Anda di halaman 1dari 5

Dato Kamarudin: Terengganu negeri kedua isi rumah termiskin, jawab

Kerajaan kepada Wakil BN Kuala Nerus


Posted on October 30, 2007

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
ingin bercakap tentang perbahasan Rang Undang-undang Belanjawan 2008 ini
dengan bercakap ringkas sahaja.

Saya mendapati bahawa ucapan-ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada


dua-dua pihak adalah amat baik sekali, mengandungi cadangan-cadangan,
fakta-fakta, rintihan-rintihan yang amat baik sekali yang saya harap pihak
kerajaan akan mengambil masa dan memberikan sedikit tumpuan supaya
masalah-masalah rakyat yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
sebelum ini dapat dijelaskan dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan hanya dengan membaca jawapan yang
diberikan oleh pihak kerajaan kepada satu soalan lisan yang bertarikh 3
September 2007, hari Isnin yang tidak dapat dijawab oleh sebab-sebab teknikal
masa dan oleh kerana keputusan dan cadangan Tuan Yang di-Pertua, antaranya
supaya mencetak soalan-soalan yang tidak dijawab dengan jawapan-
jawapannya sekali, maka saya terbaca dan ianya diletakkan soalan yang
terakhir bernombor 28 pada 3 September itu.

Soalannya datang daripada Yang Berhormat kita daripada Kuala Nerus kepada
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan soalannya minta menyatakan
bilangan terakhir rakyat termiskin mengikut kaum dan negeri dan soalan
seterusnya setakat manakah kejayaan strategi kerajaan membasmi kemiskinan
di kalangan rakyat termiskin dan apakah strategi kerajaan untuk mencapai
matlamat miskin sifar.

Jawapan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri berbunyi berikut,


“Berdasarkan pendapatan garis kemiskinan yang baru dan perangkaan
daripada penyiasatan pendapatan isi rumah terkini tahun 2004, bilangan isi
rumah termiskin adalah berjumlah 67,300 isi rumah.

Pecahannya mengikut negeri adalah seperti turutan berikut. Mengikut negeri


yang paling banyak keluarga isi rumah yang termiskin, nombor 1 yang
termiskin ialah negeri Sabah dengan 32,400 isi keluarga; nombor 2, Terengganu
dengan 8,300 isi rumah yang miskin…”

Nombor 2, Terengganu, patutlah Yang Berhormat bagi Kuala Nerus ingin tahu
dan saya mengucap syabas kepadanya kerana minat untuk mengetahui,
khususnya kedudukan negeri Terengganu.

“Nombor 3, negeri Perak, 5,700 isi rumah yang miskin; nombor 4, negeri
Sarawak, 5,200 isi rumah yang miskin; nombor 5, negeri Kedah, 5,000 isi rumah
yang miskin; nombor 6 barulah dicapai oleh negeri Kelantan, kalau Kedah
5,000, Kelantan 3,600 isi rumah miskin…”

Kemudian, “Nombor 7, Pahang; nombor 8, Johor; nombor 9, Perlis; nombor 10,


Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; nombor 11, Selangor, nombor 12, Negeri
Sembilan; nombor 13, Melaka; dan nombor 14, Pulau Pinang.”
Jadi ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah hakikat yang amat penting untuk seluruh
kita faham dan mengetahui dan untuk pihak kerajaan terutamanya mengambil
tindakan yang besar dan yang penting untuk mengelakkan supaya berlaku
kemiskinan isi rumah, kemiskinan tegar dan sebagainya.

Ini statistik tahun 2004. Belum kita ambil kira kenaikan tol, kenaikan minyak,
inflasi yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tanjong tadi dan banyak lagi
kenaikan-kenaikan harga, keputusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna tentang hendak dipinda balik, dengan izin, consumer price
index supaya benar-benar memberikan gambaran kemiskinan yang setepatnya
dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, yang saya fikir perlu kita fikir dan
bincang dan tidak lagi mengambil kira negeri tertentu sahaja ke yang dituduh
miskin atau sebagainya.

Jelas di sini tidak ada kaitan dengan parti politik, tidak ada kaitan dengan
Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang. Kemiskinan ini adalah satu
perkara yang benar-benar berlaku.

Hari ini kita dimaklumkan bahawa ECER dilancarkan di Kuala Terengganu dan
petang ini di Kota Bharu.

Saya diberitahu bahawa ulasan ataupun siaran langsung ucapan Menteri Besar
ataupun yang bukan daripada pihak kerajaan, tidak disiarkan langsung. Hanya
daripada pihak Kerajaan Persekutuan sahaja. Ini saya fikir adalah pendekatan
yang tidak tepat kerana kemiskinan adalah perkara yang perlu kita tanggapi
tanpa mengira parti politik….

