Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN HARI PROFESIONAL GURU SMK ............ PERKEMBANGAN STAF KALI KE-6 2009 No Topik 1.

Kata-kata aluan Teks (Pastikan keadaan para hadirin tenang) Yang Berusaha, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan .........., Datin ........................., Penolong Kanan Satu, Tuan Haji.........................., Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn ....................., Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn ................, Guru Penolong Kanan Petang, En ................, Ketua-ketua Bidang, Encik............, Puan ............., Puan .... dan Puan ................ ......serta barisan guru yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dewan Melor megah berdiri Di hias indah berseri-seri Satu semangat satu visi Memartabatkan kerjaya kami di sini. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita bersama-sama sekali lagi menghadiri Hari Profesional Guru SMK........... Kali Ke-6 bagi tahun 2009. 2. Bacaan doa Sebelum kita memulakan majlis yang mulia ini, dijemput ____________ _____________________________ untuk membacakan doa bagi memberkati majlis. Dipersilakan. (Ustaz selesai membacakan doa) Terima kasih ______________________ di atas bacaan doa sebentar tadi. 3. 4. Slot 1 Pengumuman REHAT Ceramah bertajuk Pengurusan Stress yang akan disampaikan oleh Encik .................................... (Akan dikendalikan oleh ..............) Setelah kita mendengar ceramah yang disampaikan oleh Encik ............. itu , kini tibalah masanya untuk kita beristirehat selama __________ sambil menikmati juadah yang disediakan oleh ___________________ ________________ di _________________. Majis akan disambung semula pada pukul ___________ dengan Slot Ke2 yang akan disampaikan oleh barisan pentadbir sekolah. Sekian.

SLOT 2 Kata-kata Aluan

Yang Berusaha, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan......, Datin ..........., Penolong Kanan Satu, Tuan Haji ........., Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn ..................., Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn ........................., Guru Penolong Kanan Petang, En ................, Ketua-ketua Bidang, serta barisan guru yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang sekali lagi diucapkan kepada semua hadirin ke dewan yang indah ini. Setelah kita berhenti rehat sambil menikmati juadah tadi, kini kita sambung lagi LADAP Kali Ke-6 dengan Slot Ke-2, iaitu ucapan yang akan disampaikan oleh barisan pentadbir SMK..................

5.

Ucpan Pengetua

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Datin Hajah ........................, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ......., untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (Datin selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih diucapkan kepada Datin ............................, di atas ucapan beliau. Semoga apa yang disampaikan tadi dapat dihayati, diusahakan dan ditunaikan bersama.

6.

Taklimat GPK 1

Kini dijemput pula Tuan Haji ..........................., GPK 1 SMK ................., untuk menyampaikan taklimat beliau. (GPK 1 selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji.................... di atas taklimat itu tadi. Marilah kita sama-sama usahakan apa yang diuatarakan tadi untuk menjadikan ....................... sekolah terbilang.

7.

Taklimat GPK HEM

Setelah kita mendengar taklimat yang diberikan oleh GPK 1, marilah kita dengar pula taklimat yang akan disampaikan oleh Pn ..............................., Guru Penolong Kanan Hal Hal Ehwal Murid. Dipersilakan. (GPK HEM selesai menyampaikan taklimat) Terima kasih diucapkan kepada Puan ................, GPK HEM di atas ucapan itu tadi. Semoga apa yang disampaikan tadi dapat sama-sama kita renungi, hayati dan jadikan ia satu realiti.

8.

Taklimat GPK

Kini tiba pula masanya bagi kita mendengar taklimat Puan......................,

Kokurikulum

GPK Kokurikulum untuk menyampaikan taklimat beliau. Dipersilakan. (GPK Koko selesai menyampaikan taklimat) Terima kasih Puan ...................... di atas taklimat yang diberikan. Semoga apa yang disampaikan tadi akan sama-sama kita hayati bagi menjadikan ............... sekolah yang disegani dan boleh dicontohi.

9.

Penutup (REHAT 2)

Dengan berakirnya Slot Ke-2 itu tadi, maka tamatlah Hari Perkembangan Staf atau LADAP Kali Ke-6, LADAP terakhir untuk tahun 2009. Sebelum majlis melabuhkan tirainya, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Sekian. Terima kasih.

10

PENGUMUMAN Bagi meraikan pertukaran seorang guru dan kakitangan sekolah kita ke sekolah lain baru-baru ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput semua hadirin ke__________________________________________.