Anda di halaman 1dari 3

ii.

Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK

Peranan pihak pentadbiran sekolah Pihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri setiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negara dijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut:

Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta anggotaanggota sekolah. Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas.

Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat. Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara degar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajara.

Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasanperhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan.

Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut:

Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya. Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantumembantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan.

Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agar dapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Peranan guru Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau. Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut:

Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dan tepat yang dapat berjaya mengembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu.

Pelaksanaan prasarana

pengurusan

dan

pentadbiran pengajaran

dengan dan

penyelenggaraan dapat

supaya

kemudahan

pembelajaran dengan dapat

digunakan secara optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

Pelaksanaan supaya

perhubungan

dengan

masyarakat

mewujudkan membantu

perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat melahirkan semangat kerjasama demi pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang diperlukan. Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembetukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut:

Prasarana yang berkualiti Aplikasi teknologi yang canggih (ICT) Warga pendidikan yang proaktif Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini
10

Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ada Dasar Pendidikan terbuka.

Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaa, pihak sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai