Anda di halaman 1dari 3

Teks MC Majlis Ikrar Pelajar Mengumumkan perarakan masuk Ahli Majlis Mesyuarat Senat dan pengurusan pegawai tertinggi

ke dalam dewan.
Asmaul husna

, ., ,
Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Zakaria Bin Man, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Kolej Universiti INSANIAH. Yang Berusaha, Tuan Haji Mohamad Najib bin Abdullah, Pendaftar Kolej Universiti INSANIAH. Yang Berusaha, Tuan Haji Abdul Latif bin Din, Bendahari Kolej Universiti INSANIAH. Yang Dihormati, Dekan-dekan Kolej Saudara Kulliyyah, Penghulu Pengarah-pengarah, Presiden Majlis Minggu Program

Pensyarah-Pensyarah Perwakilan

Universiti

INSANIAH,

Mahasiswa,

Silaturrahim Kolej Universiti INSANIAH sesi 2010/2011, seterusnya mahasiswa dan mahasiswi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah samasama kita buka tirai majlis ini dengan membaca Ummul Kitab, AlFatihah!

Teks MC Majlis Ikrar Pelajar Sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya maka dapat sama-sama kita berhimpun pada pagi yang ceria ini untuk Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baru Kolej Universiti INSANIAH sesi 2010/2011. Yang Berbahagia, tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekelian, Majlis dimulakan dengan Lafaz Ikrar Pelajar yang akan diketuai oleh Saudara ..............................................., Penghulu Minggu Silaturrahim Kolej Universiti INSANIAH sesi 2010/2011 dan ikrar ini akan diikuti oleh semua mahasiswa dan mahasiswi. Untuk itu pihak majlis dengan segala hormatnya untuk mempersilakan mengetuai Ikrar Saudara Pelajar, ............................................... majlis mempersilakan.
perarakan masuk penghulu dan pelajar

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara ..............................................., Penghulu Minggu Silaturrahim Kolej Universiti INSANIAH sesi 2010/2011. Majlis diteruskan dengan penyerahan Watikah Lafaz Ikrar Pelajar kepada Yang Berbahagia Timbalan Rektor. Untuk itu pihak majlis sekali lagi menjemput Saudara ............................................... bagi menyempurnakan penyerahan tersebut. Majlis mempersilakan. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Teks MC Majlis Ikrar Pelajar Yang Berbahagia, tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah, Seterusnya majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zakariya bin Man, Timb. Rektor HEA Kolej Universiti INSANIAH, untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Timbalan Rektor. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Timbalan Rektor di atas amanat serta ucapan itu tadi. Yang Berbahagia, tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah, Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Saudara Mohd Anas Bin Mokhtar bagi membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Saudara Mohd Anas Bin Mokhtar di atas bacaan doa itu tadi. Dengan bacaan doa itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Pihak majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zakariya bin Man dan para tetamu yang hadir pada pagi ini. Saya sudahi majlis ini dengan . Mengumumkan, perarakan meninggalkan dewan.