Anda di halaman 1dari 11

Kerjaya sebagai seorang juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran dan berisiko.

Memandu kapal terbang bukannya seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendaliannya amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau di luar negara. Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh ataupun dekat. Tugas juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum penerbangan, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan eletronik. Semasa penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalulintas udara dari mula hingga akhir penerbangan. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam ataupun di luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai seorang juruterbang. Daripada segi pendapatan, kerjaya ini memang menjanjikan gaji yang tinggi.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 1. Mempunyai minat yang mendalam. 2. Mempunyai keyakinan yang tinggi serta berani. 3. Boleh berkomunikasi dengan baik. 4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. 5. Menguasai matapelajaran Sains, Matematik dan Fizik. 6. Rekod kesihatan yang baik 7. Mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik. 8. Ketinggian minimum = 160 cm

Tempat latihan penerbangan

Tempatan 1. MAS 2. Malaysian Flying Academy 3. Mofaz Air Flying Academy. Luar negara 1. Australia 2. Filipina 3. United Kingdom 4. Amerika Syarikat

SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN

1. Lulus SPM 2. Mendapat A1 atau A2 di dalam Bahasa Melayu ( SPM) 3. Lulus Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris ( SPM ) 4. Matapelajaran Sains yang baik diberi keutamaan

Terpaut bunyi enjin


Kecil molek orangnya, tetapi semangat Nur Moana tidak terkalahkan. Nur Moana, 25, menerbangkan pesawat komersial 180 penumpang sejak berumur 22 tahun.

Pemandangan kereta yang berderet di luar pagar kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada setiap hujung minggu sentiasa menimbulkan tanda tanya. Malah, senario para pemilik kereta bersama keluarga bersantai di atas bumbung, hud dan bonet kereta sambil menghadap landasan tempat kapal terbang mendarat dan berlepas pernah dianggap luar biasa. Ramai yang hairan dengan ketaksuban yang ditunjukkan itu kerana saban minggu mereka kembali ke situ semula. Ada yang melakukannya kerana kagum dengan jentera canggih kapal terbang yang kompleks dari segi binaannya. Sebahagiannya cuma kerana seronok melihat pesawat gergasi menujah ruang udara. Atau mereka tidak dapat memikirkan aktiviti lain untuk mengisi waktu hujung minggu. Namun, bagi Nur Moana Ishak, 25, pengalaman melakukan perkara yang sama di luar pagar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, sambil ditemani ayahnya, Ishak Yaacob Latiff, bukan sekadar kenangan indah.

GAYA seorang juruterbang jelita dan sedang meraih pengalaman.

Dia suka melakukan apa yang menjadi minat penduduk Kota Bharu itu kerana minatnya terhadap sisa bunyi yang ditinggalkan kapal terbang setiap kali ia berlepas. Pengalaman dan pendedahan itu menjadi input yang paling berharga dalam hidup Nur Moana. "Pertama kali saya melihat kapal terbang di lapangan terbang dan mendengar bunyi enjinnya, saya terus jatuh cinta. Waktu itu saya masih dalam sekolah menengah. Sejak itulah saya selalu menghabiskan masa di luar pagar lapangan terbang di bahagian landasan di Subang. "Saya sanggup melakukannya hampir setiap hujung minggu kerana minat yang mendalam terhadap kapal terbang. Ketika berumur 13 tahun, saya sudah memasang tekad hendak menjadi seorang juruterbang," ujar Nur Moana, salah seorang juruterbang terawal pesawat komersial AirAsia. AirAsia sekarang mempunyai 10 juruterbang wanita.

ADA yang dapat dibanggakan apabila wanita menyarungkan uniform hitam putih bersayap di dada ini.

Meminati kedua-dua pesawat ketenteraan dan komersial, anak bongsu daripada dua beradik ini juga tidak pernah memikirkan jawatan yang disandangnya pada hari ini sebagai karier lelaki. "Saya tidak pernah mengambil kira isu jantina ketika memasang impian untuk menjawat jawatan ini. Ia bukan milik mana-mana jantina. Ia adalah satu kerjaya," kongsinya.

NUR MOANA memilih kerjaya ini kerana minatnya terhadap kapal terbang.

