Anda di halaman 1dari 7

Bab 5

Penerapan Nilai Melalui Dasar-dasar Kerajaan

Kempen Budi Bahasa

Pengenalan
Dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Haji Ahmad Badawi bertempat di Istana Budaya bertarikh 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang dirasakan sesuai dengan persekitaran hari ini demi kesejahteraan masa depan. Kempen ini adalah puncak daripada tindakan kerajaan untuk menerapkan serta menanam nilai-nilai murni ke dalam alam fikiran, hati budi serta perilaku warganegara Malaysia di semua peringkat. Kempen ini diharap akan dapat meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat.

Rasional
Perlu diadakan kerana sesetengah rakyat Malaysia

kini mengamalkan cara hidup yang kasar, melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adap sopan dan tidak mengendahkan tatasusila. Dan sekiranya dilihat kepada jabatan kerajaan secara khususnya cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai. Ada di antara mereka menjawab telefon dengan bahasa yang kasar, acuh tak acuh atau panggilan langsung tidak berjawab, surat-menyurat rakyat lambat dijawab, kesungguhan bekerja, menepati masa, hilangnya amalan hormat-menghormati dan lupa akan betapa pentingnya tatasusila berhemah

Kurangnya pemahaman nilai murni serta menjalankan

kerja secara jujur dan amanah menyebabkan amalan yang buruk itu terus berleluasa. Stigma yang menyatakan kakitangan kerajaan menerima rasuah telah menyebabkan ramai kakitangan kerajaan malu untuk mengaku bahawa mereka bekerja dengan kerajaan. Peranan dan tangungjawab dalam memupuk mentaliti kelas pertama di kalangan kakitangan kerajaan adalah dipikul oleh setipa ketua sesebuah organisasi. Ianya dapat dijayakan dengan dengan memupuk budaya kerja yang terbaik.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) adalah salah

sebuah organisasi kerajaan yang bernaung dibawah payung Kementerian Pelajaran Malaysia dan turut terlibat secara langsung dalam menjayakan kempen ini supaya semua warga LPM menghayati nilai nilai murni dan membudayakan amalan berbudi bahasa dalam urusan seharian sebagai kakitangan kerajaan. Kepimpinan melalui tauladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Setiap lapisan peringkat kepimpinan di LPM mesti memastikan sentiasa menjadi contoh yang baik kepada mereka yang dipimpin supaya semua warga LPM akan mengikut corak keperibadian yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan dalam menjalankan tugas baik semasa berurusan rasmi atau tidak rasmi.

Pemahaman dan perlaksaan Kempen Budi Bahasa dan

Nilai-nilai Murni di Lembaga Peperiksaan Malaysia diharap dapat memupuk semangat kerjasama, hormatmenghormati dan mewujudkan iklim pekerjaan yang selesa. Iklim pekerjaan yang selesa akan memastikan keselesaan setiap individu melaksanakan tugas tanpa tekanan seterusnya meningkatkan kualiti kerja.

Anda mungkin juga menyukai