) Menurut Marzuki Hj. Mohmood (199449),secara umumnya hadarah adalah gambaran bagi kehidupan secara menetap yang berada pada tahap maju. Antonim bagi hadarah ialah badawah yang dapat dikaitkan dengan kehidupan berpindah randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan, serta lebih banyak bergantung kepada pertaniandan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup. Oleh itu, hadarah mempunyai dua pengertian (Marzuki 1994), iaitu boleh dilihat dari segi pengertian objektif dan pengertian subjektif. Dalam pengertian objektif, pengertian hadarah merupakan suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesasteraan, teknik, keilmuan dan undangundang yang dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat. Manakala pengertian hadarah dari segi subjektif ialah suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas, atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan itu bersifat subjektif dan bergantung kepada masa dan tempat serta nilai-nilai yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.

Di samping itu, tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan juga rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat. Takrifan dan konsep tamadun daripada segi perspektif Islam yang dikemukakan melalui istilah madaniyyah, umran, hadarah dan tamaddun. Walaupun istilah-istilah ini masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarnya menemui titik persamaan dari segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asas dan dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Konsep Tamadun melalui perspektif Tamadun Islam Mengikut perspektif tamadun Islam, antara tokoh-tokoh yang wujud ialah Ibn Khaldun , Muhammad Rasyid Redha , Sayyid Zutb , Said Hawa , Umar Audah al-Khatib dan .Muhammad al-Babiy. Mengikut pandangan Ibn Khaldun , tamadun ialah kemuncuk pembangunan yang berkaitan dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya juga merupakan asas tamadun islam. Mengikut tokoh Muhammad Rasyid Redha pula, beliau menyatakan agama merupakan asas tamadun. Ini disebabkan peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun ini bergantung kepada keteguhan pegangan agama dan sebaliknya. Tokoh Sayyid Zutb pula telah menyatakan Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Seterusnya, tokoh Said Hawa menerangkan tamadun secara umum dan membahagikannya kepada dua kategori, iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah. Tamadun Islam menyatakan segala aspek kemajuan yang tegas di atas kebudayaan Islam serta hasilnya releven dengan kebudayaan itu. Bagi kategori kedua ialah Tamadun

Jahiliah menerangkan segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. Bagi Umar Audah al-Khatib, beliau menyatakan tamadun ialah himpuan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah. Tokoh terakhir ialah Muhammad al-Babiy. Beliau menyatakan bahawa tamadun merupakan keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada dalam bentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusteraan dan lain-lain.

Ciri-ciri Tamadun Islam Di antara ciri-ciri Tamadun Islam yang pertama adalah rabbani. Ia menyatakan tamadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran menjadi sumber dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia. Tanggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Ciri yang kedua ialah keseimbangan dan kesederhanaan. Keseimbangan bermaksud seimbang di antara dua keadaan yang bertentangan. Contohnya, seimbang antara kerohanian dan kebendaan, antara tanggungjawab ibadah terhadap Allah dan urusan kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat. Ciri yang seterusnya ialah universal. Ia menyatakan Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu bahkan ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan. Ia berbeza dengan tamadun lain seperti tamadun Cina, tamadun India, tamadun mesophotamia, dan tamadun Parsi.

Ciri yang keempat ialah ideal dan realistik. Ciri ini menyatakan Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat dicapai. Di mana ia dapat mengawasi seluruh kegiatan manusia supaya tidak bercanggah dengan ajaran Allah. Realistik dari segi mengambil kira hubungan dengan alam sejagat atas dasar

bahawa alam merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah. Bagi ciri yang kelima pula ialah tetap dan anjal, iaitu tetap atau tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya dengan memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang hendak dicapai. Ciri keenam ialah menyeluruh. Ia menerangkan Tamadun Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang, aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain serta hubungan antarabangsa.

