Anda di halaman 1dari 24

PERAK GEMILANG

SELAYANG PANDANG
Apa itu dadah? Apakah kesan yang timbul akibat penyalahgunaan dadah?

Bagaimana cara untuk memujuk kawan yang sudah terpengaruh dengan dadah? Bagaimana supaya tidak terlibat dengan dadah?

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH


Pelajar-pelajar yang ketagihan dadah akan selalu menyendiri kerana ingin melepaskan gian. Dia akan bercampur dengan rakan-rakan yang dapat menyumbangkan dadah kepadanya. Dia kerap meminjam wang daripada orang lain kerana ingin mendapatkan dadah. Menyebabkan rakan marah dan kerap ponteng sekolah Selalu mengelak daripada melakukan aktiviti ko-kurikulum yang pernah di minati dahulu.

Apa itu dadah?


Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

JENIS-JENIS DADAH

YANG POPULAR DI MALAYSIA

POKOK GANJA

KANABIS - juga dikenali sebagai Ganja/ Grass/Pot/Marijuana/Weed

CARA MENGGUNAKANNYA menelan, menghisap.


KESAN-KESANNYA Mata berair dan merah, suara kuat dan gelak ketawa sehingga mengantuk, kurang berat badan, suka memakai

kacamata hitam bukan pada masanya.

HEROIN juga dikenali sebagai Big H/ Dope/ Smack / TNT

CARA MENGGUNAKANNYA menyuntik, menghidu


KESAN-KESANNYA tidur bukan pada masanya, berpeluh, muntah, batuk, hilang selera makan, tiada tindakbalas anak mata kepada cahaya.

KODEIN juga dikenali sebagai Shollboy (selalunya ubat batuk) CARA MENGGUNAKANNYA menghirup atau menelan KESAN- KESANNYA tekanan pernafasan yang teruk sehingga menyebabkan kematian jika dos yang diambil begitu banyak, cirit birit, sakit urat saraf dan tulang

DADAH JENIS STIMULAN terbahagi kepada dua: amfetamin dan kokain. CARA-CARA PENGGUNAANNYA amfetamin: menelan, kokain: menghidu , menghisap KESAN-KESANNYA terlalu aktif, selalu risau, boleh bertahan tanpa makan dan tidur, hidung dan mulut terasa kering, kurang berat badan. 3

CARA MENANGANI RAKAN YANG TERLIBAT


Beritahu rakan yang dia amat penting dalam hidup kita dan kita amat menyayanginya. Berikan contoh bagaimana penagihan dadah telah menyusahkan dirinya dan orang lain.

Beritahu dia yang kita akan membantunya serta cara-cara bantuan yang akan diberikan.
Bercakap dengan orang dewasa terlebih dahulu sebelum kita berbual dengan rakan yang bermasalah itu. Paling penting jika tidak mampu untuk berbual, hantar saja nota ataupun email.

Anda mungkin juga menyukai