Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru serta rakan-rakan

yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Muafakat mambawa berkat itulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini. Hadirin sekalian, Sebelum saya meneruskan hujah pidato saya, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya Muafakat membawa berkat. Perkataan muafakat bermaksud kata sepakat atau mencapai satu keputusan setelah berunding atau berbincang. Manakala berkat pula bermaksud rahmat atau restu

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa muafakat atau bermuafakat itu sentiasa menuju kepada keberkatan, kerahmatan dan kemuliaan dalam kehidupan kita. Dalam kehidupan berkeluarga mahupun bermasyarakat, kita tidak boleh lari dari landasan muafakat, Seandainya sebuah keluarga itu tidak bermuafakat dalam menjalani kehidupan maka porak-perandalah keluarga tersebut. Misalnya seorang ayah menggunakan kuasanya sebagai ketua keluarga tanpa mengambil kira pendapat isteri atau anak-anaknya. Jika ada kesilapan sukar diperbetulkan, jika ada kekurangan sukar ditampung. Akhirnya akan pincanglah keluarga itu. Maka hilanglah rasa kasih sayang, hormatmenghormati dan hancurlah keharmonian keluarga tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian. Muafakat membawa berkat. Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Untuk bersatu tenaga, berganding bahu, kita perlulah bermuafakat. Dalam membina sebuah negara seperti negara kita Malaysia tercinta kita perlulah bermuafakat. Apatah lagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama seperti Melayu, Cina, India ,Iban ,Kadazan dan sebagainya. Tanpa muafakat di kalangan pemimpin , yang besar atau yang kecil, yang di atas atau yang di bawah, tidak akan wujudlah negara kita seperti yang ada pda hari ini.

Pemuafakatan juga mampu menajdi benteng pertahanan yang paling kukuh bagi sebuah negara seperti negara kita ini. untuk menangkis serangan anasir-anasir luar yang sentiasa cemburu akan kejayaan, keamanan, keharmonian dan kemakmuran rakyatnya. Betapa berknya kehdupan rakyat Malaysia pada hari ini. Kaya dengan senyuman, kemesraan dan saling membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semasa kegawatan sama-sama berusaha , semasa senang samasama merasa. Bak kata pepatah..Bulat air kerana pembentung. Bulat kata kerana muafakat.

Hadirin sekalian, Begitulah hebatnya muafakat, muafakat membawa berkat. Ingin saya mengingatkan diri saya dan hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama meningkatkan pemuafakatan kita, agar keberkatan menanti kita di hujung masa. Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun. Buah bukan sebarang buah Buah dibawa dari Rokan, Pidato saya berakhir sudah, Salah dan silap harap maafkan. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai