Anda di halaman 1dari 12

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert TEKS PENGACARA MAJLIS yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui KEBAKTIAN HARI MALAYSIA opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa 2011 GEREJA-GEREJA KRISTIAN LIMBANG ANJURAN

sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ACS CAWANGAN LIMBANG ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj 16 SEPTEMBER 2011 klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu
DISEDIAKAN OLEH: PAUL BENSON ANAK DAVID JUIP

MASA

CUE

ANN 1

7:15 pm Ketibaan para jemaah Kristian

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, aturcara majlis kita akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat masing-masing. Para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari yang seiman dalam Tuhan Yesus Kristus ke acara Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gerejagereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan Limbang bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang kita sambut pada hari ini dan sekaligus sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54.

7:20 pm Ketibaan para jemputan

MASA

CUE

ANN 2

7:30 pm Nyanyian Lagu Negaraku

Saudara dan saudari yang seiman dalam Tuhan Yesus Kristus serta hadirin sekalian diminta berdiri bagi menunjukkan tanda hormat kita dalam kita bersamasama menyanyikan lagu kebangsaan kita, Negaraku. Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dijemput duduk. Daun Layu di tengah gurun Nampak jalur pohon cemara Tradisi dulu turun temurun Pantun ditutur pembuka bicara Telebih dahulu, syukur kita kepada Tuhan kerana kesempatan yang telah disediakan bagi kita pada hari ini, dalam kita menghayati suasana Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke-54 serta khasnya pada hari ini kita memperingati Hari Ulangtahun Pembentukan Malaysia yang ke-48. Yang Berbahagia Rev Fr. Peter Hwang Paderi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang, selaku Penasihat Jawatankuasa Pengelola. Yang Berbahagia Pastor Patrict Balang Pastor Gereja SIB Bandar Limbang, selaku Pengerusi ACS Cawangan Limbang. Yang Berusaha Rev. Fr. Ejau Jayan Paderi Gereja Anglikan St. Mark, Limbang, selaku Timbalan Pengerusi ACS Cawangan Limbang. Yang Berusaha Rev. Wong Che Sing, dari Gereja Methodist selaku wakil Ketua gereja Methodist. Yang Berusaha Pastor Robert Danar, dari Gereja SIB Batu Biah selaku wakil Ketua gereja SIB.

Selesai lagu Negaraku Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

Saudara Peter Puro Katir, Merangkap Pengerusi Pengelola Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan Limbang Para Ahli Jawatankuasa Persatuan Gereja-Gereja Sarawak Cawangan Limbang 2010-2011. Para Ahli Jawatankuasa Pengelola Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan Limbang Katekis-katekis, Pastor-pastor, Pemimpin-pemimpin doa, Ketua-ketua sembahyang, Ketua-ketua Kaum, ketuaketua jabatan kerajaan dan swasta, rakan-rakan media, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

MASA

CUE

ANN 3

Ucapan alu-aluan Pengerusi ACS Cawangan Limbang, Pastor Patrick Balang.

Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah nan indah Pohon rambai tumbuh melata Burung helang di pohon cemara Salam damai pembuka bicara Selamat datang untuk semua Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam acara Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan Limbang, yang pada tahun ini dikelolakan oleh Gereja Katolik St. Edmund, Limbang. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan, para tetamu, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian ke acara ini. Hadirin yang dihormati, Bagi meneruskan majlis pada malam ini, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Pastor Patrict Balang, selaku Pengerusi ACS Cawangan Limbang. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai ucapan

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Berbahagia Pastor Patrict Balang, selaku Pengerusi ACS Cawangan Limbang. Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pastor Patrict Balang atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

MASA

CUE

ANN 4

Doa Pembukaan Kalau pergi ke Tanjung Keramat oleh Rev. Fr. Ejau Singgah sebentar rumah Cik Samad Jayan Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, dipersilakan Yang Berusaha Rev. Fr. Ejau Jayan Paderi Gereja Anglikan St. Mark, Limbang, selaku Timbalan Pengerusi ACS Cawangan Limbang, untuk memimpin kita dalam doa pembukaan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Setelah selesai Doa pembukaan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Rev. Fr. Ejau Jayan atas bimbingan doa itu tadi

MASA

CUE

ANN 5

Sesi Puji dan Sembah dipimpin oleh FIAT Limbang.

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan Sesi Puji dan Sembah yang akan dipimpin oleh kumpulan Muda-mudi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang, FIAT Limbang. Dengan ini majlis menyerahkan aturcara yang seterusnya kepada FIAT Limbang. Majlis merakamkan penghargaan kepada kumpulan Muda mudi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang atas pimpinan didalam sesi puji dan sembah tadi. Tidak lupa juga kepada para hadirin sekalian di atas penglibatan aktif dalam memuji dan menyembah keagungan Tuhan.

