Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER JANUARI 2011 HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: NOR HAYATI BINTI KADIR : 771226026170001 : 771226026170 : 019-5676824 : norhayati_kadir@rocketmail.com : Pusat Pembelajaran Kedah, Universiti Terbuka Malaysia 80-86,Lengkok Cempaka 2, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 MODEL ASSURE ANALYSE LEARNER ( ANALISIS PELAJAR ) STATE OBJECTIVE ( NYATAKAN OBJEKTIF ) SELECT METHOD, MEDIA, AND MATERIALS ( PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN ) UTILISE MEDIA AND MATERIALS ( GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN) REQUIRE LEARNER PARTICIPATION ( DORONG PENGLIBATAN PELAJAR) EVALUATE AND REVISE ( NILAI DAN SEMAK) RUJUKAN LAMPIRAN

MUKA SURAT 1 2 4 5 7 8

10

12

13 14 15

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 Nama Sekolah Kelas : 5 Merah Tarikh : 12.4.2011 (Selasa) Tempat : Bilik Agama Bilangan Pelajar : 24 orang Latar Belakang Murid-Murid : Keluarga penoreh getah/penduduk kampung : Sekolah Kebangsaan Jeneri, 08700 Jeniang, Kedah

Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam (Ulum Syariah)

Masa : 1 Jam Tajuk : Taharah Sub Tajuk : Tayammum Hasil Pembelajaran Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, 1. 80 peratus murid-murid dapat menyatakan takrif tayammum di dalam lembaran kerja dengan betul. 2. 70 peratus murid-murid dapat menyenaraikan 5 rukun tayamun di dalam lembaran kerja dengan tepat. 3. 60 peratus murid-murid dapat menunjukkan cara melakukan tayamum di dalam kumpulan dengan betul. Peng. Sedia Ada : Murid-murid telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian Gabungjalin : Aqidah, al-Quran Penerapan Nilai : Bersyukur, Istiqamah,Bekerjasama, Bersih dan Jujur Kemahiran Berfikir : 1. Menghubungkait 2. Membuat kesimpulan 3. Menjana idea 4. Menyusun mengikut keutamaan Bahan Bantu Mengajar : VCD, Gambar, Debu Tanah dan Air Rujukan Guru Langkah Pendahuluan (2 minit) Set Induksi (3 minit) : Buku Panduan Guru Pendidikan Islam Tahun 5 Isi Pelajaran Doa belajar Slaid gambar orang bertayamum Aktiviti P & P Pelajar membaca doa beramai-ramai 1. Guru menunjukkan slaid gambar seseorang sedang melakukan tayamum. 2. Bersoal jawab dengan murid-murid berdasarkan slaid 3 Catatan 5. Membuat urutan 6. Membanding dan membeza. 7. Mencirikan

BBM : Slaid gambar tayammum KB: 1. 2. Menghubungkait Membuat kesimpulan

gambar ransangan tersebut. 3. Mengaitkan dengan Langkah 1 (15 minit) Pengertian,rukun dan cara- cara melakukan tayammum tajuk. 1. Guru menayangkan slaid powerpoint mengenai Tayammum. 2. Guru menerangkan pengertian,rukun dan cara-cara melakukan tayamum berdasarkan slaid tersebut. 3. Murid diminta menonton tayangan video tentang cara-cara melakukan tayammum. 4. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai tayangan video. KB:Menjana idea Kaedah : 1. Kuliah 2. Penyoalan Kaedah: Penyoalan BBM: 1. slaid powerpoint 2. video tayammum

Langkah 2 (10 minit)

Menyusun urutan gambar di dalam kumpulan

1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan set gambar cara-cara bertayamum. 3. Murid-murid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan dan menyusun gambar 4

