Anda di halaman 1dari 13

PERSOALAN OBJEKTIVITI DAN SUBJEKTIVITI DALAM ILMU SEJARAH Pengenalan Bidang Sejarah adalah merupakan bidang yang amat

mementing aktiviti penelitian ke atas faktafakta sejarah (peristiwa) dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa telahpun berlalu atau yang lampau. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam bentuk penulisan atau pensejarahan. Dalam membicarakan persoalan objektiviti dan subjektiviti di sini, permasalahan yang pertama perlu ditekankan ialah keterlibatan (involvement) seseorang sejarawan terhadap penyelidikannya atau kajiannya. Iaitu sama ada dia harus terikat (attached) atau terpisah (detached) daripada kajiannya.[1] Ini kerana, menurut Edward Hallet Carr bahawa faktafakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumen-dokumen, surat-surat dan sebagainya adalah ibarat ikan di atas papan penyiang si penjaja ikan'. Sejarawan itu memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya.[2] Justeru itu, sejarah yang tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya. Maka dari sinilah, sejarawan menghadapi dua bentuk konsep yang menjadi penghalang (straitjackets) kepada segala usaha penelitian sejarahnya, iaitu konsep objektiviti dan konsep subjektiviti dalam pensejarahan. Hingga kini, perbahasan sudah berlarutan mengenai sama ada sejarah itu sewajarnya objektif atau subjektif. Persoalan yang menjadi isu paling penting dalam perbahasan para sejarawan ialah mengenai keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan yang bersifat objektif. Hakikatnya, ramai sejarawan tidak merasa senang dengan persoalan ini menyebabkan tidak wujud penyelesaiannya yang muktamad.[3] Terdapat dua aliran yang telah mempengaruhi pengertian sejarah ialah Aliran rasionalisme dan aliran emperisme.Aliran rasionalisme bersifat subjektif dan didokong tokoh-tokoh seperti Benedetto Croce dari Itali, Arnold Tonybee dan R.G. Collingwood dari England. Manakala aliran emperisme bersifat objektif dan didokong oleh tokoh-tokoh seperti Leopold Von Ranke dari Jerman, Lord Acton dan J.B. Bury dari England. Pengertian Konsep objektiviti Objetiviti timbul dari kata asal objektif. Kamus Dewan memberi maksudnya sebagai suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau prasangka sendiri.[4] Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar Ilmu Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana

terjadinya (histoire-realite). [5] Pandangan ini selari dengan teori terkenal oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es eigentlich gewesen[6] yang bermaksud seperti sebenarnya ia berlaku. Muhd Yusof lbrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah dan pensejarahan. Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern Researcher (1970) bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang benar.[7] Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke dan positivesme Aguste Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek. Karya sejarah yang dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan kepada sumbemya yang masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil alih tempat tersebut. Empat perkara dasar yang dilihat di dalam penulisan sejarah ialah ketepatan dan kesahihan di dalam fakta, kesempumaan di dalam menyampaikan bukti, struktur logikal yang berkesan serta kelancaran persembahan. Bagi mencerminkan sifat objektif di dalam penulisan sejarah, seseorang sejarawan haruslah menyingkirkan sifat subjektif di dalam hasil penulisannya. Sebagai satu istilah ilmu sejarah, maka konsep objektif itu biasanya dilihat daripada dua sudut pengertian yang berbeza. Pengertian yang pertama ialah objektif itu bermakna tujuan atau sasaran sesuatu sejarah itu dikaji atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu dikaji? Sebagai contoh ialah Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang dibawa daripada Goa dan dinamakan Sulalatus Salatin dengan tujuan untuk memenuhi permintaan Sultan Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi keturunan yang akan datang. Pengertian yang kedua adalah lebih kontrovesi dan memerlukan perbincangan yang lebih luas serta mendalam lagi. Ini kerana ia dianggap sebagai sifat sejarah itu sendiri. la adalah merupakan persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan. Objektif adalah dianggap sebagai sains tulin yang menganggap kebenaran sebagai sesuatu yang mutlak dan tepat. Leopold Von Ranke adalah sebagai pengasas agung aliran sejarah objektif ini. Ranke berpendapat bahawa, sejarawan seharusnya berusaha untuk membuat satu persembahan tulen fakta-fakta yang berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber yang asli dan kemasukkan unsur moral hanya mendedahkan sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai satu bidang ilmu yang sahih.[8]

