Anda di halaman 1dari 12

(06 Julai 2007M / 21 Jamadilakhir 1428H)

. . .
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan meningkatkan lagi amal soleh dan berusaha menjauhi larangannya. Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang dan diberkati Allah di dunia dan di akhirat. SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI SEKALIAN, Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat " solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan " " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT:

" yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan

Yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam

keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (Surah an-Nisa' : 103) SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Sebagai umat Islam, samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini. Sebab itu, Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun lalu supai ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah:

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan." (Surah Ibrahim : 40) Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang berbunyi:

Maksudnya: "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." SIDANG JUMAAT SEKALIAN, Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya: 1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah. Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku." (Surah Toha ayat : 14) Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. 2. Solat dapat menghapus dosa.

Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

" : ".
Bermaksud: "Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosadosa besar." (Hadis riwayat Muslim) 3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: ". Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut : 45)

4.

Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana Firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya berbahagia \ berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah al-Mukminun : 1-2) Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Dari segi perubatan dan kesihatan solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta cergas. Begitu juga, Rasulullah SAW ketika berhadapan masalah, akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati. Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59, Allah berfirman :

Maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. Imam Said Ibni al-Musayyib berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu Isyak dan solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama "Ghaiy" di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa dalam kitab " ." Jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardhu sama sekali. Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW:

" : . ". .
Maksudnya: "Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi SAW apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)." (Surah al-Kausar ayat : 1-3)

Justeru, sepatutnya bulan Ramadan yang telah kita tinggalkan hampir tiga

. .

minggu lalu telah banyak memberi pengajaran menerusi tazkirah dan tadarus alQuran, ia bertujuan supaya kita dapat lakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain atas dasar kefahaman dan ilmu pengetahuan yang jitu, barulah penghayatan solat dalam diri seorang muslim itu mantap dan berkesan serta benar-benar mampu menangkis sebarang perbuatan keji dan mungkar. Bukan sahaja diri kita sendiri, malah yang penting anak keturunan kita juga adalah jenis insan yang mampu membina jati diri dengan solat sekali gus menangkis serangan syaitan yang sentiasa mengintai peluang bagi merosakkan bangsa manusia supaya menjadi teman rapat mereka untuk masuk neraka Allah SWT. Sehubungan itu, Allah menjelaskan dalam al-Quran menerusi ayat 58-59 surah Maryam yang bermaksud: Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi dari keturunan Adam dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, serta dari keturunan Nabi Ibrahim dan Israil dan orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Mereka itu apabila dibaca ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. Maka datanglah sesudah mereka (generasi berikut), pengganti yang tidak baik yang mensia-siakan pelaksanaan ibadat solat dan menuruti hawa nafsu, maka mereka kelak akan menmui kesesatan.

Sesungguhnya matlamat utama daripada pelasanaan ibadat solat ialah untuk mencapai tingkatan takwa kepada Allah sama seperti yang disebut oleh Allah dalam pelaksanaan ibadat puasa dalam bulan Ramadan lalu, caranya ialah dengan merasa takut hanya kepada-Nya, melakukan segala hukum-hakam-Nya yang termaktub di dalam al-Quran, bersiap untuk menghadapi hari kematian dan untuk bertemu dengan-Nya. Kalau dengan cara ini dapat dilakukan, Insya Allah perkara mungkar dan keji dapat diatasi, jiwa orang yang bersolat sentiasa rindu kepada Pencipta, sekali gus benci kepada perkara-perkara yang menjurus kepada penentangan terhadap hukum-hakam Allah. Terdapat orang yang melakukan solat, tetapi sukar untuk berpisah dengan maksiat, ini kerana solat yang dilakukannya bukan atas dasar ilmu yang dipelajari, ia tidak lebih daripada pelaksanaan secara tradisi biasa atau budaya kerana melihat orang ramai bersolat, maka syaitan mencari ruang dan kesempatan untuk membisik serta mengilhamkan kepada pelakunya perkaraperkara negatif termasuklah yang boleh menggugat iman kepada Allah. Hingga akhirnya hilang rasa khusyuk ketika melakukan solat dan tidak memahami setiap bacaan yang dibacanya ketika bersolat, sebagai contoh, berapa ramai orang Islam dalam negara ini yang membaca doa qunut pada solat subuh dengan memohon kepada Allah, Ya Allah berikanlah kepada kami hidayat, sepertimana Engkau beri hidayat kepada orang yang Engkau diberi hidayat, palingkanlah kami dari golongan orang-orang yang Engkau palingkan dari rahmat-Mu. Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita ini, golongan yang diberi hidayat oleh Allah tidak menjadi role model kepada mereka, malah golongan yang dipalingkan oleh Allah dari sisi-Nya itulah menjadi ikutan pada gaya hidup mereka, cara berpakaian, penampilan yang songsang, cara hidup, berkeluarga, berpendidikan, berpolitik dan sebagainya, akhirnya kita jadi

