Anda di halaman 1dari 2

Laporan Taklimat Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 8 Februari 2011 : 5.

00 petang : Bilik gerakan dan hadapan stor sukan : 13 orang guru

Taklimat segak ini diadakan adalah untuk membantu guru-guru pendidikan jasmani dan kesihatan khususnya yang bukan beraliran sukan. Dengan adanya taklimat ini, diharap pengetahuan guru-guru terbabit akan bertambah baik memandang sebelum ini terdapat ramai guru-guru melakukan beberapa kesalahan dalam menjalankan ujian segak terhadap pelajar. Penceramah yang dijemput ialah En. Wan Kamaruzaman b. Wan Kamaruddin yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan dan arif menjalankan ujian segak. Beliau juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa segak dalam negeri perak. Beliau memulakan taklimat dengan menerangkan secara lisan maksud ujian segak dan rasional ujian ini dilakukan oleh pelajar sekolah. Beliau juga memberikan hand out kepada semua guru-guru tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam ujian segak ini. Beliau meminta pertolongan dari beberapa orang pelajar untuk menjalankan demontrasi ujian segak iaitu ujian naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk separa tubi dan jangkauan melunjur. Ketua panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu En. Nor Azizan b. Shamuin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang sanggup hadir dan juga penceramah, En. Wan Kamaruzaman b. Wan Kamaruddin kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dengan guru-guru yang lain. Taklimat ini berjalan dalam masa 1 jam 15 minit dan tamat pada pukul 6.15 petang.

Tarikh: 9/2/2011

___________________ Aimijar b. Kamarudin Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Tasek Damai Ipoh, Perak.

Lampiran Taklimat Segak

Anda mungkin juga menyukai