Anda di halaman 1dari 4

DEDIKASI

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana saya telah berjaya menjalani Latihan Industri ini dengan jayanya selama enam bulan yang telah ditetapkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim MuAdzam Shah dan juga oleh organisasi iaitu Atarek-Asnaf Biz Solution.

Dan syukur alhamdulillah juga, pada masa yang sama saya telah dapat menyiapkan laporan latihan industri untuk politeknik dan juga bagi pihak organisasi seperti yang telah ditetapkan dalam syarat program latihan industri selepas tamat menjalani latihan industri.

Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah banyak memberikan saya bantuan semasa menjalani latihan industri terutama sekali keluarga saya dan seluruh warga Atarek-Asnaf Biz Solution. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka semua.

PENGHARGAAN

Alhamdullilah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah serta kurnia NYA dapatlah dengan ini saya menamatkan latihan industri saya dengan sempurna di Atarek-Asnaf Biz Solution.

Di kesempatan ini juga, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Atarek-Asnaf Biz Solution kerana banyak memberikan saya peluang untuk menjalani latihan industri disini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga HR Department yang telah banyak membantu saya semasa menjalani latihan industri di sini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang yang saya sayangi iaitu keluarga, rakan-rakan dan seluruh warga Atarek-Asnaf Biz Solution kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar serta bantuan di samping mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya semasa menjalani latihan industri di sini.

ii

Tidak lupa juga kepada pensyarah dan warga Politeknik Sultan Abdul Halim MuAdzam Shah yang telah memberikan saya ceramah dan juga motivasi sebelum menjalani latihan industri ini.

Kerjasama dan tujuk ajar dari anda semua amat saya hargai dan akan saya praktikkan sepenuhnya.

Sekian, terima kasih...................

PENGAKUAN

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali di bahagian maklumat syarikat, nota serta penerangan berkaitan jurusan ini. Maklumat syarikat dan bahagian-bahagian yang dilampirkan adalah dari sumber-sumber yang dinyatakan.

NAMA

iii

NO. PENDAFTARAN :

KURSUS

TANDATANGAN

iv

Anda mungkin juga menyukai