Anda di halaman 1dari 3

TEORI PIAGET MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN INDIVIDU

Pada peringkat deria motor ( berumur 0 - 2 tahun) , kanak kanak akan menunjukkan perubahan daripada tindakan reflektif kepada yang bertujuan. Pada peringkat praoperasi (berumur 2 7 tahun)pula , kanak kanak dapat berfikir dalam logik satu hala tetapi masih tidak mampu berfikir secara terbalik lagi. Contohnya, dalam satu kajian, piaget mendapati bahawa kanak kanak ditunjukkan barisan kad huruf ABCD dan mereka disuruh terbalikkan susunan kad huruf tersebut , tetapi hasil daripada mereka ialah sentiasa melakukan barisan DCAB.

Pada peringkat praoperasi , kanak kanak juga menunjukkan egosentrik iaitu bersifat mementingkan keperluan diri sendiri sahaja dan dan monolog kolektif merujuk kepada bunyi ciptaan sendiri yang tidak boleh difahami oleh orang lain. Pada peringkat operasi konkrit pula , kanak kanak berupaya berfikir berbalik , memahami konsep pemuliharaan dan dapat melakukan pengelasan dan penyusunan bersiri serta dikatakan mempunyai logik yang lengkap untuk membuat operasi yang konkrit ataupun yang nyata.

Pada peringkat operasi formal (berumur 11 15 tahun) kanak kanak menjadi matang dan dapat berfikir secara saintifik. Selain itu , mereka juga dapat menyelesaikan masalah abstrak dengan logik yang lebih tinggi serta menunjukkan keprihatinan pada identiti diri dan isu-isu sosial.