Tradisi emperisme John Locke dan positivisme Aguste Comte telah menjadi asas kepada aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold Von Ranke (1795 -1886). Kita juga sedar bahawa, matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana yang berlaku. Menurut Pieter Gayl, "historisme" bermakna menjauhkan diri dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali apa yang dibekalkan oleh proses sejarah itu sendiri.[9] Pada tahun 1896, Lord Acton (1834 - 1902) telah melancarkan projek penulisan yang terkenal bertajuk "Cambridge Modern History" untuk melahirkan karya sejarah objektif. Dalam kata-kata aluannya, beliau menyatakan bahawa, biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristi\va itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah (bias). Aliran objektif ini adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan memperolehi fakta sejarah secara muktamad. Selain daripada itu, sejarah adalah sejenis sains dan ia mampu menghasilkan karya sejarah yang bersifat saintifik dan objektif.[10] Kesimpulannya ialah penulisan sejarah, tafsiran atau penerangan yang objektif adalah menjadi matlamat seseorang sejarawan yang tulen. Di dalam mewujudkan hasil karya sejarah yang bersifat objektif, beberapa perkara harus diambil kira iaitu; a. Harus mencerminkan sikap yang jujur. b. Tidak ada bias tetapi adil dan berkecuali di dalam penulisan. c. Perlu memahami kaedah penyelidikan sejarah dan mengamalkannya di dalam penulisan. d. Seorang sejarawan haruslah menggunakan sumber yang secukupnya untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang membolehkan ia membuat tafsiran secara adil dan saksama atau bersikap kritis. e. Sejarawan tidak boleh membuat pentafsiran secara sesuka hati mengikut perasaannya demi untuk menyukakan sesuatu pihak atau mendapatkan keuntungan dan kepentingan. f. Tafsiran itu pula haruslah menggambarkan kebenaran tanpa memasukkan unsur pengadilan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikajinya itu. Pengertian Konsep subjektif Subjektiviti pula timbul dari kata dasar subjektif. Kamus Dewan memberi makudnya sebagai sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai).[11] Konsep subjektif menurut Muhd. Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada pensejarahan tradisi yang ditulis secara bebas atau sesuka hati sejarawan sahaja. Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak dan bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan nilai budaya atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur kesusasteraan.

Dengan kata lainnya, konsep sejarah subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah diolah oleh pengarang dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur kesusasteraan untuk mengindahkan lagi hasil penulisan. Sejarah dikatakan subjektif kerana ia ditulis oleh seorang penulis atau sejarawan dengan rekaan atau diciptakan sendiri. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa penulisan sejarah subjektif tidak dapat dielakkan dan ia dianggap sebagai suatu yang penting dan unggul. Ini adalah disebabkan manusia mempunyai sifat semulajadi iaitu kita akan memihak kepada sesuatu yang kita minat dan juga yang kita anggap penting. Seorang ahli falsafah Jerman bernama G. Litchenberg menyatakan bahawa, manusia mempunyai sifat memihak. Jika tidak memihak, orang itu termasuk di dalam golongan tidak memihak yang merupakan suatu pilihan.[12] Pensejarahan subjektif dapat dilihat dengan jelas di dalam pensejarahan tradisional. Penulisan mereka bersifat memihak, yang bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang mereka kaji, menyerapkan nilai budaya atau world-view, ideologi dan unsur kesusasteraan. Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa dan seterusnya menamakannya Sulalatus Salatin dengan tujuan memenuhi perintah Sultan Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi keturunan akan datang.[13] Pembentukan aliran sejarah subjektif adalah disebabkan oleh dua perkara. Perkara yang pertama ialah faktor naluri atau kecenderungan semulajadi manusia itu sendiri yang suka memilih (select). Kita sendiri sedar bahawa manusia akan memilih sesuatu yang penting dan mengenepikan sesuatu yang dianggap tidak penting. Manakala, faktor yang kedua pula ialah faktor agama dan ideologi. Faktor ini dapat membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Manusia yang semakin kuat komitmennya, berkemungkinan besar bersikap subjektif. Maka penulisannya akan bersifat memihak. Penulis aliran subjektif tidak bertujuan untuk mengenepikan kebenaran sejarah, tetapi mereka kurang mementingkan konsep kebenaran yang objektif. Konsep sejarah subjektif boleh dijadikan ikhtibar yakni alat untuk melakukan serangan psikologi untuk menegakkan keunggulan sesuatu kuasa atau bangsa ke atas sesuatu yang lain. Kita tahu bahawa salah satu sebab yang menyebabkan penulisan sejarah subjektif ialah tiada kesedaran yang jelas dan luas tentang sejarah Sejarawan tersebut hanya tahu bahawa fungsi sejarah adalah untuk mendapat pengajaran sahaja. Maka, dengan sebab itulah penulisan sejarah itu dicampuradukkan dengan unsur-unsur sastera seperti mitos, lagenda dan lain-lain. Melalui dongengan ini, hasrat sejarawan untuk memberi iktibar akan lebih mudah lagi untuk mencapai

