Anda di halaman 1dari 9

Karangan B Perdagangan manusia kini sudah menjadi satu jenis jenayah yang samik berleluasa.

Pada pendapat anda, mengapakah jenayah perdagangan manusia ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya? PENDAHULUAN:

merupakan antara jenayah tertua dianggap sebagai suatu industri universal tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA: 1. Kemiskinan/ kesempitan hidup 2. Terpengaruh tawaran kerja 3. Kurang didikan moral/agama 4. Materialistik 5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 6. Taraf pendidikan mangsa LANGKAH: 1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi

tujuan tertentu melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit - menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. 2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesannegara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negaranegara jiran berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal berusaha mengenal pasti lubang-lubang tikus 3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan 4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara. PENUTUP: Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negaranegara yang terlibat. Industri pelancongan negara terjejas sedikit akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Namun demikian, wabak penyakit itu berjaya dikawal dan tidak memberikan kesan yang serius terhadap industri pelancongan dan kesihatan rakyat negara ini. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menangani penyakit tersebut. Berdasarkan langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, penyakit tersebut tidak merebak kepada rakyat negara ini. Seterusnya rakyat negara ini perlu berasa bimbang akan wabak yang menular di seluruh dunia itu. Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah seperti mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Dengan perkataan lain, pesakit perlu dikuarantin dan diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain iaitu sebelum nasi menjadi bubur. Jika tindakan ini diambil sudah pasti penyakit ini dapat dikawal dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain. Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri pelancongan juga tidak terjejas. Langkah lain yang perlu dijalankan adalah dengan mengelakkan diri daripada melancong ke negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain perlu membatalkan rancangan buat sementara waktu untuk pergi melancong ke negara-negara yang sedang dilanda wabak itu seperti negara China, Hong Kong, dan Indonesia. Langkah yang dikatakan sebagaimenyediakan payung sebelum hujan, sudah pasti dapat mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh penyakit yang berbahaya itu. Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu di bawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga dikuarantin.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan ubat-ubatan dan vaksin yang boleh melawan virus H5N1 dan mencegah virus tersebut daripada menyerang manusia. Seseorang yang perlu ke luar negara atas urusan yang penting perlu diberikan suntikan vaksin yang dapat mencegah seseorang itu daripada dijangkiti penyakit tersebut. Hal ini demikian kerana, vaksin yang berkesan akan berupaya untuk melawan virus penyakit itu daripada menyerangnya. Orang yang sudah dijangkiti oleh penyakit ini pula, perlu diberikan rawatan yang rapi dan ubat-ubatan yang benarbenar berkesan untuk mengubati pesakit tersebut. Langkah seterusnya ialah pihak berkuasa perlu memusnahkan haiwan yang telah dijangkiti dan menjadi punca penyakit ini merebak kepada manusia pula. Unggas seperti burung dan ayam yang telah dijangkiti perlulah dihapuskan segera agar wabak tersebut tidak menjangkiti manusia pula. Hal ini demikian kerana, penyakit ini sebenarnya berpunca daripada unggas seperti ayam dan burung yang dijangkiti oleh virus tersebut dan seterusnya memindahkannya kepada manusia yang memeliharanya atau terlibat secara langsung dengan unggas tersebut setiap hari. Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang mangsanya. Jadi, langkah awal penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya ini. Seterusnya, perkara ini juga akan dapat meyakinkan pelancong yang hendak melancong ke negara kita.

Globalisasi dikatakan membawa kesan yang mendalam terhadap rakyat sesebuah negara. Pada pendapat anda apakah kesan globalisasi kepada Malaysia. Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat." Imam Ghazali ketika berhadapan dengan cabaran falsafah Yunani pada zamannya, tidak terlalu cepat mengeluarkan hukuman terhadap falsafah tersebut. Bahkan, beliau mengkaji baik dan buruknya perkara tersebut sehingga mampu mengeluarkan perkara positif daripada banyak perkara negatif yang terdapat dalam falsafah Yunani. Justeru, globalisasi juga perlu dikaji baik dan buruknya sehingga kita dapat menggunakan aspek positif yang ada untuk menentang keburukan globalisasi. Kesan baik yang utama ialah rakyat Malaysia perlu mengalami anjakan paradigma, iaitu mereka perlu menggunakan teknologi terkini berbanding dengan cara tradisional dalam pelbagai lapangan hidup mereka. Sebagai contoh, negara kita menuju ke arah E-Kerajaan, dan E-Dagang. Sehubungan dengan ini, rakyat mahu tidak mahu terpaksa menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kita akan ketinggalan dalam arus perdana sekiranya kita tidak menguasai ICT. Dalam era globalisasi, perniagaan dan perdagangan tidak mengenali batasan atau sempadan. Seorang usahawan batik contohnya, boleh menjual hasil batiknya ke seluruh dunia dengan hanya mengiklankan dalam internet dan boleh menjalankan perniagaannya dari rumah. Justeru, beliau dapat menjimatkan kosnya kerana tidak perlu menyewa bangunan, membayar bil api dan air, serta tidak perlu mengupah pembantu. Tegasnya, peluang pasaran terbuka di seluruh dunia. Kesan baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia amnya dan usahawan khusunya perlu meningkatkan mutu produk mereka dalam era globalisasi. Hal ini demikian kerana ahli perniagaan kita bukan sahaja berhadapan dengan saingan dari dalam negara, malah terpaksa bersaing dengan produk dari seantero dunia. Oleh itu, mahu tidak mahu, rakyat Malaysia perlu berkreatif dan inovatif dalam menampilkan

produk mereka agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Hal ini menuntut rakyat Malaysia untuk menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke atas barangan tempatan agar negara kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Justeru, imej negara kita dapat ditingkatkan di persada dunia. Seterusnya, globalisasi juga membolehkan negara kita menerima teknologi terkini. Hal ini disebabkan kemajuan dalam bidang ICT membolehkan kita berhubungan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Hasil penemuan yang terbaru disiarkan dalam internet. Hal ini membolehkan pakar-pakar tempatan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, perindustrian, pertanian dan sebagainya memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari seluruh dunia dan dalam masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati hasilnya. Sebagai contoh, pakar neurologi dari Malaysia boleh mengadakan telesidang dengan pakarpakar neurologi dari seluruh dunia untuk mengubati penyakit berkaitan dengan neurologi. Jelaslah bahawa globalisasi memang menguntungkan rakyat Malaysia. Juga, globalisasi mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Globalisasi bersinonim dengan pengamerikaan dunia. Ia merupakan proses untuk menjadikan budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Maklumlah globalisasi dikatakan Semua Untuk Satu. Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya lain selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan budaya timur serta agma Islam. Sebaliknya budaya Amerika merupakan budaya yang kebanyakannya bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat timur amnya dan Malaysia khususnya.Budaya seks bebas dan gay merupakan contoh yang jelas. Saban hari kita dapat menatap di dada akhbar dan dapat mendengar berita di radio dan televisyen tentang kebobrokan yang dialami oleh remaja kita seperti melepak, seks bebas, buang bayi, memakai pakaian yang bukan sahaja tidak menutup aurat malah berunsur seksi. Tegasnya globalisasi merosakkan budaya dan norma hidup masyarakat kita yang dipandang mulia seperti kata peribahasa biar mati anak, jangan mati adat. Tambahan pula, globalisasi juga telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, kita dapat lihat betapa ramai yang mengunjungi Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, Kenny Rogers dan sebagainya. Golongan remaja tidak suka makan makanan ulam dan mereka berpendapat bahawa ulam ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan segera dan ringan memudaratkan kesihatan mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita mengalami obesiti. Hal ini bersangkut-paut dengan penyakit seperti penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan ringan dan segera ini mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Slogan KFC ialah, Sedap sehingga menjilat jari. Ini bertentangan dengan budaya masyarakat timur amnya dan Malaysia khususnya kerana kita tidak dibenarkan menjilat jari selepas makan. Selain itu, menjilat jari bermakna mengajak umat mengutamakan rasa sedap. Walhal, kita sepatutnya bersyukur dengan makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita walaupun sederhana kerana berjuta-juta manusia

