Anda di halaman 1dari 28

OLYMPIA COLLEGE RAFFLES EDUCATION GROUP GROUP ASSIGNMENT MALAYSIAN STUDIES

NAME AS PER IC / COLLEGE INDEX NO: / IC NO

CAMPUS: PETALING JAYA WORD COUNT:3873

Penghargaan

Penghargaan
Kita ingin menyampaikan terima kasih kepada kolej dan perpustakaan awam pembekal dan penghibur. Kolej Olympia menyediakan segala keperluan. Perpustakaan umum adalah titik kajian tambahan untuk membiarkan kita mendapat nota luaran selain daripada perpustakaan kolej. Selain itu, kita juga ingin menyampaikan apresiasi dan terima kasih kepada indah pensyarah kita Dr. Gopi yang membantu kita untuk sebuah wawasan kajian dan telah sangat menyokong semua tugas kita. Kita menghargai segala sokongan seperti kasih sayang, sokongan kewangan dan inspirasi selama tempoh tugasan ini daripada ibubapa kita. Tidak dilupakan, kita mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas, kakitangan kolej, kakitangan perpustakaan awam dan penyelaras yang amat menyokong semua tugasan yang bekerjasama untuk memberikan idea supaya kajian ini boleh disiapkan pada masa yang ditetapkan.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus i

Objektif

Objektif

Untuk mengkaji tentang peranan ketiga-tiga organisasi kerajaan.

Untuk mendapat ilmu pengetahuan terhadap demokrasi berparliamen yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Memahami dan menghargai peranan dan sumbangan Malaysia di arena antarabangsa.

Memahami sejarah negara dan bangsa serta perkembangan masyarakat dari aspek yang berkenaan.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus ii

Pendahuluan

Pendahuluan
Dalam dunia moden kini, secara umumnya terdapat dua bentuk sistem pemerintahan iaitu autokrasi dan demokrasi. Amalan kehidupan berpolitik dalam kedua-dua sistem ini amat jauh berbeza. Sistem pemerintahan demokrasi, kuasa kerajaan diberikan oleh rakyat. Suara dan hak rakyat diberi keutamaan dan kesemuanya ini disalurkan melalui saluran yang sah seperti parlimen dan pilihan raya.

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus i ii

Pendahuluan

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Namun tidak semua orang layak mengambil bahagian dalam proses ini. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mengizinkan seseorang itu membuang undi bagi memilih calon atau wakil mereka di peringkat tertinggi. Demikian juga halnya orang yang ingin menjadi calon pilihan raya; terdapat pula syarat-syarat tertentu yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertanding dengan pilihan raya dikatakan mempunyai kerusi pilihan raya, Kerusi Dewan Undangan Negeri atau kerusi Parlimen, atau kedua-duanya. Dua orang calon atau lebih masing-masing daripada parti politik yang sah boleh bertanding merebut sesebuah kerusi kawasan berkenaan. Calon yang akhirnya mendapat undi terbanyak diisytiharkan pemenang dan akan mewakili kawasan pilihan raya berkenaan sama ada daripada parti politik yang membentuk kerajaan atau parti pembangkang.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus iV

Isi Kandungan

Isi Kandungan NO Isi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. M.Surat

Penghargaan..................................... i Objektif............................................ ii Pendahuluan....................................iii-iV Isi Kandungan................................. V Soalan ............................................. 1 Jawapan .......................................... 2-17 Kesimpulan.....................................18-19 Rujukan...........................................20-21

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus V

Soalan

Soalan
Sebutkan ketiga-tiga organisasi kerajaan kaji tentang peranan mereka di dalam demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Gunakan undang-undang kes yang relevant untuk menyokong perbahasan kamu.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 1