objektifnya. Pengaruh nilai, budaya dan adanya kepentingan yang hendak ditonjolkan juga merupakan salah satu sebab kepada kewujudan penulisan sejarah subjektif. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas melalui karya-karya sejarah tokoh-tokoh penjajah terhadap sejarah tanah air kita. Secara tidak langsung, penulisan sejarah ini, boleh digunakan untuk melakukan serangan psikologi bagi bangsa yang terjajah. Sejarawan Barat seperti R.J. Wilkinson, R.O. Winsted dan lain-lain lagi telah mencemuh dan memperkecilkan peristiwaperistiwa sejarah, peranan dan tokoh-tokoh tempatan. Bagi mereka, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang nasionalisme dianggap penderhaka. Tokoh-tokoh Barat diperkenalkan kepada masyarakat kita dan watak mereka itu diperhebatkan. Mereka menghuraikan dengan terperinci tentang semangat yang ada pada diri J.W.W. Birch, Sir Francis Light dan lain-lain lagi yang bagi kita, mereka ini ialah penjajah yang datang menjajah ke negeri kita dan mengaut segala hasil kekayaan negara kita. Sehubungan dengan perbincangan tadi dapat disimpulkan di sini bahawa persoalan subjektiviti dalam sejarah ialah merujuk kepada bentuk hasil sejarah yang ditulis dengan memasukkan unsurunsur penambahan yang pada pandangan sejarawan itu adalah penting. Masalah bias adalah merupakan kesan terpenting yang wujud hasil daripada tercetusnya penulisan secara subjektif ini.

Abdul Rahman Hj Abdullah. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus. 1994. Hlm. 105. [2] E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Hlm. 4. [3] John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980. Hlm. 7. [4] Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Hlm. 939. [5] Abdul Rahman Hj Abdullah. Hlm. 105. [6] Muhd Yusuf Ibrahim & Mahayuddin Hj Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. Hlm. 276. [7] J. Barzun & H.F.Graff. The Modern Researcher. New York: Harcout, Brace & World, Inc. 1970. Hlm. 165. [8] R. Suntharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn.Bhd. 1985. Hlm. 120. [9] Abdul Rahman Hj Abdullah. Hlm. 106. [10] Ibid. Hlm. 107. [11] Kamus Dewan. Hlm. 1308. [12] Abdul Rahman Hj Abdullah. Hlm. 107. [13] Muhd Yusuf Ibrahim & Mahayuddin Hj Yahya. Hlm. 231.