umat yang tidak mampu untuk menepis atau menangkis bisikan dan pujuk rayu syaitan yang direjam. Sedarlah wahai umat Muhammad sekalian! Beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad jika dibandingkan dengan generasi terawal di kalangan pengikut dan umat Nabi-nabi sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w., ini kerana kita beramal sedikit,. Tetapi diberi ganjaran sepuluh pahala berbanding dengan umat terdahulu, di mana hanya mendapat satu sahaja pahala dari setiap amalan yang dilakukannya.
Solat yang difahami dan dihayati bukan sekadar tahu hukum hakam, syarat sah batal serta rukunrukunnya. Bukan sekadar menyempurnakan lafaz-lafaz, perbuatan-perbuatan (fi`li) dan sebagainya. Sudah al-maklum solat merupakan rangkuman daripada 3 rukun iaitu fi`li , qauli dan qalbi. Tidak seperti ibadah-ibadah khusus yang lain seperti puasa dan sebagainya, tidak terangkum di dalamnya ketiga-tiga rukun tadi. Ada yang hanya dua rukun sahaja dan sebagainya. Jadi tentulah persoalan solat ini, persoalan yang besar. Kita boleh lihat dari sudut hukuman ke atas mereka yang meninggalkan solat dengan mereka yang meninggalkan puasa, ataupun haji. Persoalan solat hingga boleh jatuh kafir sedangkan yang lain-lain hanya jatuh dosa besar. Maka barang sudah tentu kepentingannya lebih besar daripada ibadah yang selainnya. Kita sendiri boleh lihat dalam pengalaman kehidupan kita, ramai yang boleh berpuasa, berzakat dan naik haji, tapi ramai yang susah hendak menunaikan solat, meskipun masa, kos dan usaha ke arahnya tidak sebesar ibadah-ibadah yang lain tadi. Sebagai contoh, hendak naik haji sekarang kosnya hingga mencecah RM10,000-00 dan masa sehingga lebih kurang 1 bulan. Puasa mengambil masa sepanjang siang. Zakat terpaksa dikeluarkan mengikut hisab yang telah ditentukan. Sedangkan solat hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit, pakaian yang sekadar elok dan menutup aurat, dan ruang yang sangat kecil serta bersih. Tetapi solat itulah yang paling berat hendak dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan baik. Kalau dilaksanakan sekalipun sekadar buat cukup syarat. Tak lebih dari itu. Sekiranya umat Islam sedar kepentingan solat itu lantas berusaha untuk membaikinya, nescaya segala-galanya akan diuntukkan ke arah itu. Sebagai contoh untuk diambil ilmu daripada solat. Untuk mencapai kekhusyukan di dalam solat, antara kaedah dan caranya ialah hendaklah memakan makanan daripada sumber yang halal dan tidak syubhat. Lantas atas

sebab itu akan timbullah satu kesedaran di dalam diri umat Islam untuk mengusahakan makanan yang dikeluarkan daripada tangan-tangan mereka sendiri yang diyakini lebih bersih menurut syariat berbanding dikeluarkan oleh orang lain yang tidak diketahui bersih atau tidaknya menurut syariat meskipun ditempekkan logo halal sebesar bulan sekalipun. Paling-paling tidak keberkatannya sudah hilang kerana hasilnya daripada tangan orang lain. Ini baru satu aspek dalam tuntutan solat. Belum yang lain-lain lagi yang lebih besar dan lebih kritikal. Umat Islam mesti bergerak dan berubah sekarang. Kursus yang dianjurkan bukan kursus berbentuk kifiyat dan sebagainya. Ianya kursus berbentuk memotivasikan individu agar kembali mengagungkan solat serta memahami dan menghayatinya. Inilah kehilangan besar pada umat Islam sekarang yang perlu dikembalikan semula. Apabila sudah dikembalikan barang yang hilang nescaya kita akan lihat satu perubahan dan satu era yang baru berlaku pada umat Islam akhir zaman ini, lantas boleh mengujudkan sebuah empayar Islamiyah setanding dengan Amerika. Bergeraklah sekarang ini , InsyaAllah usaha kita ini akan dilihat oleh Allah sebagai usaha-usaha taqwa lantas melayakkan kita untuk mendapat bantuan daripadaNya. Wallahua`lam.