Soalan(Jawapan) Legislatif Demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat secara pilihanraya yang bebas dan adil yang disertai oleh parti-parti yang sah dan akhirnya kerajaan yang dibentuk pula mesti menunaikan tanggungjawab sebaiknya terhadap rakyat dan Negara.Negara kita pada teorinya mengamalkan Demokrasi berparlimen dengan YDP Agung sebagai ketua.Manakala kerajaan pula terdiri dari 3 badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Dalam pentadbiran ini, terdapat hubungan erat antara badan perundangan (legislatif) serta pelaksana (eksekutif) Antara negara yang menjalankan kaedah ini adalah Britain dan Malaysia. Di Negara ini wakil parlimen (perundangan) boleh menjadi pelaksana seperti menteri kabinet. Malahan, kedudukan Raja atau Yang dipertuan Agong amat istimewa kerana mempunyai kuasa dan pengaruh legislative mahupun eksekutif. Ketua Negara pula berlainan dengan ketua kerajaan. Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam system pemerintahan demokrasi berparlimen.Walaupun dua badan ini berbeza daripadasegi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungans angat rapat. Menteri-menteri cabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini.Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam system demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu fusion of power ataupun satu percantuman kuasa. Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa system demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal. Pada umumnya, sebelum sesuatu cadangan dan dasar dijadikan rang undang-undang, menteri berkenaan hendaklah berunding dengan Peguam Negara. Setelah itu kertas cadangan tersebut dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 2

Soalan(Jawapan)

Setelah diluluskan, baharulah rang undang-undang digubal oleh Penggubal Undang-undang. Penggubal Undang-undang biasanya herunding dengan menteri dan pihak lain yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang yang digubal itu perlu dikemukakan untuk persetujuan Jemaah Menteri. Apabila telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, menteri berkenaan memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara tentang hasratnya hendak mengemukakan rang undang-undang tersebut. Setiausaha Dewan kemudiannya mengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua Ahli Parlimen. Sebelum rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia mestilah melalui beberapa peringkat atau disebut bacaan. Bacaan pertama ialah memberitahu secara lisan mengenai tujuan dan tajuk rang undang-undang itu. Dalam bacaan kedua, prinsip dan rang undang-undang itu dibahaskan. Ini adalah peringkat yang paling penting. Di peringkat seterusnya, Dewan bersidang sebagai jawatankuasa yang membincangkan butiran dalam rang undang-undang itu. Tujuannya untuk member peluang kepada ahli Dewan berbincang secara tidak formal bagi mendapatkan pandangan dan syorsyor baharu. Butir-butir yang dibincang dipertimbangkan mengikut susunan seperti yang terdapat dalam rang undang-undang itu, diikuti dengan jadual, dan akhir sekali dibincangkan mukadimahnya. Setelah perbincangan di peringkat jawatankuasa selesai, menteriakan mengusulkan supaya rang undang-undang itu dilaporkan kepada Dewan. Jika dipersetujui, jawatankuasa seluruh Dewan itu pun kembali menjadi persidangan Dewan. Kemudian menteri mengusulkan supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali ketiga serta diluluskan.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 3

Soalan(Jawapan)

Apabila Dewan Rakyat telah meluluskannya, rang undang-undang itu dikemukakan kepada Dewan Negara yang juga membahaskan rang undang-undang itu melalu proses yang sama seperti yang dilakukan di Dewan Rakyat. Setelah rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara, perkenan diraja adalah diperlukan supaya ia dapat dikuatkuasakan sebagai undang-undang. Yang diPertuan Agong menurunkan Cop Mohor Besar kepada rang undang-undang tersebut yang menandakan persetujuan baginda. Undangundang yang telah diluluskan oleh Parlimen dan dipersetujui oleh Yang diPertuan Agong diwartakan dalam Warta Kerajaan. Seperti yang telah dinyatakan, Dewan Negara adalah lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara dalam banyak perkara. Perkara 67(1) Perlembagaan tidak member kuasa kepada Dewan Negara untuk memperkenalkan sesuatu rang undang-undang atau pindaan yang berhubung dengan halehwal percukaian, pinjaman wangdan juga hal berhubung dengan kumpulan wang kerajaan serta akaun Persekutuan dan Negeri. Bagi rang undang-undang yang bukan melibatkan undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya bagi tempoh selama satu tahun. Bagi rang undangundang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya selama sebulan sahaja. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta. Enakmen pula adalah undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri, kecuali undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dinamakan Ordinan. Undang-undang yang diisytiharkan di bawah Fasal (2) Perkara 150 oleh Yang diPertuan Agong semasa Parlimen tidak bersidang pada masa darurat, juga disebut Ordinan.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 4

