Anda di halaman 1dari 6

Peranan Sultan Dalam membicarakan peranan-peranan sultan dalam sistem politik tradisional Melayu kita harus meneliti aspek

kuasa dan kekuasaan yang ada pada seseorang sultan. Apakah kuasa yang ada pada seseorang dan bagaimanakah kuasa ini boleh menentukan kekuasaannya. Dalam memngkaji kuasa seseorang sultan kita boleh perhatikan dari sudut kuasa fizikal, dan kuasa rohani. Dalam kuasa fizikal kita boleh tentukan bahawa seseorang sultan itu mempunyai kekuatan tenaga yang kuat seperti handal bermain senjata, kebal daripada senjata, boleh mempengaruhi rakyat dengan renungan, dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dalam kuasa rohani kita disogokkan dengan kekuatan yang ada pada sultan seperti kuasa daulat dan tulah. Ia juga mempunyai kaitan dengan unsur ketuhanan dan sultan dianggap sebagai orang yang terpilih oleh tuhan dan wakil tuhan. Dengan ini sultan dianggap mempunyai kekusaan yang luar biasa. Untuk mengketengahkan unsur ini dicipta pelbagai mitos mengenai kekuasaan rohani sultan ini. Maka timbullah sultan ialah daripada keturunan Nabi Sulaiman, dan berketurunan buluh bentung. Ini semua bagi mendapatkan ketaatsetiaaan rakyat agar tidak memberontak dan dihubungkan dengan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Melalui kuasa inilah sultan dapat menentukan kekuasaan dan peranannya dalam politik masyarakat Melayu. Sultan dikaitkan dengan kemampuannya untuk menarik minat rakyat bagi memeluk sesuatu agama. Dengan peranan ini juga ia dilantik secara tidak langsungnya sebagai ketua agama bagi sesebuah negeri. Kemampuan sultan dalam mempengaruhi rakyatnya memeluk agama baru dapat dibuktikan melalui pengislaman sultan Melaka, iaiatu Parameswara Dewa Syah. Dengan pemulukan Islam oleh baginda seluruh rakyat Melaka mengikuti sama memeluk agama Islam. Hal ini kerana, sebelumnya sultan dianggap sebagai wakil kepada tuhan. Ini diterima pakai semasaa Melaka dibawah pengaruh Hindu. Bagi rakyat, dengan sultan sebagai wakil tuhan telah memeluk Islam, mereka mesti sama-sama memeluknya agar tidak ditulah dengan daulat sultan. Dalam sistem kesultanan masa kini sultan setiap negeri mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama. Setiap perundangan yang hendak digubal dan dipinda perlu mendapat perkenan sultan. Malahan bagi kes-kes perkahwinan yang tidak mempunyai wali sultan dianggap sebagai wali kepada peihak perempuan. Peranan kedua yang dimainkan oleh sultan ialah baginda dilambangkan sebagai lambang perpaduan bagi kesejahteraan negara. Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem feudal, para pembesar menguasai wilayah-wilayah tertentu. Para pembesar ini mempunyai hak istimewa untuk memungut dan mengenakan cukai kepada para pengikutnya. Seringkali juga para pembesar ini berselisih faham mengenai hak dan kekuasaan mereka. Ini selalunya menimbulkan kekacauan. Bagi mencari jalan penyelesaian tuntutan mereka sultan diangap sebagai orang tengah yang terbaik. Oleh itu, setiap pembesar dalam membuat tindakan akan berusaha untuk mendapatkan perkenan dan restu Sultan. Jika tidak mereka dianggap derhaka dan akan diperangi oleh sultan dan pembersar-pembesar yang menyokong sultan. Keadaan ini dapat juga dilihat bagaimana Dato Maharajalela bermuafakat dengan Sultan Abdullah untuk membunuh JWW Birch. Jika Sultan Abdullah tidak memberikan perkenan maka Maharajalela tidak akan membunuh Birch. Dalam sistem sultan masa kini Yang Dipertuan Agong mempunyai peranan sebagai lambang perpadua masyarakat yang berbilang kaum. Ini terbukti apabila dalam salah satu prinsip Rukunegara yaang meletakkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai satu perlambangan peranan Sultan ini. Aspek ketiga dalam peranan sultan dapat dilihat fungsi sultan dalam bidang kehakiman. Dalam aspek ini sultan mempunyai kuasa dalam menentukan hukuman yang akan dikenakan oleh pesalah terutama hukuman mati. Selalunya hukuman yang dikeluarkan oleh mulut sultan merupakan hukuman yang muktamad dan tiadak ada rayuan yang boleh dilakukan. Keadaan seperti ini pernah berlaku seperti peristiwa Laksamana Hang Tuah yang dijatuhi hukuman mati. Selain itu, sultan juga boleh menurunkan kuasanya kepada pembesar daerah dalam menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun hukuman tersebut hanya hukuman ringan dan jika terdapat hukuman berat hendaklah ia dihadapkan kepada sultan. Walaupun begitu, ada sesetengah pembesar yang tidak mengendahkan peraturan ini kerana mereka beranggapan bahawa mereka berkuasa di dalam wilayah jajahan mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa sultan adakalanya tidak mempunyai kuasa. Kekuasaan yang ada pada sultan dilihat sebagai sebahagian daripada kekuasaan berdasarkan kepercayaan masyarakat melayu lama iaitu sultan merupakan individu yang mempunyai kekuasaan ketuhanan yang didasarkan pada konsep daulat dan tulah. Dengan konsep inilah sultan diibaratkan sebagai seorang yang tidak mungkin melakukan kesalahan dan ia boleh laksanakan hukuman berdasarkan budibicaranya sendiri. Peranan keempat yang dimainkan oleh sultan ialah sultan merupakan seorang ketua negara dan ketua kerajaan. Sultan dianggap sebagai empunya tanah di wilayah jajahan takluknya. Dengan fungsinya seperti ini sultan boleh melakukan apa-apa sahaja serta berkuasa dalam membuat perlantikan terhadap pembesar negara. Dalam soal tanah sultan berkuasa dalam mengkurniakan tanah kepada rakyatnya. Dengan pengkurniaan inilah rakyat dapat bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Sebagai ketua negara dan kerajaan sultan menentukan dasar-daar negara dengan dinasihati oleh para pembesar terutamanya oleh Bendahara. Sering kali dalam memberikan nasihat ini Bendahara mempunyai pengaruh yang amat penting. Walaupun begitu disebabkan institusi kesultanan lebih berfokuskan kepada sultan maka berlakulah aktiviti mendapatkan sokongan sultan. Keadaan inilah yang sering menyebabkan berlakunya fitnah seperti yang berlaku kepada keluarga Tun Mutahir, Bendahara Melaka yang difitnah oleh Raja Mendaliar. Berlakunya fitnah ini disebabkan oleh tiadanya kuasa pengimbang yang boleh membela Tun Mutahir kerana kesemua kuasa terletak pada sultan. Ini dilemahkan lagi apabila penasihat sultan iaiatu Bendahara sendiri yang didakwa melakukan kesalahan. Peranan kelima kita dapati sultan diibarat sebagai seorang individu yang mempunyai kuasa keramat. Dengan kuasa ini sultan dilambangkan sebagai manusia yang berlainan daripada individu lain. Malahan individu yang menjadi sultan juga dilihat

sebagai seorang yang berlainan sebelum ia dittabalkan sebagai sultan. Peranan kekeramatan ini dapat dilihat apabila seseuatu anugerah sultan dilihat sebagai ada sakti dan orang yang menggunakannya akan menjadi handal atau kebal. Dengan sifat ini sultan dianggap mempunyai kesucian dan kemuliaan. Ia ditambahkan lagi dengan adanya alat-alat seperti alat muzik, senjata dan beberapa alatan pertabalan dan lambang jawatan sebagai mempunyai kuasa seiring dengan kuasa sultan. Sebagai contoh nobat, sebagai alat muzik tradisi Melayu dianggap hanya boleh digunakan dan dimainkan jika mendapat kebenaran sultan. Jika ia tidak mendapat kebenaran maka si pemainnya akan mendapat kecelakaan. Dengan sifat inilah sultan dapat menggerakkan rakyatnya gara tunduk dan memberikan tumpah taat setia. Keadaan ini termasuklah para pembesar. Inilah yang dikaitkan dengan daulat. Kepada mereka yang derhaka maka kekeramatan dan kesucian sultan ini akan mendatangkan tulah kepada penderhaka. Inilah yang berlaku kepada Hang Jebat dan Megat Sri Rama Laksamana Bentan yang tewas dengan keperkasaan pahlawan yang mendapat restu sultan. Malahan dalam kes Megat Sri Rama orang Melayu berkepercayaan bahawa keluarga Laksamana telah disumpah selama tujuh keturunan dan tidak boleh menyeberangi sungai Kota Tinggi. Jika ini dilanggar maka ia akan muntah