Anda di halaman 1dari 3

Objektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI Mengapa objektif diperlukan dalam Pendidikan Jasmani Bucher & Wuest ( 1987) Menolong Pendidikan Jasmani di dalam aspek-aspek berikut; Untuk memahami apa yang hendak dilakukan Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah. Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program. OBJEKTIF-OBJEKTIF Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama; PEMBANGUNAN FIZIKAL ATAU ORGANIK Pembangunan neurootot atau motor Pembangunan kognatif Pembangunan sosial,emosi dan afektif Pembangunan fizikal atau organik Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu. Objektif pembangunan neurootot atau motor Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga Bergerak dengan kecap dan indah

1.Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat di dalam aktiviti seperti berlari,melompat,bergayut,menyepak,membongkok,mengilas dan melontar. 2.Di dalam aktiviti pendidikan jasmani ,kemahiran neurootot membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi. 3.Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang mungkin ada pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai.

Disamping itu,kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan,membina keyakinandiri dan mendapat pengiktirafan diri. OBJEKTIF PEMBANGUNAN KOGNATIF Melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta

menginterpretasikan pengetahuan. Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan ,undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani OBJEKTIF PEMBANGUNAN SOSIAL,EMOSI DAN AFEKTIF Objektif pembangunan sosial,untuk menolong seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri. Objektif pembangunan emosi melatih mengawal emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain. Objektif pembangunan afektif melibatkan sikap,apresiasi dan nilai

TUJUAN-TUJUAN SEORANG GURU PENDIDIKAN JASMANI

Untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak Untuk membangkitkan pembelajaran secara inkuari dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif Untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental,kawalan diri dan keyakinan diri. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengalami pengalaman yang luas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti,dengan atau tampa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara. Untuk meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangun sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza Untuk membolehkan setiap kanak-kanak mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/objektif-pendidikan-jasmani-dan.html

Anda mungkin juga menyukai