Soalan(Jawapan)

Perlembagaan Negara kita perlu dipertahankan oleh setiap rakyat kerana perlembagaan itu adalah satu dokumen yang mengandungi cita-cita rakyatnya yang inginkan sebuah Negara dan bangsa yang berdaulat. Perlembagaan diwujudkan berdasarkan tradisi dan sejarah Negara kita. Setiap negeri dan anggota masyarakat mahu memastikan kepentingan masing-masing terjamin dalam perlembagaan. Di samping mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu, perlembagaan juga memperkenalkan system demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen bertujuan melahirkan suasana politik yang stabil, mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemakmuran. Dalam system demokrasi ini, rakyat terlibat dalam pemerintahan negara, manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia setiap rakyat. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Parti yang mendapat majority sokongan rakyat akan berkuasa untuk memerintah, tetapi parti yang memerintah mesti menunjukkan keupayaan melahirkan keadilan bagi seluruh rakyat. Di sinilah terletaknya keluhuran perlembagaan Negara kita yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 5

Soalan(Jawapan) Kehakiman

Malaysia mempunyai sistem kehakiman bersepadu dan semua mahkamah mengetahuinya dari kedua-dua undang-undang persekutuan dan negara. Sistem undangundang didasarkan pada undang-undang umum Inggeris. Kebanyakan kes datang sebelum hakim dan mahkamah sesi. Mahkamah Agama memutuskan masalah undang-undang Islam dan adat. Mahkamah Persekutuan ialah mahkamah tertinggi di Malaysia dan ulasan keputusan dirujuk dari Mahkamah Tinggi Semenanjung Malaysia, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan mahkamah bawahan. Mahkamah Persekutuan di mana dipertuan Agong yang adalah tuan presiden dan mempunyai bidang kuasa asal dalam perselisihan antara negara-negara dan kerajaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan terdiri daripada ketua keadilan, dua hakim ketua dari Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain. Pentadbiran penahanan diizinkan dalam kes-kes keselamatan, di mana jaminan lain tertentu dari proses yang dilaporkan ditangguhkan.

Terdakwa harus dibawa ke hadapan hakim dalam masa 24 jam dari penangkapan. Terdakwa mempunyai hak untuk peguam dan untuk jaminan. Peraturan ketat bukti berlaku di mahkamah dan banding tersebut sedia untuk mahkamah yang lebih tinggi. Jenayah terdakwa juga boleh mengajukan Grasi kepada penguasa penting atau penguasa negara tempatan. Hukuman berat termasuk hukuman mati ataupun dipaksakan untuk dadah. Mahkamah tinggi mempunyai bidang kuasa atas semua kes jenayah serius dan kebanyakan kes sivil. Mahkamah sesi mendengar kes yang melibatkan pertikaian pemilikpenyewa dan kemalangan kereta. Di samping itu, mahkamah Magistrate mendengar kes-kes jenayah di mana hukuman maksimum tidak melebihi 12 bulan. Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa atas mahkamah tinggi dan keputusan sidang mahkamah.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 6

Soalan(Jawapan)

Walaupun kolonialisme Inggeris sangat mempengaruhi penghakiman Malaysia, undang-undang dan sistem mahkamah mapan lama sebelum kedatangan Inggeris. Sebagai contoh, Melaka dan Brunei dipertahankan agar menggunakan undang-undang Islam dan undang-undang tidak bertulis berdasarkan tradisi dan adat. Hakim dilantik oleh sultan negara mereka. Sebelum pembentukan Persekutuan Melayu pada tahun 1895, hakim besar mendengar rayuan dari mahkamah Islam dan banding lebih lanjut terdengar langsung oleh sultan mengikut perundingan dengan penasihat agama mereka. Di bawah sistem ini penguasa adalah sumber keadilan dan kuasa kehakiman tertinggi.