10

Elemen-elemen Kelahiran Tamadun. Menurut perspektif Islam, kelahiran tamadun bermula apabila manusia berupaya untuk mengembangkan dan memainkan peranannya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Hal ini disebabkan manusia adalah dicipta oleh Allah SWT dengan tujuan untuk melahirkan tamadun. Mengikut pandangan Wan Abdul Rahman Latif (1996:167), beliau menyatakan kehidupan manusia yang menetap membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik. Kehidupan yang sistematik ini pula boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan membawa kepada peningkatan hasil pengeluaran. Seterusnya akan meninggalkan kesan kepada pertambahan jumlah penduduk, sistem sosial, pengkhususan kerja, pengelasan masyarakat dan pertukaran hasil kerja oleh masyarakat. Perkembangan faktor kependudukan dan faktor sumber akan berbeza-beza antara sebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Tetapi prinsip atau elemen ini memang wujud jika dilihat dengan teliti dan ia menjadi asas serta memainkan peranan yang penting jika dikaitkan dengan prinsip-prinsip asas yang lain.

11

Konsep Tamadun melalui perspektif Tamadun Barat Dalam bahasa Inggeris civilization ialah terjemahan yang paling meluas penggunaannya bagi merujuk maksud tamadun. Civilization diambil daripada perkataan Latin yang merujuk kepada city atau citivas dengan alasan-alasan yang berikut (Beg: 1982) iaitu, tiap-tiap tamadun yang agung mempunyai bandar-bandar yang sama, perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar dan ciri-ciri asas tamadun manusia adalah mudah ditemui di bandar-bandar. Tamadun Barat lebih mementingkan aspek pencapaian kebendaan atau material jika diperbandingkan dengan aspek kerohanian. Mengikut pandangan barat, pengukuran sesebuah masyarakat sama ada bertamadun atau tidak adalah lihat dari aspek pencapaian kebendaan atau material sesebuah masyarakat tersebut. Mengikut perspektif tamadun Barat, antara tokoh-tokoh yang wujud ialah M.A.J Beg, Arnold Toynbee, F.K.Fiebleman, E.B.Taylor, Oswarld Spengler, Will Durant, Gordan Childe,dan Edward L.Farmer. Mengikut pandangan Edward L. Farmer, beliau mantakrifkan tamadun sebagai unit budaya terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada norma-norma social, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.Farmer dalam bukunya Comparative History of Civilizations in Asia menerangkan bahawa masyarakat yang bertamadun harus mempunyai ciri-ciri berikut iaitu revolusi pertanian, petempatan kekal, organisasi social masyarakat, sistem pentadbiran, agama, sistem perbandaran, kemajuan teknologi dan sistem tulisan.

12

Mengikut pandangan Darcy Riberio pula, beliau dalam bukunya The Civilized Society telah menyeneraikan sembilan ciri-ciri tamadun yang berada dalam proses perkembangannya iaitu, yang pertama, berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan alat-alat baru dalam pertanian. Kedua, bermulanya perternakan dan pembahagian kerja berasaskan kumpulan. Ketiga, pertumbuhan kota dan Negara, wujud status sosial, penggunaan sistem pengairan untuk pertanian, penggunaan peralatan tembaga dan gangsa, dan wujud sistem tulisan, angka dan kalendar. Keempat, Penggunaan sistem pengairan secara meluas. Kelima, penciptaan berteknologi daripada besi, pengeluaran alat-alat baharu, perkapalan dan penggunaan wang syiling untuk memudahkan perdagangan. Keenam, revolusi perternakan. Ketujuh, revolusi

perdagangan. Kelapan, revolusi teknologi. Dan yang akhirnya ialah revolusi industri.

Menurut Gordan Childe, revolusi perbandaran (urban) merupakan ciri utama yang menyebabkan berlaku perkembangan dalam budaya material, intelektual dan kesenian. Beliau berpendapat tamadun muncul apabila berlakunya pengkhususan dalam pekerjaan. Keadaan ini akan membawa kepada kecenderungan masyarakat untuk mencipta barangan baru dan berkualiti kerana mereka memiliki kemahiran. Kemajuan dalam bidang-bidang lain akan terus berlaku dalam aspek material, intelektual dan kesenian yang akan mencapai pada tahap yang kompleks. Menurut Prof. M.A.J.Beg, tamadun merujuk kepada Pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. (M.A.J. Beg, Islamic and Western Concept of Civilizations, 1982, Kuala Lumpur: The Univercity Malaya Press, hlm 21.)