[1]

KEOBJEKTIFAN TUHFAH AL NAFIS

Pada pendapat saya, setelah membaca dan mengkaji isi kandungan Tuhfat Al Nafis, saya mendapati pengarangnya, Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji kurang objektif dalam penulisan Tuhfat Al Nafis. Hal ini kerana setelah meneliti kandungan Tuhfat Al Nafis, terdapat beberapa bukti dan beberapa aspek yang menunjukkan pengarang kurang objektif dalam penulisannya. Pengarang Tuhfat Al Nafis bersifat kurang objektif dalam penulisannya kerana penulis mempunyai sentiment pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis atau lebih dianggap sebagai Bugis-centric . Hal ini dapat dilihat apabila pengarang bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang sebenarnya mempunyai hubungkait keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu Daeng Cellak . Selain itu, pengarang juga memberi anggapan yang negatif terhadap kaum Melayu. Syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah melayu hal yang demikian itu, maka terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya . Pengarang sebenarnya ingin mempengaruhi pembaca dengan memasukkan elemen-elemen yang positif tentang Bugis dan menyebelahi Bugis. Kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan keran pengarang lebih condong terhadap kaumny sendiri. Selain itu, pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafisiaitu penulis cuba menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis. Ini dapat dilihat apabila pengarang cuba mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahawan Bugis. Kecondongan Raja Ali terhadap semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tantang kehandalan pahlawanpahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang beberapa jawatan tinggi dalam tampuk pemerintahan kerajaan Melayu Johor pada ketika itu . Dalam penulisan Tuhfat Al Nafis, pengarang cuba menyatakan bahawa setiap kali campur tangan 5 Bersaudara Opu Bugis berjaya menyelesaikan masalah perebuhatan takhta antara dua pihak yang bersengketa. Selain itu juga, pengarang juga mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah negeri di samping menceritakan mereka adalah pahlawan yang gagah, berani dan tidak gentar menghadapi musuh . Contohnya, pengarang ada menceritakan Lima Opu Besaudara membantu Sultan Muhammad Zainuddin untuk mendapatkan takhta pemerintahan Kerajaan Matan yang Sebelum ini dikuasai oleh Pangeran Agung . Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis. ini dapat dilihat apabila pengarang cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja Kecil. Maka tatkala baginda itu hampir mangkat, maka Encik Pong itu pun makan mani baginda itu konon., waktu baginda itu datang berahikan isterinya peri, maka terpancarlah mani baginda itu. Lalu disuruhnya makan kepada Encik Pong. Maka jadilah bunting Encik Pong . Pengarang bersikap prejudis terhadap Raja Kecil dengan mempersoalkan cara kelahiran Raja Kecil. Hal ini adalah kurang objektif kerana cara kehamilan Encik Pong adalah sangat aneh dan tidak logik