Oleh itu, sistem kehakiman Islam perlahan-lahan melemah di bawah kuasa Inggeris kerana penekanan pada memisahkan kuasa agama dan sivil dan mencipta sebuah negara birokrasi rasmi ditetapkan oleh undang-undang bertulis. William A. Graham, ketua kerajaan negara pertama di Kelantan pada Perjanjian Anglo-Siam pada tahun 1902 telah memberikan contoh ilustratif. Melanggar perjanjian dengan penguasa negara Graham bekerja untuk mengawal kekuatan mahkamah Islam dengan menolak bantuan polis dalam menjalankan perintah mereka dan mengumpul bukti.

Marginalisasi mahkamah adat telah ditetapkan dengan Commissioner Kehakiman Peraturan dan Ketenteraman Awam di Lembaga pada tahun 1896. Peraturan ini dihapuskan kuasa sultan untuk mendengar rayuan undang-undang dan mencipta pejabat Pesuruhanjaya penghakiman untuk melaksanakan fungsi ini. Para Persekutuan Syarikat Banding Order Melayu di Dewan 1906 disediakan untuk naik banding ke Privy Council di London. Sebelum pencerobohan Jepun pada tahun 1941 Straits Settlements, Amerika Persekutuan Melayu dan Amerika Unfederated Melayu masing-masing mempunyai mahkamah tersendiri.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 7

Soalan(Jawapan)

Mahkamah rayuan ini kemudian diintegrasikan ke Mahkamah Rayuan Kesatuan Malaya pada tahun 1946. Ketika Persekutuan Malaya dimasukkan ke dalam tempatnya pada tahun 1948 setelah meninggalkan Kesatuan Malaya Mahkamah Rayuan ditubuhkan untuk semua persekutuan yang berlangsung sehingga kemerdekaan daripada Inggeris tahun 1957. Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, ada tiga Agung Mahkamah Komanwel Perundangan di Asia Tenggara: Mahkamah Agung Persekutuan Malaya Mahkamah Agung Singapura Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan telah dipimpin oleh Hakim Ketua. Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 Mahkamah Persekutuan mengambil tempat Mahkamah Tinggi. Selepas kemerdekaan, melalui perjanjian bersama United Kingdom dan Malaysia, dan Pasal 131 dari Perlembagaan Persekutuan. Dewan Penasihat terus berfungsi sebagai mahkamah tertinggi di Malaysia, secara rasmi memberikan nasihat kepada Agong Yang-di-Pertuan pada penentuan rayuan dari Mahkamah Persekutuan. Rayuan kepada Majlis Peguam di London tidak dihapuskan sepenuhnya hingga 1 Januari 1985 setelah pembentukan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung berganti nama menjadi Mahkamah Persekutuan pada tahun 1994.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 8

Soalan(Jawapan)

Susunan Sistem Mahkamah Di Malaysia

Malaysia

Mahkamah Agung

Mahkamah Tinggi Tanah Melayu

Mahkamah Tinggi Borneo

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Majistret

Rajah : Mahkamah Remaja untuk kes yang melibatkan mereka yang belum berumur 18 tahun.
Mahkamah Remaja Mahkamah Remaja

Mahkamah Penghulu

Mahkamah Penghulu

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 9

Soalan(Jawapan)

Contohnya, kes yang melibatkan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara yang dilantik pada tahun 1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa salah laku. Disamping itu, 8 Ogos 1988 beliau dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Sebagai rujukan, selalunya jumlah hakim ialah nombor ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 dan sebagainya. Tetapi kes ini, lain dari yang lain. Dalam sejarah dunia moden ini, itulah salah satu contoh kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England. Zaman feudal raja berkuasa mutlak. Tetapi dalam kes Tun Salleh ini, kerana zaman moden. Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin. Seperti kata Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di tengah-tengah krisis perlembagaan 1983, suara rakyat suara keramat.

