Anda di halaman 1dari 18

Jenis-jenis Penzina & Hukuman ke atas mereka

( berdasarkan

kekhilafan para ulama )

Hukuman terhadap Penzina

Pendapat Pertama Pendapat Kedua

PENDAPAT PERTAMA
Adakah perlu untuk melakukan sebatan terhadap pesalah zina sebelum direjam? Ulama sepakat berkata tiada sebatan bagi orang yang wajib rejam keatasnya Kenyataan di atas adalah untuk penzina yang belum berkahwin,berlainan pula hukuman yang dikenakan kepada penzina yang sudah berkahwin.

Hadis Ibnu Abbas r.a

Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya.
Hadis Riwayat Muslim

Berdasarkan hadith yang dibacakan, Imam Ishak,Ahmad,Daud dan juga Hassan AlBasri berpendapat bahawa penzina yang telah berkahwin perlu disebat dahulu sebelum Direjam.

Pendapat Kedua

Firman Allah
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman. -Surah An-Nur: ayat 2

Pada pandangan ulamak yang kedua, mereka besepakat mengatakan bahawa hudud itu dilaksanakan untuk amaran dan bertujuan untuk mendidik masyarakat.
Dalam ayat An-Nur yang diterjemahkan sebentar tadi, Allah tidak mengkhususkan hukuman zina terhadap penzina yang sudah berkahwin atau pun belum.

Berlakunya perbezaan pendapat ulama


Berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim. Saidina Ali r.a pernah melakukan hukuman sebat kepada Syarrahah al-Hamdaniyyah pada hari khamis dan merejamnya pada hari Jumaat. Dia berkata aku telah menyebatnya dengan kitab Allah dan merejamnya dengan sunnah Rasulullah s.a.w

Adapun penzina-penzina yang telah berkahwin,Para ulama bersepakat bahawa rejam adalah Salah satu hukuman terhadap mereka. Kerana menurut riwayat daripada Ubadah bin Somat baginda bersabda ambillah daripada ku, Allah telah menjadikan untuk mereka jalan (teruna & gadis) 100 kali sebatan dan pembuangan daerah,janda dan duda juga 100 kali sebatan dan direjam dengan batu

Imam Malik menetapkan syarat-syarat penzina yang sudah berkahwin sebelum direjam adalah Seperti :
Islam Baligh Merdeka Dalam keadaan yang membenarkan belakunya persetubuhan Tidak dalam keadaan yang ditegah disisinya

Imam Abu Hanifah bersepakat dengan segala syarat yang ditetapkan oleh Imam Malik Kecuali pada persetubuhan dalam keadaan yang ditegah dan mensyaratkan bahawa kemerdekaan itu perlu berlaku kepada dua belah pihak,yakni pihak penzina lelaki dan penzina perempuan

Berbeza dengan Imam Syafie yang berpegang dengan hadith yang diriwayatkan oleh Malik daripada Nafidaripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w telah merejam orang lelaki dan perempuan Yahudi yang berzina. Hadith ini merupakan hadith sahih Bukhari & Muslim, Justeru Imam Syafie tidak menetapkan Islam Sebagai satu syarat hukuman rejam

Sebagaimana firman Allah dalam surah AnNur,hukuman bagi penzina yang belum berkahwin telah pun ditetapkan sebanyak 100 kali sebatan tetapi berlaku pencanggahan ulamak tentang dibuang daerah sekali dengan sebatan.

Maka berkatalah Imam Abu Hanifah & sahabat-sahabatnya :

tiada pembuangan daerah pada asalnya


Imam Syafie : tidak boleh tidak buang daerah berserta sebatan untuk setiap penzina lelaki dan perempuan,merdeka atau hamba

Imam Malik : orang lelaki dibuang daerah dan orang perempuan tidak Dan berkata Al-AuzaI tiada pembuangan daerah di sisi Imam Malik ke atas hamba-hamba lelaki

bagi golongan hamba pula, ada dua bahagian. Ulama sepakat bahawa hamba yang berkahwin dan berzina 50 kali sebatan keatas mereka.

Bagi yang belum berkahwin ada khilaf ulamak yang tersendiri: 1 Jumhur ulama Mesir berkata : Hukumannya adalah 50 kali sebatan
2- Ulama Taif pula: Tiada hukuman dikenakan melaikan takzir sahaja.

Anda mungkin juga menyukai