serta tidak dapat diterima akal fikiran. Selain itu juga, pengarang cuba menghina cara Encik Pong mengandungkannya Di sini dapat dilihat bahawa pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menimbulkan konflik kepada pembaca mengenai Raja Kecil bukan merupakan anak gahara iaitu anak kepada Sultan Mahmud Syah. Di samping itu juga, kredibiliti pengarang juga turut di pertikaikan kebenarannya dan dapat dilihat secara langsung kurang objektif apabila memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Pengarang cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri Balkis. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon . Perkataan konon yang digunakan oleh pengarang telah menimbulkan keraguan. Pengarang seolah-olah menggambarkan cerita yang disamapaikan adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai oleh pengarang sendiri. Pengarang juga keliru dengan penjelasan tersebut. Pada hakikatnya Puteri Balkis tinggal di Saba yang merupakan sebuah kerajaan. Selain itu juga, Puteri Balkis merupkan isteri kepada Nabi Sulaiman. Hal ini adalah mitos semata-mata kerana pengarang ingin memberikan keabsahan tentang kedatangan Bugis di Johor-Riau. Karya Melayu yang menggambarkan asal usul Bugis dapat dilihat dalam Tuhfat Al Nafis dan salasilah Melayu dan Bugis. Kedua karya ini mengisahakan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan mitos bahawa orang Bugis di Tanah Melayu adalah keturunan Nabi Sulaiman yang menikah dengan Puteri Balkis. Perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti Mallangik, yang berkuasa di Palangi(ada yang mengatakan Selangi). Wanita itu kemudian menikah dengan Raja Bugis yang Berkuasa di Luwuq . Walaubagaimanapun, kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan dan secara langsung pengarang dilihat kurang objektif . Menurut Collingwood, ahli sejarah mesti membentuk semula fikirannya apa yang telah berlaku dalam fikiran watak-watak yang hal mengenai mereka ditulisnya . Pengarang memasukkan unsure-unsur mitos untuk mengagung-agungkan kaum Bugis. Pengarang juga tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut. Selain itu, pengarang Tuhfat Al Nafis juga kurang objektif berdasarkan cara kematian Raja Kecil. Ini kerana cara kematian Raja Kecil serta keadaan Raja Kecil yang hilang akal akibat daripada terkena tulahbesi kawi. Pengarang menceritakan bahawa kedaulatan kerajaan Raja Kecil yang yang merosot akibat apabila tercetusnya pergaduhan antara putera-putera Raja Kecil untuk merebut takhta kerajaan Siak sejak sebelum kemngkatan baginda lagi. Selain itu juga, pengarang juga menyatakan Raja Kecil menjadi telah menjadi gila serta memungkiri perjanjian dengan Sultan Sulaiman. Ini adalah bercanggah dengan Hikayat Siak yang menyatakan sebaliknya tentang kematian Raja Kecil. Menurut Hikayat Siak, Raja Kecil menjadi gila disebabkan oleh beliau terlalu sedih dengan kematian isterinya yang tercinta. Sementara itu, menurut Syair Perang Siak ada menyatakan Raja Kecil gila bukan disebabkan oleh kematian isterinya atau melanggar janji dengan Sultan Sulaiman . Sebaliknya Raja Kecil menjadi bingung dan menghadapi tekanan akibat daripad persengketaan kedua-dua puteranya yang merebut takhta kerajaan Siak. Syahadan di dalam hal itu antara anak-anak itu selalu berbantah beratas-atasan. Maka kata Raja Alam, Aku yang tua, aku yang patut menjadi raja, dan Tengku Mahmud, Aku yang terlebih dahulu patut menjadi raja kerana aku anak gahara. Maka di dalam hal itu mungkin

sehari, mungkin bertambah kharabatan . Ini dapat dinyatakan bahawa pengarang kurang objektif tentang cara kematian Raja Kecil. Selain itu juga, pengarang juga telah menimbulkan keraguan serta persoalan yang sebenarnya tidak tepat dan bercanggah. Dalam hal ini, fakta yang ditulis oleh pengarang tidak semestinya tepat kerana tiada bukti yang boleh dipastikan daripada peristiwa tersebut yang boleh dipercayai. Pengarang Tuhfat Al Nafis dilihat jurang objektif apabila pengarang menyatakan bahawa lima Bersaudar Opu Bugis berhijrah ke Johor-Riau dan Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta. Antara lima Bersaudara Opu Bugis ialah Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Bagaimana pun, kedatangan lima Opu Bersaudara itu bertujuan untuk mencari harta kekayaan, kedudukan nama dan pengaruh yang kuat. Di sini pengarang menggunakan penulisannya adalah untuk meningkatkan imej Bugis semata-mata. Ini dapat dilihat setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan Sulaiman , Opu Daeng Cellak telah dianugerahkan dengan gelaran Yang Dipertuan Muda.ini dapat membuktikan bahawa penghijrahan mereka adalah untuk mencari harta, peluang dan kedudukan nama dan juga mempunyai sokongan pengaruh. Hal ini adalah bertentangan dengan penulisan Tuhfat Al Nafis. pengarang cuba menonjolkan bahawa Bugis adalah baik. Ini kerana pengarang juga berketurunan Bugis. Tujuan lima Bersaudara Opu ini datang berhijrah adalah untuk mendapatkan harta, kedudukan, nama dan jaga kekuatan sematamata. Selain itu, penulisan Tuhfat Al Nafis adalah kurang objektif kerana pengarang menjadikan penulisannya sebagai tempat meluahkan perasan. Ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan Tuhfat Al Nafis sebagai tempat untuk menceritakan kegiatan keluarga Siak-Minangkabau yang sudah sekian lama menjadi musuh nenek moyang mereka. Disamping itu, juga, keturunan pengarang bermusuhan dengan Raja Kecil atas perebutan Siak dengan Bugis. Selain itu juga, pengarang juga menggunakan Hikayat Siak sebagai sumber rujukan untuk penulisan Tuhfat Al Nafis. melalui penulisannya juga, pengarang cuba menaikkan imej Bugis yang dianggap sebagai pahlawan yang handal dan mempunyai pengaruh yang kuat. Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin meruncing adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis mempunyai agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh seperti yang disangkakan. Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang sendiri berketurnuan bugis. Pengarang juga dilihat kurang objektif apabila pengarang cuba menyatakan bahawa suku kaum Melayu ada menyimpan persaan dengki terhadap kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik dengan Sultan Sulaiman. Pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menyatakan kaum Melayu tidak baik dan tidak menyebelahi mereka secara halus melalui penulisannya. Ini dapat dibuktikan apabila pengarang menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan membuat fitnah terhadap kaum Bugis untuk menghalau mereka daripada terus tinggal di Johor Riau. Sealin itu, pengarang cuba meningkatkan imej Bugis dengan menyatakan bahawa kaum Bugis lebih mulia daripada kaum lain yang ada di Johor Riau. Di dalam tuhfat Al Nafis juga ada menceritakan tentang pemeriksaan yang dillakukan oleh Sultan Sulaiman terhadap fitnah yang

