Anda di halaman 1dari 11

AL-QALB AL-SALIM DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

Mohd Noorikhwan bin Sarbini


Nazneen binti Ismail
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
A-2-10 Apartmen Seri Mawar,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.
No. Tel: 017-3771207 / 019-2360477
Emel: qolbunsalim29@yahoo.com.my / nazneen@kuis.edu.my


ABSTRAK

Hati (al-Qalb) adalah pusat tindakan bagi anggota badan manusia. Hati yang baik mampu
mengarahkan anggota badan lainnya untuk melakukan kebaikan dan begitulah juga
sebaliknya. Manakala bagi sebuah organisasi, bahagian pentadbirannya boleh
diumpamakan sebagai hati. Justeru, pentadbiran yang baik sebenarnya mampu untuk
memberi kesan kepada kejayaan dan kelancaran perjalanan organisasi tersebut.
Realitinya, kebanyakan organisasi yang wujud pada hari ini sedang mengalami
kepincangan tanpa sebarang penyelesaian ditemui. Permasalahan ini tidak hanya
tertumpu kepada organisasi-organisasi raksasa sahaja bahkan turut dihadapi oleh
organisasi yang kecil. Permasalahan yang dimaksudkan merangkumi isu-isu besar seperti
jenayah kolar putih sehinggalah kepada isu yang dilabel sebagai remeh seperti curi
tulang, tidak menepati masa, dan sikap sambil lewa dalam tugasan. Hakikatnya,
permasalahan sebegini mampu memberi impak yang besar terhadap organisasi itu sendiri.
Lebih merumitkan apabila permasalahan yang timbul ini boleh menular dari satu
organisasi kepada organisasi yang lain pula. Rentetan itu, kertas kerja ini bakal
mengetengahkan aplikasi al-Qalb al-Salim dalam pengurusan pentadbiran sesuai dengan
fungsi hati selaku pengawal setiap tingkah laku manusia.





2

PENGURUSAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM

Terdapat pelbagai perbahasan dalam membicarakan takrifan sebenar istilah pengurusan
dan pentadbiran. Sebahagian sarjana berpendapat kedua-duanya mempunyai maksud
yang sama sedangkan sebahagian lain berpendapat sebaliknya. Namun begitu, kedua-
duanya tidak dapat dipisahkan sama sekali. Kedua-duanya mempunyai perkaitan yang
rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Umumnya, pentadbiran lebih
disifatkan sebagai perencanaan sedangkan pengurusan adalah bersifat perlaksanaan.
1


Pengurusan pentadbiran yang diajarkan Islam adalah sesuatu yang bersepadu. Ia meliputi
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah s.w.t. Ia tidak hanya
membahaskan isu kepentingan organisasi bahkan turut menekankan kepentingan
individu. Ia berdiri di atas paksi tujuan utama manusia diciptakan iaitu untuk beribadah
kepada Allah s.w.t.
2
Ini kerana manusia yang mukmin itu sedar bahawa kehidupannya
tidak terhenti setakat di dunia sahaja. Setiap perlakuannya di atas muka bumi ini akan
dihisab dan dibalas Allah s.w.t di akhirat kelak.

HUBUNGAN ANTARA ANGGOTA DAN ORGANISASI

Sebuah organisasi terdiri daripada sekumpulan individu yang bekerja dengan mempunyai
tujuan yang sama. Setiap mereka bertanggungjawab kepada jawatan dan tugasan yang
diberikan. Begitu juga seorang ketua bertanggungjawab kepada anggota organisasi yang
berada di bawahnya. Kesemua mereka perlu sedar bahawa walau apa jawatan yang
disandang sekalipun mereka adalah tertakluk di bawah kekuasaan dan pentadbiran Allah
s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Og^4C =}Cg~-.- W-ONL4`-47
W-O+^OC` -.- 4OcO-4

1
Ab. Mumin Ab. Ghani. 2006. Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh dari Aspek Konsep, dlm.
Dimensi Pengurusan Islam. pnyt. Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya. Hlm. 5.
2
Ibid, hlm.9.
3

W-EO+^OC`4 7g-E44`
+^4 4pOUu> ^g_
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah
dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (salahnya).
Al-Anfal (8): 27
Justeru, pemilihan anggota organisasi adalah perkara yang amat penting dalam menjamin
kejayaan sesebuah organisasi. Ini termasuklah pemilihan ketua sehinggalah kepada
pemilihan pekerja biasa.
3
Pemilihan perlu dibuat dengan telus dan adil bagi mengelakkan
berlakunya sebarang bentuk kepincangan. Ia tidak boleh dibuat sambil lewa atau
mengabaikan aspek amanah, jujur dan bertanggungjawab. Pemilihan yang tepat juga akan
memberi kesan kepada kecekapan pengendalian tugasan yang diamanahkan sekaligus
membantu dalam memelihara kualiti penghasilan organisasi tersebut.