13

Arnold Toynbee pula menyatakan tamadun ialah suatu system masyarakat yang dapat membantu manusia bagi manambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen yang penting iaitu, bahan-bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan juga seni. F.K.Fiebleman mengemukakan bahawa tamadun itu merupakan kepandaian manusia mengeksploitasikan material. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan. Di samping itu, E.B.Taylor telah menyatakan tamadun itu merangkumi aspekaspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat yang merupakan suatu rangkaian rumit. Selain itu, Oswarld Spengler menerangkan tamadun barat lebih mementingkan kebendaan. Hal ini disebabkan kebendaan itu dirasakan akan membawa kepada kemajuan bagi sesebuah masyarakat. Will Durant pula menerangkan tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu, sumber ekonomi, sistem politik, tradisi, moral dan kesenian.

14

Ciri-ciri Tamadun Barat Menurut pandangan Lucien Goldmann, pandangan semesta merupakan unsur utama yang boleh dijadikan perbezaan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun boleh dibahagikan kepada empat ciri utama, iaitu tamadun materialistik, tamadun intelektual, tamadun mistik dan tamadun berasaskan wahyu. Selain itu, terdapat tahap-tahap peningkatan sesebuah tamadun yang dapat diukur berdasarkan dua asas utama,iaitu pencapaian fizikal dan pencapaian intelektual. Pencapaian fizikal boleh dilihat dari segi penubuhan sesebuah kerajaan atau empayar yang luas dengan menggabungan beberapa pusat perbandaraan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. Pencapaian intelektual pula boleh dilihat dari segi penemuan fikiran baru atau melalui penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sainis dan teknologi.

15

Perbezaan perspektif tamadun Islam dengan perspektif tamadun Barat Tamadun diberikan pelbagai jenis penjelasan daripada perspektif tamadun Islam dan Barat. Menurut perspektif tamadun Islam, tamadun mempunyai Istilah madaniyah, umran, hadarah, tamadun berbeza tetapi sebenarnya menemui titik persamaan dari segi konsep tamadun iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksikan akidah, syariah dan akhlak sebagai dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun manakala menurut perspektif tamadun Barat pula member penjelasan bahawa tamadun Lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya.

16

Kesimpulan

Melalui apa yang telah membincangkan di atas dan juga isi-isi penting yang berkaitan dengan tamadun yang telah dinyatakan, boleh mendapati bahawa perbezaan pandang terhadap tamadun oleh sesebuah masyarakat adalah berbeza-beza. Contohnya, mengikut pandangan Islam tamadun itu adalah lebih menitikberatkan tentang kerohanian manakala bagi tamadun yang mengikut pandangan barat adalah lebih mementingkan kebendaan. Selain itu, mengikut pandangan Islam adalah tamadun yang diwahyukan oleh Allah SWT, manakala tamadun barat pula dibentuk oleh pemikiran dan pengalaman manusia. Kita tidak dapat menafikan bahawa tamadun yang mengikut pandangan barat ataupun mengikut pandangan islam masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masingmasing, ia juga akan membawa kesan negatif dan juga kesan positif kepada masyarakat.

17

Rujukan Mohd Liki Hamid.(2003). Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua.Pahang: Pts Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mohamad Khadafi Hj Rofie (2009). Tamadun Islam Prinsip dan Sumbangannya. Kedah : Pure Honey Enterprise
http://www.scribd.com/doc/6509784/Bab-1-Pengenalan-Tamadun-Islam http://www.geocities.com/tamadunislam/konsep__tamadun__islam.htm http://www.scribd.com/doc/2525638/tamadun http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf http://www.scribd.com/doc/17294635/Minggu1PengenalanIlmuKetamadunan-2 http://www.scribd.com/doc/16811445/definisitamadun http://www.scribd.com/doc/8409211/Bab-5-Interaksi-Antara-Tamadun

www.geocities.com/cominglucky/tmanausia.htm www.oppapers.com/essays/Tamadun-Islam/123121

Anda mungkin juga menyukai