BBM: 6 set gambar tayammum KB : 1. Menyusun mengikut keutamaan 2. Membuat urutan Kaedah : 1. perbincangan

tersebut mengikut urutan yang betul. 4. Guru memantau hasil kerja kumpulan supaya Langkah 3 (15 minit) Amali Tayammum dilakukan dengan betul. 1. Guru menayangkan sekali lagi video tayammum pada bahagian cara-cara melakukan tayammum. 2. Guru meminta muridmurid melakukan tayammum di dalam kumpulan masing.masing secara bergilir-gilir. 3. Murid-murid membanding perlakuan tayammum sesama mereka disamping membetulkan kesalahan rakan-rakan. 4. Guru memantau aktiviti kumpulan tersebut supaya dilakukan Langkah 4 (10 minit) Penilaian dengan betul. 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja tersebut. 5 KB 1. mencirikan BBM 1. lembaran kerja Kaedah: Tunjukcara / Demonstrasi KB Membanding dan Membeza BBM: 1.Video tayammum 2.Debu / bedak

Penutup (5 minit)

1. Rumusan dan Refleksi * Islam menitik beratkan aspek kebersihan * Suci dan bersih adalah dua perkara yang berbeza * Bersuci boleh dilakukan dengan tayammum apabila ada sebab-sebab yang diharuskan syarak. 2. borang penilaian guru

1.Guru membuat kesimpulan bahawa Islam menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat. 2. Guru mengedarkan borang penilaian pengajaran guru kepada murid-murid. Muridmurid menjawab soalan di dalam borang tersebut.

Nilai Kesedaran kendiri

2.1

MODEL ASSURE Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya ( 1982 ), dan ia

bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop RP yang luas. Ia ditujukan kepada setiap pengajar Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaru. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A = Analyse learner ( Analisis pelajar ) S = State objective ( Nyatakan objektif ) S = Select method, media, and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan ) U = Utilise media and materials ( Gunakan media dan bahan ) R = Require learner participation ( Dorong penglibatan pelajar ) E = Evaluate and revise ( Nilai dan semak )

1. Analyse learner ( Analisis Pelajar ) 1.1 Ciri-ciri umum Proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Islam ini melibatkan murid-murid tahun 5 Merah yang berumur 11 tahun. Murid-murid tahun 5 merah adalah dikategorikan sebagai kelas hadapan yang maju di dalam pembelajaran mereka.Oleh itu, kebiasaannya setiap aktiviti yang dijalankan tidak mengambil masa yang terlalu lama kerana murid-murid ini dapat menyelesaikan kerja di dalam

masa yang singkat Aktiviti kumpulan boleh dijayakan dengan baik. Guru juga tidak boleh memberi soalan yang terlalu mudah supaya soalan tersebut berupaya mencabar minda murid-murid ini. Bahan bantu mengajar juga perlulah sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Waris murid-murid Sekolah Kebangsaan Jeneri, khasnya muridmurid tahun 5 Merah ini terdiri daripada golongan penoreh getah yang bukan sahaja mempunyai ilmu agama yang tinggi malah amat menitikberatkan pendidikan agama Islam kepada anak-anak mereka. Di kawasan ini terdapat 2 pusat pengajian pondok iaitu Pondok Zawiyah dan Pondok Ampang. Pondok Ampang masih lagi merupakan pusat pengajian terulung di sini sejak sekian lama dan telah dinaiktarafkan kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Al Irsyad. Oleh itu, sambutan dan minat murid di sini adalah sangat menggalakkan bahkan sekolah ini merupakan antara sekolah perintis program J-QAF. 1.2 Kompetensi khusus peringkat masuk Proses pengajaran Pendidikan Islam ini melibatkan tajuk taharah iaitu bersuci di bawah tajuk kecil tayammum. Murid-murid sentiasa dianjurkan untuk sentiasa di dalam keadaan bersih. Malah,murid-murid sudahpun maklum mengenai bersuci. Semua murid-murid sudahpun mengetahui tentang cara-cara mengambil wuduk. Oleh itu, pendedahan mengenai tayammum akan memberikan mereka pengetahuan bagaimana cara untuk melaksanakan solat sekiranya ketiadaan air atau masalahmasalah tertentu. Dijangkakan pengalaman-pengalaman pembelajaran murid tentang perkara di atas akan membantu murid memahami tajuk ini dengan baik. Sekiranya murid-murid tersebut menghadiri kelas KAFA anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada waktu petang, mereka sudahpun mempelajari tayammum semenjak mereka berada di dalam darjah 3 lagi.Jadi, tajuk ini hanyalah sebagai ulangan bagi mengukuhkan pengetahuan mereka .