Fokus Hadiah Bulan Rejab


Malam itu, sewaktu baginda Rasulullah s.a.w. duduk berhampiran dengan Ka'abah, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail bersama sebuah kenderaan disisinya. Malam itu, Nabi s.a.w. dipelawa untuk menyusuri satu perjalanan yang cukup jauh bermula dari masjidil Haram ke masjid Al Aqsa kemudian menuju ke Sidhratul Muntaha. Perjalanan yang penuh dengan pengajaran dan hikmah menuju ke destinasi agong; mengadap Raja segala Raja. Malam itu juga Nabi s.a.w. kembali membawa bersamanya hadiah istemewa pemberian dari Yang Maha Agong. Itulah solat; hadiah malam 27 Rejab. Setibanya kepangkuan ummah, Nabi s.a.w. yang penyayang menghadiahkan pula pemberian ini kepada mereka. Hadiah dihulurkan bersama satu ingatan; 'dirikanlah ia 5 kali sehari dan hayatilah ia'. Hanya mereka yang menghayati pemberian ini sahaja yang akan merasai kenikmatan hadiah dari langit ini. Antara kesan positif yang lahir dari penghayatan solat ialah:1. Mudah meninggalkan maksiat

Bagi orang-orang yang benar-benar menghayati solat, Allah akan beri kekuatan dan mudah baginya untuk meninggalkan maksiat sebagaimana firmanNya:

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Al Ankabut: 45) Oleh itu, jika solat kita tidak memberikan kekuatan untuk meninggalkan maksiat, periksalah semula solat kita.

Dapat merasakan rasa kehambaan di dalam dan di luar solat. Rasa kehambaan yang dimaksudkan ialah rasa malu, rasa takut, rasa cinta, rasa lemah dan rasa selalu diperhatikan oleh Allah. Apabila diri rasa diperhati oleh Allah maka sudah tentu kita takut untuk membuat sesuatu yang dilarang olehNya. Sekiranya tidak wujud perasaan seperti ini, maka hati tidak tenang. Bila menghadapi masalah hati gelisah, dan bila dapat nikmat, melonjak gembira sehingga lupa untuk bersyukur. Sedangkan orang yang ada sifat kehambaan itu tidak tersentuh dengan kesusahan yang menimpa kerana merasakan dirinya hamba, yang layak mendapat kesusahan. Dia tidak sombong dan tidak angkuh, sebaliknya merasakan kesusahan sebagai rahmat Allah yang bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosanya. Dapat menghayati rasa bertuhan Dia sentiasa dapat melihat Maha Hebatnya Allah, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Kaya dan seumpamanya. Dia memahami maksud Allah kurniakan sesuatu padanya. Contohnya bila dikurniakan wang lebih daripada yang orang lain, dia faham kenapa Allah berikan kepadanya. Kekayaan itu untuk diagih-agihkan kepada orang lain. Bila diberi kecerdikan lebih dari orang lain, dia mudah memahami ilmu. Allah kurniakan kelebihan itu supaya dia menyampaikan kepada orang lain. Bila Allah berikan kesihatan yang baik sedangkan orang lain selalu sakit, dia faham pula maksud Allah agar dia sentiasa dapat menabur khidmat bakti pada masyarakat. Menjadi orang yang berakhlak Kejayaan seseorang yang menghayati solat juga dapat dilihat dari akhlaknya yang baik, sama ada akhlak terhadap manusia mahupun akhlak terhadap Tuhan. Contoh akhlak terhadap manusia antaranya bersifat tolak ansur, suka menolong, pemurah, tawadhu'(merendah diri), pemaaf dan suka meminta maaf, penyayang, rajin, jujur, ramah mesra dan mudah bekerjasama. Sementara akhlak terhadap Tuhan pula ialah merasa diri serba kekurangan, sabar dengan ujian kesusahan, baik sangka dan lain-lain. Jadi hasil dari solat yang khusyu' itu akan membuahkan akhlak yang terpuji. Mencairkan sifat mazmumah (sifat keji) Selain dapat mencegah kemungkaran, solat yang dihayati juga dapat mengikis sifat mazmumah. Antaranya sifat sombong, dengki, dendam, bakhil, khianat, pemalas, pengotor dan sebagainya. Ini adalah kerana setiap kali mengerjakan solat, kita terasa diri hina di depan Tuhan. Begitulah jika solat dapat dipertingkatkan, sifat-sifat yang keji akan dapat dikikis dari masa ke semasa.Tapi sebaliknya, perlu diingat ada segolongan manusia yang semakin dia solat semakin jauh pula dia dari Allah. Mereka ini termasuk dalam golongan hamba-hamba yang derhaka dalam ta'at. Mereka sebenarnya membina rasa ketuhanan dalam solat. Bila rajin melakukan solat, mereka rasa diri mereka sudah baik dan selamat serta tidak takut dengan murka Allah. Hasilnya sifat keji tidak cair bahkan semakin kental. Pada lahirnya dia kelihatan hebat. Pagi-pagi sudah bangun mengadap Tuhan, tapi hakikatnya dia membina rasa ketuhanan didalam dirinya. Tandanya, bila ditegur mudah melenting, memandang rendah kepada yang kurang beramal dan suka menyebut-nyebut kebaikan yang dibuatnya. Begitulah antara kesan