dilakukan oleh kaum Melayu adalah palsu semata-mata. Walaupun, penulisan Tuhfat al Nafis mempunyai kecondongan tetapi berdasarkan penulisan pengarang terdapat juga keobjektifan dalam Tuhfat al Nafis.Ini dapat dilihat apabila penulis menghuraikan tarikh yang tepat bagi segala peristiwa kelahiran, kemangkatan dan pertabalan. Ini adalah keobjektifan yang sebenar. Pengarang juga ada menghuraikan tentang tarikh kemangkatan Sultan Mahmud. Syahadan apabila baginda itu mangkat maka segal orang-orang besar negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk Bendahara Menjadi Raja Johor. Adalah mangkatnya pada Hijrah sanat1111 pada bulan Safar, hari Jumaat dan menggantikan kerajaanlah Bendahara Tun Habib, pada delapan haribulan Rabiul Awal, hari Khamis, waktu loha dan Raja Sulaiman pun lahir ke dunia pun waktu itu . Ini jelas dapat dilihat pengarang menggunakan sumber yang benar dalam penulisannya tanpa condong kepada mana-mana pihak. Selain daripada sistem pentarikhan, penggunaan aku dalam penulisan pengarang adalah objektif. Ini kerana pengarang berada ditempat kejadian dan pengarang mengalami sendiri kejadian tersebut. Disamping itu juga ia menunjukkan pengarang menunjukkan peristiwa itu berlaku depan mata pengarang sendiri. Ini dapat dilihat apabila pengarang sendiri menyatakan, demikianlah khabar dari orang tua entahkah apa ertinya aku pun tak tahu. Wallahualam manamana aku lihat dan aku dengar dan aku lihat dalam sejarah itulah yang aku suratkan. Begitulah yang digambarkan oleh penulis tantang kejadian yang berlaku ketika pengarang berada di tempat kejadian. BIIBLIOGRAFI

Anhar Gonggong, 2003. Menelusi Jejak Warisan Sastra Dunia; La Galigo dan Kejayaan Bugis di Tanah Melayu (Riau), Indonesia, Pusat Studi La Galigo Arbaiyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Ampang/hulu Kelang, Dewan Bahasa dan Pustaka. Eh. Carr, terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail, 1984. Apakah Sejarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Mohd Noor, 1997. Salasilah Melayu dan Bugis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(ed) 1997, Tuhfat Al Nafis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