PENTADBIRAN SEBAGAI HATI ORGANISASI

Bahagian pentadbiran merupakan pusat bagi sesebuah organisasi. Justeru, ia
diumpamakan seperti hati bagi sebatang tubuh manusia. Hati yang baik akan dizahirkan
menerusi keperibadian yang mulia. Begitu juga organisasi yang baik bermula daripada
pentadbiran yang baik. Ini kerana bahagian tersebut berperanan dalam menentukan dasar,
misi dan visi organisasi untuk mencapai matlamat yang digariskan. Oleh itu, dalam
merealisasikan tujuan penciptaan manusia di muka bumi iaitu sebagai khalifah Allah
s.w.t, pentadbiran yang baik seharusnya memberi perhatian kepada beberapa aspek, iaitu:

i. Peningkatan kawalan dalaman.


3
Suhaili Sarif. 2006. Hubungan Antara Anggota dalam Organisasi Menurut Perspektif Islam, dlm. Ibid,
Hlm. 114.
4

Zakaria Stapa menyatakan bahawa manusia ialah makhluk yang ditadbir dan diurus oleh
diri dalaman manusia sendiri kerana mereka berhak membuat penentuan dan mencorak
warna kehidupan mereka keseluruhannya. Ini adalah bertepatan dengan tugas manusia
sebagai khalifah di atas muka bumi ini.
4
Apatah lagi, Allah s.w.t turut menyebutkan
dengan jelas bahawa semua makhluk ciptaan-Nya di alam ini bertujuan untuk memenuhi
kepentingan manusia yang bergelar khalifah tersebut. Firman Allah s.w.t:

4OOCEc4 7 E` O)
g4OEOO- 4`4 O) ^O-
4Og- +OuLg)` _ Ep) O) CgO
e4CE Og ]NO-E4-4C
^@
Maksudnya:

dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan
kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
Al-Jathiyah (45):13

Kawalan dalaman yang dimaksudkan ialah rasa bertuhan (muraqabatillah) atau turut
disebut sebagai ihsan. Ia bermaksud merasai pemerhatian Allah s.w.t dalam setiap
perkara dan tingkah laku sama ada di hadapan manusia atau ketika bersendirian. Ia juga
termasuk di antara ciri dan tanda iman yang tertinggi kerana perasaan ini mampu untuk
menyelamatkan seorang mukmin daripada terjatuh ke lembah kemaksiatan.
5


Perasaan ini lahir sebagai kesan daripada hati yang sejahtera (al-Qalb al-Salim). Sayyid
Qutb menjelaskan al-Qalb al-Salim ialah merujuk kepada hati yang ikhlas semata-mata
kerana Allah s.w.t serta suci dari sebarang kekotoran penyakit dan tujuan duniawi. Ia juga
terhindar daripada pengaruh hawa nafsu, penyelewengan dan pergantungan kepada selain

4
Zakaria Stapa. 2004. Tasawuf dan Pembangunan Hakiki Ummah dlm. Tasawuf dan Ummah, pnyt. Wan
Suhaimi Wan Abdullah & Che Zarrina Saari. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 57.
5
Ahmad Izzudin al-Bayanuni. 2003. Petunjuk Akidah ahli Sunnah Wal Jamaah. Terj. Hasnan bin Kasan.
Jil. 2. Kuala Lumpur: JAKIM. Hlm. 96.
5

Allah s.w.t.
6
Beliau turut menegaskan bahawa hati yang sejahtera itu adalah gambaran
penyerahan diri secara mutlak kepada Allah s.w.t.
7
Firman Allah s.w.t:

4O4C 7EL4C 4` 4 4pONL4
^gg ) ;}4` O4 -.- UU)
1)UEc ^g_
Maksudnya:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan
pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang
yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan
penyakit munafik).
Al-Syuaraa (26): 88-89