Selain daripada itu, kes pengharaman bila 11 orang ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pimpinan parti pada tahun 1987 dan mengemukakan kepada Mahkamah bahawa cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya Mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pimpinan parti yang dimenangi oleh kumpulan A. Tentang Tun Dr. Mahathir Bin Muhamad telah menang hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh. Itupun cerita yang mempunyai sifat penipuan peti undi. Oleh itu, dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah dan pemilihan parti 1987 diisytiharkan dibatal. Ketika itulah Mahathir semakin ketakutan lalu menganas terhadap badan Kehakiman dengan memecat Tun Salleh.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 10

Soalan(Jawapan)

Jabatan Perangkaan Jabatan Perangkaan ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu adalah terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dipimpin oleh Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 11

Soalan(Jawapan)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan. Akan tetapi beliau telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009. Ekoran daripada itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan jawatan beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 12

Soalan(Jawapan)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SSP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974. Penubuhannya adalah disebabkan oleh syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengendali perkhidmatan guruguru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka.

Jabatan Pertanian Jabatan Pertanian adalah ditubuhkan pada tahun 1905. Tugas Jabatan Pertanian adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di bawah panduan Jabatan Pertanian beberapa Enakmen telah diluluskan untuk

mempercepatkan pembangunan dan pemeliharaan hak-hak tanah.

Jabatan Perikanan Jabatan Perikanan mula beroperasi apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial ditubuhkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 13

Soalan(Jawapan)

JABATAN-JABATAN KERAJAAN 1. Jabatan-Jabatan Persekutuan a. Jabatan Perdana Menteri b. Jabatan Perkhidmatan Awam c. Jabatan Perangkaan d. Jabatan Kemajuan Islam e. Badan Pencegah Rasuah f. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam g. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 2. Kementerian Pertanian a. Jabatan Pertanian b. Jabatan Perikanan c. Jabatan Pengairan dan Saliran d. Department of Veterinary Services e. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan f. Fisheries Development Authority of Malaysia g. Agricultural Link h. Kemubu Agricultural Development Authority i. Malaysian Agricultural Research and Development Institute j. Fisheries Research Institutes k. National Hydraulic Research Institute of Malaysia l. Farmers Organization Authority m. Pepper Marketing Board

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 14

Soalan(Jawapan)

3. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan a. Tourism Malaysia b. Arkib Negara Malaysia c. Sports and Recreation Malaysia 4. Kementerian Pertahanan 5. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 6. Kementerian Pendidikan 7. Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos 8. Kementerian Pembangunan Usahawan a. Majlis Amanah Rakyat 9. Kementerian Kewangan 10. Kementerian Luar Negeri 11. Kementerian Kesihatan 12. Kementerian Sumber Manusia a. Department of Manpower b. Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara 13. Kementerian Penerangan a. Jabatan Penerangan b. National Film Department c. Radio Television Malaysia

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 15

Soalan(Jawapan)

14. Kementerian Industri dan Perdangangan Antarabangsa a. Malaysian Industrial Deveopment Authority b. Malaysia External Trade Development Corporation c. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi d. Jabatan Pembangunan Koperasi e. Department of Land and Mines f. Jabatan Ukur dan Pemetaan g. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 15. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat a. Jabatan Kebajikan Masyarakat b. Jabatan Perpaduan Negara c. Jabatan Hal Ehwal Wanita d. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli e. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara 16. Kementerian Perusahaan Utama a. Forestry Department Peninsular Malaysia b. Forestry Department Sarawak c. Department of Mines d. Geological Survey Department e. Palm Oil Registration and Licensing Authority f. Rubber Research Institute of Malaysia g. Forest Research Institute Malaysia h. Malaysian Rubber Research and Development Board