1 1.0 Pendahuluan Secara umumnya,sejarah adalah sesuatu penyelidikan terhadap peristiwa lalu. Sejarahwan pula menyelidiki rekod-rekod lalu bagi mengkaji sejarah atau peristiwa yang telah berlaku. Oleh itu,segala rekod ini dan peristiwayang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah. Berdasarkan gambaran awal (tradisional) tentang sejarah, menjelaskan bahawa sejarah adalah sesuatu pengkajian tentang perkara yang telah berlaku. Sejarah akan menjadi kesahihan atau penjelasan yang tepat melalui kaedah-kaedah saintifik yang mengekalkan objektivitinya dan kita boleh menentukan faktanya yang sebenar serta menerangkan perkara yang sebenarnya telah berlaku.1 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,sejarah terbahagi kepada tiga perkara utama.Pertama,sejarah adalah mengenai sastera lama, asal-usul, keturunan dan salasilah. Kedua, sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu lampau, kisah riwayat dan tambo. Ketiga,sejarah adalah ilmu sejarah, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.2 Garraghan misalnya, menyatakan istilah sejarah membawa tiga pengertian iaitu peristiwa manusia pada masa lalu, catatan tentang peristiwa tersebut, dan proses atau teknik membuat catatan tersebut.3 A. Marwick, seorang lagi sejarahwan menyebut sejarah pada tahap pengertian yang pertama merupakan keseluruhan masa lalu manusia seperti yang sebenarnya berlaku. Kedua, sejarah merupakan keseluruhan masa lalu manusia menghurai dan mentafsir masa lalu. Ketiga,sejarah sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu iaitu sebagai satu disiplin ilmu.4 Sejarahwan tempatan, R. Suntharalingam pula,dalam karya beliau bertajuk Pengenalan Kepada Sejarah, beliau menegaskan bahawa sejarah itu sebagai ilmu pengetahuan yang mencukupi semua hal.5 Dengan keadaan yang sedemikian, wajarlah dicari satu titik pertemuan umum yang merupakan takrif dan pengertian asal bagi sejarah. 1 Pustaka,hlm 3-4 2 Kamus Dewan,2007.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Original from The University of California 3 Gilbert J Garrahgan,1948.A Guide to Historical Method: disunting oleh Jean Delengkez. S.J Fordham University Press, hlm 3 4 Athur Marwick,1985.The Nature of History. London: Macmillan Publishers, hlm 17 5 R. Suntharalingam.1985.Pengenalan Kepada Sejarah.Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) snd.bhd,hlm14 2 1.1TAFSIRAN SEJARAH SECARA UMUM Tafsiran sejarah dilakukan bertujuan untuk menjelaskan sebab sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan yang diperolehi daripada peristiwa tersebut. Secara ringkasnya,tafsiran sejarah merupakan satu bidang ilmu yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Apabila dilihat kembali tentang sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku dan

