Anda di halaman 1dari 2

NAMA: ROBISHAH BINTI DIN NO.MATRIK: 210501 Adakah anda seorang guru yang berkesan?

Guru yang berkesan ialah guru yang berjaya menarik minat murid untuk belajar dan murid memberi respon yang baik semasa pengajaran guru dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru di dalam kelas.Seseorang guru itu berkesan sekiranya pengajaran yang dijalankan di dalam kelas mencapai objektif yang dirancang. Ciri-ciri guru yang berkesan adalah guru yang dapat berkomunikasi secara baik dengan murid menggunakan bahasa yang mudah difahami dan diterima oleh murid. Guru yang berkesan akan sentiasa memahami segala masalah dan keperluan murid. Murid tidak berasa tertekan semasa pengajaran guru, mereka bebas memberikan pendapat atau cadangan dalam proses pembelajaran. Saya merasakan pengajaran saya berkesan apabila melihat murid-murid saya memberi tindakbalas semasa pengajaran dan pembelajaran secara positif. Contohnya ketika mata pelajaran Kemahairan Hidup, aktiviti membuat rekacipta dijalankan. Setelah penerangan dan tunjukcara dilakukan, murid saya dapat menghasilkan projek rekacipta dengan baik. Pengajaran saya berkesan apabila membuat perancangan yang rapi dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kekangan yang mungkin berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya penggunaan internet di dalam pengajaran kita akan terganggu sekiranya berlaku masalah ketiadaan bekalan elektrik. Kita sebagai guru, perlu bijak menangani masalah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lain. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya, walaupun membuat perancangan mengajar yang rapi, namun semasa pengajaran berlaku sesuatu di luar kelas seperti murid bergaduh dan membuat bising. Tumpuan murid tentulah beralih ke luar kelas. Apabila berlaku situasi seperti ini, sebagai guru kita seharusnya bijak untuk menarik minat murid tersebut untuk memberi tumpuan semula terhadap pengajaran. Kesimpulannya, peranan guru amat penting untuk memikirkan secara mendalam segala aktiviti atau kaedah yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus bijak menangani sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran guru.

NAMA: NORIZAM BIN SAAD NO.MATRIK: 210225 Adakah anda seorang guru yang berkesan? Seorang guru dikatakan guru yang berkesan jika guru itu berjaya menarik minat murid untuk belajar dan memberi respon yang baik semasa pengajaran guru di dalam kelas. Murid akan sentiasa mengambil bahagian di dalam kelas dan mencapai objektif yang dirancang. Guru yang berkesan dapat berkomunikasi secara baik dengan murid menggunakan bahasa yang mudah difahami dan diterima oleh murid. Guru tersebut juga sentiasa memahami masalah dan keperluan murid. Murid tidak berasa tertekan semasa pengajaran guru, mereka bebas memberikan pendapat atau cadangan dalam proses pembelajaran. Pengajaran saya berkesan apabila melihat murid-murid saya memberi tindakbalas semasa pengajaran dan pembelajaran secara positif. Contohnya ketika mata pelajaran Pendidikan Muzik, aktiviti bermain dengan alat muzik seperti rekoder. Murid-murid memberi respon yang baik dan dapat bermain alat tersebut dengan betul setelah mendengar arahan dan melihat tunjuk ajar daripada saya. Apabila saya membuat perancangan yang rapi,pengajaran saya lebih berkesan walaupun ada kekangan yang berlaku. Contohnya penggunaan internet di dalam pengajaran kita akan terganggu sekiranya berlaku masalah ketiadaan bekalan elektrik. Kita sebagai guru, perlu bijak menangani masalah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lain. Kelas yang kondusif akan menyumbangkan kepada pengajaran guru lebih berkesan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya keadaan murid yang tidak sihat tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Gangguan persekitaran juga boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang yang telah membuat perancangan mengajar yang rapi, namun semasa pengajarannya berlaku sesuatu di luar kelas seperti terdapat beberapa orang murid sedang berlari di luar kelas. Tumpuan murid tentulah beralih ke luar kelas. Apabila berlaku situasi seperti ini, sebagai guru kita seharusnya bijak untuk menarik minat murid tersebut untuk memberi tumpuan semula terhadap pengajaran. Guru yang cemerlang akan sentiasa memikirkan langkah dan kaedah pengajaran yang baik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya secara berkesan dari masa ke semasa.