Anda di halaman 1dari 96

PERTAHANAN AWAM

BUKU PANDUAN KECEMASAN

KESIAGAAN ADALAH SATU-SATUNYA PERLINDUNGAN KITA

EDISI 2010

Address Telephone Fascimile Email Website

HQ Singapore Civil Defence Force, Public A airs Department, 91 Ubi Avenue 4, Singapore 408827 6848 1524 6289 4401 scdf_feedback@scdf.gov.sg www.scdf.gov.sg

Copyright 2010 Singapore Civil Defence Force. All rights reserved.

Isi Kandungan

2 3

BAB 3

PRAKATA
BAB 1

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


40 42 43 44 45 47 49 50 52 54 56

BANTUAN KECEMASAN
Kit bantuan kecemasan Pendarahan Keretakkan/kepatahan tulang Luka kebakaran dan kelecuran Sawan Strok Terseliuh Tercekik Pemulihan Kardiopulmonari (CPR) Defibrilator Luaran Automatik (AED) 4 5 6 8 9 10 11 12 15 20

Beg Persediaan Simpanan bekalan Kilat Banjir Gegaran bumi Tanah runtuh Gangguan bekalan kuasa Taufan dan ribut tropika Tsunami Gempa bumi Jika anda terperangkap di bawah timbunan runtuhan

39

57 23 87

BAB 4

KECEMASAN SEMASA PEPERANGAN


58 60 62 66 Catuan dan pendermaan darah Sistem Amaran Awam (PWS) Tempat perlindungan Langkah-langkah defensif

Panduan am tentang keselamatan kebakaran Senarai semak keselamatan kebakaran di rumah Gas petroleum cair (LPG) Alat pengesan asap Bahaya kebakaran di tempat-tempat awam Apabila kebakaran berlaku Alat pemadam api Titik panggilan manual dan gelendong hos Menyelamatkan diri menembusi asap Pemindahan mangsa Jika anda terperangkap dalam kebakaran Jika pakaian anda terbakar Jika kereta anda terbakar

KESELAMATAN KEBAKARAN

BAB 2

BAB 5
68 71 74 75 78 79 80 82 85 86

24 25 26 27 28 29 30 32 33 34 36 37 38

KEGANASAN

Ancaman kimia Ancaman biologi Anthrax Ancaman bom Sekiranya berlaku letupan Berpindah dari kawasan letupan Ancaman bom kotor Perlindungan Dalaman Prosedur dekontaminasi Keselamatan pengangkutan awam

67

SIAP BERSEDIA. BERSEDIA. SENTIASA BERSEDIA.

Prakata
Pembaca yang budiman, SCDF berbesar hati untuk mempersembahkan edisi penerbitan pembangunan terkini Buku Panduan Kecemasan Edisi 2010. Buku Panduan yang pertama diterbitkan dalam tahun 1990, memasuki tahun ke 20 penerbitannya dan kekal sebagai satu tonggak teras dalam usaha pembangunan SCDF. Penekanan berterusan kami dalam mendekati orang awam menggariskan kepentingan masyarakat dalam kesediaan kecemasan. Semasa kecemasan, mengetahui apa yang perlu dibuat adalah perbezaan kritikal dalam menentukan hidup atau mati. Oleh itu Buku Panduan Kecemasan ini telah dicetak untuk memberi kemahiran menyelamatkan nyawa yang penting bagi membantu anda menghadapi sebarang krisis. Buku panduan ini dilengkapkan oleh Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat yang dimulakan pada tahun 2003 untuk memberi masyarakat latihan kendiri dalam kemahiran-kemahiran menyelamatkan nyawa yang penting. Nilai kemahiran-kemahiran tersebut digambarkan oleh contoh-contoh yang diberi. Walaupun ahli bomba kita bersedia pada setiap masa bagi memenuhi tuntutan sebarang panggilan terhadap insiden kebakaran, mereka akan mengambil masa untuk sampai di tempat kebakaran dan ianya amat bergantung pada keadaan trafik. Dengan latihan dalam penggunaan alat pemadam api yang betul, anda akan mempelajari bagaimana untuk memadamkan kebakaran peringkat awal atau mencegahnya daripada marak dan merebak sebelum pasukan penyelamat tiba. Ini sudah pasti akan mengurangkan bilangan mangsa dan kerosakan terhadap harta benda. Disamping itu, minitminit pertama selepas seseorang rebah akibat serangan jantung adalah paling genting terhadap kelangsungan hidup mangsa. Jika anda mampu melakukan CPR, anda mampu menyelamatkan nyawa seseorang sebelum ambulans tiba. Buku panduan ini bersama-sama Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat adalah direka bagi membantu anda mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa yang amat bernilai. 2 Dalam mendekati pelbagai segmen populasi, SCDF menghasilkan e-buku bagi Buku Panduan Kecemasan dan juga versi komik yang disasarkan pada pelajar-pelajar sekolah rendah di Singapura. Kami juga telah memperkenalkan aplikasi iPhone siri asal berdasarkan pada kandungan buku panduan ini bagi memenuhi keperluan golongan celik teknologi yang semakin bertambah. Dalam edisi terkini Buku Panduan Kecemasan ini, anda akan temui perkara-perkara baru contohnya, bantuan kecemasan untuk situasi terseliuh, strok dan sawan dan juga maklumat nasihat mengenai gempa bumi dan taufan bagi mereka yang melancong ke luar negara. Sebagai tambahan kepada teks bergambar, kami juga membuat buku panduan ini lebih mesra pembaca dengan pengenalan indeks rujukan silang di antara bahagian yang berkaitan. Walau bagaimanapun, mesej utama di dalam buku ini dikekalkan iaitu: Kesiagaan adalah satusatunya perlindungan kita. Saya ingin menggalakkan anda untuk membaca buku panduan ini dan berkongsi maklumat yang diperolehi dengan orang-orang tersayang. Lebih penting lagi, anda harus sentiasa menyimpannya di dalam Beg Persediaan anda untuk rujukan. Saya juga menggesa anda untuk mendaftar dalam Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat kita untuk melengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pertahanan awam. SCDF mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan anda dalam memastikan Singapura sebuah tempat selamat untuk tinggal, bekerja dan beriadah.

Peter Lim Sin Pang Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura

BAB 1

BANTUAN KECEMASAN
4 5 6 8 9 10 11 12 15 20

Kit bantuan kecemasan Pendarahan Keretakkan/kepatahan tulang Luka kebakaran dan kelecuran Sawan Strok Terseliuh Tercekik Pemulihan Kardiopulmonari (CPR) Defibrilator Luaran Automatik (AED)

Kecemasan perubatan yang timbul daripada penyakit dan kecederaan boleh menyebabkan kematian atau komplikasi serius jika tidak dirawat dengan segera. Anda boleh membantu menyelamatkan kehidupan mangsa jika anda menghulurkan bantuan kecemasan yang sesuai di tempat kejadian sebelum bantuan perubatan tiba. Ingat, anda harus menghubungi hanya sekiranya berlaku kes kecemasan. Sebaliknya, hubungi 1777 untuk perkhidmatan ambulan bukan kecemasan.

Kit Bantuan Kecemasan


Bantuan Kecemasan
Adalah amat disyorkan setiap rumah dilengkapi dengan sebuah kit bantuan kecemasan. Anda boleh membelinya di kedai ubat atau farmasi. Jangan lupa untuk mengawasi tarikh luput bekalan di dalam kit bantuan kecemasan anda secara tetap dan menggantikannya apabila perlu. Kit bantuan kecemasan perlu diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh orang dewasa tetapi jauh daripada jangkauan kanak-kanak.

ALAT-ALAT BIASA DI DALAM KIT BANTUAN KECEMASAN


AlAt
Penyepit kecil Gunting Pelindung muka pemulihan Termometer Sarung tangan pakai buang Pita pelekat

KegunAAn
Mengeluarkan sengatan dan objek asing kecil lain yang terlekat pada kulit/luka Menggunting pembebatan luka dan pembalut Bertindak sebagai lapisan perlindungan semasa CPR (Pemulihan Kardiopulmonari)

Kit bantuan kecemasan di atas almari di ruang tamu

Pad si

Mengukur suhu tubuh manusia


size Pad

Melindungi penyelamat daripada jangkitan yang disebarkan melalui darah dan cecair badan Melekatkan pembalut Melindungi luka daripada dedahan terhadap kekotoran dan sumber jangkitan lain; jenis-jenis termasuk pembebatan luka bantuan kecemasan, pembebatan luka mata steril, plaster pelekat dan pad kasa Pembalut segitiga untuk menyandang dan pembalut krep untuk menyaluti luka (cth. luka pada lengan)

R STE

ILE

GE LAR AID DR T
1

m 80m

x18

m 0m

STER

ING ESS

ILE F

MED
IRST

ze 12

0mm

AID D

IUM

x120

mm

RESS

ING

FIRS

Pad

siz

e1

STE

RIL

EF

L SIN AL DRES SM T AID


IRS

00m

mx

100

mm

Pembebatan luka

Pembebatan luka bantuan kecemasan dalam tiga saiz

Pembalut

Pendarahan
BANTUAN KECEMASAN
MENGHENTIKAN PENDARAHAN:

1 2 3

Gunakan sarung tangan perlindungan atau buat halangan di antara anda dan darah mangsa.

Periksa jika ada sebarang objek asing (cth. serpihan kaca) pada luka.

Jika ada sebarang objek asing (cth. serpihan kaca) pada luka, jangan tekan objek itu. Elak daripada menggunakan tekanan langsung pada objek dengan mengumpul pelapik di sekelilingnya sebelum membalut.

Jika tiada objek asing pada luka: a. Letakkan pad kasa bersteril padanya. b. Guna tekanan langsung yang kuat pada luka menggunakan tapak tangan atau jari anda. c. Kukuhkannya dengan pembalut. d. Naikkan lengan atau kaki yang tercedera di atas paras jantung

Mangsa mengangkat tangan bagi lengan yang dibalut di atas paras jantung

Keretakkan/Kepatahan Tulang
Bantuan Kecemasan
Kepatahan tulang melibatkan tulang yang retak atau patah dan kulit di sekitar tempat patah masih dalam keadaan utuh atau terkoyak.

TANDA-TANDA KEPATAHAN TERMASUK:



Sakit dan nyeri Bentuk atau kedudukan bahagian patah luar biasa Tidak dapat menggerakkan anggota yang patah Bengkak Lebam Luka terbuka untuk kepatahan terbuka, cth. apabila kulit di sekitar tempat yang patah terkoyak

RAWATAN KEPATAHAN:

1 2 3

Tenangkan mangsa.

Rawat luka yang berdarah, jika ada. Jika kepatahan terbuka, hentikan pendarahan (ms 5) dan tutup hujung tulang yang terdedah.

Rehatkan, sokong dan hentikan penggerakan bahagian yang tercedera dalam posisi paling selesa buat mangsa.

3a

Jika bahu mangsa terkehel, lengan atas, lengan bawah atau pergelangan tangan patah, gunakan sandang lengan terbuka seperti yang ditunjukkan.

Kepatahan tertutup

Kepatahan terbuka

Dua langkah sandang tangan terbuka

BANTUAN KECEMASAN

3b
Jika mangsa mengalami kepatahan pada bahagian kaki, luruskan kaki yang tercedera dan dekatkan kaki yang tidak cedera (yang bertindak sebagai penganduh) kepada kaki yang tercedera.

Gelongsorkan pembalut di bawah kedua-dua kaki seperti ditunjukkan dan masukkan pelapik di antara lutut dan buku lali.

Balut kaki bersama-sama seperti ditunjukkan dan simpulkan pada bahagian kaki yang tidak cedera.
Balut di atas dan di bawah tempat patah

Masukkan pelapik

Gelongsorkan pembalut di bawah keduadua belah kaki

Simpulkan pada kaki yang tidak cedera

Balutkan pembalut simpul-8 pada buku lali dan pembalut luas pada lutut

Periksa peredaran mangsa setiap 10 minit.

Dapatkan bantuan perubatan atau hubungi 995 untuk ambulans.

Luka Kebakaran Dan Kelecuran


Bantuan Kecemasan
LUKA KEBAKARAN ADALAH TERUK JIKA IA MENJEJASKAN:

Lebih daripada 5% permukaan badan mangsa, cth. kawasan permukaan melebihi lima kali saiz tapak tangannya Mulut, tekak, mata, telinga dan/atau alat kelamin mangsa

CARA RAWATAN LUKA KEBAKARAN ATAU KELECURAN, GUNAKAN EMPAT C

Cool (Sejukkan) bahagian yang


terjejas di bawah air sejuk yang mengalir atau rendamkannya di dalam air sejuk sekurangkurangnya 10 minit; untuk kelecuran bahan kimia, basuh bahan kimia sehingga bersih

onstricting (Pencegahan) aksesori seperti gelang tangan, cincin, jam atau pakaian ditanggalkan secara perlahanlahan dari kawasan yang tercedera sebelum ia mula membengkak

Cover (Tutup) kawasan luka

kebakaran /kelecuran dengan pembalut steril

Consult (Dapatkan nasihat)

doktor jika luka kebakaran/ kelecuran tidak teruk; sebaliknya, hubungi 995 untuk khidmat ambulans

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN KETIKA MERAWAT LUKA KEBAKARAN DAN KELECURAN

Jangan guna ubat gigi, losyen, salap atau lemak ke kawasan yang terjejas Jangan tutup kawasan yang terjejas dengan kapas Jangan pecahkan sebarang lepuh atau buang apa-apa yang melekat pada luka kebakaran

Sawan
BANTUAN KECEMASAN
Sawan merupakan episod pergerakan badan yang tidak terkawal.

TANDA-TANDA SAWAN

Pergerakan tidak terkawal atau kekejangan badan Mangsa jatuh Gigi menggetap Mata berpusing/terbeliak Inkontinens Mangsa tertidur sebaik sahaja sawan reda

APABILA SESEORANG MENGALAMI SAWAN



Jauhkan objek yang berbahaya daripada sisi mangsa (cth. gunting dan bahan tajam lain) Jangan hadkan pergerakan mangsa Jangan letakkan apa-apa dalam mulut mangsa Rawat sebarang kecederaan sebaik sahaja serangan sawan berakhir Hubungi 995 untuk mangsa menerima rawatan perubatan

Strok
Bantuan Kecemasan
Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak tersekat dan ia boleh membawa ketidakupayaan jangka panjang terhadap mangsa. Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin apabila seseorang rebah akibat strok.