darah. Dengan peranan kekeramatan ini sultan dapat menjaga keharmonian negara dan menerima ketaatan daripada rakyat. Sebagai kesimpulan daripada peranan-peranan yang dimainkan oleh sultan, ia sebenarnya mempunyai sifat-sifat pro dan kontra. Dalam satu segi ia kelihatan baik bagi mendapatkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, tetapi bagi sultan yang zalim institusi ini mendatangkan banyak masalah. Oleh sebab itu, selepas kedatangan dan dalam zaman penjajahan British konsep sultan serta peranan mereka dalam sistem pentadbiran Melayu lama ini telah diubah agar ia mencerminkan kewibawaan untuk melindungi rakyat dan membawa kesejahteraan negara. Maka setelah wujudnya perlembagaan Persekuuan Tanah Melayu 1948 peranan sultan telah banyak berubah serta kekuasaan sultan mesti mengikut perlembagaan yang diluluskan oleh parlimen. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Peranan Pembesar Dalam sistem politik melayu, pemerintahannya dijalankan bersama oleh sultan dan pembesar. Pembesar-pembesar yang menjalankan tugas pemerintahan ini dilantik oleh sultan. Di Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar tidak melantik pembesar, tetapi disebaliknya, Undang Luak yang bermuafakat untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Begitu jugalah seterusnya bagi jawatan Undang ia akan dilantik oleh anak buahnya. Di negeri-negeri yang mengamalkan adat Temenggong Sultan berkuasa untuk melantik para pembesarnya. Pelantikan para pembesar ini pula mempunyai pelbagi peringkat seperti: k Pembesar di peringkat pusat iaitu yang menjawat jawatan di istana. k Pembesar Daerah yang pelantikannya dilakukan oleh sultan serta menguasai daerah-daerah yang diberi mandat oleh sultan. k Pembesar kampung yang pelantikannya dilakukan oleh pembesar daerah yang mendapat kuasa daripada sultan. Biasanya taat setianya diberikan lebih kepada pembesar daerah jika dibandingkan dengan sultan. 1. Pembesar Pusat

Dalam kategori ini pembesar-pembesar yang dilantik memegang jawatan-jawatan berikut: i. Bendahara ii. Temenggong iii. Laksamana iv. Penghulu Bendahari v. Shahbandar Susunan pembesar di perinkat ini adalah warisan daripada sistem pembesar yang diamalkan oleh kesultanan Melayu Melaka dan digunapakai juga oleh kerajaan Johor Riau. Selepas perpecahan kerajaan melayu Johor Riau sistem pembesar didapati sistem pembesar ini disusun mengikut keadaan semasa , umpamanya di Johor terdapat jawatan Menteri Besar, Dato Penggawa Dalam, Dato Penggawa Luar. Di Kelantan , Menteri Perendaharaan, Menteri Peperangan, Menteri Pentadiran dan Menimarahkan Negeri, Menteri Lluar Negeri, Menteri dalam Negeri, Menteri Istana, Menteri Kehakiman dan Keadilan, dan Menteri Penasihat Raja. 2. Pembesar Daerah

Pembesar daerah meguasai sesebuah kawasan dan dilantik memegang jawatan oleh Sultan melalui surat taulaih dan alat-alat kebesaran yang dilambangkan sebagai penurunan kekuasaan sultan kepada pembesar. Dengan kekuasaan yang ada pada pembesar mereka beperanan dan menentukan corak pentadbiran politik melayu dalam daerah yang dikuasa mereka. Dalam hal ini secara umumnya peranan yang dimainkan oleh para pembesar mirip tugas yang dijalankan sultan, tetapi ia hanya diakui kekuasaannya oleh rakyat yang berada di dalam daerahnya sahaja. Dalam menganalisis peranan pembesar ini kita dapat lihat dari aspek yang berikut: 1. Kuasa dan kekuasaan

k Boleh membuat pelantikan kepada orang lain. Contoh Dato Maharajalela melantik Pandak Indut untuk mengetuai serangan terhadap Birch. Diberi surat tauliah lantikan dan sepersalinan pakaian sebagai hadiah pelantikan. Membolehkan Pandak Indut memiliki kuasa dan rakyat perlu menurut perintah beliau. k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas pembesar dalam sistem kerah dan serah. k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk pembesar. k Kekuatan dan kekuasaannya melebihi kekuatan sultan hingga adakalanya mereka boleh engkar terhadap perintah sultan. 2. Pemugut cukai dan hasil pendapatan k Berkuasa dalam membuat pungutan cukai dan hasil daripada rakyat. Tugas sebenarnya sebagai wakil kepada sultan tetapi biasanya hasil cukai yang dipungut tidak diserahkan kesemua sebaliknya hanya 1/10 daripada cukai tersebut yang diserah kepada sultan. k Lebihan hasil membolehkan mereka meningkatkan kekuatan dan pengaruh untuk bersaing dengan sultan. 3. Keselamatan k Memstikan keselamatan dan kesejahteraan daerah yang dikuasai mereka dan jika tidak berkemampuan meminta bantuan daripada sultan. 4. Penghakiman k Bagi pembesar yang merasai diri mereka lebih kuat daripada sultan mereka adakalanya menjatuhkan hukuman terhadap para pesalah sehingga melibatkan hukuman mati. Dalam hiraki kekuasan kehakiman biasanya pembesar hanya boleh menjatuhkan hukuman-hukuman bagi kesalahan kecil sahaja. 5. Ketua daerah k Kekuasaan pembesar daerah hanya tertakluk dalam lingkungan daerahnya dan bagi meluaskan kuasanya mereka perlu mendapatkan banyak sumber sama ada dalam bentuk kewangan, hasil alam, dan pengikut. Ini bagi membolehkan pengaruh mereka bertambah kuat serta menggerunkan kampung-kampung yang tidak berada dalam lingkungan wilayah mereka. 6. Keturunan Biasanya mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri daripada kalangan keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan golongan kelas pembesar yang memerintah. Jarang sekali seorang rakyat biasa boleh menjadi pembesar kecuali yang benar-llllbenar menunjukkan kebolehan yang luar biasa. Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabatnya. Menyentuh pembesar pusat dan daerah, Dalam zaman kesultanan Melayu Melaka, empat pembesar utama berada dalam lingkungan daerah tedbir sultan. Ini dapat memperlihatkan dengan jelas perbezaan tugas mereka dengan pembesar yang duduk dalam daerah mereka. Walaupun pembesr-pembesar-pembesar ini diberikan tugas menjaga wilayah tertentu, tetapi ia lebih rapat kepada Sultan. Peranan ini akhirnya berubah apabila runtuhnya empayar Melaka. Keadaan penguasaan wilayah serta pemisahan kuasa ini dapat dilihat dalam kerajaan melayu Johor yang menyaksikan Temenggong menguasai Wilayah Johor dan Singupura, Bendahara di Pahang, dan Sultan di Riau. Keadaan ini memperlihatkan kekuasaan Temenggong dan Bendahara sehingga membolehkan mereka menandatangani perjanjian dengan Inggeris tanpa mendapat persetujuan Sultan. Oleh itu, jika hendak dibuat perbandingannya didapati fungsi mereka terdapat sedikit perbezaan. Ini dapat ditafsirkan yang pembesar pada zaman Melaka masih terikat dan begitu setia dengan Sultan, tetapi dalam zaman kerajaan Melayu Johor,pembesar menunjukkan kekuasaan mereka setanding dengan Sultan. Walau bagaimanapun urusan dan tugas mereka tetap sama. Jika dibuat perbandingan antara pembesar daerah dengan kampung (penghulu) kita dapat lihat persamaannya dari aspek berikut: 1. Pemugut cukai dan hasil pendapatan bagi pembesar 2. Ketua dalam kampung 3. Keselamatan: menjaga keselamatan kampung. 4. Kuasa dan kekuasaan. Berkuasa dalam aspek berikut: k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pembesar dan ketua kampung dalam sistem kerah dan serah. k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk pembesar. Kepentingan( Pengaruh) Pembesar dalam Sistem Pemerintahan Melayu Kepentingannya dapat dilihat dari sudut berikut: 1. Wakil Sultan sama ada dalam sektor ekonomi , sosial, dan politik. 1.1 Dalam sektor ekonomi mereka sebagai wakil pemungut cukai bagi pihak sultan. 1.2 Dalam sektor politik ia bertindak menjalankan perintah sultan dalam bidang-bidang pentadbiran. 1.3 Ia juga melibatkan diri untuk mendapatkan ketaatsetiaan rakyat.