[Disampuk] Ya, petang ini di Kota Bharu.


Ini isi rumah mengikut etnik. Agihan isi rumah termiskin mengikut kumpulan
etnik utama pula menunjukkan kumpulan etnik bumiputera adalah tertinggi
iaitu 65,100 isi rumah atau 96.7%. Ini diikuti etnik India – 1,200 isi rumah, atau
1.8%, manakala etnik Cina seramai 700 isi rumah.

Ini sekali lagi menandakan dasar-dasar kerajaan yang kononnya hendak


membangunkan
bumiputera Sabah Sarawak, Semenanjung dan sebagainya jelas tidak berjaya
kerana 97%
daripada isi rumah miskin adalah di kalangan bumiputera.

Yang mengejutkan isi rumah etnik India adalah nombor dua tingginya padahal
peratusan dalam negara kita, masyarakat kaum India adalah yang ketiga dan
sebagainya. Ini saya fikir, saya cadangkan supaya kita fikirkan dan kita ambil
sebagai perkara yang serius dan tidak boleh lagi di partisan politic kan dengan
izin, hanya untuk kepentingan pihak-pihak yang tertentu.

Ini mesti dianggap sebagai satu masalah nasional yang mesti ditanggapi oleh
kerajaan dengan amat serius sekali dengan kerjasama semua pihak.

Perkara kedua, Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin laporkan dan minta
kerajaan memberi pendirian yang jelas ialah laporan yang kita semua terima
iaitu laporan Suhakam tentang suatu penyiasatan yang diadakan berkaitan
dengan peristiwa di KLCC pada 28 Mei 2006. Ini dilaporkan dan dibentangkan
sebagai kertas kita di Dewan yang mulia ini.
Sebagaimana kita maklum, 28 Mei 2006 adalah beberapa ratus orang penunjuk
perasaan yang memprotes tentang, khususnya kenaikan harga minyak, tol dan
sebagainya. Yang menjadi ianya bahan untuk penyiasatan oleh pihak
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia iaitu SUHAKAM, ini ialah kerana dalam
perhimpunan tersebut, polis telah masuk dan memukul penunjuk-penunjuk
perasaan, menahan dan antara penunjuk-penunjuk perasaan, ada yang
tercedera.

Yang saya ingin petik secara ringkasnya, pertama yang amat mengejutkan saya
ialah pada 26 Mei 2006 tersebut, kita membaca akhbar esoknya bahawa antara
selain daripada polis, FRU, polis pakaian biasa dan sebagainya, lori-lori dan
trak-trak, semburan air, penggunaan kayu belantan dan sebagainya, hari itu
kita dilaporkan helikopter juga ada terlibat sama.

Dalam bacaan akhbar, saya sangka helikopter ini digunakan oleh pihak polis
untuk memberikan kepada polis satu advantage dari segi mereka dapat melihat
penunjuk perasaan ini berhimpun dari sumber mana, penjuru mana, kemudian
berkeliaran lari ke penjuru mana supaya dapat melaporkan kepada tentera dan
polis di bawah itu, di mana hendak menahan dan sebagainya.

Tetapi yang amat memeranjatkan saya, penemuan oleh suruhanjaya Suhakam


ini ialah rupanya helikopter itu digunakan untuk tujuan mengacau dengan
terbang rendah untuk mewujudkan suasana bising yang terlalu tinggi sehingga
ucapan tidak dapat didengar oleh berapa orang yang ada di situ.

Keduanya penemuan daripada Suruhanjaya ini bahawa tahap taraf ketinggian


helikopter itu adalah membahayakan polis yang menjadi juruterbang yang ada
di dalamnya, membahayakan sudah tentunya orang-orang yang berhimpun di
bawah itu.

Maka dengan sebab itu ialah findings dengan izin, daripada panel ini, on the
used of the helicopter, Tuan Yang di-Pertua menyatakan dengan izin bahawa,
the panel in the enquiring refers to the Civil Aviation Regulations 1996 which
among others regulate the manner of the low flying , regulations 5(i)(b)provided
that the helicopter shall not fly below such height as would and able it to alike
without danger, dan sebagainya. Maknanya polis pun tidak mengikuti ciri-ciri
memandu dengan selamat kapal terbang atau helikopter ini. Inilah sebabnya
kalau kapal terbang Nuri terhempas, yang dituduhnya ialah juruterbang tidak
pandai memandu dan kesalahan juruterbang.