TANDA-TANDA STROK
ercakapan Mangsa tidak mampu bercakap dengan jelas atau orang lain tidak memahami apa yang dituturkan

engan Mangsa tidak berupaya untuk mengangkat kedua-dua lengan

uka Mangsa tidak berupaya untuk ketawa dan mata atau mulut mungkin senget sebelah

Selamat pagi

HUBUNGI 995 UNTUK KHIDMAT AMBULANS DENGAN SEGERA JIKA ANDA MENGESYAKI SESEORANG DISERANG STROK.

10

Terseliuh
BANTUAN KECEMASAN
Terseliuh berlaku pada sendi dan melibatkan ligamen, dimana paling kerap terjadi pada buku lali. Manakala ketegangan ialah kecederaan kepada otot dan tendon terutama sekali apabila ia diregang.

RAWATAN TERSELIUH (DAN KETEGANGAN) MENGGUNAKAN R.I.C.E.

Rest (Rehatkan) sendi yang


terseliuh

ce (Aiskan) atau guna tekanan sejuk kepada bahagian yang terseliuh

Compress (Padatkan) sendi

yang terseliuh menggunakan pembalut atau pelapik lembut

elevate (Tinggikan) sendi yang terseliuh

11

Tercekik
Bantuan Kecemasan
Salur pernafasan yang terhalang sepenuhnya boleh mengakibatkan kematian dalam beberapa minit jika rawatan segera tidak diberikan. Seseorang yang tercekik akan menunjukkan tanda kecemasan universal dan beliau tidak akan mampu untuk bercakap, bernafas dan batuk.

Tanda kecemasan universal apabila tercekik

JIKA MANGSA TERCEKIK SEMASA SEDAR, LAKUKAN MANUVER HEIMLICH

Berdiri di belakang mangsa dan letakkan satu kaki di antara kaki mangsa, pastikan kaki mangsa terbuka seluas bahu.

Menggunakan satu tangan, cari pusat mangsa menggunakan jari manis dan letakkan dua jari di atas pusat seperti mana ditunjukkan.

pusat

Menggunakan satu lagi tangan anda, selit ibu jari anda ke dalam tapak tangan anda dan bengkokkan jari anda ke bentuk penumbuk.

12

BANTUAN KECEMASAN

Letakkan penumbuk anda seperti ditunjukkan dan lepaskan tiga jari sementara mengekalkan kedudukan penumbuk. Bongkokkan mangsa ke hadapan dan tutup penumbuk dengan satu lagi tangan anda.

Berikan lima tujahan dalam gerakan ke dalam-ke atas 45o dan perhatikan sebarang objek asing yang keluar dari mulut mangsa. Jika tiada apa keluar dari mulut mangsa dan beliau masih tercekik dan sedar, teruskan dengan tujahan abdomen sehingga objek asing terkeluar atau mangsa jatuh pengsan, mengikut mana yang terdahulu.

Jika mangsa jatuh pengsan, sokong dan baringkan mangsa dan teruskan memberi tekanan dada (ms 18, Langkah 9).

13

Tercekik
Bantuan Kecemasan
JIKA MANGSA TERCEKIK GEMUK ATAU HAMIL, LAKUKAN TUJAHAN DADA

Berdiri di belakang mangsa dan letakkan satu kaki di antara kaki mangsa, pastikan kaki mangsa terbuka seluas bahu.

Gelongsor kedua-dua lengan di bawah lengan mangsa, buat penumbuk dengan ibu jari anda diselit (ms 12, Langkah 3) dan letakkannya ke tengah tulang dadanya. Tutup penumbuk anda dengan satu lagi tangan anda.

Berikan lima tujahan dalam gerakan ke dalam dan ikuti langkah 5 dan 6 Manuver Heimlich (ms 13).

14

CPR
BANTUAN KECEMASAN
SEPINTAS LALU PEMULIHAN KARDIOPULMONARI (CPR)
CPR ialah satu teknik penyelamat-nyawa untuk menyelamatkan mangsa yang rebah akibat serangan jantung terhenti. CPR boleh mengembalikan fungsi jantung mangsa dan meningkatkan peluang untuk terus hidup jika dilakukan dengan segera dan mengikut caranya. Anda digalakkan untuk menghadiri Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat kami (ms 88) untuk mendapatkan pemahaman lebih baik tentang prosedur CPR.
Tentukan tahap respons
Tiada respons Mangsa memberi respons

CPR tidak diperlukan

Hubungi 995

Angkatkan dagu dan dongakkan kepala

Lakukan 30 tekanan untuk mangsa tercekik yang tidak sedar

Periksa sebarang objek asing dalam salur pernafasan. Keluarkan sebarang objek yang kelihatan.

SALUR PERNAFASAN

Disyaki tercekik
Dada tidak meningkat

Berikan 2 hembusan nafas selama 1 saat setiap satu

Tidak bernafas

Periksa pernafasan

PERNAFASAN

bernafas

CPR tidak diperlukan

Dada meningkat

PEREDARAN
Periksa nadi Kedudukan pemulihan jika tiada kecederaan. Pantau pernafasan dan nadi dengan kerap.

5 kitaran 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas dalam 2 minit

Nadi tidak berdenyut

Nadi berdenyut Nadi tidak berdenyut

Periksa nadi

Nadi berdenyut

Periksa pernafasan
Tidak bernafas

bernafas

12 kali hembusan nafas keselamatan; 1 hembusan nafas setiap 5 saat

15

CPR
Bantuan Kecemasan
APABILA SESEORANG REBAH AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Tepuk bahu mangsa dan tinggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya; jika mangsa tidak memberi respons, mara ke Langkah 2.

Hello, hello, are you OK?

Dapatkan seseorang berhampiran untuk menghubungi 995 untuk khidmat ambulans dan orang lain untuk mendapatkan Defibrilator Luaran Automatik (AED), jika ada. Jika nadi mangsa masih belum berdenyut apabila AED tiba, anda boleh menggunakan AED bersama prosedur CPR. Rujuk kepada ms 20 mengenai cara penggunaan AED.

16

BANTUAN KECEMASAN

Jika mangsa tidak terbaring dengan rata, betulkan kedudukannya disamping menyokong dan mengalihkan kepala, leher dan badan beliau pada masa yang sama.

Tarik dagu ke bawah secara perlahan-lahan bagi memeriksa sebarang objek asing di dalam mulut (terutamanya untuk kes tercekik); gunakan cangkuk jari penunjuk bagi mengeluarkan sebarang objek yang kelihatan pakai sarung tangan atau sehelai kain jika boleh.

Buka saluran pernafasan mangsa dengan melakukan manuver mengangkat dagu dan dongakkan kepala seperti mana ditunjukkan; ini akan mengeluarkan lidah dari belakang tekak.

6
Kekalkan kepala mangsa pada kedudukan mendongak dan dekatkan telinga anda pada mulut dan hidung beliau untuk mengawasi pernafasan; perhatikan sebarang peningkatan dan penurunan dada pada masa yang sama. Jika bernafas, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan seperti ditunjukkan di dalam Langkah 13 (ms 19). Jika tidak bernafas, pergi ke Langkah 7 untuk memeriksa jika salur pernafasan mangsa tersekat.

17

CPR
Bantuan Kecemasan

7 6

Kekalkan dongakan kepala mangsa dan picit hidungnya bagi mencegah udara daripada terlepas keluar. Kemudian, sedut nafas yang dalam dan lekatkan bibir anda di sekeliling mulut mangsa; gunakan Pelindung Muka Pemulihan (ms 4) jika boleh. Berikan hembusan nafas selama 1 saat, lepaskan hidung, picit hidung dan berikan hembusan nafas selama 1 saat sekali lagi. Jika dada mangsa tidak meningkat dengan setiap hembusan nafas, mangsa tercekik dan tidak sedar disahkan; terus lakukan tekanan dada (Langkah 9 hingga 11 dan 1 2b). Jika dada meningkat pada kedua-dua waktu, mara ke Langkah 8.

9 Cari takuk tulang dada

seperti mana ditunjukkan menggunakan tangan yang lagi dekat dengan kaki mangsa dengan cara menyurih tepi rusuk bawah dengan jari tengah anda. Letakkan jari telunjuk anda di sebelah jari tengah anda dan letakkan tumit tangan sebelah lagi pada tulang dada sehingga bertemu jari telunjuk seperti mana ditunjukkan.
Surih tepi rusuk bawah menggunakan jari tengah anda.

Periksa nadi mangsa pada alur lehernya seperti mana ditunjukkan dengan menekan secara perlahan selama 10 saat.

10 Lepaskan dua jari dan

8a Jika nadi dirasai, mara ke proses

pemeriksaan pernafasan (Langkah 6). gelongsor jari 2cm ke bahagian halkum mangsa. Jika tidak bernafas, berikan hembusan nafas 1 saat nafas kecemasan selama 1 saat setiap 5 saat sebanyak 12 kali dan periksa pernafasan sekali lagi. Ulangi seperti mana diperlukan hingga pernafasan kembali pulih disamping mengawasi nadi mangsa.

Untuk merasai denyutan nadi,

letakkan tangan ini pada bahagian atas sebelah tangan lain, jalinkan jarijari dari kedua-dua tangan bagi memantapkan posisi.

8b Jika nadi tidak dirasai atau mangsa tidak menunjukkan


sebarang tanda pergerakan atau pernafasan, mulakan tekanan dada (Langkah 9 hingga 1 2a).

18

BANTUAN KECEMASAN

11 Luruskan kedua-dua

12b

belah siku dan letakkan bahu anda secara langsung di atas dada mangsa.
Bongkok ke depan dan gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.

Lakukan tekanan dada tanpa hembusan nafas. Bagi setiap 30 tekanan, periksa sebarang objek asing yang keluar dari salur pernafasan atau mulut mangsa. Teruskan dengan tekanan hingga salur pernafasan dipulihkan. Untuk memeriksa salur pernafasan, ulangi dari Langkah 5 ke atas (ms 17).

13 Periksa nadi mangsa (Langkah 8) dan pernafasan (Langkah


6). Jika mangsa: Nadi tidak berdenyut, ulangi Langkah 12a dan 13. Nadi berdenyut tapi tidak bernafas, ulangi Langkah 8a hingga nafas semulajadi mangsa dikembalikan.

12 Lakukan tekanan dada


12a
Lakukan 5 kitaran bagi 30 tekanan dada diikuti 2 hembusan nafas setiap set dalam 2 minit dan teruskan ke Langkah 13. Cara mengira 30 tekanan dada dalam 5 set: 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 5 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 10 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 15 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 20 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 25 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 30

Nadi berdenyut dan bernafas, letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan seperti ditunjukkan dan pantau keadaannya dengan teliti.

x 5 dalam 2 minit 30 tekanan 2 hembusan nafas

Kedudukan pemulihan: Pusing dengan perlahan mangsa ke arah anda di atas bahagian sisinya. Dongakkan kepalanya sedikit ke belakang bagi memastikan salur pernafasannya terbuka dan lipat tangannya di bawah pipinya seperti mana ditunjukkan. Halakan kaki atasnya ke arah anda dan bengkokkan kakinya dalam sudut 90 o bagi mengelakkan mangsa daripada berpusing.

19

Defibrilator Luaran Automatik (AED)


Bantuan Kecemasan
Defibrilasi meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup sekiranya berlaku jantung terhenti dan satu-satunya rawatan yang boleh menghidupkan dan mengembalikan semula rentak normal jantung yang telah berhenti berdegup. Oleh itu, Defibrilator Luaran Automatik (AEDs) telah dipasang di pelbagai premis awam bagi meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup dalam kes jantung terhenti. AED ialah sejenis peranti perubatan berkomputer yang mampu menganalisis rentak jantung mangsa dan mengarahkan pengguna menyampaikan kejutan elektrik kepada mangsa. Sebaik sahaja membuka AED, peranti tersebut akan membaca arahan mengenai cara penggunaan AED, masa untuk lakukan CPR dan masa untuk menyampaikan kejutan kepada mangsa.

AED TIDAK BOLEH DIGUNAKAN JIKA MANGSA:



Boleh memberi respons atau nadi berdenyut dan/atau boleh bernafas Kanak-kanak berumur kurang daripada 8 tahun atau berat badan kurang daripada 25kg Ternyata sudah meninggal dunia

20

BANTUAN KECEMASAN

MENYEDIAKAN MANGSA UNTUK DEfIBRILASI

1 2 3 4 5

Dedahkan dada mangsa secukupnya kerana pad defibrilasi perlu ditampal langsung pada kulit; koyakkan atau potong sebarang kain jika perlu.

Tanggal/alihkan mana-mana barang kemas, aksesori atau koyok pada dada mangsa.

Perentak

Cukur bulu berlebihan pada dada mangsa bagi memastikan pad defibrilasi melekat sepenuhnya ke kulit.

Keringkan kawasan dada mangsa daripada peluh dan lembapan kerana ia boleh mengurangkan kontak di antara pad defibrilasi dan kulit.

Lekatkan pad defibrilasi jauh dari perentak, jika perlu.

21

Defibrilator Luaran Automatik (AED)


Bantuan Kecemasan
MENGGUNAKAN PAD DEfIBRILASI:

Ikut arahan pada paket dan tanggalkan pad sewajarnya Koyak bahagian belakang pad dan tampal pad seperti mana ditunjukkan; pastikan ia ditampal kemas tanpa lompang udara

Sekarang anda boleh buka alat AED dan ikuti arahan prarakaman mesin. Pastikan tiada sesiapa, termasuk anda, bersentuhan dengan mangsa:

Apabila AED menganalisis rentak jantung mangsa Sebelum anda tekan butang Shock
Tampal pad defibrilasi pada badan mangsa seperti ditunjukkan.

Ikut arahan AED dan lakukan CPR (ms 16) dan hembusan nafas kecemasan seperti mana dikehendaki sehingga ambulans tiba atau nadi dan pernafasan mangsa kembali pulih, mengikut mana yang terdahulu. Letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan (ms 19) sebaik sahaja nadi dan pernafasannya telah pulih. Pantau nadi dan pernafasan mangsa dengan teliti kerana ia boleh berhenti secara tiba-tiba.

22

BANTUAN KECEMASAN

BAB 2

KESELAMATAN KEBAKARAN

24 Panduan am tentang keselamatan kebakaran 25 Senarai semak keselamatan kebakaran di rumah 26 Gas petroleum cair (LPG) 27 Alat pengesan asap 28 Bahaya kebakaran di tempat-tempat awam 29 Apabila kebakaran berlaku 30 Alat pemadam api 32 Titik panggilan manual dan gelendong hos 33 Menyelamatkan diri menembusi asap 34 Pemindahan mangsa 36 Jika anda terperangkap dalam kebakaran 37 Jika pakaian anda terbakar 38 Jika kereta anda terbakar

23

Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang besar jika langkah-langkah pencegahan tidak diamalkan. Risiko berlakunya kebakaran boleh dikurangkan dengan mengetahui dan mengenal pasti bahaya kebakaran dan bertindak untuk mengelakkannya.

23

Panduan Am Mengenai Keselamatan Kebakaran


Keselamatan Kebakaran
24

PENCEGAHAN KEBAKARAN PALING BAIK ADALAH DENGAN MENGHINDARI BAHAYA KEBAKARAN



Jangan tinggalkan masakan tidak berjaga; matikan semua peralatan memasak dan cabut palamnya apabila tidak digunakan Elakkan daripada memakai baju lengan panjang yang longgar apabila bekerja berhampiran sumber haba Jangan sekali-kali letakkan barangan/bahan yang mudah terbakar (cth. kertas dan bateri) berhampiran sumber haba Jangan gunakan soket elektrik berlebihan Periksa wayar rosak dan wayar terdedah; jika ianya ditemui, gantikan wayar tersebut Jangan buang bara yang sedang menyala (cth. arang panas) ke dalam pelongsor sampah tanpa memadamkan sepenuhnya terlebih dahulu Pastikan mancis, pemetik api dan lilin jauh daripada jangkauan kanak-kanak Kanak-kanak yang bermain dengan bunga api mesti diawasi dengan teliti oleh orang dewasa; bunga api harus dinyalakan pada jarak panjang lengan dan yang belum digunakan perlu disimpan di dalam kotak dan jauh daripada sumber haba

Senarai Semak Keselamatan Kebakaran Di Rumah


Keselamatan Kebakaran
SENARAI SEMAK KESELAMATAN KEBAKARAN DI RUMAH
Adakah semua palam elektrik mempunyai SAFETY MARK? Adakah semua peralatan elektrik digunakan secara selamat dengan hanya satu hingga dua palam bagi setiap soket? Adakah semua suis dimatikan apabila peralatan dan perkakas tidak digunakan? Adakah semua wayar di rumah dalam keadaan baik? (cth. tanpa kerosakan penebatan dan wayar terdedah) Adakah semua wayar dipasang di kawasan terbuka tanpa melalui di bawah hamparan, di atas hud dan melalui pembukaan pintu? Adakah set televisyen ditempatkan lebih daripada 50cm dari bahan yang mudah terbakar? Adakah lilin dan lampu minyak diletakkan di pemukaan stabil dengan langkah-langkah diambil bagi mencegahnya daripada dilanggar dengan mudah? Adakah mancis, pemetik api dan bunga api disimpan jauh daripada sumber haba dan kanak-kanak? Adakah cecair yang mudah terbakar (cth. minyak masak dan wain) dan bahan yang mudah terbakar disimpan jauh daripada sumber haba seperti dapur, peralatan panas, kayu colok dan lilin? Adakah peralatan memasak (cth. hud memasak) dan dapur bersih dan bebas daripada gris dan dalam keadaan baik? Adakah cecair yang mudah terbakar disimpan di dalam bekas yang diluluskan, dilabel dengan jelas dan disimpan dalam cara dimana ia tidak boleh dilanggar dengan mudah? Adakah silinder LPG (Gas Petroleum Cair) disimpan di kawasan berudara baik? Adakah hos bekalan yang menyambungkan silinder LPG ke dapur/ peralatan gas berada dalam keadaan baik, dipasang dengan ketat dan tiada kebocoran? Adakah koridor umum di luar rumah tidak terhalang oleh barangan terbuang (cth. tilam, perabot dsb.)? Menyediakan rumah anda mencegah kebakaran Adakah rumah ada mempunyai alat pemadam api yang diluluskan oleh PSB? Adakah semua ahli keluarga anda dan penghuni rumah mengetahui apa nombor untuk dihubungi sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan lain? Ya Tidak

p p p p p p p p p p p p p p p p

p p p p p p p p p p p p p p p p

Wayar elektrik dan komponenkomponennya

Bahan yang mudah terbakar dan sumber haba

Jika anda menjawab tidak kepada mana-mana soalan di dalam senarai semak, adalah disyorkan supaya anda dapat memperbetulkan perkara tersebut secepat mungkin bagi mencegah kebakaran daripada berlaku di rumah anda.

25

LPG
Keselamatan Kebakaran
PENGENDALIAN SELAMAT BAGI GAS PETROLEUM CAIR (LPG)

Beli LPG dan aksesori yang diluluskan PSB dari penjual sah Sentiasa pastikan silinder gas berkedudukan menegak; jangan sekali-kali menyimpannya secara melintang Pastikan silinder gas sekurang-kurangnya satu meter daripada nyalaan terbuka, sumber haba dan soket elektrik Pastikan tiada nyalaan terbuka berhampiran apabila menukar silinder gas Jangan simpan lebih dari satu silinder pada setiap masa dan simpanan tersebut mesti disimpan secara menegak di dalam kabinet yang mempunyai pengudaraan yang baik Pastikan tingkap terbuka dan dapur mempunyai pengudaraan yang baik sewaktu memasak; jangan sekali-kali tinggalkan masakan tidak berjaga atau meletakkan bahan yang mudah terbakar berhampiran nyalaan Matikan bekalan gas pada pengatur gas sebelum melancong ke luar negara Periksa semua sambungan gas secara tetap untuk mengesan kebocoran; terdapat kebocoran jika buih muncul apabila larutan pencuci atau sabun disapu pada hos gas Gantikan hos gas setiap 2 tahun dan pengatur gas setiap 5 tahun
Kehadiran buih menandakan kebocoran gas di dalam hos

JIKA ANDA TERBAU KEBOCORAN GAS



Padamkan semua nyalaan dan matikan dapur, injap dan pengatur gas Buka semua tingkap dan pintu untuk mengudarakan rumah Hubungi penjual sah anda bagi melaporkan kebocoran gas dengan segera

JIKA KUALI ATAU PERALATAN MEMASAK LAIN ANDA TERBAKAR



26
Tutupnya dengan kain basah dan api akan dipadamkan; jangan jirus air ke dalamnya kerana api akan merebak Matikan bekalan gas serta-merta

Alat Pengesan Asap


Keselamatan Kebakaran
Dalam kebakaran yang membawa maut, lebih ramai orang mati terhidu asap daripada luka terbakar. Alat pengesan asap secara automatik membunyikan penggera apabila asap dikesan dan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk terus hidup semasa kebakaran.

PANDUAN MENGENAI ALAT PENGESAN ASAP



Pasang alat pengesan asap di siling berhampiran bilik tidur, dapur dan tempat-tempat lain di mana kebakaran berkemungkinan berlaku Periksa alat pengesan asap anda secara tetap berdasarkan pada arahan pengilang Ikut arahan pengilang tentang cara membersihkan alat pengesan asap secara tetap Pastikan bahawa bateri alat pengesan asap ditukar setiap tahun atau apabila ditunjukkan amaran oleh alat tersebut, mengikut mana yang terdahulu

27

Bahaya Kebakaran Di Tempat-tempat Awam


Keselamatan Kebakaran
28

Bahaya kebakaran adalah apa-apa sahaja yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Anda boleh menjadikan kawasan persekitaran anda tempat yang lebih selamat untuk tinggal dan bekerja dengan memantau jika ada bahaya kebakaran, contoh-contohnya termasuk:

Kotak dan barangan lain yang disusun di sepanjang koridor, laluan kecemasan dan tangga Surat khabar, perabot, kotak dan barangan lain yang dibuang Masakan tidak berjaga di sepanjang koridor dan tangga

Jika anda seorang pemilik, pengendali atau sebahagian daripada pengurusan pusat beli-belah, premis hiburan awam dan pasar raya, elakkan bangunan anda daripada melebihi muatan penghuni yang dibenarkan kerana orang yang terlalu ramai akan menjejaskan prosedur kecemasan semasa berlakunya kecemasan dengan buruk.

JIKA ANDA MENEMUI BAHAYA KEBAKARAN


Anda boleh laporkannya kepada SCDF melalui:

Talian Laporan Bahaya Kebakaran di 1800 280 0000 Borang Laporan Bahaya Kebakaran yang boleh dimuat turun di www.scdf.gov.sg pada sudut atas kanan laman utama bawah Feedback

Apabila Kebakaran Berlaku


Keselamatan Kebakaran
JIKA ANDA MENEMUI KEBAKARAN

Jangan panik Beri amaran kepada orang lain tentang kebakaran dengan menjerit Kosongkan bilik/kawasan dan cuba pastikan setiap orang keluar dari premis tanpa membahayakan diri anda Jika boleh, tutup pintu bilik yang terjejas untuk mengawal kebakaran Hubungi 995 untuk SCDF Matikan sumber gas utama jika anda mampu mencapainya Aktifkan penggera kebakaran pada titik panggilan manual terdekat (ms 32) Kosongkan bangunan dalam keadaan yang teratur melalui tangga; jangan gunakan lif

Jangan kembali ke bangunan sehingga pihak berkuasa


mengumumkan bahawa ia selamat untuk dilakukan sedemikian

Padamkan kebakaran hanya jika anda berupaya dan tanpa membahayakan diri anda dan orang lain. Cara-cara memadamkan api termasuk:

Menggunakan air ke atas kertas, kayu dan kain yang terbakar tetapi jangan sekali-kali ke atas cecair yang mudah terbakar seperti minyak kerana ini akan menyebabkan api merebak Menggunakan alat pemadam api yang sesuai (ms 30) Menggunakan gelendong hos (ms 32)

29

Alat Pemadam Api


Keselamatan Kebakaran
JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API
JENIS
Air

BERKESAN TERHADAP KEBAKARAN MEMBABITKAN:


Bahan yang mudah terbakar cth. kertas, kain, plastik dsb; tidak boleh digunakan terhadap minyak kerana ini boleh menyebabkan api merebak Cecair dan gas yang mudah terbakar dan elektrik hidup; juga digunakan untuk memadamkan api membabitkan bahan-bahan yang mudah terbakar Serupa dengan alat pemadam api karbon dioksida tetapi juga berkesan terhadap kebakaran membabitkan logam yang mudah terbakar cth. natrium, kalium dan magnesium

Karbon dioksida

Serbuk kimia kering

UNTUK MENGGUNAKAN PEMADAM API, GUNAKAN KAEDAH P.A.S.S.


ull (Tarik) keluar pin keselamatan seperti diarahkan pada label

Aim (Hala) muncung pada


pangkal kebakaran

Squeeze (Tekan) tuil

weep (Sapu) api dengan menggunakan buangan yang keluar dari alat pemadam api

30

Keselamatan Kebakaran

Adalah disyorkan agar setiap rumah mempunyai satu alat pemadam api Serbuk Kimia Kering yang diluluskan oleh PSB seberat 1.5kg atau lebih. Senarai penjual dan bengkel servis alat pemadam api yang sah disenaraikan di lelaman web SCDF di bawah Building Professionals, Fire Safety Permit and Certification, Servicing Portable Fire Extinguishers. SCDF tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pengedar alat pemadam api dan tidak menyokong jualan alat pemadam api dari rumah ke rumah. Jika anda berhadapan dengan salah satu situasi yang disebutkan, anda boleh bertanya dengan sembarang penjual sah di dalam senarai yang disebutkan di atas mengenai harga alat pemadam api yang sama sebelum membeli daripada jurujual itu.

Saya perlu semak senarai penjual sah di www. scdf.gov.sg

31

Titik Panggilan Manual Dan Gelendong Hos


Keselamatan Kebakaran
Sekiranya berlaku kebakaran, pecahkan kaca titik panggilan manual terdekat bagi mengaktifkan sistem penggera kebakaran yang akan berbunyi di seluruh bangunan. Ini akan memberi amaran kepada semua penghuni terhadap kebakaran dan mengarahkan mereka agar mengosongkan premis. Untuk memadamkan api, anda boleh menggunakan alat pemadam api (ms 30) atau gelendong hos. Lazimnya, cara terbaik untuk mengendalikan gelendong hos adalah dengan dua orang. Oleh itu, untuk menggunakan gelendong hos, anda perlukan seseorang untuk membantu anda.

CARA PENGENDALIAN GELUNG HOS

Apabila diaktifkan, titik panggilan manual akan membunyikan penggera kebakaran

1 2 3

Buka injap gelung hos mengikut arah yang ditunjukkan.

Tarik hos dan lari ke arah api.

Buka air di muncung dan arahkannya pada pangkal kebakaran.

32

Menyelamatkan Diri Menembusi Asap


Keselamatan Kebakaran
Dalam kebakaran yang membawa maut, kebanyakan orang mati akibat terhidu asap.

JIKA ANDA TERPERANGKAP DI DALAM BILIK YANG DIPENUHI ASAP



Tutup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain basah dan elakkan bernafas melalui mulut Tiarap hampir dengan permukaan lantai; kemudian merangkak ke arah keselamatan, dengan kepala anda sentiasa di bawah asap

33

Pemindahan Mangsa
Keselamatan Kebakaran
Apabila alat usungan tiada dan tidak boleh diubahsuai, anda mungkin perlu memindahkan mangsa, dengan kaedah-kaedah yang disenaraikan di bawah. Anda disyorkan untuk mengikuti Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat kami (ms 88) untuk pemahaman lebih baik mengenai kaedah-kaedah pemindahan mangsa. Jika anda mencuba kaedah-kaedah sendiri tanpa pengawasan, anda berkemungkinan mencederakan diri sendiri dan rakan latihan anda.

KAEDAH MENONGKAT
Digunakan apabila mangsa sedar dan mampu berjalan dengan sedikit bantuan. Pegang dia dengan erat di pinggang dan gunakan bahu anda untuk menampung lengannya sementara biarkan berat badannya bersandar pada anda.

PIKULAN KAEDAH AHLI BOMBA


Digunakan untuk mangsa berbadan ringan. Tunduk dan letakkan mangsa melintang di atas bahu anda dan angkat dia. Untuk lebih mantap, peluk kakinya dengan tangan anda dan pegang tangannya.

34

Keselamatan Kebakaran

GENDONG
Digunakan jika mangsa berbadan ringan, sedar dan mampu berpaut pada anda.

DUKUNG
Digunakan apabila mangsa ialah seorang kanak-kanak atau orang dewasa berbadan ringan. Selitkan tangan anda di bawah bahu dan lututnya untuk memastikan mangsa dalam kedudukan paling selesa.

35

Jika Anda Terperangkap Dalam Kebakaran


Keselamatan Kebakaran
36

Masuk ke dalam bilik yang selamat, sebaik-baiknya yang mempunyai tingkap terbuka, pengudaraan baik dan berhadapan jalan raya.