1.3

Stail pembelajaran Dunn dan Dunn (1982) telah menyenaraikan lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid. Ransangan persekitaran yang digunakan ialah persekitaran Bilik Agama. Ini kerana bilik tersebut dilengkapi dengan peralatan ICT bersesuaian dengan penayangan yang akan dilakukan ketika proses pengajaran dan pembelajaran Keadaan bilik Agama sangat kondusif dan ceria dan dilengkapi dengan beberapa meja bulat yang sesuai untuk pelaksanaan aktiviti kumpulan. Ransangan persekitaran yang kondusif dijangka akan menghasilkan rangsangan emosi yang positif. Ianya akan memberikan motivasi intrinsik kepada murid-murid berkenaan iaitu belajar tanpa perlu dipaksa. Ransangan sosial diwujudkan melalui aktiviti kumpulan yang diadakan. Aktiviti berkumpulan ini dijangka akan menambahkan kerjasama dan kefahaman pada matapelajaran mahupun sesama muridmurid. Ianya akan membina semangat pasukan disamping sifat bantu membantu di kalangan mereka

2. State objective ( Nyatakan objektif ) Menyatakan objektif merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Ia juga difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Saya telah menfokuskan objektif pengajaran kepada mentakrifkan tayammum, menyenaraikan rukun tayamum dan menunjuk cara tayammum. Ini bertujuan supaya kemahiran tayammum itu dapat dikuasai dengan betul.

Objektif mestilah memenuhi kriteria ABCD iaitu A : Audience (subjek/pelajar) C : Condition (keadaan) B : Behaviour ( tabiat boleh diukur) D : Degree (tingkat prestasi)

Di dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang saya telah memasukkan kriteria ABCD ini.Contohnya : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, 60 peratus murid-murid dapat menunjukkan cara melakukan tayamum di dalam kumpulan dengan betul. A = Murid-murid B = Menunjuk cara melakukan tayamum C = di dalam kumpulan dengan betul D = 60 peratus Contoh lain. 1. 80 peratus(D) murid-murid(A) dapat menyatakan takrif tayammum(B) di dalam lembaran kerja dengan betul(C). 2. 70 peratus(D) murid-murid (A) dapat menyenaraikan 5 rukun tayammum(B) di dalam lembaran kerja dengan tepat (C).

3. Select method, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan ) 3.1 Select Method (Pilih Kaedah) Terdapat 4 kaedah yang digunakan di dalam rancangan pengajaran ini iaitu kaedah penyoalan, kaedah kuliah, kaedah perbincangan dan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara. Kaedah penyoalan digunakan ketika set induksi bertujuan merangsang murid untuk mengaitkan tajuk pelajaran yang akan diajar.Kaedah ini digunakan sekali lagi selepas penayangan video bertujuan menguji kefahaman murid terhadap kandungan video yang telah