1.4 Agen kepada sultan bagi mendapatkan sumber tenaga sama ada tenaga buruh, tentera, dan pekerja istana. 1.5 Merupakan bayangan sultan dari sudut konsep ketuhanan kerana mereka dilantik sultan yang mempunyai kuasa luar biasa jika dibandingkan dengan rakyat. 2. Sebagai penasihat Sultan- menentukan tindaktanduk dan pelakuan Sultan. 3. Berkeupayaan menentukan pewarisan dan pertabalan Sultan. ---------------------------------------------------- ------------------------------------------------------------)PERANAN PEMBESAR BEREMPAT DALAM ZAMAN KESULTANAN MELAYU . Pembesar diperingkat pusat semasa kesultanan Melayu Melaka ialah : BENDAHARA. Menjadi ketua dalam pentadbiran kerajaan. Menjadi pemangku raja sekiranya sultan keluar negeri. Menjadi ketua turus angkatan tentera dalam masa peperangan yang meliputi tentera laut dan tentera darat. Menjalankan hukuman kecuali hukuman mati. Melantik sultan baru untuk menaiki tahta kerajaan . Ketua adat istiadat dan penjaga alat kebesaran diraja. Menguruskan istiadat pertabalan sultan-sultan baru. PENGHULU BENDAHARI. .Menjadi ketua pemegang amanah dan harta kerajaan.Sama seperti Menteri Kewangan pada masa sekarang. Menjadi ketua bagi adat istiadat dan acara rasmi diraja dsi istana. Menjadi ketua kepada semua bendahari raja ,ketua kepada syahbandar yang terdapat di Melaka. Mengendalikan hamba hamba raja . Mempunyai peranan dalam bidang ketenteraan ,iaitu seorang Penghulu Bendahari harus mempunyai sifat hulubalang dan pintar dalam ilmu peperangan. Memungut cukai dan menjaga harta benda raja . Bertanggungjawab untuk menjaga bangunan. TEMENGGUNG. Disamakan dengan jawatan Ketua Polis Negara pada masa sekarang . Bertanggungjawab dalam hal ehwal awam dan bidang ketenteraan. Menjaga keamanan dan keselamatan negeri. Menyelesaikan kes-kes jenayah yang kecil. Menentukan undang-undang dijalankan dengan sempurna. Menjadi pengiring apabila sultan berangkat menaiki gajah. Bertanggungjawab mengatur susunan tempat duduk orang yang datang mengadap sultan. Bertanggungjawab menentukan sukatan dan timbangan yang betul di pasar. LAKSAMANA. Tugas rasmi adalah di dalam bidang ketenteraan . Sebagai raja di laut dan mengetuai angkatan di laut. Menjaga perairan Melaka. Menjaga keselamatan peribadi sultan dan bendahara. Mengetuai urusan politik. b)PERANAN PEMBESAR WILAYAH ATAU DAERAH. Menyerahkan sebahagian daripada hasil pendapatan dan cukai kepada pemerintah. Menyediakan tenaga buruh untuk membina istana yang baru. Membina kapal untuk raja. Membina panggung dan pentas serta perhiasan istana untuk menyambut perayaan adat dan agama. Membekalkan tenaga ketenteraan kepada kerajaan . Menghadap sultan dan menjalankan adat istiadat menjunjung duli pada tiap-tiap sambutan Hari Raya Puasa.Sekiranya mereka gagal melakukannya ia merupakan satu kesalahan yang amat berat. Menjaga dan mengekalkan keamanan seluruh kawasan pentadbirannya. Dibenarkan menjalan kegiatan ekonomi sendiri dan mempunyai pengikut yang rama ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Sistem Ekonomi Sara Diri ( Sebab-sebab ) Sistem ekonomi sara diri dari segi konsepnya ialah satu sistem pertanian sara hidup. Dalam konteks sistem ini barangan pertanian yang dikeluarkan ialah barangan untuk kegunaan keluarga sahaja. Ia tidak berfokuskan kepada lebihan pengeluaran. Ini berbeza dengan sistem pertanian komersial yang berfokuskan lebihan pengeluaran. Hal ini kerana dengan bahan pengeluaran yang berlebihan itu, usahawan yang mengusahakan boleh menjual dan mendapatkan keuntungan. Mengapakah masyarakat Melayu tradisi tidak menjuruskan sistem ekonominya ke arah sistem ekonomi komersial? Dalam menjawab persoalan ini pelbagai faktor perlu diambilkira. Ia perlu dilihat dari aspek sistem kerja, sistem pemilikan tanah, sistem kenegaraan, teknologi yang digunakan, hubungan petani dengan dunia luar, dan sumber pertanian.

