Anda di halaman 1dari 4

MAMPUKAH MALAYSIA MENJADI TUAN RUMAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2026?

Pada awal bulan Julai 2010 satu berita telah mengemparkan bumi Malaysia apabila Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencadangkan atau membida negara Malaysia bagi menganjurkan

pertandingan temasya terbesar dunia bola sepak iaitu Piala Dunia pada tahun 2026. Masyarakat telah menolak komen dan pendapat berkenaan dengan cadangan tersebut. Ada sesetengah pihak ang merasakan bahawa Datuk Azamudin berjenaka apabila mengusulkan cadangan tersebut. Mereka lebih memikirkan tentang ketidakmampuan Malaysia dalam menganjurkan sesuatu temasya yang besar seperti Piala Dunia dan sebagainya. Masalah penganjuran sebenarnya tidak menjadi masalah yang besar memandangkan sebelum ini negara kita sudah terkenal dengan penganjuran sukan terkemuka seperti Sukan Komanwel, Formula 1, Sukan SEA, Sukan Asia dan sebagainya. Dari sudut pengurusan kita dilihat mampu untuk menganjurkan sesuatu temasya dan pertandingan tetapi jika dilihat dari sudut pembentukan pasukan bola sepak untuk mewakili negara ke peringkat Piala Dunia, kita masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. FAM dan pihak yang bertanggungjawab pada bola sepak seharusnya tidak mentertawakan atau menyindir cadangan penganjuran Piala Dunia 2026 tetapi cuba membantu memberi pendapat atau cadangan kepada FAM untuk membentuk pasukan

Page 1

sekurang-kurangnya seperti Afrika Selatan. Adakah dengan kejayaan meraikan pingat emas dalam sukan SEA 2009 memberi keyakinan kepada FAM untuk menganjurkan Piala Dunia? Adakah satu kesilapan pasukan bola sepak Korea Utara yang merupakan satu kuasa besar dalam Asia diperbudak-budakkan di Piala Dunia 2010? Perbandingan antara pasukan

Malaysia dengan pasukan Korea Utara seperti langit dengan bumi. Di sini menjadi satu tanda tanya adakah pasukan negara tidak layak beraksi di Piala Dunia? Jawapannya ialah pasukan negara kita mampu untuk menjejakkan kaki ke Piala Dunia jika beberapa faktor diberi keutamaan dan dititikberatkan seperti pemilihan pemain, kejurulatihan, motivasi, dan taktikal. Pemain yang dipilih seharusnya pemain yang benar-benar layak bukan hanya bergantung kepada pemain kegemaran jurulatih atau pengurus pasukan. Walaupun tidak pernah diutarakan tetapi itulah hakikat yang perlu kita akui iaitu pilih kasih dalam pemilihan pemain sememangnya berlaku. Oleh kerana itu, pemain yang benar-benar layak dan terbaik diabaikan. Jika diperhatikan, purata pemain-pemain yang mewakili negara adalah dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor. Mengapa tiada pemain dari Sabah, Sarawak, Kelantan dan negeri-negeri yang lain sedangkan jika kita imbas kembali pemain-pemain yang menjadi kebanggaan negara dulu adalah berasal dari pelbagai negeri seperti James Wong (Sabah), Hazim Sani (Sabah), Dali Omar (Kelantan), Mokhtar Dahari (Selangor), Soh Chin Aun (Melaka), Harun

Sani(Sabah), Shukri Salleh (Penang), Nasir Jusoh (Johor).

Pemilihan pemain

berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan diatas juga dipanggil sebagai diskriminasi.

Page 2

Pemain yang hadir di Piala Dunia adalah pasukan yang cergas dari segi fizikal dan mental. Kecergasan fizikal dan mental sangat penting bagi setiap pemain tidak kira dalam apa jua jenis sukan yang diceburinya. Seperti yang sedia maklum, pasukan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia merupakan salah satu liga terbaik dunia dalam Liga Sepanyol. Kecergasan pemain sekiranya diukur dengan meter, seorang pemain yang bermain di Liga Sepanyol akan berlari sejauh 5km hingga 8km dalam satu perlawanan iaitu selama 90 minit. Adakah pemain kebangsaan kita mampu untuk berlari dalam jarak yang sedemikian? Adakah jurulatih menerapkan latihan larian sekurang-kurangnya sejauh 5km sebanyak 3 kali setiap minggu? Ini harus dipersoalkan kerana latihan yang tidak progresif tidak akan memberi peningkatan pada tahap kecergasan pemain. Selain itu, latihan dari sudut psikologi juga amat penting untuk kecergasan mental kerana dengan hanya bergantung pada kekuatan fizikal tidak akan menjamin sesuatu kemenangan. Pasukan negara menjuarai bola sepak dalam Sukan SEA 2009 kerana memiliki dua orang pemain yang tidak jemu-jemu berlari iaitu Kuna dan Guru. Kedua-dua pemain tersebut memberi pengaruh yang besar terhadap kejayaan pasukan negara. Jika kita lihat kepada faktor yang ketiga iaitu kejurulatihan, jurulatih bola sepak negara biasanya terdiri daripada bekas pemain kebangsaan yang pernah membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas dalam permainan ini, namun itu tidak membuktikan bahawa mereka juga mempunyai ilmu kejurulatihan dalam sukan tersebut. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang kecergasan, taktikal, psikologi dan segala yang diperlukan dalam sukan bola sepak. Kenyataan ini tidak menyangkal bahawa jurulatih sememangnya Page 3

mempraktikkan aspek kecergasan melalui latihan-latihan yang diberikan, namun adakah latihan tersebut sesuai untuk pemain bola sepak serta adakah latihan tersebut mampu meningkatkan tahap kecergasan para pemain? Setiap permainan mempunyai latihan-latihan yang berbeza mengikut kepada

bahagian anggota badan yang diutamakan mengikut jenis-jenis permainan. Sebagai contoh, latihan untuk kekuatan kaki adaah berbeza dengan latihan untuk kekuatan tangan. Oleh kerana itu, jurulatih harus mempunyai

pengetahuan dalam jens-jenis latihan yang sesuai untuk permainan yang tertentu dalam meningkatkan mutu permainan dikalangan pemain bola sepak. Secara keseluruhan yang boleh diperkatakan ialah pasukan bola sepak Malaysia sebenarnya hampa untuk mencapai hajat untuk berada dalam 32 pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2026. Hakikatnya ialah semua pihak berganding bahu bekerjasama menyokong dan membantu antara pemain, jurulatih, pihak pengurusan, kerajaan dan pihak swasta. Slogan Malaysia boleh perlu diterapkan oleh pihak yang terabit dalam bola sepak. Perancangan program bola sepak yang terancang dan mengabil pendapat tentang kejayaan negara-negara yang lebih maju dalam bola sepak akan menjadi agrojenik terhadap impian pasukan bola sepak Malaysia untuk berada di dalam kelompok bertanding dalam Piala Dunia 2026.

Page 4

Anda mungkin juga menyukai