Di sini jelas juruterbang diarah dan diakui oleh Ketua Polis, bahawa diarahkan
untuk terbang rendah untuk menakutkan dan untuk mewujudkan bising. Ini
saya fikir perkara yang perlu dijelaskan dan perlu dielakkan daripada berlaku
seterusnya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyebutkan di sini bahawa
panel ini telah menyatakan dengan jelas bahawa apa yang dilakukan pihak
polis, oleh kerajaan, oleh kementerian setakat ini adalah bercanggah dengan
ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Cameron Highlands tadi
tentang perlunya hak asasi manusia dijaga dengan baik.

Cadangan daripada suruhanjaya ini ialah pertamanya dengan izin,


decriminalizing peaceful assembly without license. Janganlah jadikan
perhimpunan aman sebagai perhimpunan yang mewajibkan permit atau lesen.
Decriminalizing maknanya jangan jadikannya suatu jenayah, secara ringkas.

Kedua, that the rights of any person engage in lawful advocacy, protests or
decent are not limited by the OCPD or any other authority dan seterusnya
bahawa tak bolehlah hak asasi yang dituntut oleh Yang Berhormat bagi
Cameron Highland hanya diputuskan oleh OCPD atau pegawai yang ada di
kampung atau pun di kawasan yang tertentu.

Ketiga, that there shall be a reasonable definition of national security.


Maknanya istilah keselamatan negara ini janganlah digunakan terlalu sangat
hinggakan berhimpun empat lima orang tidak bawa senjata pun dianggap
mengancam keselamatan negara dan sebagainya.

Seterusnya panel ini mengesyorkan antara lain human life should be respected
and preserved. Sebagaimana Yang Berhormat bagi Cameron Highland sebut,
every one is allowed to participate in peaceful assembly, dibenarkan
perhimpunan secara aman.

Ini saya nak sebut secara ringkas sebagai point yang kedua. Point yang ketiga
Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan cadangan SUHAKAM juga iaitu hak
asasi manusia dari sudut ISA.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa minggu yang lalu seorang rakyat Malaysia
bernama Abdul Malek Husin telah dibebaskan oleh Mahkamah di atas tahanan
ISA dan telah dengan tepatnya diputuskan oleh mahkamah, membenarkan dan
bersetuju dengan tuntutan ganti rugi beliau.

Mahkamah telah membenarkan pada sidangnya bertarikh 18 Oktober 2007,


pampasan kepada Abdul Malek Hussin sejumlah RM2.5 juta kerana beliau
bukan sahaja ditahan di bawah ISA, tetapi beliau juga mendakwa dan hakim
menerima dakwaan beliau ini bahawa beliau telah diseksa, beliau telah dipukul
bukan oleh polis biasa, tetapi hingga ke pada Ketua Polis Negara pada masa itu
Tan Sri Rahim Noor antara orang yang memukul beliau pada hari malam
pertama beliau ditahan pada 25 September 1998. Hakim bersetuju dengan apa
yang didakwa oleh Abdul Malek bahawa beliau telah diancam, dipukul, dan
diseksa.

Tuan Yang di-Pertua, antara point yang penting yang telah disebutkan oleh
Datuk Hishamuddin dan ini diulas oleh Yang Berhormat dari Jerai dalam ucapan
beliau, tentang hak asasi dan keselamatan. Datuk Hishamuddin mengatakan
bahawa tidak memadai dalam pertuduhan polis untuk menahan orang di bawah
ISA hanya dengan mengatakan bahawa orang tersebut disyaki telah melakukan
sesuatu yang mengancam keselamatan negara.

Mengikut hakim ini ianya tidak boleh. It is my judgment that in the life of what I
have said about this form cannot be taken as due compliance article 5 (3). Saya
tak baca semuanya.

Keduanya Hakim Datuk Hishamuddin juga mengatakan bahawa dengan izin,


the nature of the interrogations shows clearly it’s political nature and that was
been done for collateral purposes i.e. intelligent gathering for political purposes
and nothing to do with genuine for national security.
Saya berharap bahawa pihak kerajaan memahami apa yang dinyatakan oleh
Hakim Datuk Hishamuddin Yunus ini dan saya menganggap bahawa kedudukan
ISA sekarang, selain daripada penghakiman Datuk Hishamuddin, laporan
daripada SUHAKAM, cadangan daripada Suruhanjaya penambahbaikan polis,
kesemuanya mendesak supaya pertamanya perhimpunan secara aman
mestilah dijadikan sesuatu yang sah, yang halal dan tidak dianggap sebagai
bercanggah dengan udang-undang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Sistem Cheng) mempengerusikan


Mesyuarat]
Keduanya ialah bahawa undang-undang ISA sudah sampai masanya untuk kita
hapuskan daripada Buku Undang-undang Negara kita. Inilah cadangan-
cadangan dan perkara-perkara yang saya ingin sebutkan dan saya ingin
memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk berucap selepas ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
—————–
Ucapan membahaskan Bajet 2008 pada 29 Oktober 2007