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991). Keadaan sistem kerja ini diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan tanah. Dalam sistem pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah berpusatkan sultan. Hal ini berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan kekuasaan raja dalam sistem Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang mempunyai konsep pemilikan tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah seperti hak kekuasaan tanah, cukai, hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang belum diterokai. Kesimpulan daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya ialah satu persepuluh. Dengan hak ini, para petani memikirkan apakah mereka berkesanggupan untuk membayarnya. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat melunaskan bayaran tersebut berkemungkinan mereka akan menjadi hamba berhutang. Oleh itu sebagai mencari jalan keluar daripada masalah ini maka mereka lebih rela mencari hasil-hasil huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan tanah ini lebih jelas seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai golongan yang memberi sumber dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun kedua-dua kenyataan ini menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu tidak mempunyai sistem pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan Wan Hashim. Walaupun jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran Melayu tetapi ia mungkin tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi berkuasa dalam menentukan pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal seperti ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian di negeri-negeri Melayu. Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lain-lain bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari ( 1991 ) menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh sultan atau pembesar tempatan. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan Munsyi Abdullah seperti yang berikut: Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh Abdullah ) Dan lagi baik perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja. Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan. Rata-rata petani yang mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno. Mereka masih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang, penyabit, dan penajak. Walaupun begitu, masih ada petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata Ishak Shaari. ( 1991 ), ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk membajak tanah. Jika tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan ini sama juga berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman revolusi pertanian di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan di Tanah Melayu. Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi pertanian maka wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem komersial. Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan. Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi sama ada revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu berkenaan

alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam. Selain itu, hak petani ke atas harta yang dicari mereka tidak terjamin. Ini berikutan daripada sistem pemilikan tanah yang menyaksikan petani tidak mempunyai hak ke atas tanah tesebut ( Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati oleh petani menjadi sumber kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Graham yang menyatakan Kenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi milik pemerintah seperti yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di Kelantan.... pada hakikatnya tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di negeri ini. Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang diljalankan oleh mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu boleh ditarik balik dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang dilakukan untuk sultan dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada orang lain. Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu, petempatan masyarakat melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.