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 16

Soalan(Jawapan)

17. Kementerian Pembangunan Luar Bandar 18. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar a. Department of Environment b. Department of Wildlife and National Parks Peninsular Malaysia c. Jabatan Kimia d. Department of Standards Malaysia e. Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia f. Malaysian Institute for Nuclear Technology Research g. Atomic Energy Licensing Board h. Pusat Sains Negara i. Malaysian Science and Technology Information Centre j. Pusat Remote Sensing Negara k. Majlis Rekabentuk Malaysia l. Road Transport Department m. Marine Department Peninsular Malaysia n. Jabatan Kerja Raya o. Public Works Department Kedah 19. Kementerian Belia dan Sukan 20. National Information Technology Council

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 17

Kesimpulan

Kesimpulan
Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan

pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.

Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.

Selain itu, kita sewajarnya mengetahui konsep demokrasi sebenar tidak dapat dilaksanakan pada hari ini melihatkan kepada perwakilan rakyat sendiri yang tidak membawa agenda rakyat tetapi agenda kepartian. Walaupun di dalam demokrasi ianya menekankan kedaulatan rakyat serta menganggap rakyatlah sebenarnya pemerintah, namun di dalam Islam kedaulatan hanyalah terletak pada Allah SWT serta kuasa pelaksana undang-undang Allah ditaklifkan kepada khalifah Islam dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama. Cumanya titik pertemuan demokrasi dengan Islam ialah, rakyat terbanyak boleh memilih anggota ahli hal liwal aqdi yang sesuai serta berhak memilih khalifah (Amir) yang adil serta menepati konsep Islam.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 18

Kesimpulan

Di samping itu, negara kita yang mempunyai sistem kehakiman yang adil ini. Kehakiman adalah suatu pihak yang tidak boleh dibubarkan. Jikalau sesebuah negara yang tidak mempunyai pihak kehakiman ini, bagaimana mereka kena tindakan yang sepatutnya mereka dapat. Oleh itu, sistem kehakiman di negara kita juga memainkan peranan yang amat penting.

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 19

Rujukan

Rujukan Internet
http://portal.kehakiman.gov.my/ http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceania/Malaysia-JUDICIALSYSTEM.html http://www.kehakiman.gov.my/courts/maljudiciary.shtml http://www.malaysianbar.org.my/judiciary.html http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7002 http://bantahan.tripod.com/pecat2.htm http://cikguyatieishere.blogspot.com/2009/05/badan-legislatif.html http://pkskel.tripod.com/doktrin01.html http://www.slideshare.net/omcivics/pengaruh-sistem-pemrintahan-reza-presentation http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/03/badan-legislatif/ http://blogs.iium.edu.my/ka_mokhtar/2009/07/02/federalisme-di-malaysiapembahagian-kuasa-legislatif-antara-kerajaan-persekutuan-dan-negeri-negeri-didalam-perlembagaan-malaysia/ http://www.imi.gov.my/ http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms http://www.jpn.gov.my/ http://www.water.gov.my/ http://www.customs.gov.my/ http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau
http://jpp.mohr.gov.my/ http://www.dof.gov.my/home http://www.doa.gov.my/web/guest/home http://www.islam.gov.my/portal/ http://www.jmm.gov.my/

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 20

Rujukan

Buku
Pengajian Malaysia, Mardiana dan hasnah, Pernerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, diterbitkan pada tahun 2000. Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur, 1990. Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995. H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995. Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy. Endowment, Kuala Lumpur, 1995. Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990. Gordon P. Means ; Malaysian Politics The Second Generation, Oxford University Press, 1991. Zainal Abidin bin Abdul Wahid; Khoo, Kay Kim; Muhd Yusof bin Ibrahim; Singh, D.S. Ranjit (1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2. Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN Osborne, Milton (2000). Southeast Asia: An Introductory History. Allen & Unwin. ISBN

_____________________________________
Malaysian Studies Olympia College Petaling Jaya Campus 21