10

mereka tonton. Kaedah ini dipilih kerana ianya adalah kaedah paling pantas untuk mendapatkan maklumat dan menguji kefahaman murid. Kaedah ini juga dapat menjana dan merangsang kemahiran berfikir muridmurid. Kaedah kuliah digunakan kerika langkah 1 untuk guru menerangkan pengertian, rukun dan cara-cara melakukan tayammum berdasarkan slaid tersebut. Ianya bertujuan memberi kefahaman kepada murid mengenai isi pelajaran yang diajar.Kaedah ini digunakan bersamasama tayangan slaid powerpoint. Kaedah ini dipilih kerana kaedah ini dapat menyalurkan pengetahuan guru secara terus kepada muridmurid.Murid-murid digalakkan mencatat nota ketika kaedah kuliah ini. Guru juga haruslah bijak merancang teknik penyampaian supaya isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik. Kaedah perbincangan digunakan pada langkah 2 iaitu ketika murid-murid menyusun gambar di dalam kumpulan. Kaedah ini dipilih bagi membolehkan murid-murid menyelesaikan tugasan yang diberi di dalam kumpulan. Kaedah perbincangan secara berkumpulan ini sangat berkesan untuk menbantu murid-murid yang lemah mendapat sesuatu kemahiran dengan cepat. Selain itu, kaedah perbincangan ini dapat membantu mengembangkan idea dengan baik. Kaedah demonstrasi digunakan supaya murid-murid dapat melakukan amali di dalam kumpulan.Tayangan video sekali lagi digunakan sebagai rujukan utama untuk murid-murid melakukan aktiviti tayammum di dalam kumpulan secara bergilir-gilir.Kaedah ini digunakan kerana murid-murid cenderung untuk mengikuti rakan sebaya mereka berbanding guru.Oleh itu, perlakuan rakan-rakan di dalam kumpulan diharapkan dapat membawa manfaat kepada murid-murid. 3.2 Select Media ( Pilih Media) Media yang digunakan di dalam pengajaran ini ialah :

11

Slaid powerpoint gambar tayammum- digunakan ketika bahan ransangan ketika set induksi. Slaid tersebut menunjukkan gambar seorang murid melakukan tayammum. Guru menunjukkan slaid sambil bersoaljawab dengan murid sehingga jawapan tayammum diperolehi daripada murid.Slaid ini hanya mengandungi satu slaid sahaja dan disetkan untuk berulang-ulang ketika penayangannya.

Slaid powerpoint tayammum-digunakan di dalam langkah 1 ketika guru menerangkan takrif ,rukun, lafaz niat dan cara-cara melakukan tayamum berdasarkan slaid tersebut. Masa untuk penayangan slaid sudahpun disetkan bagi memudahkan pengajaran guru.Persembahan ini mengandungi 8 slaid .

Video tayammum- digunakan di dalam langkah 1 ketika guru menerangkan tentang cara-cara melakukan tayammum. Video ini juga digunakan sebelum demonstrasi kumpulan diadakan pada langkah 3.Video ini mengandungi penerangan daripada Ustaz Badrul Amin mengenai rukun tayammum dan cara-cara bertayammum yang dilakukan secara langsung oleh seorang wanita menggunakan debu tanah.Video ini telah dimuat turun daripada internet.Ianya bertujuan memudahkan kefahaman murid dan dapat melihat perlakuan tayammum secara langsung.

3.3

Select Materials ( Pilih Bahan) Bahan-bahan yang digunakan di dalam pengajaran ini ialah : Set gambar tayammum- digunakan di dalam langkah 2 ketika aktiviti menyusun gambar secara berkumpulan. Terdapat 6 gambar perlakuan tayammum yang disusun secara tidak teratur. Muridmurid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan dan menyusun gambar tersebut mengikut urutan yang betul. Set gambar ini

12

diambil daripada persembahan powerpoint tayammum dan dibangunkan di dalam perisian microsoft words. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu gambar sahaja. Debu/bedak digunakan ketika aktiviti demonstrasi atau amali diadakan.Setiap ahli kumpulan menggunakan debu/bedak yang dibawa dari rumah sebagai bahan tayammum. Lembaran kerja- digunakan pada langkah 4 sebagai instrumen penilaian murid dan menjadi maklumat kepada guru sama ada objektif tercapai atau tidak.Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja secara individu. Soalan dibangunkan dengan menggunakan perisian microsoft word dan diedarkan kepada setiap murid. Soalan yang terdapat di dalam lembaran kerja ini ialah mengenai pengertian tayammum, 5 rukun tayammum dan menyusun semula gambar murid melakukan tayammum mengikut urutan yang betul. Gambar-gambar adalah merupakan gambargambar yang sama ketika aktiviti menyusun gambar di dalam kumpulan diadakan. 4. Utilise Media and Materials ( Gunakan media dan bahan ) Terdapat 4 kaedah yang digunakan di dalam rancangan pengajaran ini iaitu kaedah penyoalan, kaedah kuliah, kaedah perbincangan dan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara. Kaedah penyoalan digunakan ketika set induksi bertujuan merangsang murid untuk mengaitkan tajuk pelajaran yang akan diajar. Kaedah kuliah digunakan ketika langkah 1 untuk guru menerangkan pengertian, rukun dan caracara melakukan tayammum berdasarkan slaid tersebut. Kaedah perbincangan digunakan pada langkah 2 iaitu ketika murid-murid menyusun gambar di dalam kumpulan. Kaedah demonstrasi digunakan pada langkah 3 supaya murid-murid dapat melakukan amali di dalam kumpulan.Tayangan video sekali lagi digunakan pada langkah 3 sebagai rujukan utama untuk murid-murid melakukan aktiviti tayammum di dalam kumpulan secara bergilir-gilir.

13

Penggunaan media dan bahan di dalam rancangan pengajaran ini melibatkan elemen-elemen berikut : Slaid powerpoint gambar tayammum Slaid powerpoint tayammum Video tayammum Set gambar tayammum Debu/bedak Lembaran kerja Penggunaan media dan bahan di atas adalah seperti di bawah: a) Slaid powerpoint gambar tayammum digunakan ketika bahan ransangan ketika set induksi. Guru menunjukkan slaid sambil bersoaljawab dengan murid. b) Slaid powerpoint tayammum pula digunakan di dalam langkah 1 ketika guru menerangkan pengertian,rukun dan cara-cara melakukan tayamum berdasarkan slaid tersebut. c) Video tayammum digunakan di dalam langkah 1 ketika guru menerangkan tentang cara-cara melakukan tayammum. Video ini juga digunakan sebelum demonstrasi kumpulan diadakan pada langkah. d) Bahan-bahan yang digunakan di dalam pengajaran ini ialah set gambar tayammum yang digunakan di dalam langkah 2 ketika aktiviti menyusun gambar secara berkumpulan. Murid-murid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan dan menyusun gambar tersebut mengikut urutan yang betul. e) Debu atau bedak digunakan ketika aktiviti demonstrasi atau amali diadakan.Setiap ahli kumpulan menggunakan debu/bedak yang dibawa dari rumah sebagai bahan tayammum. f) Lembaran kerja digunakan pada langkah 4 sebagai instrumen penilaian murid dan menjadi maklumat kepada guru sama ada objektif tercapai atau tidak.Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja secara individu.

14

5. Require leaner participation ( Dorong penglibatan pelajar ) Penglibatan murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangatlah penting. Murid-murid akan belajar di dalam keadaan yang seronok bukan di dalam keadaan yang mengantuk. Justeru, penglibatan aktif murid-murid di dalam rancangan pengajaran ini dilaksanakan pada langkah 2 dan langkah 3.Pada langkah 2 saya menggunakan kaedah perbincangan bagi menggalakkan perkongsian idea di dalam menyelesaikan sesuatu masalah di dalam pembelajaran. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.Setiap kumpulan diberikan set gambar cara-cara bertayamum.Murid-murid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan dan menyusun gambar tersebut mengikut urutan yang betul.Guru memantau hasil kerja kumpulan supaya dilakukan dengan betul. Rasional penggunaan kaedah ini ialah ianya dapat menjana idea murid melalui perkongsian pendapat. Murid-murid dapat menyumbang pendapat masing-masing dan akhirnya membuat satu keputusan bersama bagi mencari jawapan yang disepakati.Kaedah ini juga dapat menyuburkan kerjasama di antara murid-murid. Pada langkah 3, saya menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjukcara. Guru meminta murid-murid melakukan tayammum di dalam kumpulan masingmasing secara bergilir-gilir.Murid-murid membanding perlakuan tayammum sesama mereka disamping membetulkan kesalahan rakan-rakan.Guru memantau aktiviti kumpulan tersebut supaya dilakukan dengan betul.Rasional penggunaan kaedah ini ialah bagi menggalakkan aktiviti pengajaran berkonsepkan rakan sebaya. Sebagaimana yang kita maklum, sesetengah murid-murid berupaya menguasai sesuatu kemahiran dengan bantuan rakan berbanding guru mahupun ibu-bapa sendiri.Oleh itu, penggunaan kaedah demonstrasi ini juga diharapkan memberi impak yang positif terhadap pembelajaran murid-murid. Ianya juga dapat menanam sikap rasional dalam menerima teguran yang membina dan positif. 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak) 6.1 Nilai dan semak pembelajaran murid

