Anda di halaman 1dari 5

Modul 1 :Pemasangan Lampu Pendaflour Objektif khusus 1. 2. 3. 4. Mengetahui cara pemasangan lampu pendaflour dengan betul.

Memahami dan mengetahui komponen dan fugsi peralatan yang digunakan semasa bekerja. Menerangkan sebab perlunya mengamalkan keselamatan ketika berkerja. Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan keselamatan semasa bekerja.

Pencapaian Kompetensi 1. 2. 3. 4. Meningkatkan kemahiran softskill di kalangan pelajar untuk mempraktikanya. Mengamalkan langkah keselamatan semasa aktiviti pemasangan. Menerangkan kebaikan dan kekurangan penggunaan lampu pendaflour. Memasang dan membuka komponen lampu pendaflour dan memasangya hingga menyala.

AKTIVITI 1. Mengenal Komponen dan peralatan yang telibat dalam pemasangan Lampu Pendaflour. Alatan Tangan Fungsinya PENA UJIAN Sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan arus elektrik antara 50V-500V Lampu neon akan menyala apabila disentuh pada wayar hidup PEMOTONG SISI Memotong wayar elektrik Memotong lebihan wayar pada punca tamatan

PENJALUR WAYAR Digunakan untuk menjalur dan memotong wayar

WAYAR TERAS KEMBAR Terdiri dari 2 wayar teras tunggal yang dicantum sekali

PLAG 3-PIN 13 AMPERE Digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik dengan soket alir luar Terdapat pelbagai jenis dan bentuk plag mengikut kegunaan dan kuasa alatan yang disambungkannya Mempunyai fius kartrij 13 Ampere untuk tujuan keselamatan

FIUS KARTRIJ Melindungi litar dan perkakas elektrik Mencegah kemalangan yang mungkin berlaku akibat litar pintas Apabila arus yang mengalir melaluinya melebihi kadar fius, fius akan lebur dan pengaliran elektrik terputus Disambung secara siri dalam litar dan dipasang pada wayar hidup (L) TIUB PENDAFLOUR Diperbuat daripada kaca Berisi wap merkuri dan gas argon Bahagian dalam disalut dengan lapisan fosfor

PERUMAH Mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, suis penghidup

COK Membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala

PEMEGANG TIUB Menyangga tiub pendaflour

PEMEGANG SUIS PENGHIDUP Menempatkan suis penghidup

SUIS PENGHIDUP Hanya berfungsi menghidupkan lampu Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan

2. PEMASANGAN LAMPU PENDAFLOUR DI BENGKEL ELEKTRIK

i. ii.

Longgarkan skru dan buka penutup perumah . Dengan menggunakan wayar teras tunggal, buat Pendawaian Plag 3-Pin 13 Ampere.

Langkah 1 Buka penutup plag dan longgarkan skru tamatan. Masukkan wayar di bawah pengapit dan ketatkan semula skrunya. Langkah 2 Potong penebat luar dengan teliti supaya tidak terpotong penebatnya. Buang penebat luar dan benang yang terdedah. Langkah 3 Pintal dan lipat hujungteras yang telah dijalur Pasang teras pada tamatan mengikut kod warna yang ditetapkan.

3. TERJEMAHKAN LUKISAN SKEMATIK KEPADA SAMBUNGAN LITAR SEBENAR

iii. iv.

Tutup semula perumah dan dan skrukan. Pasang tiub dan pusingkan 90

4. MENGENAL PASTI PUNCA KEROSAKAN LAMPU PENDAFLOUR. KEJADIAN 1. Lampu Tidak Menyala KEROSAKAN COK ROSAK TIUB ROSAK SUIS PENGHIDUP ROSAK TIUB ROSAK SUIS PENGHIDUP ROSAK TIUB ROSAK SUIS PENGHIDUP ROSAK

2.Lampu Berkelip-Kelip Tetapi Tidak Menyala

3. Kedua-Dua Hujung Tiub Merah Dan Lampu Tidak Menyala

Refleksi modul: Daripada apa yang dapat kita pelajari berdasarkan modul yang dijalankan sewaktu pembentangan tugasan kumpulan KPS 3014 ialah tentang pelaksanaan amali atau hands on di bengkel-bengkal kemahiran hidup di sekolah mampu memahamkan para pelajar dengan lebih jelas, setiap perbuatan dan amalan guru akan menjadi mudah kerana senang ditiru. Apabila pelaksanaan hands on, atau amali, pelajar dan guru akan berinteraksi dengan lebih dekat lagi. Melalui interaksi yang rapat ini, proses bimbingan dan penasihatan akan lebih berkesan dan mudah disampaikan. Guru yang mengajar menggunakan interaksi mesra, rapat yang wujud dalam bengkel vokasional akan memudahkan proses guru membimbing para pelajarnya dalam mengendalikan mesin, alatan, nasihat tentang kesalahan dan sebagainya. Sebagai contohnya, bimbingan guru kepada pelajar yang tidak pandai mengendalikan mesin pemotong besi, akan menjadikan pelajar yang tiada kemahiran, memperolehi maklumat sekaligus menambah kemahiran baru dalam dirinya. Dari segi penasihatan pula, kita dapat melihat bahawa di dalam seliaan atau bimbingan yang dijalankan akan berlaku kesilapan-kesilapan daripada pihak pelajar yang pertama kali memegang mesinmesin atau alat projek. Kesilapan ini perlu diperbetulkan agar pelajar tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Teguran yang diberikan boleh disamaertikan dengan penasihatan dengan tujuan untuk membetulkan kesilapan atau salah faham tadi. Begitulah perkaitan yang cukup jelas diantara bimbingan, penasihatan dengan subjek kemahiran hidup yang banyak menggunakan praktikal di amkmal dan bengkel-bengkel.