KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK: 1 MALAYSIAN DEVELOPMENT BERHAD DAN YAYASAN FELDA
PENGENALAN
BAHASA INGGERIS SEBAGAI PENANDA ARAS
Secara umumnya Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kedua di Malaysia. Oleh yang demikian, matapelajaran tersebut telah diperkenalkan dalam sukatan matapelajaran sekolah seawal Tahun 1 lagi. Sewajarnya murid-murid yang menjadi calon UPSR di SK RKT Lasah yang bertempat di kejiranan Felda Lasah Sungai Siput (U), Perak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik memandangkan ianya telah diperkenalkan sejak diperingkat awal persekolahan. Namun demikian, berdasarkan keputusan peperiksaan awam UPSR sejak tiga tahun kebelakangan, (Rujuk carta di bawah), Bahasa Inggeris telah dikenalpasti sebagai subjek penanda aras untuk peratusan lulus keseluruhan SK RKT Lasah. Pada tahun 2008, peratusan lulus untuk matapelajaran Bahasa Inggeris ialah 48.9%. Secara tidak langsung menjadikan peratus lulus keseluruhan ialah 46.7%. Corak yang sama juga dapat dilihat pada tahun 2009 dan 2010. Peratusan lulus keseluruhan matapelajaran ialah mengikut peratusan lulus Bahasa Inggeris dengan sedikit perbezaan iaitu dalam bilangan satu atau dua calon sahaja. Ini secara tidak langsung menjadikan Bahasa Inggeris sebagai killer subject dalam peperiksaan UPSR di SK RKT Lasah.
Bahasa Inggeris merupakan satu mata pelajaran yang cukup popular dikalangan murid SK RKT Lasah. Bukan kerana diminati tetapi merupakan satu mata pelajaran yang cukup menakutkan murid dan merupakan killer subject samaada bagi mendapat 5A atau mendapat pangkat lulus dalam UPSR. Murid menjadi fobia kepada mata pelajaran ini adalah kerana pengetahuan mereka yang terhad di dalam Bahasa Inggeris.
MATLAMAT
Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti, pihak sekolah SK RKT Lasah mengambil inisiatif untuk melaksanakan programLearning to Improve (L2i) English of pupils SK RKT Lasah. Murid-murid di SK RKT Lasah perlu disogok dengan kesedaran pentingnya menguasai Bahasa Inggeris sebagai satu bahasa komunikasi. Program ini diharapkan dapat mengembangkan minat murid dalam mempelbagaikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka samada secara formal atau tidak formal. Seterusnya dapat menaikkan peratusan lulus dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Program ini akan lebih bermakna sekiranya murid didedahkan dengan persekitaran yang baru dan tenaga pengajar yang lebih berpengalaman dengan menggunakan modul-modul pembelajaran yang lebih berkesan. Adalah diharapkan program dapat dilaksanakan secara berkala sepanjang tahun sehingga tibanya hari peperiksaan sebenar UPSR pada tahun 2012 nanti.
Meningkatkan peratusan lulus dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam (UPSR) murid-murid SK RKT Lasah. Mengaplikasikan segala ilmu murid-murid SK RKT Lasah dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Bahasa Inggeris. Menanamkan keyakinan diri dan semangat ingin mencuba dalam diri murid-murid SK RKT Lasah. Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang keperluan dalam menguasai Bahasa Inggeris di dalam dan luar bilik darjah. Membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian murid-murid SK RKT Lasah.
KUMPULAN SASARAN
60 orang murid tahun 4 dan 5 SK RKT Lasah
TARIKH
a. 21 November 2011 25 November 2011 Isnin hingga Khamis b. Sepanjang tahun secara berkala (Februari, April, Jun, Ogos)
TEMPAT
a. Felda English Language Centre, Institut Teknologi Utama (ITU), Kelana Jaya, Selangor. b. Dewan sekolah SK RKT Lasah
ANJURAN
Yayasan 1 Malaysian Development Berhad. Yayasan FELDA
TENAGA PENGAJAR
Pensyarah dari Institut Teknologi Utama (ITU)
KEWANGAN
Yayasan 1 Malaysian Development Berhad. Yayasan FELDA
AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA
PENUTUP :
Adalah diharapkan pihak sekolah mendapat kerjasama yang jitu dari pihak penganjur. Semoga melalui program bersama ini dapat meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris dikalangan murid di SK RKT Lasah bukan sahaja dari segi peratusan lulus dalam peperiksaan malahan yang lebih penting, mempersiapkan jati diri dan keyakinan murid-murid untuk menghadapi era globalisasi.
Disediakan oleh .. (PN. JAMAYAH BT MD HANAFIAH) KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS SK RKT LASAH
Disahkan oleh (EN. ABDOL MUTALIB B YAHYA) GURU BESAR SK RKT LASAH
SK RKT Lasah, 31120 Sg. Siput (U), Perak | Phone: 05-5912669 | Fax: 05-5911086 skrktl@yahoo.com | www.skrktlpgsu.com