di seluruh dunia menghadapi kebuluran. Jelaslah bahawa globalisasi mengajar rakyat kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang ada dan menyebabkan rakyat kita menjadi tenaga kerja yang berpenyakit dan tidak produktif. Akhirnya hal ini akan membantut usaha kita untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju mengikut acuan kita sendiri sebagaiman yang digariskan dalam Wawasan 2020. Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi, Sesungguhnya globalisasi hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan untuk memanfaatkan blok utara yang kaya terhadap blok selatan yang miskin. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya , manakala yang miskin akan terus miskin. Pertubuhanpertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada dalam blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. Dalam era globalisasi, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan sedang membangun seperti Malaysia. Kesimpulannya, globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita harus mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja khususnya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya dirancang oleh negara maju untuk memusnahkan golongan muda agar negara-negara miskin dan membangun senantiasa melutut kepada mereka dan menagih simpati dan pertolongan yang akhirnya membelenggu kita dari segala aspek kehidupan kita. Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan penjajahan mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati menghadapi era globalisasi ini kerana jangan sudah terhantuk baru tengadah. Peranan pelbagai pihak dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Sememangnya Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), dan NKRA bertujuan untuk melahirkan rakyat yang kompeten, berkreatif dan inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Sehubungan dengan hal ini, pelbagai pihak memainkan peranan. Kita perlu senantiasa ingat akan kebenaran peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Faktor utama yang memainkan peranan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif ialah sistem pendidikan negara kita. Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, kurikulum sekolah telah mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap kemahiran yang telah ditetapkan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup, Reka Cipta, Teknologi Maklumat, Mata pelajaran Vokasional seperti landskap, perabot, katering dan sebagainya menggalakkan pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka. Selain itu, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah merentasi kurikulum. Guru-guru digalakkan melatih pelajar untuk berfikir. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi kemahiran seperti Institut

Kemahiran Belia Negeri (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giat MARA, dan sebagainya untuk melatih para belia menguasai kemahiran dan menjadi pekerja mahir yang berkreatif dan inovatif. Jelaslah institusi pelajaran ialah institusi yang paling sesuai untuk melatih dan melahirkan insan yang berkreatif dan inovatif. Tugas ini seterusnya perlu dipikul oleh ibu bapa. Semasa anak-anak mereka masih kecil, ibu bapa perlu membeli alat-alat mainan yang boleh mengembangkan kemahiran kreatif dan inovatif anak mereka. Permainan seperti Lego amat sesuai untuk kanak-kanak. Dengan menggunakan bongkah-bongkah plastik ini, kanak-kanak boleh menghasilkan pelbagai bentuk termasuk bangunan, robot, dan sebagainya. Kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan unsur kreativiti dan inovasi dalam diri anak mereka sejak mereka kanakkanak lagi. Seterusnya, kerajaan memainkan peranan yang penting. Dalam hal ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Karnival Malaysia Inovatif 2010 di seluruh negara yang bertemakan Meraikan Kreativiti. Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan rakyat di negara ini. Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar-pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan kerajaan dan pihak swasta. Tindakan MOSTI ini amat dialau-alukan oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, adalah harapan semoga usaha seumpama ini dapat dijalankan secara berterusan dan jangan bersifat hangat-hangat tahi ayam. Pihak swasta khususnya sektor perindustrian juga perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Usaha untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif menuntut rakyat kita supaya terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Oleh itu, sektor swasta harus menggiatkan penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan kaki tangan mereka. Sejumlah wang sepatutnya diperuntukkan untuk penyelidikan dan pembangunan. Sebagai contoh, durian tidak dapat dieksport ke Singapura kerana faktor pencemaran. MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas durian dan akhirnya para penyelidik berjaya menghasilkan serbuk durian yang boleh dibungkus dan dieksport bukan sahaja ke Singapura malah ke luar negara. Pengguna hanya perlu mencampurkan serbuk durian dengan air dan mereka dapat menikmati durian. Serbuk ini pula boleh tahan dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, pihak swasta perlu mencontohi MARDI dalam menghasilkan barangan yang berkreatif dan inovatif. Kata peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Akhir sekali, kita tidak boleh menidakkan peranan para pendidik dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan hal ini, para pendidik di seluruh negara sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), termasuk kolej dan institusi kemahiran harus menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran pertama ialah mempertingkat profesionalisme. Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Seterusnya, suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik. Cabaran kedua ialah kemahiran dalam penggunaan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT). Pembestarian sekolah dan Schoolnet hendaklah dihargai dengan menggunakan segala kemudahan semaksimum mungkin untuk melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Cabaran ketiga ialah budaya fikir dan berakhlak. Pendidik yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian berkaitan kekeluargaan, komuniti, ekonomi dan sebagainya untuk mencari penyelesaian. Oleh itu, pendidik yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang yang boleh berfikir secara kritis dan berinovasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Intihanya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha melahirkan masyarakat yang kritis, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran baru serta peka kepada kepedulian sosial, keadilan sejagat dan solidariti antarabangsa. Kata peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Kita perlu ingat bahawa generasi muda hari ini perlu mempunyai daya saing untuk berhadapan dengan globalisasi dan seterusnya negara kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

Anda mungkin juga menyukai