Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN Artikel ini menerangkan asas-asas penting yang perlu diketahui dalam mempelajari nombor.

Walaubagaimanapun, kebanyakan maklumat yang terdapat di dalam artikel ini banyak memberi contoh-contoh dan perkaraperkara yang berlaku di Australia. DEFINISI ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PERKEMBANGAN NOMBOR Terdapat tiga elemen asas dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berkaitan nombor dapat diterima oleh kanak-kanak. Elemen pertama ialah sikap dan keyakinan (confidence and attitude). Ini kerana tanpa keyakinan, seseorang kanak-kanak itu tidak akan dapat memahami dan menggunanakan Matematik dalam kehidupan sehariannya. Kanak-kanak yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi juga akan menggunakan konsep Matematik pada keadaan yang salah dan tidak sesuai. Elemen kedua ialah isi kandungan (content) dan proses yang berkaitan dengan Matematik. Apabila membincangkan mengenai isi kandungan, perkara utama yang perlu difikirkan adalah sama ada isi kandungan berkaitan nombor ini mengambilkira kurikulum Matematik yang diajar di sekolah ataupun boleh ditakrifkan dengan meluas lagi. Selain itu, perkara lain yang perlu diambilkira ialah strategi dan proses Matematik yang dipelajari di luar sekolah (contohnya kelas-kelas tuisyen atau pengalaman sendiri) termasuk dalam isi kandungan yang dibincangkan atau tidak. Menurut Carraher, Carraher & Schliemann (1985), terdapat bukti yang menunjukkan ada beberapa perkara yang tidak diajar di sekolah tetapi melibatkan Matematik dan kehidupan seharian. Contohnya seorang pengecat bangunan hanya membuat anggaran atau mengagak bilangan cat yang diperlukan untuk mengecat sesuatu bangunan tanpa perlu mengiranya menggunakan pengiraan Matematik yang sebenarnya. Ini kerana jika pengiraan sebenar perlu dibuat, tukang cat itu perlu mengambil masa yang diperlukan untuk mendapatkan bilangan sebenar cat yang diperlukan.

Elemen merupakan

yang

ketiga

atau

terakhir

ialah

konteks

(context).

Ia

penunjuk

kepada

kemampuan

seseorang

individu

dalam

mengetahui mengenai nombor. Ini kerana pemahaman seseorang mengenai isi kandungan Matematik yang telah dipelajarinya berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain. Perbezaan ini disebabkan setiap individu memahami apa yang diajarkan kepadanya berdasarkan kepada pandangan dan pemahaman dirinya sendiri. Perbezaan pandangan ini disebabkan seseorang itu mengalami pengalaman yang berbeza daripada individu yang lain. Secara tidak langsung, apabila isi kandungan Matematik adalah berdasarkan pengalaman yang pernah dialaminya, maka seseorang individu itu dapat menjawab dan memahaminya berbanding dengan mereka yang tidak pernah mengalami pengalaman tersebut. Oleh itu, konteks ini merupakan elemen yang perlu diambilkira oleh seseorang guru untuk mengajar kanak-kanak berkaitan dengan nombor bagi memastikan kanakkanak dapat memahami nombor dengan berkesan. Sebagaimana yang diketahui, ketiga-tiga elemen dalam pengajaran nombor kepada kanak-kanak ini saling berkait antara satu dengan yang lain. Terdapat tiga jenis hubungan yang boleh dikaitkan dengan ketiga-tiga elemen ini. Hubungan tersebut ialah hubungan antara keyakinan (confidence) dan konteks (context) atau dikenali sebagai street-wise, hubungan antara keyakinan (confidence) dan isi kandungan (content) dan ketiga ialah hubungan antara isi kandungan (content) dan konteks (context). KESAN KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM

MATEMATIK Terdapat dua perkara asas yang dapat memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran Matematik . Perkara pertama ialah perhatian yang jelas perlu diberikan untuk menghasilkan akhlak yang positif terutamanya untuk melatih dan membentuk keyakinan dan motivasi yang tinggi dalam diri kanak-kanak. Oleh itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menarik minat kanak-kanak seperti Hands-on, activity-based dan

permainan. Strategi ini diharap dapat mengekalkan dan menarik minat kanak-kanak seterusnya meningkatkan perkembangan kognitif yang positif dalam diri mereka. Perkara kedua dalam memastikan pengajaran dan pembelajran ini berkesan ialah murid-murid pengetahuan sepatutnya yang diperoleh diberi peluang dalam untuk asas mengaplikasikan terutama

berkaitan isi kandungan (content) dan konteks (context) dalam bidangbidang yang berlainan. Ini kerana masalah berkaitan nombor ini bukan hanya terdapat dalam bidang Matematik sahaja, bahkan juga dalam bidangbidang yang lain.

Anda mungkin juga menyukai