Anda di halaman 1dari 1

Hari Jadi Saya Pada suatu hari, saya berjalan pulang ke rumah dengan cepat dan hati yang

sangat gembira .Kerana hari ini ialah hari jadi saya .Saya pulang ke rumah sambil terfikir- fikir apa yang akan ibu bapa merancang untuk meraikan hari jadi ke-12 saya. Tidak lama kemudian ,saya pun tiba ke rumah saya .Semasa saya masuk ke dalam rumah, saya mendapati tiada seorang pun berada di rumah .Saya berasa sangat sedih dan menangis kerana tiada siapa masih ingat hari lahir saya dan mengambil berat terhadap saya. Tiba- tiba, saya terdengar suara nyanyian Selamat Hari Jadi, Yu Xian .Saya menoleh kepala lalu mendapati ibu bapa dan kawan- kawan baik saya sedang menyanyi lagu hari jadi sambil berjalan ke arah saya. Ibu menatang sepinggan kek .Saya segera berlari ke arah ibu lalu memeluk ibu sambil bercakap Saya anggap ibu telah lupa akan hari jadi saya .Saya tidak akan lupa hari jadi anak emas saya. kata ibu sambil ketawa dengan gembira . Selepas itu, saya berterima kasih kepada kawan- kawan baik kerana sudi datang ke rumah saya dan bersama saya untuk meraikan hari jadi saya .Selepas lagu hari jadi dinyanyikan, majlis hari jadi saya pun mula .Saya meniup lilin sekuat- kuat hati .Kawan -kawan saya bertepuk tangan kerana semua lilin telah padam dengan tiupan sekali sahaja. Seterusnya, kawan- kawan saya pun mula dijamu dengan hidangan yang dimasak oleh ibu saya .Lauk- pauk yang dimasak oleh ibu saya sangat sedap .Oleh itu, kawan- kawan saya makan dengan gelojohnya .Ibu juga menyediakan buah- buahan sebagai pencuci mulut .Setelah menjamu selera ,kami pun bermain berbagai- bagai permainan dengan gembira. Selepas bermain permainan yang menarik dan seronok, kawan- kawan saya pun balik ke rumah masing- masing .Mereka mengucapkan terima kasih kepada saya kerana telah menjemput mereka ke majlis hari jadi saya .Saya berasa sangat gembira pada hari ini .

Anda mungkin juga menyukai