2 3 4

Tutup pintu di belakang anda dan tutup ruang di bawah pintu dengan selimut, kain atau fabrik lain bagi mencegah asap daripada memasuki bilik.

Pergi ke tingkap, jerit untuk menarik perhatian orang tentang kebakaran dan hubungi 995 untuk SCDF jika anda berupaya.

Tenangkan diri anda dan jangan cuba melompat keluar dari bangunan.

Jika Pakaian Anda Terbakar


Keselamatan Kebakaran
BERHENTI, REBAHKAN BADAN DAN BERGOLEK

Berhenti berlari dan tenangkan diri.

Rebahkan badan ke lantai serta-merta.

Bergolek berulang kali untuk memadamkan api sementara menutup muka anda dengan tangan anda.

37

Jika Kereta Anda Terbakar


Keselamatan Kebakaran
APABILA ANDA LIHAT ASAP ATAU NYALAAN KELUAR DARI KENDERAAN

1 2 3 4 5 6

Perlahankan kereta, beri isyarat dan pandu ke tepi jalan raya.

Matikan enjin dan keluar dari kereta dengan segera.

Hubungi 995 untuk minta bantuan.

Jika dalam kereta anda ada alat pemadam api, anda boleh cuba memadamkan api ketika ia masih kecil tanpa membahayakan diri anda atau orang lain.

Jika api marak terlalu besar, jauhkan diri anda dari kenderaan dan tunggu ketibaan SCDF di tempat yang selamat.

Beri amaran kepada trafik yang mendatang tentang kereta yang terbakar. Pastikan orang yang mengerumuni menjauhi tempat kebakaran.

38

Keselamatan Kebakaran

BAB 3

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


40 Beg Persediaan 42 Simpanan bekalan 43 Kilat 44 Banjir 45 Gegaran bumi 47 Tanah runtuh 49 Gangguan bekalan kuasa 50 Taufan dan ribut tropika 52 Tsunami 54 Gempa bumi 56 Jika anda terperangkap di bawah timbunan runtuhan

39

Walaupun kebanyakan malapetaka dan bencana semulajadi (cth. banjir, kilat, ribut dan tsunami) adalah di luar kawalan, kita masih mampu meningkatkan peluang kita untuk terus hidup dengan cara mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan keselamatan kita dalam menghadapi saat-saat kecemasan tersebut.

39

Beg Persediaan
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Beg Persediaan mengandungi bahan-bahan penting yang akan membantu anda dalam kes kecemasan dan anda perlu bawa bersama jika anda diarahkan berpindah dari rumah anda. Setiap ahli keluarga anda perlu mengetahui di mana Beg Persediaan disimpan dan adalah disyorkan supaya tempat simpanan mudah dicapai meskipun dalam keadaan gelap (cth. semasa terputus bekalan kuasa).

EM HA ERG ND EN BO CY OK

BEG PERSEDIAAN PERLU MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN BERIKUT:


BARANGAN PENTING
Lampu suluh tanpa bateri

KEGUNAAN
Jika berlaku gangguan bekalan kuasa dan apabila pemindahan berlaku dalam keadaan gelap Untuk bekalan kuasa lampu suluh dan radio; bungkus bateri tambahan dan jangan pasang bateri ke dalam alat hingga diperlukan, kerana membiarkannya dalam alat tersebut boleh menyebabkan kebocoran Untuk sebarang keadaan perubatan terkini bagi anda dan keluarga anda, cth. asma, masalah jantung dsb. Untuk tujuan pentadbiran jika dokumen asal musnah dalam kebakaran

Bateri

Ubat-ubatan peribadi yang penting Fail kalis air yang mengandungi salinan dokumen penting cth. kad pengenalan, pasport, polisi insurans Buku Panduan Kecemasan Pertahanan Awam

Sebagai rujukan mengenai bantuan kecemasan dan prosedur pertahanan awam

Radio transistor tanpa bateri

Untuk mengikuti perkembangan siaran kecemasan Digunakan untuk meminta bantuan atau memberi amaran kepada orang lain; menjerit boleh memenatkan, tidak berkesan dan boleh menyebabkan anda menyedut asap dan habuk berbahaya dalam sesetengah kes Untuk merawat sebarang kecederaan di sepanjang jalan; sebuah alat kecil mengandungi beberapa pembalut bantuan kecemasan, pengelap antiseptik, dan plaster sudah mencukupi Untuk memenuhi keperluan khas dalam keluarga, cth. bayi

Wisel

Kit Bantuan Kecemasan

Bekalan penjagaan kanak-kanak dan barangan penjagaan khas lain

40

Kecemasan Dalam Keadaan Aman

BARANGAN PILIHAN UNTUK BEG PERSEDIAAN TERMASUK:



Senarai kenalan peribadi, termasuk nombor telefon ahli keluarga, tempat kerja, sekolah dll. Wang tunai, sebaiknya dalam denominasi kecil Air botol dan barangan makanan kering Satu set pakaian tambahan, cth. Kemeja T dan seluar sukan Bahan menulis Senarai nombor kecemasan, cth. 995, 999, nombor telefon syarikat utiliti, insurans dll.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN TENTANG BEG PERSEDIAAN:



Anda mungkin mempunyai lebih daripada satu Beg Persediaan, cth. satu bagi setiap ahli keluarga; tentukan apa yang paling praktikal untuk keluarga anda Jangan pak barangan berat ke dalam Beg Persediaan kerana ia akan mengganggu pergerakan semasa kecemasan Periksa tarikh luput barangan yang mudah rosak di dalam beg dan gantikannya apabila perlu Gantikan bateri secara tetap dengan yang baru kerana sesetengahnya mungkin bocor apabila tidak digunakan dan jangan letakkannya di dalam alat
Beg Persediaan seharusnya mudah di alih dan tidak terlalu berat atau besar.

41

Simpanan Bekalan
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Menyimpan bekalan barangan keperluan boleh membantu anda dan orang tersayang bertahan dalam waktu kecemasan. Tambah bekalan barangan secara rutin mengikut keperluan dan keutamaan anda; guna dan gantikan barangan yang menghampiri tarikh luput. Kuantiti barangan seharusnya tahan untuk penggunaan dua minggu dan ianya berbeza bergantung pada saiz keluarga anda.

ANGGARAN PENGGUNAAN MAKANAN BAGI SETIAP ORANG SELAMA 2 MINGGU


Beras dan minyak Makanan dalam tin

3kg beras 1 botol minyak masak 14 tin pelbagai jenis sayur, daging, ikan dan kacang (kira-kira 400g setiap tin) 2 paket pelbagai jenis biskut (kira-kira 210g setiap satu) 15 paket mi segera 1-2 tin tepung susu (bergantung pada umur bayi) 1 paket gula (500g) 1 tin minuman malt (kira-kira 400g)

Catuan kering

Minuman

SU SU GA R

GA

42

Kilat
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Apabila berlaku ribut petir di kawasan anda, dapatkan perlindungan di dalam mana-mana bangunan atau kenderaan dan jauhi daripada objek dan perkakas berlogam untuk keselamatan anda.

JIKA ANDA BERADA DI RUMAH



Usah mandi; kerja membaiki paip dan alat-alat di bilik mandi boleh mengalirkan arus elektrik Elakkan daripada mengguna telefon bertali melainkan ada kecemasan; telefon tanpa tali dan bimbit adalah selamat digunakan Cabut palam peralatan elektrik, penyaman udara dan barangan elektronik lain termasuk komputer; kuasa disebabkan oleh kilat boleh merosakkan barangan ini

JIKA ANDA BERADA DI TEMPAT TERBUKA



Jangan berada di kawasan tinggi Dapatkan perlindungan di dalam bangunan atau kenderaan; jika tidak mungkin, berlindunglah di kawasan rendah seperti di bawah pokok kecil yang rendang dan mendekam Jangan menunggang basikal, motosikal atau kereta golf; jika anda sedang berbasikal, menaiki motor atau kereta golf, turun dan tinggalkan kenderaan anda dan cari tempat perlindungan Bersurai jika anda dalam satu kumpulan Elakkan daripada memegang objek berlogam dan berdiri di bawah pohon tinggi atau berhampiran pagar besi, paip dan landasan keretapi Elakkan daripada menggunakan telefon, peralatan elektrik dan elektronik Menghala ke pantai jika anda berada di kawasan air terbuka

43

Banjir
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Apabila berlaku banjir, berpindahlah ke kawasan yang lebih tinggi.

JIKA ANDA BERADA DI RUMAH



Tunggu di dalam rumah, tetapi dapatkan Beg Persediaan anda (ms 40) dan bersedia untuk berpindah dengan segera apabila diarahkan oleh pihak berkuasa Jika anda fikir ianya berbahaya untuk terus berada di rumah, hubungi 999 untuk khidmat Polis (berikan nama dan alamat anda) dan berpindah dengan segera, pergi ke kawasan yang lebih tinggi jauh dari kawasan terbuka, sungai dan longkang besar Ikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa melalui radio

JIKA ANDA BERADA DI DALAM KENDERAAN



Berjaga-jaga terhadap tanda-tanda banjir Jangan memandu di sekitar perintang kerana ia dipasang bagi keselamatan diri anda Jika kenderaan tersekat dalam air yang sedang naik dengan pantas, tinggalkan ia dengan segera dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi Jangan berjalan melalui air yang deras kerana dengan hanya ketinggian air sebanyak 15cm boleh menyebabkan anda terjatuh; jika perlu, gunakan sebatang kayu untuk memeriksa kedalaman air di hadapan anda dan cuba berjalan dalam air bertakung Hubungi 995 untuk SCDF atau 999 untuk khidmat Polis jika memerlukan bantuan

44

Gegaran Bumi
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Sehingga kini, gegaran bumi yang dirasai di Singapura adalah kesemuanya disebabkan oleh gempa bumi di sekitar rantau dan tiada rekod pusuan pasang surut yang menjejaskan pulau ini. Bahagian Perkhidmatan Meteorologi, SCDF dan pihak Polis akan mengambil tindakan segera jika terdapat petunjuk pergerakan tanah berkenaan yang boleh mengancam Singapura.

JIKA ANDA BERADA DI DALAM RUMAH ATAU BANGUNAN

Bertenang dan jauhi dari tingkap, rak perhiasan, lampu atau apa-apa yang boleh menghempap anda dan menyebabkan kecederaan.

2 3 4

Berlindung di bawah meja tegap, sebaiknya dibuat daripada kayu dan bahan-bahan teguh.

Apabila gegaran berhenti, keluar dan tutup semua peralatan gas dan elektrik; jangan sentuh wayar elektrik yang rosak.

Jika berlaku keretakan baru: a. Hubungi Pihak Berkuasa Bangunan & Pembinaan di 6325 7191 atau 6325 7393 jika anda berada di dalam bangunan bukan HDB; b. Hubungi Unit Perkhidmatan Penyelenggaraan Penting (EMSU) yang menjaga kawasan anda jika anda di dalam perumahan HDB; nombor itu boleh ditemui di lobi lif anda.

Jangan gunakan mancis pada nyalaan terbuka kerana mungkin terdapat kebocoran gas disebabkan oleh gegaran bumi. Hubungi 1800 752 1800 untuk melaporkan kebocoran paip gas jika anda menghidunya. Periksa persekitaran anda untuk sebarang retakan baru dan kerosakan struktur lain pada elemen bangunan seperti dinding, tiang dan alur. Pemindahan hanya perlu jika ada kelihatan tanda-tanda kerosakan struktur pada elemen bangunan (cth. retakan baru).

7 8

Ikuti perkembangan terkini gegaran bumi melalui radio atau televisyen.

Elakkan daripada menghubungi 995 atau 999 bagi mencegah kesesakan talian kecemasan; hubungi SCDF atau Polis hanya jika terdapat kes kecemasan.

45

Gegaran Bumi
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
JIKA ANDA BERADA DI LUAR RUMAH ATAU BANGUNAN JIKA TERDAPAT KEPERLUAN UNTUK BERPINDAH

1 2 3

Jauhi dari bangunan dan kabel elektrik yang tergantung.

1 2 3

Matikan semua lampu dan peralatan elektrik.

Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Tutup semua peralatan gas dan paip air.

Jika anda memandu, berhenti secepat yang mungkin apabila keadaan mengizinkan dan terus berada di dalam kenderaan anda. Elakkan daripada berhenti berdekatan pokok, bangunan, jambatan, laluan atas atau kabel elektrik yang tergantung.

Kumpulkan semua ahli keluarga.

4 5 6

Dapatkan Beg Persediaan anda.

Kunci rumah anda.

Tinggalkan bangunan dalam keadaan teratur melalui tangga; jangan gunakan lif.

46

Tanah Runtuh
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Tanah runtuh biasanya didahului oleh ketaksekataan dalam profil cerun. Jika anda perasan sebarang tanda kegagalan cerun yang disenaraikan di bawah, adalah disyorkan agar anda mendapatkan khidmat jurutera profesional untuk memeriksa, mengakses dan mencadangkan penyelesaian bagi membetulkan masalah yang terjadi.

TANDA-TANDA KEGAGALAN CERUN



Retakan baru dan bonjol atau salah jajaran bumi Pokok, pagar dan tiang utiliti condong di sepanjang cerun Pengumpulan air di belakang dinding penahan atau air yang memasuki permukaan tanah di lokasi baru Hakisan atau tumbuhan dan bahagian atas tanah dihanyutkan di kawasan cerun Pergolakan permukaan pada atau berhampiran bawah cerun

APABILA TANAH RUNTUH DAN RUNTUHAN BERLAKU



Jika selamat melakukannya, matikan bekalan, elektrik dan air kerana ia boleh menyebabkan kerosakan tambahan Maklumkan jiran anda Dapatkan Beg Persediaan anda dan berpindah dengan segera jika keselamatan mengizinkan; berpindah dari laluan tanah runtuh Jika anda memandu, sentiasa berhati-hati dan perhatikan turapan yang runtuh, lumpur, batu yang jatuh dan tandatanda aliran runtuhan yang berkemungkinan Jika anda atau orang lain terperangkap, hubungi 995 untuk SCDF jika mungkin dan dapatkan situasi terkini tentang tanah runtuh melalui radio atau televisyen Tunggu misi menyelamat dan bertenang serta berjaga-jaga

47

Tanah Runtuh
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
SELEPAS TANAH RUNTUH

Jauhi dari kawasan, struktur bangunan dan kabel elektrik yang terjejas kerana mungkin lebih banyak tanah runtuh berlaku Arahkan penyelamat ke lokasi mangsa yang cedera dan terperangkap berhampiran kawasan yang terjejas; jangan masuki kawasan yang berbahaya Hubungi 995 untuk SCDF atau 999 untuk Polis bagi melaporkan sebarang kecemasan Dapatkan kebenaran dan ikuti arahan daripada pihak berkuasa berkenaan sebelum kembali ke rumah yang terjejas Laporkan kerosakan struktur ke:
Pihak Berkuasa Bangunan & Pembinaan di 6325 7191 atau 6325 7393 untuk Bangunan bukan HDB Unit Khidmat Penyelenggaraan Penting untuk blok HDB; nombor telefon boleh ditemui di lobi lif blok HDB

Buka radio atau televisyen untuk mendapatkan maklumat situasi terkini Tanam semula permukaan tanah yang rosak secepat mungkin bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan runtuhan susulan

48

Gangguan Bekalan Kuasa


Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Adalah disyorkan agar anda menyimpan lampu suluh, radio dan bateri tambahan di dalam Beg Persediaan anda (ms 40) sekiranya berlaku gangguan bekalan kuasa. Mancis dan lilin tidak digalakkan kerana ia mungkin sukar untuk dikendalikan tanpa pencahayaan yang mencukupi. Seterusnya, Beg Persediaan perlu disimpan di sesuatu tempat yang mudah dicapai meskipun dalam gelap.

