Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JMK SESI 2011/2012

Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2010/2011, Universiti Pendidikan Sultan Idris menganjurkan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2011/2012 pada 3 April 2011 bertempat di Foyer JMK Kolej Aminuddin Baki. Tujuan utama ialah memberikan penghargaan kepada mantan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2010/2011, memperkenalkan semua barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2011/2012 kepada pihak pentadbiran kolej dan warga kolej, melahirkan interaksi dan persefahaman antara Jawatankuasa Mahasiswa, rakan exco, dan warga kolej bagi memudahkan urusan yang berkaitan. Program ini dirasmikan oleh Encik Zulkifli Bin Mamat, Pengetua Kolej Aminuddin Baki dan dihadiri oleh felo-felo Kolej Aminuddin Baki serta staf-staf Kolej Aminuddin Baki.

Anda mungkin juga menyukai