berlalu, maka,dapat disimpulkan disini bahawa tiada satu peristiwa pun yang berlaku tanpa mempunyai penyebab dan akibatnya.Malah,kejadian semula jadi di alam ini juga mempunyai sebab kejadiannya yang tersendiri seperti fenomena tanah runtuh. Fenomena tanah runtuh ini terjadi semestinya mempunyai sebab yang mendorongnya daripada berlaku seperti hakisan tanah,penggondolan hutan dan sebagainya.Oleh itu,jelaslah bahawa sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku mempunyai sebab dan akibatnya yang tersendiri. Oleh itu,maka lahirlah persoalan seperti mengapa,siapa,dimana,bagaimana dan bila didalam bidang ilmu pentafsiran sejarah.Contohnya peristiwa kedatangan islam di Asia Tenggara6.Kedatangan islam ke Asia Tenggara iaitu Nusantara7 dapat dibahagikan kepada tiga tahap8 iaitu pada tahap pertama dikenali sebagai sekadar persinggahan,tahap kedua merupakan tahap pertapakan dan tahap ketiga merupakan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran. Tahap pertama9 iaitu sekadar persinggahan terjadi daripada kelangsungan kegiatan perdagangan yang berjalan sejak sebelum kemunculan islam lagi.Hal ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa perdagangan bukan sahaja telah lama wujud bahkan telah menjadi media penyebaran islam di Asia Tenggara.Terdapat dua teori yang pernah dikemukakan tentang hubungan Arab dengan Asia Tenggara iaitu hubungan secara langsung dan hubungan tidak langsung.Mengenai hubungan secara tidak langsung,keperluan barangan telah membawa pedagang Arab dan Farsi ke Nusantara.Contoh barang yang diperdagangkan ialah lada,rempah,kemenyan dan kapur barus. Kapur barus merupakan punca kedatangan orangorang Arab ke Nusantara sejak awal lagi.Sebenarnya,barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga dikehendaki olehorang barat. Mengenai hubungan secara tidak langsung, berlaku apabila pedagang-pedagang Arab Farsi menjalankan 6 Abdul Rahman Haji Abdullah,Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,Kuala Lumpur:Penerbitan Pena Sdn.Bhd.,1989,hlm.89-149. 7Ibid.,hlm.89 8Ibid. 9Ibid. 3 kegiatan perdagangan dengan China.memang diakui terdapatnya jalan darat yang melalui pelabuhan Oc-eo di Funan,tetapi pada umumnya pedagang-pedagang Arab menggunakan jalan lautan,melintasi pesisiran India dan Asia Tenggara menurut musim angin.Dalam kegiatan ini ereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan.Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan islam tersebar di Nusantara.Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute for Technologies Applied to Cultural Artefacts iaitu suatu badan dibawah Italian National Research Council(CNR) yang dipimpin oleh Prof.Giuseppe Donato,kebanyakan bahanbahan campuran untuk wangian purba yang dipakai dengan luas pada zaman Julius Caesar dan Cleopatra kira-kira 2000 tahun dahulu adalah berasal dariTimur Jauh melalui kawasan Nusantara.Diantara bahan-bahan itu ialah kulit kayu manis(New Straits Times,19 Jun 1986).Kenyataan ini menjelaskan hakikat bahawa kawasan Nusantara merupakan kawasan lalu lintas perdagangan yang terkenal sejak sebelum Masihi lagi. Tahap kedua10 pula merupakan tahap pertapakan dimana terdapat kesan-kesan pertapakan Islam di Asia Tenggara.Hal ini berlaku sepanjang zaman Bani Umaiyyah(661-750) dan Bani Abbasiah(750-1258).Bukti yang selalu disebutkan (termasuklah oleh Prof.Thomas Arnold dalam bukunya The Preaching of Islam)11 ialah tahun 674M di mana dikatakan sudah terdapat

terdapat penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat Sumatera.Bahkan juga dikatakan pada tahun yang sama terdapat orang-orang Arab atau Farsi yang beragama Islam.Pengislaman pemerintah juga telah menyebabkan islam tersebar di Asia -680M), iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah,telah pernah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M.Usaha-usaha dakwah islamiah menampakkan hasil semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz(717-720M).Buktinya ialah beliu Berjaya mengislamkan Srindravarman,Raja Srivijaya di Khalifah Islamic Studies,vol.11,March 1963)12.Selain dari usaha tersebut terdapat juga kegiatan propaganda yang dijalankan oleh golongan Syiah.Khabarnya pada zaman Abdul Malik b.Marwan(685-750M) Sudah terdapat golongan Syiah Alawiah di pulau-pulau Sulu,Sulawesi dan Kalimantan.Pada tahun 800M. pula dikatakan tiba sebuah angkatan dakwah Syiah yang dipimpin oleh Nakhoda Khalifah di Perlak,Sumatera.Sedangkan pada zaman Kerajaan 10Ibid.,hlm.90 11 12 S.Q.F 1963,vol.11.

1.8 RUJUKAN Abdul Rahman Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: DBP. Abdul Rahman Haji Abdullah.1989.Buku Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn.Bhd. Pustaka. Athur Marwick.1985.The Nature of History. London: Macmillan Publishers. Gilbert J Garrahgan.1948.A Guide to Historical Method: disunting oleh Jean Delengkez. S.J Fordham University Press. http://www.archive.org/stream/interpretationsof00shoutoft#page/n1/mode/2up John Lewis Gaddis.1991. The Nature Of Contemporary History Institute, Ohio Universiti. Kamus Dewan.2007.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Original from The University of California. Muhd.Yusof Ibrahim.1997.Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Rowse A.L.1965.The Used of History.Edisi semakan baru.New York: The Collier Books.

Rohana Yusof.2003.Penyelidikan Sains Sosial. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd R. Suntharalingam.1985.Pemgenalan Kepada Sejarah,Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) snd.bhd

Anda mungkin juga menyukai