APABILA GANGGUAN BEKALAN KUASA BERLAKU



Keluarkan Beg Persediaan anda, hidupkan lampu suluh dan buka radio untuk maklumat keadaan terkini Jika ada orang yang terperangkap di dalam lif semasa gangguan bekalan kuasa:
Jangan hubungi 995 atau 999 melainkan ada situasi mengancam nyawa memerlukan khidmat ambulans kecemasan Hubungi Unit Khidmat Penyelenggaraan Penting untuk bantuan (nombor telefon boleh ditemui di luar lif di bangunan HDB); jangan cuba menyelamatkan mangsa secara bersendirian Untuk kondominium dan bangunan bukan HDB, hubungi pejabat pengurusan

Jika anda terperangkap di dalam lif, sila bertenang, tekan butang kecemasan dan tunggu bantuan tiba; jangan cuba membuka pintu lif secara paksa Jika anda berada di jalan raya dan lampu jalan tertutup, pastikan lampu kereta anda terbuka pada setiap masa dan pandu secara perlahan

49

Taufan Dan Ribut Tropika


Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Elakkan daripada mengembara ke luar negara semasa musim taufan di negara destinasi anda, jika ada. Adalah disyorkan agar anda mendapat status terkini laporan cuaca negara terbabit bagi mengelakkan daripada terserempak dengan taufan atau ribut tropika semasa berada di luar. Anda juga mungkin perlu menyimpan makanan dan air sekiranya anda terperangkap di dalam bangunan disebabkan oleh ribut.

APBILA TAUfAN ATAU RIBUT TROPIKA MELANDA KAWASAN ANDA

Berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan; jika tidak, dapatkan perlindungan dalam tempat tertutup dengan segera Jaga atau pindahkan barangan di luar seperti alat mainan, basikal, pasu bunga dan objek berat ke dalam pangsapuri dan jauhi dari tingkap Tutup semua pintu dan tingkap; labuhkan langsir menutupi tingkap bagi mengurangkan serpihan kaca daripada terbang sekiranya tingkap berkecai Letakkan tilam terhadap bahagian yang tingkap yang telah pecah dan tolak perabot berat bagi menampungnya

50

Kecemasan Dalam Keadaan Aman

Pastikan lampu suluh dan kit bantuan kecemasan disediakan untuk sebarang gangguan bekalan kuasa yang berkemungkinan dan kecederaan disebabkan oleh ribut Setkan peti sejuk anda ke suhu terendah bagi meminimalkan kerosakan makanan sekiranya bekalan kuasa terputus Ikuti perkembangan terkini melalui radio mudah alih Jika boleh, periksa jika ada bahaya kebakaran, elektrik (ms 25) di dalam pangsapuri semasa ribut Jika ribut semakin buruk, berpindahlah ke kawasan di dalam pangsapuri yang paling kurang terdedah kepada tingkap kaca luar dan tunduk atau berlindung di bawah meja Jangan melangkah ke luar apabila ribut kelihatan telah berhenti; ia mungkin datang kembali selepas tempoh tenang yang pendek Apabila ribut diisytiharkan berakhir, periksa kaca yang pecah, pokok tumbang, kabel kuasa yang rosak dan bahaya lain di kawasan anda Hubungi ambulan kecemasan kawasan jika terdapat kes kecederaan yang teruk

51

Tsunami
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Kebanyakan tsunami adalah disebabkan oleh gempa bumi di laut yang mendorong pergerakan di lantai laut. Risiko Singapura terjejas secara langsung oleh tsunami adalah sangat rendah disebabkan perlindungan yang disediakan oleh tanah-tanah luas yang mengelilinginya seperti Semenanjung Malaysia di utara dan Borneo di timur. Walau bagaimanapun, Singapura telah menubuhkan sebuah sistem pengawasan seismik semenjak pertengahan 1990 dan sistem ini diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Meteorologi.

TANDA-TANDA AMARAN TSUNAMI YANG MENDATANG



Gegaran bumi dan pergerakan bawah tanah di pantai atau berhampiran laut Garis pesisir dan paras laut surut secara mendadak, kadang-kadang sebanyak satu kilometer atau lebih

52

Kecemasan Dalam Keadaan Aman

JIKA ANDA BERHADAPAN DENGAN TSUNAMI



Sebaik sahaja anda mengalami tsunami atau tanda-tanda kedatangan tsunami, lari ke bahagian lebih tinggi dengan segera; jangan hampiri kawasan pantai untuk menyiasat atau menunggu amaran tsunami diberi Jika anda dinasihati untuk berpindah, lakukannya dengan segera Jangan terus berada di bangunan rendah di kawasan pantai jika amaran tsunami diaktifkan Berpindah dengan segera ke kawasan lebih tinggi; jika tiada masa melakukannya, dapatkan perlindungan di tingkat lebih atas di bangunan tinggi dan bangunan konkrit bertetulang Jika anda berada di dalam bot atau kapal yang jauh dari pantai, pindahkannya ke kawasan air lebih dalam; jika anda berhampiran jeti, ia adalah lebih selamat untuk meninggalkan kapal di sana dan berpindah ke kawasan lebih tinggi Jangan anggap bahawa ianya selamat untuk keluar ke tempat terbuka selepas gelombang pertama kerana mungkin berlaku gelombang berikutnya

53

Gempa Bumi
Kecemasan Dalam Keadaan Aman
Semasa gempa bumi, kebanyakan kecederaan berlaku apabila orang ramai berusaha melarikan diri atau bergerak di sekitar bangunan ketika bumi masih bergegar. Malah, dinding yang runtuh, kaca yang berterbangan dan objek yang jatuh adalah penyebab utama kecederaan dan kematian semasa gempa bumi. Walaupun Singapura tidak pernah mengalami gempa bumi, adalah penting agar anda mengikuti garis panduan di bawah bagi meningkatkan peluang untuk terus hidup anda jika anda menghadapi gempa bumi di luar negara.

JIKA ANDA DI KAWASAN DALAMAN



Apabila gegaran bermula, rebahkan diri ke bawah dan dapatkan perlindungan di bawah meja atau perabot kukuh dengan segera; bertahan sehingga gegaran berakhir Jika tiada perabot yang boleh dijadikan tempat berlindung, pindah ke tempat selamat berhampiran (cth. sudut di dalam bangunan atau dinding sebelah dalam jauh dari tingkap, rak sangkut atau apa-apa yang boleh menghempap dan mencederakan anda) dan mendekam disamping melindungi muka dan kepala anda dengan lengan anda Tinggal di dalam rumah atau bangunan sehingga gegaran berhenti dan anda pasti ianya selamat untuk keluar; jika anda mesti meninggalkan bangunan selepas gegaran berhenti, jangan guna lif sekiranya berlaku gempa bumi, terputus bekalan kuasa atau kerosakan lain

JIKA ANDA DI LOKASI LUAR



Kurangkan pergerakan anda dan jauhi dari bangunan, lampu jalan dan wayar utiliti Tinggal di tempat terbuka sehingga gegaran berhenti Jika anda memandu:

Berhenti sebaik sahaja keselamatan mengizinkan dan

jauhi dari bangunan, pokok, jejantas dan kabel elektrik situasi terkini

Tinggal di dalam kenderaan dan dengar radio untuk

Mendekam di tempat selamat disamping melindungi muka dan kepala anda.

Jangan gunakan lif kerana ia mungkin rosak disebabkan gempa bumi

54

Kecemasan Dalam Keadaan Aman

APABILA GEMPA BUMI BERHENTI



Jangkakan gempa susulan bila-bila masa dari beberapa jam kemudian hingga ke beberapa bulan selepas gelombang kejutan permulaan; setiap kali anda merasakannya, membongkok ke bawah di tepi dinding pedalaman yang selamat atau di sudut sebelah dalam dan lindungi muka dan kepala anda dengan lengan anda Lakukan satu pemeriksaan pantas di kawasan anda untuk kerosakan dan pastikan setiap orang berpindah jika terdapat kerosakan struktur yang boleh dilihat Bantu orang yang tercedera dan terperangkap, jika perlu dan hubungi nombor khidmat kecemasan setempat bagi mendapatkan bantuan dan mengarahkan penyelamat kepada mereka Jika mungkin, tutup sumber gas dan elektrik dan berjaga-jaga terhadap bau kebocoran gas, tumpahan bahan kimia dan cecair mudah yang terbakar Perhatikan tanda-tanda kebakaran; jika boleh padamkan api kecil Berhati-hati terhadap talian kuasa yang tumbang atau paip gas yang pecah dan jauhi dari kawasan dan bangunan yang rosak Ikuti perkembangan melalui radio

Jangan bergerak ke sekeliling semasa bumi masih bergegar.

55

Jika Anda Terperangkap Di Bawah Timbunan Runtuhan


Kecemasan Dalam Keadaan Aman
MENINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK TERUS HIDUP:

Merangkak di bawah kepingan perabot yang kukuh (cth. meja atau katil) yang akan memberikan anda ruang bernafas dan perlindungan terhadap objek yang jatuh; jika ia tidak boleh dilakukan, bersiap sedia terhadap dinding tanpa tingkap kaca atau rak sangkut dan cuba gunakan selimut, kotak dan bahan semacam yang lain untuk perlindungan terhadap serpihan kaca dan runtuhan kecil Jika boleh, jauhi diri dari kawasan atau objek yang tidak stabil, dan pakai sepasang kasut yang tahan lasak bagi melindungi kaki anda daripada serpihan kaca Jangan kemana-mana jika anda berada di dalam sebuah tempat selamat; jangan cuba menggunakan tangga atau lif kerana ia akan mendedahkan diri anda kepada bahaya seperti runtuhan yang jatuh, tangga rosak dan gangguan bekalan kuasa di dalam lif Jangan hidupkan suis lampu atau nyalakan mancis, api dan dapur gas melainkan anda pasti bahawa tiada kebocoran gas terjadi

Sentiasa bertenang, berjaga-jaga dan responsif terhadap panggilan daripada penyelamat Jangan menjerit tanpa sebab kerana anda boleh tersedut sejumlah habuk yang berbahaya disamping melemahkan diri anda Jika boleh, gunakan wisel, lampu suluh atau salur pada paip atau dinding untuk menarik perhatian penyelamat Jika anda tersepit di bawah runtuhan, gerakkan jari tangan dan kaki anda sekerap yang mungkin untuk menggalakkan peredaran darah dan mencegah darah beku Kuatkan semangat anda dengan ingati orang yang tersayang Ambil makanan dan air dari peti sejuk jika ia berhampiran anda; perhatikan kaca yang hancur dan serpihan lain jika anda perlu makan dan minum dari sumber terbuka antara runtuhan

56

Kecemasan Dalam Keadaan Aman

BAB 4

KECEMASAN SEMASA PEPERANGAN


58 Catuan dan pendermaan darah 60 Sistem Amaran Awam (PWS) 62 Tempat perlindungan 66 Langkah-langkah defensif

57

Apabila bencana menimpa, kehidupan seharian kita akan terganggu dan barangan serta perkhidmatan penting mungkin sukar diperolehi. Apabila ia berlaku, prosedur kecemasan akan dikuatkuasakan bagi membantu anda mendapatkan bekalan asas supaya kehidupan dapat diteruskan seperti biasa. Walau bagaimanapun, peluang anda untuk terus hidup boleh terjejas sekiranya anda tidak biasa dengan prosedur keselamatan. Ambillah peluang mempelajari prosedur ini secara praktikal apabila SCDF dan agensi kerajaan lain menjalankan Latihan Kecemasan di kawasan anda.

57

Catuan Dan Pendermaan Darah


Kecemasan Semasa Peperangan
CATUAN AIR
Apabila bekalan air terganggu, tempat pengagihan akan didirikan di tempat berdekatan dengan kediaman anda. Anda perlu membawa bekas sendiri (contohnya baldi dan botol) ke tempat pengagihan berhampiran dan mengambil air dengan cara yang teratur

CATUAN MAKANAN DAN MINYAK


Dapatkan dan gunakan kupon-kupon catuan makanan dan minyak:

Terlebih dahulu anda akan menerima Notis Pendaftaran (untuk kupon makanan). Dan, jika bersesuaian, Kad Pengenalan (untuk kupon minyak).

Bawa Notis Pendaftaran atau kad Pemberitahuan dan dokumen pengenalan keluarga anda (contohnya Kad Pengenalan atau sijil-sijil kelahiran) ke pusat yang ditentukan untuk mengambil kupon.

Gunakan kupon tersebut untuk membeli barangan makanan atau minyak yang dicatu daripada peruncitperuncit berlesen. Sebelum menggunakan kupon makanan, anda perlu mengisi nama dan nombor Kad Pengenalan seluruh ahli keluarga anda pada setiap kupon.

58

Kecemasan Semasa Peperangan

PENDERMAAN DARAH
Darah adalah amat penting untuk merawat pelbagai penyakit dan kecederaan, dan permintaannya dijangka meningkat dengan mendadak semasa waktu peperangan. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk menderma darah sekiranya mampu. Apabila anda mendengar rayuan untuk menderma darah semasa peperangan, bawa Kad Pengenalan anda ke pusat menderma darah terdekat untuk pendaftaran dan seorang profesional perubatan akan melayan anda.