Setelah selesai sesi puji dan sembah

MASA

CUE

ANN 6

Pembacaan Injil

Para jemputan serta hadirin yang dihormati sekalian,

dan Khutbah oleh Rev. Fr. Peter Majlis diteruskan lagi dengan sesi pembacaan Injil dan Hwang khutbah yang akan disampaikan oleh Rev. Fr. Peter Hwang, Paderi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Setelah selesai Pembacaan Injil dan khutbah Demikianlah tadi Pembacaan serta perkongsian daripada injil yang telah disampaikan oleh Rev. Fr. Peter Hwang, yang juga selaku Penasihat Jawatankuasa Pengelola.

MASA

CUE

ANN 7

Tangguk/ kutipan dijalankan.

Bagi meneruskan acara kita pada malam ini, sebentar lagi tangguk ataupun kutipan derma akan diadakan.

Tujuan kutipan ini nanti adalah bagi menyokong aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh ACS Cawangan Limbang, seperti, Walk for Jesus, Rumah Terbuka Hari Krismas, Christmas Caroling dan acara seperti yang dijalankan pada malam ini. Acara ini akan diiringi persembahan nyanyian daripada koir Gereja Katolik St. Edmund, Limbang dan selepas itu satu sesi Doa Penyembahan akan disempurnakan oleh Pastor Michael Siu dari Limbang Evangelical Church (LEC). Sebaik selesai Doa Penyembahan oleh Pastor dari LEC. Majlis merakamkan penghargaan kepada Pastor Michael Siu di atas doa penyembahan tadi. Kepada para jemputan dan para hadirin yang telah menyumbang dengan ikhlas bagi kutipan tadi, majlis ingin merakamkan terima kasih kepada anda semua, semoga persembahan anda diberkati oleh Tuhan.

MASA

CUE

ANN 8

Doa Permohonan Hadirin yang dihormati, 1. English Majlis akan menyediakan ruang dan kesempatan ini bagi 2. Iban kita bersama-sama menaikkan doa permohonan kita

3. Malay 4. Chinese

kepada Tuhan. Oleh yang demikian, doa-doa ini nanti akan dibimbing oleh wakil-wakil daripada setiap gereja serta disampaikan dalam pelbagai bahasa. Susunan doa permohonan kita adalah seperti berikut, untuk; 1. Negara Malaysia ~ B. Inggeris (RC) 2. Para Pemimpin Malaysia ~ B. Iban (Anglikan) 3. Keamanan dan kebebasan ~ B. Malaysia (SIB bt.2) 4. Perpaduan / persefahaman dan rasa hormat di kalangan rakyat Malaysia ~ B. Cina (Methodist) Majlis dengan ini mempersilakan para pendoa bagi mengambil alih aturcara Doa Permohonan ini. Dipersilakan.

Selesai sesi Doa Permohonan

Majlis merakamkan penghargaan di atas pembawaan doa permohonan tadi, semoga doa kita dirahmati Tuhan.

MASA

CUE

ANN 9

Pemberkatan oleh Rev. Fr. Peter Hwang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Berakhirlah sudah acara Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan

Limbang bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang kita sambut pada hari ini dan sekaligus sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Walaubagaimanapun acara yang dijalankan akan diteruskan dengan jamuan yang disediakan di luar gereja. Saya bagi pihak majlis ingin sekali lagi mempersilakan Rev. Fr. Peter Hwang bagi menyempurnakan sesi Pemberkatan sekali gus mengakhiri acara kebaktian kita pada malam ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Selesai pemberkatan Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas pemberkatan yang telah disempurnakan oleh Rev. Fr. Peter Hwang tadi.

MASA

CUE

ANN 10

Lagu penutup.

Para jemputan serta hadirin sekalain, Saya mewakili pihak AJK Pengelola ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke Acara kebaktian kita ini dan sebelum kita bergerak ke aturcara di luar gereja, majlis

di akhiri dengan dua rangkap pantun : Di atas dahan pohon tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua lagi Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta Terimalah persembahan lagu penutup yang akan disampaikan oleh koir Gereja Katolik St. Edmund, Limbang. Selesai lagu penutupan. Sekian terima kasih. Allah memberkati kita. Sekiranya dipanjangkan usia, kita berjumpa lagi di aturcara Kebaktian Hari Malaysia di tahun hadapan. Saya, Paul Benson anak David Juip, Pengacara Majlis pada mala mini mewakili seluruh AJK Pengelola mengucapkan Selamat Hari Malaysia. SATU!!! X3 Sekian,semoga Allah memberkati kita.

Anda mungkin juga menyukai