Ayat di atas menjelaskan bahawa betapa pentingnya peranan hati yang sejahtera di dalam
sesebuah organisasi. Anggota organisasi yang memiliki hati yang sejahtera akan merasa
benar-benar bertanggungjawab dalam menguruskan harta dan tenaga kerja yang
diamanahkan kepadanya. Selain itu, keseimbangan di antara kepentingan dunia dan
akhirat turut dipelihara di samping memberi perhatian terhadap hubungannya dengan
Allah s.w.t dan rakan sejawat lain tanpa menjadikan harta dan rakan sejawat sebagai batu
loncatan dalam mencapai kepentingan peribadinya semata.
8
Lantaran itu, tidak timbul
suasana kerja yang dicemari dengan kegiatan saling menjatuhkan rakan sejawat atau tipu
muslihat. Malah, organisasi dan tempat kerja dijadikan medium untuk saling
memperbaiki diri daripada dicemari sifat mazmumah di samping melazimi sifat
mahmudah serta menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Suasana kerja
yang baik ini wujud kesan daripada hati yang sejahtera yang dimiliki oleh anggota
organisai itu sendiri. Imam Jafar al-Sadiq menyatakan bahawa hati yang sejahtera bakal

6
Sayyid Qutb. 1972. Fi Zilal al-Quran, Jil. 5. Kaherah: Dar al-Syuruq. Hlm. 2604.
7
Ibid. Hlm. 2992.
8
Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd. Hlm. 50.
6

membuahkan niat yang benar iaitu ikhlas kerana Allah s.w.t dalam setiap perkara.
9

Justeru, keikhlasan hati yang dimiliki oleh anggota organisasi sebenarnya merupakan
faktor utama kejayaan organisasi tersebut. Sifat ikhlas ini pula hanya boleh dimiliki oleh
hati yang disucikan dan terdidik dengan nilai-nilai iman kepada Allah s.w.t.

ii. Pengamalan sunnah Rasulullah s.a.w secara kolektif.

Antara tujuan perutusan baginda Rasulullah s.a.w adalah untuk mengajarkan kepada umat
manusia tatacara kehidupan bagi menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Kesejahteraan ini bukan sahaja dapat dirasai oleh manusia yang mengamalkannya sahaja
bahkan turut dapat dirasai oleh persekitaran di sekelilingnya. Firman Allah s.w.t:

;- 4p~E 7 O) Oc4O *.-
NE4Ocq O4L=OEO }Eg 4p~E
W-ON_O4C -.- 4O4O^-4
4O=E- 4OEO4 -.- -LOOgVE
^g
Maksudnya:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang).
Al-Ahzab (33): 21

Kesempurnaan Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan adalah meliputi semua lapisan
masyarakat. Ini termasuklah bagi pemimpin sebuah organisasi sehinggalah kepada
mereka yang berada di bawah tadbirannya. Kepimpinan melalui teladan adalah cara yang
terbaik dalam membentuk sebuah organisasi yang berdiri di atas sunnah baginda. Malah,

9
Ali Zaiur. 1993. Haqaiq al-Tafsir al-Qurani wa Misbah al-Syariah. Beirut: Muassasah Izzuddin.
Hlm. 188.
7

Rasulullah s.a.w sendiri adalah seorang individu yang sentiasa beramal dengan kebaikan
terlebih dahulu sebelum baginda berbicara berkenaannya.
10


Kemuliaan akhlak seorang pemimpin atau ketua unit bukan sahaja mendatangkan
kebaikan kepada dirinya bahkan mampu mengubah suasana persekitaran di dalam
organisasinya. Inilah hakikat akhlak sebenar seperti yang diajarkan oleh Rasulullah
s.a.w.
11
Pentadbir yang baik ialah mereka beramal dengan sunnah dan mampu
mendorong anggota organisasi untuk turut menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di
dalam kehidupan khususnya di tempat kerja. Usaha ini boleh dijalankan sama ada dengan
menggunakan pendekatan secara lisan mahupun bukan lisan. Kedua-dua pendekatan ini
sebenarnya akan lebih berkesan sekiranya digandingkan dengan pendekatan psikologi. Ini
kerana pendekatan psikologi mampu untuk menyentuh jiwa dan roh manusia.
12
Dalam
hal ini, apabila jiwa atau hati manusia itu dapat disedarkan mengenai kepentingan
menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan yang utama tentunya pentadbir
berupaya menggerakkan organisasi tersebut untuk turut sama menghidupkan sunnah
baginda Rasulullah s.a.w.

Terdapat satu lagi pendekatan yang boleh digunakan dalam usaha mewujudkan organisasi
yang mengamalkan sunnah secara kolektif iaitu kaedah mujahadah dan riyadah. Kaedah
ini diajarkan oleh Imam al-Ghazali sebagai usaha untuk menanamkan nilai-nilai murni
dalam diri manusia. Beliau berpendapat akhlak dapat dididik dengan cara bersusah payah
sehingga akhirnya ia akan menjadi tabiat seseorang itu. Kaedah ini juga dilihat berkesan
dalam membasmi akhlak yang hina dan menanamkan akhlak yang mulia dalam diri
manusia. Fokus dalam didikan bentuk ini melibatkan pembersihan hati kerana hati yang
bersih akan menjadi kuat sehingga berupaya mengarah jasad manusia untuk melakukan
kebaikan.
13
Justeru, pentadbir juga boleh menetapkan mana-mana sunnah Rasulullah
s.a.w untuk dijadikan amalan anggota organisasinya sehingga ia mampu menjadi tabiat

10
Abdullah Gymnastiar. 2002. Meraih Bening Hati Dengan Manajemen Qolbu. Jakarta: Gema Insani. Hlm.
5
11
Ibid. Hlm. 6.
12
Kamaruzaman Noordin. 2006. Komunikasi Kepimpinan Menurut Islam dlm. Ab. Mumin Ab. Ghani dan
Fadillah Mansor Op.cit.Hlm. 151.
13
Mohd. Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 133.
8

mereka sendiri. Dimulai dengan sunnah yang mudah seperti senyum dan menyebarkan
salam sehinggalah kepada sunnah yang besar seperti menepati masa dan temujanji, solat
berjemaah dan menjalankan tugas dengan sempurna.

iii. Kesatuan matlamat utama di kalangan anggota organisasi.

Matlamat utama organisasi perlulah jelas dan seiring dengan matlamat penciptaan
manusia itu sendiri. Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam al-Quran tujuan penciptaan
manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Justeru, matlamat utama hidup
manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk meraih reda-Nya.
14
Kesannya
kebahagiaan dapat dikecapi oleh manusia itu sendiri di dunia dan di akhirat.

Matlamat utama ini perlu difahami oleh kesemua anggota organisasi dalam menjamin
perjalanan organisasi di atas landasan syariat yang betul. Ia dimulai dengan kefahaman
pihak pentadbir organisasi itu sendiri. Mereka harus sedar bahawa kedudukan mereka
adalah amanah daripada Allah s.w.t yang perlu dijalankan sebaiknya kerana ia akan
dihisab nanti. Bagi merealisasikan tujuan ini, pentadbir perlulah menggariskan misi dan
visi yang jelas supaya diketahui dan difahami oleh anggota organisasinya. Firman Allah
s.w.t:

E` EE_ +.- N_4Og }g)`
-u-4lU~ O) gOgOE_ _
Maksudnya:

(diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan
seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya;
Al-Ahzab (33):4

Ayat ini boleh ditamsilkan dengan menyatakan bahawa sebuah organisasi tentunya tidak
mungkin terdiri daripada ahli pengurusan tertinggi yang berbeza matlamat dan hala

14
Mustafa Haji Daud, Op.cit. Hlm. 48.
9

tujunya. Sekiranya perkara ini berlaku, nescaya organisasi yang ditadbir akan mengalami
permasalahan dan kepincangan sedikit demi sedikit hinggalah berakhir dengan
kehancuran. Justeru, bagi menjamin konsistensi visi, misi dan hala tuju sesebuah
organisasi yang mengharapkan reda Ilahi ini, pentadbir mestilah berhati-hati dalam
memilih ahli pengurusan tertinggi organisasi tersebut.
15
Beliau perlu memastikan agar
tidak tersalah langkah dengan memilih mereka yang menuruti hawa nafsunya sebagai
pembantu yang terhampir. Firman Allah s.w.t:

uO;-4 El=O^4^ E74`
4g~-.- ]ONN;4C +4O
jE_E4^) +]/E^-4
4pC@ONC +OE_;_4 W 4 u>
E4L^14N gu+4N C@O> OE4C)e
jE_O41E^- 4Ou^O- W 4
;7gC> ;}4` 4LUE^N +O4lU~
}4N 4^@O^gO E74lE>-4
+O.4OE- ]~E4 +NO^`
1CNO ^gg
Maksudnya:

dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang
beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan
keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu
daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan
janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada
mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut
hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Al-Kahfi (18):28