59

Sistem Amaran Awam


Kecemasan Semasa Peperangan
Sistem Amaran Awam (PWS) ialah satu rangkaian siren yang diletakkan oleh SCDF di tempat-tempat strategik merentasi Singapura untuk memperingatkan orang awam tentang ancaman-ancaman yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda. PWS akan digunakan untuk mengingatkan orang awam mengenai serangan ketenteraan dan malapetaka, sama ada semula jadi atau buatan manusia. Rajah di bawah menunjukkan isyarat-isyarat berbeza dan apa yang perlu dilakukan apabila mendengarnya.

ISYARAT
Isyarat kecemasan Isyarat aman Isyarat Maklumat Penting

BAGAIMANA BUNYINYA
Semboyan Melaung

SITUASI
Terdapat serangan udara atau bahaya menghampiri Ancaman sudah berakhir Siaran penting akan disiarkan melalui radio

APA YANG PERLU ANDA BUAT


Berpindah ke tempat perlindungan dengan segera Tinggalkan tempat perlindungan dengan cara teratur Ikuti siaran stesen radio FM tempatan dengan segera

Semboyan Berpanjangan

Semboyan Bergetar

NOTA:

Untuk mendengar rakaman audio pelbagai isyarat PWS, lungsuri lelaman www.scdf.gov.sg di bawah Community & Volunteers, Learn Civil Defence, Wartime Emergencies, Public Warning System atau hubungi 1800 367 7233 Isyarat Maklumat Penting yang kedengaran pada jam 1205 tgh pada 15hb Februari dan 15hb September setiap tahun adalah sempena pemerhatian Hari Pertahanan Keseluruhan dan Hari Pertahanan Awam; apabila anda mendengar isyarat yang berkenaan, sila ikuti siaran stesen-stesen radio FM tempatan untuk siaran penting dari SCDF

60

Tempat Perlindungan
Kecemasan Semasa Peperangan
Terdapat tiga jenis asas tempat perlindungan Pertahanan Awam.

TEMPAT PERLINDUNGAN KELUARGA DAN BERTINGKAT


Tempat perlindungan keluarga merujuk kepada unit-unit kediaman masing-masing, contohnya rumah-rumah pangsa HDB, manakala Tempat Perlindungan Bertingkat ialah versi lebih besar dan ianya ditempatkan di satu kawasan umum pada setiap tingkat. Semasa kecemasan waktu peperangan, SCDF akan memaklumkan penduduk-penduduk untuk menyediakan Pusat Perlindungan Keluarga untuk didiami dengan:

1 2 3 4 5

Menanggalkan semua lengkapan dan rak sementara di dalam tempat perlindungan.

Menutup semua bekalan gas dan air sebelum menuju ke tempat perlindungan.

Membawa masuk Beg Persediaan anda dan barangan seperti air dan makanan semasa berada di dalam tempat perlindungan.

Menutup dan menyumbat lubang-lubang pengudaraan (lihat muka sebelah).

EM HA ERG E ND BO NCY OK

Melengkapkan tempat perlindungan dengan sebuah telefon, televisyen dan radio.

61

Tempat Perlindungan
Kecemasan Semasa Peperangan
SEJURUS PUSAT PERLINDUNGAN DISEDIAKAN

1 2 3

Bergerak dengan pantas dan dengan tenang ke dalam pusat perlindungan dan tutup pintu.

Jauhi dari pintu dan dinding tempat perlindungan dan jangan bersandar.

Dengar radio untuk maklumat penting yang dikeluarkan oleh SCDF; anda boleh meninggalkan tempat perlindungan sebaik sahaja isyarat Aman kedengaran (ms 60).

62

WATER

WATER

Kecemasan Semasa Peperangan

LUBANG-LUBANG PENGUDARAAN
Selain daripada soket lampu, kuasa, telefon dan televisyen/radio disediakan di dalam Pusat Perlindungan Keluarga dan Bertingkat, terdapat dua lubang pengudaraan pada dindingnya).

SEMASA WAKTU AMAN



Biarkan sekurang-kurangnya 25% daripada lubang pengudaraan terbuka sekiranya terdapat seseorang terperangkap di dalam tempat perlindungan

SEMASA KECEMASAN WAKTU PEPERANGAN



Menggunakan perkakas-perkakas rumah, tutup lubang-lubang pengudaraan dengan ketat menggunakan kepingan keluli yang disediakan bagi memastikan tempat perlindungan kedap udara; ini akan melindungi anda sekeluarga daripada menghidu udara yang tercemar dari luar Dengan kedua-dua lubang pengudaraan ditutup ketat, anda boleh berlindung di dalam tempat perlindungan untuk beberapa jam bergantung kepada faktor-faktor seperti bilangan penghuni serta umur, jantina dan keadaan fizikal mereka Sekiranya terdapat keperluan untuk memanjangkan tempoh tinggal atau menampung lebih ramai orang di dalam tempat perlindungan, SCDF akan memaklumkan kepada anda untuk melekapkan peralatan yang ditentukan kepada lubang bagi meningkatkan pengudaraan

63

Tempat Perlindungan
Kecemasan Semasa Peperangan
TEMPAT PERLINDUNGAN AWAM
Tempat Perlindungan Awam dibina di tempat-tempat seperti stesen MRT, di kolong blok HDB, sekolah, pusat komuniti dan bangunan kerajaan. Untuk mengenal pasti pusat perlindungan awam, cari tanda tempat perlindungan Pertahanan Awam. Senarai Tempat Perlindungan Awam dan lokasinya boleh didapati di www.scdf.gov.sg di bawah Building Professionals, CD Shelter.

Shelter

APBILA ANDA TIADA DI RUMAH DAN MENDENGAR ISYARAT KECEMASAN (ms 60)

Bergerak dengan pantas ke arah Tempat Perlindungan Awam yang terdekat tetapi jangan berasak-asak; sekiranya anda berada di dalam kenderaan, hentikan kereta di tepi jalan, kunci dan tuju ke tempat perlindungan berhampiran.

Jika anda tidak dapat mencari Tempat Perlindungan dalam masa beberapa minit selepas isyarat Kecemasan kedengaran, anda boleh mencari perlindungan di dalam terowong, laluan bawah, tingkat bawah tanah, parit, salir pembentung dan longkang terbuka.

3 4

Ikuti arahan-arahan yang diberikan oleh kakitangan SCDF.

Jika anda bersama keluarga, bergerak sebagai satu unit untuk mengelakkan kebimbangan dan membantu kanak-kanak serta golongan yang kurang upaya dan warga tua.

Jangan membawa barangan yang besar dan mudah terbakar ke dalam tempat perlindungan.

64

Kecemasan Semasa Peperangan

SEJURUS BERADA DI DALAM TEMPAT PERLINDUNGAN AWAM

1 2 3 4 5

Masuk menuju ke tengah tempat perlindungan dan jangan menghalang pintu masuk dan laluan.

Duduk bersama sebagai satu kumpulan dan jangan ke sana sini.

Jangan menyalakan api untuk memasak.

Berdiam diri dan dengar pengumuman radio dan televisyen yang dilakukan oleh SCDF.

Beritahu kakitangan SCDF jika anda berhadapan dengan sebarang masalah.

MENINGGALKAN TEMPAT PERLINDUNGAN AWAM

1 2 3

Tinggalkan tempat perlindungan hanya apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.

Bergerak sebagai satu keluarga.

Bersabar; jangan bertolakan dan tergesa-gesa.

65

Langkah-langkah Defensif
Kecemasan Semasa Peperangan
MENGELAKKAN KEROSAKAN
Walaupun kita tidak boleh menghalang penggunaan senjata-senjata (contohnya bom dan pelancar lain) yang mengakibatkan kerosakan semasa waktu peperangan, terdapat langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan kerosakan terhadap harta benda, seperti:

Menguatkan semua permukaan kaca dengan pita bagi mengurangkan kemusnahan Menanggalkan semua objek yang tergantung di dinding dan yang terdapat di balkoni dan tingkap

JIKA BERLAKU GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK


Walaupun tindakan memadamkan lampu keseluruhannya tidak boleh mencegah musuh daripada serangan udara atau menembak, ia boleh mengurangkan keupayaan musuh untuk mengenal pasti sasaran-sasarannya. Langkah-langkah jika berlaku gangguan bekalan elektrik termasuk:

Memadamkan semua lampu-lampu di bahagian luar Menutup semua lampu di bahagian dalam kedai-kedai seperti tingkap-tingkap dan pintu dengan langsir Menutupi lampu kenderaan dengan pita hitam dan hanya meninggalkan sebahagian kecil sahaja terdedah

66

Kecemasan Semasa Peperangan

BAB 5

KEGANASAN

68 Ancaman kimia 71 Ancaman biologi 74 Anthrax 75 Ancaman bom 78 Sekiranya berlaku letupan 79 Berpindah dari kawasan letupan 80 Ancaman bom kotor 82 Perlindungan Dalaman 85 Prosedur dekontaminasi 86 Keselamatan pengangkutan awam

67

Ekoran peristiwa serangan 11 September, kemungkinan peranti CBRE (Kimia, Biologi, Radiologi dan Bahan Letupan) digunakan dalam serangan pengganas terhadap orang awam yang tidak bersalah menjadi kebimbangan semua. Oleh itu, memahami dan mengetahui bentuk tindakan yang perlu diambil adalah penting dalam perjuangan kita menentang keganasan.

67

Ancaman Kimia
Keganasan
Serangan agen kimia ialah pembebasan bahan-bahan kimia yang berbahaya yang disengajakan untuk membunuh, mencederakan dengan serius dan melumpuhkan orang ramai. Banyak agen-agen kimia boleh disebarkan dalam serangan melalui alat letupan yang diubahsuai, alat-alat semburan, senjata ketenteraan dan lain-lain cara. Agen sedemikian termasuk agen saraf, pelepuhan, darah dan mencekik.

TANDA-TANDA KEMUNGKINAN TERJADINYA SERANGAN AGEN KIMIA



Terdapat ramai orang di dalam kawasan yang sama mempamerkan gejala-gejala seperti:
Mata berair atau penglihatan kabur Sakit kepala dan kepeningan Sukar bernafas Kekeringan tekak, batuk atau kerengsaan melampau kepada saluran pernafasan Rasa mual atau muntah Peliuran Kesesakan dada Kemerahan pada kulit serta kesakitan yang teruk dan pembentukan lepuh apabila tersentuh bahan Renggutan otot, sawan dan kekejangan Sifat tidak bertarak Ketidaksadaran

Tiga atau lebih orang rebah tanpa sebarang sebab Banyak burung dan binatang kecil mati atau sakit di kawasan terlibat

68

Keganasan

SEKIRANYA BERLAKU SERANGAN AGEN KIMIA



Jika mungkin, tentukan dengan cepat kawasan yang terjejas atau dari mana datangnya pembebasan kimia Jika serangan berlaku di dalam bangunan, tutup mulut dan hidung anda dengan kain lembap (contohnya tuala basah) dan mengosongkan bangunan dengan segera tanpa melalui kawasan yang tercemar Jika serangan berlaku di luar dan anda terdedah kepadanya, tutup mulut dan hidung anda dengan sehelai kain dan beredar dari kawasan terlibat Cari perlindungan secepat mungkin dan melaksanakan Perlindungan Dalaman (ms 82); jangan berjalan ke arah angin kerana ia boleh membawa bersama kimia-kimia berbahaya Jika anda berada di dalam kenderaan semasa serangan berlaku, tuju ke rumah, pejabat atau bangunan awam dengan segera sekiranya berdekatan; jika sebaliknya, laksanakan Perlindungan Dalaman di dalam kenderaan anda (ms 84)
Jangan meninggalkan tempat perlindungan untuk membantu orang lain sehingga pihak berkuasa mengatakan ia adalah selamat berbuat demikian

69

Ancaman Kimia
Keganasan
SEKIRANYA ANDA TELAH TERDEDAH KEPADA AGEN KIMIA
Jika anda mengalami gejala luar biasa seperti yang disenaraikan pada ms 60, anda mungkin telah terdedah kepada agen kimia. Anda harus pergi ke kemudahan pembersihan yang terdekat (ms 85). Jika tidak berkemungkinan:

1 2

Cari sumber air yang terdekat.

Tanggal dan potong pakaian tercemar yang biasanya ditanggalkan melalui kepala dengan segera untuk mengelakkan terkena mata, hidung dan mulut. Ikatkan pakaian tercemar itu ke dalam sebuah beg, jika ada, untuk pelupusan yang betul seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.

3 4 5 6

Bilas diri anda dengan teliti; gunakan sabun jika ada.

Jika boleh cari bantuan perubatan dengan segera.

Dail 995 untuk SCDF, beritahu kepada mereka bahawa anda mungkin telah terdedah dengan agen kimia serta lokasi anda.

Bertenang dan tunggu bantuan dari SCDF.

SEKIRANYA ANDA MENGESYAKI YANG SESEORANG ITU TELAH TERDEDAH KEPADA AGEN KIMIA
Jangan cuba untuk memberikan pertolongan cemas kepada orang yang terlibat; anda boleh terjejas oleh kimia tersebut
dan turut menjadi seorang mangsa

Beredar dari kawasan terlibat dan dail 995 untuk SCDF

70

Ancaman Biologi
Keganasan
Serangan agen biologi ialah pembebasan agen-agen biologi yang sengaja dilepaskan dalam bentuk mikro-organisma hidup dan toksin-toksin biologi untuk membunuh atau melumpuhkan orang ramai. Agen sedemikian boleh dilepaskan ke dalam persekitaran oleh penyembur aerosol, makanan dan air serta pembawa jangkitan seperti nyamuk dan tikus. Beberapa agen biologi yang berjangkit (contohnya cacar).

TANDA-TANDA KEMUNGKINAN TERJADINYA SERANGAN AGEN


Serangan agen biologi tidak segera ditunjukkan dengan jelas kerana terdapat tempoh inkubasi di mana kesan-kesan agen tidak dapat dilihat. Anda perlu mencari:

Bahan-bahan berserbuk atau seperti gel yang luar biasa dan barang-barang yang mencurigakan Laporan mengenai trend penyakit-penyakit luar biasa di dalam komuniti Ramai orang sakit mendapatkan rawatan perubatan

71

Ancaman Biologi
Keganasan
SEKIRANYA BERLAKU SERANGAN AGEN
Disebabkan kesan-kesan terpendam agen-agen biologi, ia mengambil masa untuk mengenal pasti dan mengesahkan serangannya. Akibatnya, pegawai-pegawai kesihatan awam tidak dapat menyediakan maklumat ke atas tindakan segera yang perlu diambil bagi menentang serangan agen biologi. Anda disarankan mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

Hand Sanitizer

Anti-bacterial Handsoap

Mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan yang baik untuk mengelakkan penyebaran kuman-kuman Memantau berita dengan teliti untuk maklumat lanjut mengenai gejala-gejala agen biologi dan di mana untuk mendapatkan bantuan perubatan kecemasan sekiranya anda terjejas Jangan mengandaikan sebarang penyakit atau gejala-gejala yang didapati diisytiharkan sebagai kecemasan biologi kerana terdapat banyak penyakit biasa yang mempunyai gejala-gejala yang sama; anda dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan jika kurang pasti

72

Keganasan

JIKA ANDA TELAH TERDEDAH KEPADA AGEN BIOLOGI



Anda mungkin tidak mengalami mana-mana gejala dengan jelas, tetapi anda harus mengenal pasti segera di mana biologi yang disyaki dilepaskan, jika boleh, dan beredar dengan serta merta Tutup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain lembap semasa beredar dari punca kawasan Jika anda berada di dalam bangunan, maklumkan kepada pengurusan bangunan dan hubungi 999 untuk melaporkan bahawa anda telah terdedah kepada agen biologi; tinggalkan nombor telefon sekiranya perlu untuk menghubungi anda Secepat mungkin, mandi dengan teliti menggunakan air dan sabun dan tukarkan kepada pakaian bersih; ikatkan pakaian yang tercemar ke dalam beg untuk dilupuskan dengan betul seperti mana yang diarahkan oleh pihak berkuasa Jika anda atau ahli keluarga anda jatuh sakit, dapatkan nasihat perubatan di hospital yang dipilih oleh pihak berkuasa

JIKA ANDA fIKIR SESEORANG ITU TELAH TERDEDAH KEPADA AGEN BIOLOGI
Anda boleh membantu mangsa jika anda mempunyai perlindungan pernafasan yang mencukupi
(contohnya topeng N-95) sebaliknya, jauhi daripada orang terbabit dan elakkan sentuhan secara langsung

Hubungi 995 untuk bantuan daripada SCDF atau 999 untuk Polis

73

Anthrax
Keganasan
Anthrax ialah satu penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan ianya dalam bentuk serbuk, walaupun tidak berjangkit, ia memberikan ancaman kepada keselamatan awam. Di Singapura, SCDF, Polis, Kementerian Kesihatan dan Pos Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani ancaman ini.

SEKIRANYA ANDA MENGESYAKI BAHAWA SEBUAH ARTIKEL MENGANDUNGI ANTHRAX



Hubungi 995 atau 999 untuk bantuan daripada SCDF atau Polis; maklumkan kepada kakitangan dan/atau pengurusan keselamatan jika anda berada di dalam bangunan Jangan memegang artikel secara langsung, menghidu atau mendedahkan kandungannya, atau mencuba untuk membersihkan kandungan yang tertumpah, jika ada Jika artikel telah dibuka, tutup kandungan yang terdedah atau tertumpah dengan penutup plastik, kain, kertas atau tong sampah dengan segera; jangan mengalihkan penutup tersebut sehingga pihak berkuasa sampai Tutup semua unit kipas dan pengudaraan di dalam kawasan yang terlibat Tinggalkan bilik dan tutup pintu atau menyekat kawasan tersebut untuk menghalang daripada dimasuki Pergi ke tandas atau tempat membasuh dan basuh tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sabun dan air Sediakan senarai nama dan nombor telefon semua orang yang berada di sekitar artikel yang mencurigakan dan serahkannya kepada Polis untuk siasatan lanjut Secepat mungkin, buang semua pakaian (lihat ms 70, Langkah 2) mandi dengan teliti menggunakan sabun dan air serta tukarkan pakaian baru; jangan menggunakan peluntur atau bahan penyahjangkitan yang kuat lain pada kulit anda Pakaian yang mungkin terdedah kepada anthrax perlu diikat ke dalam sebuah beg plastik dan dilupuskan dengan betul menurut garis panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa

74

Ancaman Bom
Keganasan
JIKA ANDA MELIHAT ARTIKEL YANG MENCURIGAKAN ATAU BOM YANG BELUM DILETUPKAN

1 2 3 4

Hubungi 999 dengan segera dan laporkannya kepada Polis; sediakan butiran seperti bentuk, saiz, warna dan lokasi bom yang disyaki.

Jangan menyentuh atau mengalih bom yang disyaki.

Jauhi daripadanya dan memperingatkan orang di kawasan itu untuk jauhi daripada bom yang disyaki.

Untuk prosedur pemindahan, rujuk ms 79.

75

Ancaman Bom
Keganasan
JIKA ANDA MENERIMA ANCAMAN BOM MELALUI TELEfON

1 2 3

Jangan cemas, dan jika boleh, berikan isyarat kepada seseorang berdekatan untuk membuat laporan Polis dan seseorang lagi untuk memberitahu kakitangan/pengurusan bangunan secepat mungkin.

Biarkan pemanggil berbual selama yang mungkin untuk melengahkan masa dan catatkan perkataan tepat yang digunakannya dalam ancaman.

Cuba dapatkan dari pemanggil: Bilakah bom itu akan meletup Di manakah bom itu diletakkan Apakah jenis dan bagaimanakah rupa bom itu Apakah yang mencetuskan bom untuk meletup Jika dia meletakkan bom sendiri dan mengapa Apakah pesanan yang cuba disampaikan dan kepada siapa Nama dan lokasi terkini

Perhatikan bagaimana suara pemanggil, contohnya: Ciri-ciri suara pemanggil, contohnya sama ada suara lelaki, wanita atau kanak-kanak, umur yang berkemungkinan dan lain-lain Bahasa dan loghat yng digunakan Artikulasi, contohnya pemanggil bertutur dengan lancar atau gagap Nada suara, contohnya emosional, marah atau tenang Bunyi bising di belakang seperti bunyi trafik, muzik, pengumuman dan lain-lain

5 6

Jangan menimbulkan kemarahan atau menghina pemanggil dalam apa cara sekalipun

Jangan menyebarkan khabar angin.

76

Keganasan

JIKA ANDA MENERIMA SURAT ATAU BUNGKUSAN YANG MENCURIGAKAN

Ia mungkin sebutir bom jika: Bayaran pos berlebihan berbanding beratnya Terlalu banyak ikatan tali dan pita pelekat digunakan Bentuk , saiz yang ganjil dan berasa tegar Kesan-kesan minyak atau kelunturan pada bahan pembungkus Bau luar biasa yang berbau seperti badam Kandungan berlogam dimana goncangan secara perlahan artikel tersebut akan menghasilkan bunyi metalik Wayar atau kerajang aluminum melekat di luar artikel Tulisan tangan yang tidak dikenali Hanya nama penerima padanya atau tanda pembatas seperti Peribadi, Rahsia dan Untuk dibuka oleh penerima sahaja

2 3 4 5 6 7

Jangan cuba membuka surat atau bungkusan jika anda mengesyaki ia mengandungi bahan letupan; kebanyakan bom direka untuk meletup apabila bungkusan luar dikoyakkan atau dipotong dan dibuka.

Jika anda tidak pasti asalnya dan anda ada sebab mengesyakinya sebutir bom, laporkan kepada pihak Polis secepat mungkin.

Letakkan surat atau bungkusan bom yang disyaki di sudut bilik jauh dari tingkap.

Kosongkan bilik dan bangunan jika perlu, sementara itu biarkan semua pintu dan tingkap terbuka bagi mengurangkan kesan-kesan taburan kaca jika bom meletup.

Maklumkan kepada pihak pengurusan bangunan dan kakitangan keselamatan, berikan butiran jelas tentang lokasi surat atau bungkusan bom.

Nantikan arahan lanjut daripada pihak berkuasa.

77

Sekiranya Berlaku Letupan


Keganasan
JIKA ANDA TERCEDERA:

1 2 3

Jangan menggunakan telefon bimbit anda untuk memanggil bantuan kerana ia boleh mencetuskan letupan yang kedua.

Jika anda mampu berpindah, beredar dari kawasan terlibat. Jika anda terperangkap, rujuk ms 56.

Jangan terlalu banyak bergerak kerana anda mungkin memburukkan kecederaan anda.

Jangan menggunakan telefon bimbit anda berhampiran dengan kawasan letupan atau ancaman bom.

Jika anda tidak berada di dalam kawasan terlibat, jauhi dari tapak letupan dan jangan mendail 995 atau 999 melainkan anda berhadapan dengan kecemasan; ikuti perkembangan terkini melalui radio atau televisyen Selepas berlakunya letupan, berhati-hati terhadap bahaya letupan selepas itu seperti:
Struktur-struktur, dinding, galang, tiang yang rosak dan kepingan-kepingan tergantung Lubang-lubang dalam tanah Serpihan tajam dan kaca pecah Asap, kebakaran dan wasap toksik Kebocoran air dan gas disebabkan kerosakan paip utiliti dan terdedah kepada kabel-kabel elektrik hidup Alat-alat bom sekunder yang berpotensi

Memastikan keselamatan sendiri sebelum membantu yang lain Jika keselamatan mengizinkan dan anda adalah pembantu pertolongan kecemasan terlatih, rawat mangsa di mana mereka berada sehingga ketibaan penggerak balas kecemasan Jika anda bukannya terlatih dalam pertolongon cemas, beredar dari kawasan berbahaya; perhatikan lokasi-lokasi mangsa yang cedera parah dan maklumkan kepada para penyelamat untuk merawatnya

78

Evakuasi Dari Kawasan Letupan


Keganasan

Bertenang dan jangan cemas Bawa keperluan asas sahaja dan berpindah dengan cara teratur Jangan menggunakan lif kerana ia mungkin rosak; gunakan tangga tetapi jangan biarkan pintu terbuka kerana ia akan membenarkan lebih banyak asap memasuki tangga Jangan berlari; berjalan dengan cepat dan bantu orang yang kurang upaya, kanak-kanak dan warga tua di sepanjang perjalanan itu Biarkan jalan dan lorong pejalan kaki kosong untuk kenderaankenderaan kecemasan dan para penyelamat ketika keluar mencari mereka Jangan menggunakan telefon bimbit, radio atau peralatan elektronik di tapak pengeboman kerana ianya mungkin mencetuskan letupan tahap kedua Dengan secepat mungkin, biarkan orang yang dikasihi tahu bahawa anda selamat Jangan menyebarkan khabar angin mengenai keadaan itu Jangan memasuki bangunan yang strukturnya telah rosak oleh letupan Tinggalkan kawasan tersebut dan bersurai secepat mungkin sekiranya berlaku serangan susulan; sekiranya serangan berlaku di tempat kerja, anda boleh menerokai cara-cara alternatif dengan mengambil kira kakitangan, rakan sekerja, penyewa dan pelanggan anda
Jangan menghalang jalan-jalan dan lorong pejalan kaki ketika berpindah. Berikan laluan kepada kenderaan kecemasan dan para penyelamat.

Jangan memasuki bangunan yang telah terjejas oleh letupan.

79

Ancaman Bom Kotor


Keganasan
Bom kotor menggunakan bahan letupan konvensional yang dimasukkan bersama bahanbahan radioaktif. Apabila diletupkan, bahan-bahan radioaktif berbahaya akan berselerakan ke dalam udara, menyebabkan pencemaran radiologi ke atas kawasan yang luas.

KESAN-KESAN RADIASI
Bergantung kepada takat pendedahan terhadap radiasi, kesan-kesan boleh dikategorikan daripada tiada sebarang kesakitan hingga kesakitan radiasi seperti rasa loya, muntah, keradangan di bahagian terdedah dan kulit terbakar. Dalam sesetengah kes, mereka yang terdedah kepada radiasi boleh menyebabkan pertumbuhan sel kanser yang tidak ketara sehingga beberapa tahun kemudian.

TANDA-TANDA KEMUNGKINAN SERANGAN BOM KOTOR



Rupa dan letupan bom ini kelihatan dan kedengaran sama seperti letupan konvensional; dan mangsa-mangsa letupan sedemikian berkemungkinan mengalami kecederaan letupan termasuk kebakaran dan luka-luka serpihan Peralatan khas diperlukan untuk mengesan kehadiran bahan radioaktif dalam serangan bom ini; sebaliknya, ia adalah hampir mustahil untuk membezakannya dengan letupan bom konvensional

80

Keganasan

SEKIRANYA BERLAKU SERANGAN BOM KOTOR



Jika anda berada di luar dan letupan/radiasi berlaku berdekatan:
Tutup mulut dan hidung anda dengan tuala lembap dan jauhkan dari tempat berbahaya Jangan berjalan ke arah angin kerana ia boleh membawa zarah-zarah radioaktif

Jika anda berada di dalam rumah dan letupan/radiasi berlaku berhampiran dengan bangunan:
Periksa dinding dan unsur-unsur bangunan untuk sebarang kerosakan Jika kawasan anda adalah stabil, tunggu, tutup semua tingkap dan pintu dan padamkan hawa dingin dan sistem pengalihan udara yang lain Jika ia tidak stabil, berpindah dari bangunan yang musnah dengan cara yang sama sebagaimana anda berada di luar (lihat di atas)

Jika terdapat letupan/radiasi di dalam bangunan anda:


Tutup mulut dan hidung anda dengan sehelai kain lembap dan tinggalkan bangunan dengan segera Jika anda telah terdedah, nantikan untuk didekontaminasi oleh kakitangan SCDF; sebaliknya, beredar dari kawasan berbahaya dan elakkan berjalan ke arah angin

Ikuti siaran radio tempatan atau saluran televisyen untuk nasihat daripada pihak berkuasa di mana anda boleh melaporkan diri untuk pemantauan radiasi dan ujian lain bagi menentukan sekiranya anda telah terdedah kepada radiasi; anda juga turut diberikan nasihat mengenai langkah-langkah menjaga kesihatan

Selepas berlakunya letupan berdekatan, periksa sebarang kerosakan pada dinding dan elemen bangunan.

81

Perlindungan Dalaman
Keganasan
Anda dikehendaki mematuhi Perlindungan Dalaman (IPP) apabila bahan-bahan berbahaya dilepaskan ke dalam persekitaran dengan sengaja atau sebaliknya. IPP digunakan untuk mengurangkan penyerapan bahan berbahaya ke dalam tempat kediaman, sekolah atau tempat kerja anda. Jika anda berada di luar semasa bahan berbahaya dibebaskan, dapatkan perlindungan dan laksanakan IPP dengan segera.

