Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN LARAS SAINS Obesiti merujuk kepada masalah kegemukan yang dialami oleh seseorang akibat kenaikan berat

badan secara mendadak. Kini, masalah kegemukan semakin menular dalam kalangan lapisan masyarakat tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan masalah obesiti ini. Lazimnya, jenis makanan dan amalan pemakanan akan mengakibatkan masalah obesiti. Jenis makanan seperti makanan yang berlemak dan berkalori tinggi seperti daging serta makanan dan minuman ringan seperti coklat, ais krim, minuman berkarbonat dan lain-lain menjadi factor pendorong kepada masalh obesiti. Masalah obesiti juga berpunca daripada pemakanan yang tidak terkawal. Tabiat kuat makan dan pengambilan makanan yang tidak terancang dan banyak, khususnya pada waktu malam cenderung kepada masalah obesiti. Di samping itu, obesiti juga berlaku kerana individu kurang melakukan senaman atau pergerakan fizikal tubuh badan. Dalam kehidupan moden ini, manusia asyik bekerja dan mengejar kekayaan material sehingga mereka mengabaikan kegiatan senaman. Hal ini biasanya berlaku kepada mereka yang hanya bekerja dalam perjabat. Kehidupan yang selesa dan pelbagai kemudahan moden yang wujud di sekeliling kita turut mengakibatkan manusia malas berjalan dan bersenam. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak terbakar dan seterusnya bertukar menjadi lemak lalu menyebabkan obesiti. Masalah obesiti boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan dan psikologi seperti diabetes, penyakit jantung, dan kurang keyakinan diri. Oleh yang demikian, langkah-langkah berkesan harus diambil untuk menengani masalah ini.. Kita haruslah menjaga jenis makanan yang dimakan pada setiap hari. Pengambilan makanan yang kurang lemak, kurang kalori serta tinggi kandungan seratnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat digalakkan. Makanan yang tinggi lemak dan berminyak haruslah dikurangkan. Selain itu, tabiat kuat makan haruslah dihindarkan. Pengambilan kadar makanan yang dicadangkan adalah mengikut piramid makanan supaya hidangan makan seimbang dan berkhasiat. Selain itu, masalah obesiti juga dapat diatasi dengan melakukan aktiviti senaman. Kita haruslah melakukan senaman secara teratur, iaitu selama 20-30 minit setiap hari. Antara senaman yang paling mudah dan berkesan ialah menaiki tangga, berjogging, bermain tenis, berenang dan berjalan kaki. Kesemua aktiviti ini akan mengurangkan lemak di dalam badan kita. Kesannya, masalah obesiti dapat dikurangkan. Oleh sebab obesiti boleh menjejaskan produktiviti dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kronik, individu perlu mengambil langkah segera mengatasi masalah ini. (345 patah perkataan)