Setelah pentadbir dan pengurusan tertinggi dapat memahami matlamat utama organisasi
mereka, maka perkara ini perlu dijelaskan pula kepada anggota organisasi yang lain. Ini
kerana anggota organisasi memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam usaha

15
Nor Azzah Kamri. 2006. Pengurusan Sumber Manusia Menurut Perspektif Islam: Falsafah dan Etika
Perlaksanaan dlm. Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor. Op.cit. Hlm. 89.
10

mencapai hala tuju yang ditentukan oleh pihak pentadbiran. Kefahaman yang baik di
kalangan anggota organisasi akhirnya akan mewujudkan sebuah organisasi yang
berpaksikan reda Allah s.w.t semata, sekaligus menjamin gerak kerja yang efisien dan
cemerlang.

Selain itu, konsistensi matlamat dan gerak kerja daripada pihak pentadbir juga
sebenarnya secara tidak langsung mampu untuk menjadikan mana-mana anggota
organisasi yang tidak bersetuju dengan pentadbir akan bertindak mengundurkan diri
daripada terus berada di dalam organisasi tersebut. Ini kerana mereka mempunyai
pelbagai andaian buruk dan berasa sangsi akan kejayaan golongan yang berusaha untuk
menegakkan syariat Allah s.w.t.
16
Firman Allah s.w.t:

}4 ;e=O~ gOU~ =}+CEe4
O_ }C^OO=- 4` W-O+^
]OUEu4C ^j@
Maksudnya:

tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan
syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah
lakukan.
Al-Anam (6): 43

;))CNe4 CgO O) 7)OU~
+[E44 ; g7OOO- +L4
`O~ -4OO+ ^g
Maksudnya:

dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh syaitan) di dalam hati kamu
(serta menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan
yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh Rasul-Nya); dan (dengan
itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa".

16
Wahbah Zuhaili dkk. 2008. Al-Mawsuah al-Quraniyyah al-Muyassarah. Damsyik: Dar al-Fikr. Hlm.
513.
11

Al-Fath (48):12

Antara faktor lain pengunduran mereka ini adalah kerana mereka juga menyedari bahawa
gerak kerja yang menjurus ke arah kemaksiatan adalah bertentangan dan tidak dapat
diterima oleh anggota organisasi yang lain. Tambahan pula, ia menyalahi dengan seruan
golongan pentadbiran yang lebih berautoriti menjadikan golongan ini dengan sendirinya
kehilangan pengaruh. Hasilnya, organisasi yang dibentuk ini akan bersih daripada
golongan yang berpura-pura sekaligus melancarkan lagi perjalanan pentadbiran dalam
membawa organisasi tersebut menuju reda Allah s.w.t.

KESIMPULAN

Hasil daripada perbincangan ringkas kertas kerja ini dapatlah disimpulkan bahawa
konsep al-Qalb al-Salim ini wajar diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi dimulai
dengan pihak pentadbir dan unit pentadbiran sendiri. Ini kerana anggota organisasi yang
lain akan menuruti garis panduan dan piawaian gerak kerja yang ditetapkan oleh pihak
pentadbir. Tambahan pula apabila matlamat pentadbir untuk menjadikan organisasi
tersebut mendapat reda Allah s.w.t ini difahami dan dapat dihayati oleh anggota
organisasi lain dengan sebaiknya. Secara tidak langsung, gerak kerja yang bersih dan suci
akan memberi kesan kepada keberkatan rezeki yang diperolehi. Keberkatan ini pula akan
mendarah daging dalam diri ahli keluarga setiap anggota. Maka, akan terbinalah satu
komuniti yang sejahtera zahir dan batinnya. Akhirnya, kesemua yang terlibat ini akan
bertemu semula di hadapan Allah s.w.t sebagai golongan yang beruntung dan dapat
melihat wajah-Nya kelak.