BILIK IPP
Sebelum berlakunya kecemasan, adalah penting menandakan sebuah bilik di kediaman anda untuk IPP. Bilik itu sebaikbaiknya:

KIT IPP
Anda juga harus menyediakan kelengkapan IPP termasuk:

Satu ruang dalaman yang menawarkan beberapa perlindungan terhadap letupan-letupan biasa Cukup besar bagi menampung bilangan penghuni supaya udara di dalam mampu bertahan selama yang diperlukan; IPP dijangka digunakan hanya untuk beberapa jam Mempunyai beberapa lubang dan tingkap yang memerlukan penutupan Tiada alat hawa dingin yang dipasang pada dinding kerana ia sukar untuk dicapai dan ditutup dengan betul Dilengkapi dengan bilik air dan bekalan airr

Gulungan pita pelekat yang lebar Beg-beg sampah atau kepingan plastik yang besar, diperkemaskan untuk menutup tingkap dan lubang-lubang di dalam bilik prapilihan IPP Radio dan bateri-bateri tambahan Beberapa pasang gunting Barangan penjagaan khas untuk memenuhi keperluan kumpulan tertentu (contohnya bayi dan ahli keluarga di dalam rawatan jangka panjang) Barang-barang pilihan seperti lampu suluh, air botol (jika sekiranya tiada bekalan air di dalam bilik IPP) dan catuan-catuan kering (mencukupi sekurang-kurang untuk satu hidangan)

IPP
T (1 B RA 0 A S Pa G H ck s)

82

Keganasan

PROSEDUR IPP DI RUMAH


Terdapat tiga langkah mudah dalam melaksanakan prosedur IPP:

BERPINDAH

Bila arahan diberikan oleh pihak berkuasa untuk menjalankan IPP, anda harus bertenang, kumpulkan ahli keluarga dan haiwan peliharaan anda ke dalam rumah/bangunan Tutup dan kunci semua pintu, tingkap dan lubang-lubang Padamkan semua unit-unit pengudaraan dan sistem hawa dingin yang membawa masuk udara dari luar; kipas bilik boleh dibuka dengan kelajuan perlahan

JANGAN KELUAR

Ambil kit IPP anda dan tuju ke bilik yang ditentukan untuk IPP Gunakan pita pelekat dan beg-beg sampah untuk menutup jurang jelas di sekitar tingkap, pintu, lubang dan rekahan lain; gunakan tuala basah untuk menutup jurang pintu. Jika sesiapa terjejas oleh bahan berbahaya, hubungi 995 untuk SCDF

IKUTI SIARAN

Ikuti siaran radio atau televisyen untuk maklumat lanjut mengenai keadaan dan arahan daripada pihak berkuasa Anda boleh meninggalkan bilik itu dan menanggalkan semua penutup apabila diarahkan oleh pihak berkuasa

Lekatkan satu lapisan utama pita untuk menutup sebarang jurang yang jelas. Jika berkesempatan, tutup beg sampah ke atas tingkap, lohong atau lubang untuk bertindak sebagai penghalang tambahan.

83

Perlindungan Dalaman
Keganasan
PROSEDUR IPP DI SEKOLAH DAN TEMPAT KERJA
Walaupun prosedur IPP untuk tempat kerja dan sekolah adalah sama seperti untuk di rumah, perancangan awal oleh pengurusan bangunan adalah penting dalam memastikan penyelarasan yang baik dan reaksi segera bagi bilangan penghuni yang ramai. Contoh garis panduan untuk mempersiapkan bangunan bukan kediaman untuk IPP terdapat di www. scdf.gov.sg di bawah Building Professionals, Publications.

PROSEDUR IPP DI DALAM KENDERAAN


Jika anda sedang memandu semasa berlakunya pembebasan bahan berbahaya, pandu ke arah rumah, sekolah atau tempat kerja anda jika ianya berhampiran dan laksanakan prosedur IPP di sana. Jika sekiranya tidak boleh:

Tutup lubang-lubang sistem hawa dingin dengan pita, jika boleh.

1 2 3 4

Tutup tingkap dan lubang-lubang; jika boleh, tutup lubanglubang sistem hawa dingin dengan pita.

Beredar dari kawasan terlibat.

Singgah di kawasan yang selamat dan tutup hidung serta mulut anda dengan sehelai kain.

Ikuti siaran radio untuk maklumat terkini tentang keadaan berkenaan dan tunggu arahan selanjutnya.

84

Prosedur Dekontaminasi
Keganasan
Sekiranya berlaku kejadian yang melibatkan bahan kimia, biologi atau radiologi, SCDF akan menyediakan kakitangan bagi kemudahan dekontaminasi di tempat kejadian untuk mendekontaminasikan orang-orang yang terjejas. Proses kritikal ini dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah pencemaran silang. Proses dekontaminasi yang menyeluruh melibatkan langkah-langkah berikut

MANDIAN

PENDAfTARAN

Ambil beg untuk diisi barangan peribadi dan tuliskan nombor Kad Pengenalan/FIN anda ke atasnya dengan penanda dakwat yang tidak larut Letakkan barangan berharga anda dalam beg, zipkan dan serahkan beg tersebut kepada kakitangan SCDF Ambil satu beg sampah dan terus pergi ke bahagian pancuran

Ambil span, lalu membongkok dan basuh rambut anda terlebih dahulu Basahkan seluruh badan dan sapukan cecair pencuci bukan ionik yang disediakan; gosok badan anda dengan menyeluruh, terutamanya di kawasan ketiak dan pangkal paha Buangkan span yang dipakai ke dalam tong sampah dan mandi dengan sempurna selama 2 minit untuk membilas bahan pencuci

MENGERINGKAN

Ambil tuala dan keringkan badan anda; buang tuala terpakai ke dalam tong sampah

MENANGGALKAN PAKAIAN
Tanggalkan semua pakaian dan kasut, dan gunting pakaian tercemar yang biasanya ditanggalkan melalui kepala untuk mengelakkan sentuhan dengan mata, hidung dan mulut anda; dengan langkahlangkah sedemikian akan meluputkan sehingga 80% daripada pencemaran

MEMANTAU

Angkatkan tangan ke tepi untuk menjadikan bentuk T dengan badan anda; dengan cara ini, kakitangan SCDF dapat mengimbas badan anda bagi sebarang kesan-kesan pencemaran yang masih ada Jika sisa-sisa bahan tercemar dikesan, anda perlu mengulang langkah 3 hingga 5

Letakkan barang-barang tadi ke dalam beg sampah dan ikat beg itu dengan dawai pengikat yang disediakan; buang beg tersebut ke dalam tong sampah

MENGENAKAN PAKAIAN

Sebaik sahaja anda telah didekontaminasi, sarungkan jubah mandi dan kasut yang disediakan, kemudian berehat di kawasan simpanan sementara dan tunggu arahan selanjutnya daripada SCDF

85

Keselamatan Pengangkutan Awam


Keganasan
Sistem pengangkutan awam adalah sasaran mudah untuk pengganas-pengganas di mana kewaspadaan adalah penting. Jika anda melihat sesuatu atau seseorang yang mencurigakan, maklumkan kepada kapten bas, pengendali keretapi atau kakitangan keselamatan transit dengan segera. Sekiranya terdapat ancaman kepada nyawa atau kes-kes kecederaan, hubungi 999 untuk Polis dan 995 untuk SCDF.

APABILA MENINGGALKAN KERETAPI ATAU BAS



Jangan cemas jika masalah berlaku semasa keretapi atau bas sedang bergerak Dengar dengan teliti pengumuman yang dibuat oleh kakitangan pengangkutan dan ikut arahan-arahan dengan teliti Utamakan keselamatan orang kurang upaya, kanak-kanak dan warga tua Untuk keretapi:
Jangan buka pintu secara paksa atau cuba melompat keluar dari keretapi Bergerak ke arah salah satu penghujung keretapi dan keluar dengan cara teratur melalui pintu-pintu keluar kecemasan Kuasa elektrik di landasan keretapi tidak akan berfungsi jadi anda boleh berjalan di atasnya dengan selamat; lampu kecemasan dan pengalih udara akan disediakan di dalam keretapi dan terowong-terowong

86

Keganasan

Siap Bersedia. Bersedia. Sentiasa Bersedia.

87

Anda adalah satu bahagian penting dalam Pertahanan Awam. Dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan kebakaran dengan baik dan mempelajari kemahiran menjaga keselamatan, anda mampu menyediakan kediaman yang lebih selamat untuk orang yang dikasihi. Berikut ialah beberapa cara bagi mempersiapkan diri anda dengan lebih baik untuk menghadapi kecemasan.

87

Siap Bersedia. Bersedia. Sentiasa Bersedia.


PROGRAM KESEDIAAN KECEMASAN MASYARAKAT
CEPP ialah program latihan lima modul yang dijalankan secara percuma kepada orang awam. Program ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang berikut:

Bantuan kecemasan asas CPR perseorangan dan penggunaan AED (Defibrilator Luaran Automatik) Keselamatan Kebakaran dan pemindahan mangsa Prosedur-prosedur kecemasan Ancaman-ancaman luar biasa

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program dan pendaftaran, sila hubungi SCDF di talian 6848 1524/1532 (semasa waktu pejabat) atau lungsuri lelaman web SCDF di, www.scdf.gov.sg. Jadual latihan pada ms 89 tertakluk kepada perubahan dan adalah disyorkan untuk menghubungi nombor yang dinyatakan sebelum ini atau lungsuri lelaman web SCDF untuk butiran pendaftaran.

88

8.15 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat


MASA 8.15 pagi 8.30 pagi 10.30 am 10.40 pagi 1.10 petang BUTIR PROGRAM Pendaftaran Bantuan Kecemasan Asas Rehat CPR perseorangan dan AED Makan tengahari Keselamatan Semasa Kebakaran & Pemindahan Mangsa Rehat Prosedur Kecemasan

PROGRAM SATU HARI

7.00 malam ke atas, Isnin hingga Jumaat


HARI Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat MASA TAMAT 9.00 malam 9.30 malam 8.30 malam 8.00 malam 9.00 malam

PROGRAM MALAM PADA HARI BEKERJA


BUTIR PROGRAM Bantuan Kecemasan Asas CPR perseorangan dan AED Keselamatan Semasa Kebakaran & Pemindahan Mangsa Prosedur Kecemasan Ancaman-Ancaman Luar Biasa

2.10 petang

1 .00 petang ke atas, Sabtu dan Ahad


HARI Sabtu MASA TAMAT 6.00 petang

PROGRAM PETANG PADA HUJUNG MINGGU


BUTIR PROGRAM Bantuan Kecemasan Asas CPR Perseorangan dan AED Keselamatan Semasa Kebakaran & Pemindahan Mangsa Prosedur Kecemasan Ancaman-Ancaman Luar Biasa

3.30 petang 3.40 petang 4.40 petang

Ahad Ancaman-Ancaman Luar Biasa

5.00 petang

89

Siap Bersedia. Bersedia. Sentiasa Bersedia.


MAKLUMAT KECEMASAN BERGERAK (READY MOBILE)
SCDF Ready Mobile ialah koleksi khidmat nasihat kecemasan yang boleh didapati dalam empat bahasa yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit anda untuk rujukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia boleh dimuat turun melalui:

ICE M om 87654 3 Calling. 21


..

Lelaman web SCDF di www.scdf.gov.sg di bawah Community & Volunteers Aliran Mudah Alih 3G daripada Singtel, M1 atau Starhub

APPLIKASI IPHONE
SCDF telah menghasilkan siri-siri menarik applikasi asal iPhone yang membawa pembelajaran interaktif dalam kemahiran kesediaan kecemasan ke peringkat lebih tinggi. Lawati lelaman web kami di www.scdf.gov.sg untuk maklumat lebih lanjut.

I.C.E. IN CASE Of EMERGENCY (SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN)


Dengan menambahkan akronim ICE sebelum nama orang-orang di dalam telefon bimbit anda yang ditandakan sebagai waris, ia akan membolehkan pemberi bantuan kecemasan untuk mengenal pasti dan menghubungi waris anda sekiranya berlaku kemalangan. Untuk ICE telefon anda, dengan hanya memilih buku telefon di dalam telefon bimbit wujudkan atau sunting nombor kenalan anda. Kemudian, bubuh kekata ICE sebelum nama seseorang diikuti dengan nombor telefon (jika ia adalah nombor baru) dan simpan penambahan itu.

90

PENILAIAN KESEDIAAN MASING-MASING (IREA)


IREA membenarkan anda menilai keadaan kesediaan semasa anda dalam tiga bidang: Kesedaran, Kesediaan dan Keyakinan. Untuk menilai tahap kesediaan anda, lawati www.scdf.gov.sg di bawah Community & Volunteers.

91

Nombor-Nombor Penting

KHIDMAT AMBULAN, KEBAKARAN DAN KECEMASAN 995 KHIDMAT AMBULAN BUKAN KECEMASAN PERTANYAAN UMUM SCDf
[untuk maklumat mengenai prosedur kecemasan, PWS, tempat perlindungan dan panduan keselamatan diri]

1777 1800 286 5555 1800 367 7233 999 1800 255 0000 1800 284 6600 1800 778 8888 1800 752 1800 6325 7191 6325 7393 1800 275 5555 1800 325 8888 1800 354 3333

MAKLUMAT KECEMASAN SCDf POLIS

[untuk pertanyaan umum]

TALIAN PENTING POLIS LEMBAGA UTILITI AWAM SP POWERGRID CITYGAS

[untuk hal-hal bekalan air]

[untuk melaporkan gangguan bekalan kuasa]

[untuk melaporkan kebocoran paip gas, gangguan bekalan dan tekanan rendah gas]

[untuk melaporkan kecacatan struktur dalam bangunan bukan HDB]

PIHAK BERKUASA BANGUNAN & PEMBINAAN UNIT PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENTING HDB (EMSU)

[untuk melaporkan gangguan bekalan kuasa dan kecacatan struktur dalam bangunan HDB; nombor perkhidmatan untuk bangunan anda boleh didapati di lobi lif ]

92

KESIAGAAN ADALAH SATU-SATUNYA PERLINDUNGAN KITA


Untuk mempelajari kemahiran kelangsungan hidup pertahanan awam dan prosedur kecemasan asas, lawati www.scdf.gov.sg Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan krisis dan kecemasan, sila layari crisis.gov.sg Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tentang persediaan keselamatan dan kecemasan, harap kunjungi ds.ecitizen.gov.sg

Edisi Pertama : 1990

Edisi Kedua : 1993

Edisi Ketiga : 2001

Edisi Keempat : 2003 (dikemaskini : 2004)

Edisi Kelima : 2005 (dikemaskini : 2007)

Edisi Keenam : 2008

Edisi Ketujuh : 2010

SEBUAH PROJEK PEMBANGUNAN MASYARAKAT OLEH:

DENGAN KERJASAMA:
Majlis Persediaan Kebakaran dan Kecemasan Awam Kebangsaan

NFEC

www.nfec.gov.sg

Anda mungkin juga menyukai