yang baik hasil dari solat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sahaja faham bacaan dalam solat bahkan dapat menghayati setiap apa yang dibaca. Moga-moga kita dapat memperkemaskan ibadah solat kita dari masa ke semasa.

A'kum Ustaz...salam ukhuwwah...saya ada satu benda nak kongsi dgn ustaz....saya rasa ustaz pun perasan atau mungkin tak perasan,apa pun ini keluar tajuk dari bincang pasal buku solat ustaz ni...sebab saya ambil jalan mudah nak send kat ustaz,tak tau nak send email direct kat ustaz camne,so saya guna yang ni la......harap2 ustaz baca dan bagi penerangan yang khusus pasal topik ini...terlalu kronik dan serius bin teruk sangat saya rasa... Ini bersangkut paut pasal orang seni...bila saya sebut orang seni,fokus saya adalah kepada industri hiburan tanah air kita,daripada pelakon.penyanyi,produser,pengarah filem,dan lain2lah yang dikategorikan dalam bidang seni...ape yang menarik perhatian saya ustaz...saya terkejut,minggu lepas saya ada baca pasal komen pengarah filem pasal filemnya yang berjudul'AKHIRAT'...yang tengah hangat sangat sekarang ditayangkan...boleh dia cakap ustaz"saya telah menunaikan fardhu kifayah"...betul ke ni ustaz??...kenapa dia tak rujuk ahli agama dulu sebelum buat filem??..bolehkah kita kata dah laksanakan fardhu kifayah dgn menerbitkan sebuah filem"AKHIRAT"?.. saya belum tonton lagi filem tersebut..tapi melalui bacaan saya dalam akhbar,dalam filem tersebut ada aksi2 separuh ranjang,separuh bogel,dan macam2 lagi yang menyalahi hukum syarak,orang yang beraksi pulak adalah masih lagi berpangkat isteri kepada si suami,mereka berdua pula(macam tak kisah apa yang dilakonkan isteri)...matlamat tidak menghalalkan cara,betul tak ustaz?..betul mereka mahu tonjolkan realiti apa yang berlaku harini dalam masyarakat kita(sebagaimana kata pengarahnya),tapi bukan ini caranya,berpakaian seksi,menghairahkan,sungguh menjijikkan...terlalu kotor...apakah ini boleh kita katakn telah tunaikan fardhu kifayah???.. apa yang saya nak tekankan disini ustaz,melalui pemerhatian saya terhadap industri hiburan tanahair kita harini,artis2 telah hilang pedoman,hilang moral,hilang malu,sehingga mengeluarkan kenyataan2 yang menunjukkan kejahilan mereka dalam agama Islam yang suci ini,mereka kadang2 komen pasal agama,padahal mereka takde ilmu tersebut,subhanaAllah,dunia akhir zaman,orang yang tak tahu agama pun nak ulas juga soal hukum hakam agama,dunia sudah akhir zaman.. satu lagi ustaz,kalau di indonesia sudah ada rasanya suara2 yang mengharamkan filem2 sebegini ditayangkan..saya masih ingat,satu filem di indonesia satu atau dua tahun lepas,ada aksi bercium,diharamkan untuk ditayang oleh persatuan2 Islam mereka,dan mendapat sokongan dari masyarakat Islam...kenapa kita di malaysia tidak kedengaran suara2 Islam yang menegur dgn apa yang berlaku dalam industri hiburan kita,mungkin ada tapi tidak serius.mungkin ada,tapi tiada laporan2 yang besar,bukan topik penting,saya sungguh sedih,,,seolah2 kita masyarakat Islam terus hanyut dan

seoalah2 kita merestui apa yang artis2 malaysia kita buat,tiadakah suara2 yang membantahnya?tiadakah persatuan2 Islam,NGO2 Islam yang bertindak secara serius,hantar memorundum atau surat teguran kepada pihak terbabit?hantar kepada SENIMAN,hantar surat bantahan kepada pengiat2 seni,terangkan dan jelaskan bantahan2 ini kepada mereka..baru lah mereka lebih berhati2... saya insan yang tiada nama,tiada jawatan,tidak kenal orang2 yang hebat,tapi saya cukup peka dgn situasi yg cukup menggerunkan ini...saya tulis kepada ustaz,sebab saya yakin ustaz seorang yang ada nama,yang terkenal,dan mungkin juga ada pihak2 atasan yang ustaz kenal,,tolonglah sampaikan benda ini...untuk ustaz sendiri...ustaz tolonglah komen dgn terperinci pasal masalah ini,saya yakin ustaz ada wibawa dan ilmu yang mantap untuk perjelaskan benda2 ini,saya terlalu harapkan... alang2 dah menulis ni,saya juga nak konsi dgn ustaz,harap ustaz buat artikel yang khas pasal konsep rezeki dalam Islam...ini juga berkaitan artis,saya sedih dgn kenyataan2 artis kita,"alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah tak putus2 dapat buat show"...mereka cakap dapat rezeki yang tak putus2,seoalah nak gambarkan Allah restui apa yang mereka buat...padahal duit yang mereka dapat tu melalui konsert2 yang penuh dgn maksiat,menyany di kelab2 malam...apakah ini semua rezeki kurniaan Allah???saya terkedu,terkelu keseorangan memikirkan kejahilan mereka memahami agama...sering juga kita dengar artis2 yang pergi Mekkah,,nak buat umrah dan haji dgn "rezeki banyak yang ALLAH kurniakan"...betul ke macam tu?sebab ada yang cakap"walaupun masyarakat pandang serong terhadap artis,tapi kami pergi juga ke makkah buat umrah bla bla bla......"seoalah2 mereka cuba bagi gambaran apa yang mereka buat itu diizinkan Allah...aduih pening kepala saya dibuatnya,terlalu sedih dgn nasib yang menimpa ummat Muhammad s.a.w di akhir zaman ini... akhir sekali...ribuan kemaafan kalau ada salah silap...harap ustaz dapat komen dgn panjang lebar terhadap apa yang saya sampaikan ini,,ini adalah secebisan kejahilan ummat Islam harini,banyak2 lagi masalah2 yang berlaku..saya yakin ustaz prihatin dgn isu ini,,kalau boleh kalau ustaz ada kenal orang2"berjenama hebat dan berpangkat besar" tolonglah suruh mereka juga bertindak,terutama pasal filem "AKHIRAT" dan isu2 yang lain dlm industri hiburan kita yang haru biru harini...tolonglah sekali lagi..bagi ulasan yang panjang lebar dan khas pasal isu ini...untuk dibaca dan difahami oleh orang ramai,sebab saya yakin ramai yang kunjungi website ustaz ini...cadangan saya ustaz buatlah artikel khas supaya ada idea2 dan cadangan2 yang bernas dari orang ramai juga...terima kasih banyak2 atas segala usaha ustaz selama ini dalam membela agama Islam yang tercinta untuk manfaat semua..sekian wassalam... Written by akram on 2008-03-29 19:05:12