Nur Moana merupakan cucu pelukis tersohor negara, Allahyarham Datuk Hoessein Enas. Dibesarkan ibu yang merupakan seorang suri rumah manakala bapanya seorang ahli perniagaan, Nur Moana mendapat sokongan keluarga sejak mula dia meminati kapal terbang. Sejak kecil, biliknya dipenuhi dengan replika pelbagai jenis pesawat. "Keluarga saya sudah menerima minat saya ini. Mereka juga menghadiahkan dua daripada enam replika kapal terbang yang ada di dalam bilik saya sekarang," katanya yang membina sendiri replika tersebut. Mengakui terpaksa menempuh sedikit kesukaran pada peringkat permulaan menjadi pelatih juruterbang di Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam Melaka, kata Nur Moana, tekanan dirasakan semasa kursus intensif latihan teori. "Daripada 21 pelatih ketika itu, hanya ada tiga orang wanita termasuk saya. Nasib baik saya mempunyai kawan-kawan yang sentiasa membantu," jelasnya yang telah mengumpul waktu penerbangan sebanyak 200 jam semasa latihan. Mendarat di atas air Sudah tiga tahun menerbangkan kapal terbang penumpang, anak jati Kuala Lumpur yang menetap di Jalan Duta bersama keluarga ini menjelaskan terdapat perbezaan yang ketara antara berada di tempat tinggi dengan berada di dalam kokpit ketika di udara. "Saya akui saya juga agak gayat pada ketinggian, tetapi perasaan berada di tempat tinggi dalam keadaan terbuka berbeza berbanding dengan duduk dalam kokpit kapal terbang yang sempit. "Biar beribu batu tingginya daripada permukaan bumi, berada di dalam kokpit memberikan saya rasa

lebih selamat kerana ia tertutup dan stabil," kata lulusan jurusan perniagaan Institut Help, Kuala Lumpur itu. Perspektif Nur Moana terhadap kerjayanya menunjukkan kelainan pada personalitinya. "Setiap hari saya perlu berdepan dengan senario yang berbeza. Itulah yang membuatkan kerja ini lebih menarik," katanya. Penerbangan pertama Nur Moana membawa penumpang ialah pada 2 September 2006 ketika dia berusia 22 tahun. Dia memandu pesawat AirAsia ke Surabaya di timur Pulau Jawa, Indonesia. "Ketika kapal terbang yang saya pandu itu menghampiri Surabaya, pemandangan matahari terbenam di situ sangat indah. Ada sinaran jingga di garis ufuk," katanya. Selain melakukan penerbangan domestik, si gadis kecil molek ini juga sudah melangkaui sempadan udara Thailand, Indonesia dan China. "Saya berharap satu hari nanti saya berpeluang untuk mendaratkan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu, Hawaii, kerana kapal terbang dapat mendarat 'di atas air' di sana," kata Nur Moana. Menurutnya, lapangan terbang di Hawaii itu dibina di atas terumbu karang. Ia mempunyai landasan sepanjang dua kilometer, menjadikannya antara lapangan terbang yang paling sedikit menghasilkan bunyi di dunia. Menjadi kapten kapal terbang bermakna mengetuai krew setiap kali mereka berlepas ke udara dan melepasi sempadan negara. Bagaimana Nur Moana menangani krew lelaki? "Tidak timbul isu juruterbang lelaki atau perempuan. Krew, sama ada lelaki atau perempuan, melayan saya sama saja seperti mana-mana juruterbang lelaki yang lain. Ia sesuatu yang normal untuk seorang wanita menjadi juruterbang. "Di negara lain, sudah ramai juruterbang wanita, dan mereka telah lama menerima bahawa wanita juga boleh menjadi seorang juruterbang. Apa yang penting ialah saya perlu memiliki ketegasan. "Tetapi itu tidak bermakna personaliti saya berubah setelah saya menjadi seorang juruterbang. Saya masih seperti saya yang sebelum ini," jelasnya. Murah dengan senyuman dan sekali sekali kedengaran ketawa kelucuan apabila diusik, Nur Moana ternyata lebih matang daripada usianya. Katanya: "Wanita boleh menjawat semua jawatan dalam mana-mana bidang. Selagi ada minat dan semangat, wanita boleh melakukan apa saja."

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya (ii) Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani (iii) Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini (iv) Boleh berkomunikasi dengan baik (v) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik (vi) Menguasai mata pelajaran Sains, Matematik dan Fizik (vii) Berumur di antara 18 hingga 24 tahun (viii) Mempunyai rekod kesihatan yang baik daripada segi fizikal dan mental (ix) Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna) (x) Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci) (xi) Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama . SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara. TEMPAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang. SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga24 tahun dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon.
DAFTAR MASUK Nama Pengguna : Kata Laluan :
Login

> Daftar > Lupa Kata Laluan Keahlian > Soalan Lazim (FAQ) [ Hotline : 03 7955 5577 ]
IKLAN@TUTOR

USIK-USIK

CARIAN

Search

Anda mungkin juga menyukai