15

Penilaian pembelajaran murid terbahagi kepada 3 peringkat iaitu penilaian sebelum pengajaran dilaksanakan,semasa pengajaran dilaksanakan dan selepas pengajaran dilaksanakan Penilaian sebelum pembelajaran ialah ketika permulaan sesi pengajaran iaitu set induksi. Guru bersoaljawab berdasarkan slaid gambar rangsangan.yang digunakan.Pada masa tersebut guru boleh menilai melalui pemerhatian mengenai tahap pengetahuan murid terhadap tajuk yang akan diajar. Penilaian semasa pengajaran dilakukan oleh guru ketika langkah pengajaran yang ketika. Guru menggunakan kaedah pemerhatian bagi menilai kefahaman murid terhadap pengajaran guru ketika aktiviti amali berlangsung.Murid-murid melakukan perlakuan tayammum secara individu. Pada masa ini, guru boleh menilai dan mencatat murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran melakukan tayammum tersebut. Penilaian selepas pengajaran dilakukan guru dengan menyediakan lembaran kerja.Soalan yang terdapat di dalam lembaran kerja ini ialah mengenai pengertian tayammum, 5 rukun tayammum dan menyusun semula gambar murid melakukan tayammum mengikut urutan yang betul.Guru bakal mendapat maklumat mengenai kefahaman murid terhadap tajuk diajar apabila melakukan semakan terhadap lembaran kerja murid-murid. Maklumbalas yang diterima memudahkan guru untuk membuat keputusan sama ada untuk mengubah kepada tajuk baru ataupun membuat ulangan tajuk yang sudah diajar. Sekiranya murid menguasai kemahiran yang diajar,guru bolehlah meneruskan kepada tajuk yang baru tetapi sekiranya murid-murid masih belum menguasai kemahiran yang diajar, guru perlu mengulang semula pengajaran tajuk tersebut. 6.2 Nilai dan semak pengajaran guru Bagi menilai pengajaran guru satu borang penilaian telah dibangunkan dan diberikan kepada murid-murid di akhir sesi pengajaran.Borang penilaian tersebut berupa set soalan yang memerlukan murid-murid menulis

16

jawapan Ya atau Tidak di dalam soalan penilaian tersebut.. Isi kandungan borang tersebut ialah mengenai persembahan guru, kaedah yang digunakan, media dan bahan serta tahap penglibatan pelajar. Diakhir soalan tersebut,satu ruangan disediakan supaya murid dapat memyalurkan pandangan mereka terhadap pengajaran guru. sebut Contoh mengenai borang penilaian tersebut boleh dilihat pada bahagian lampiran. RUJUKAN Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu (2011), HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran .Kuala Kumpur: Open University Malaysia. Dunn, R, Dunn, K., & Price, G. (1982). Productivity Environmental Preference Survey. Lawrence, KS: Price Systems. http://teacherworld.com/abcdobjectives.html http://itc.utk.edu/~bobannon/writing_objectives.html http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/IDKB/objective_formats.htm www.jmu.edu/judicial/wm_library/writingobjectives.ppt www.uwlax.edu/learningoutcomes/.../LearningOutcomesHandbook.pdf http://www.mscd.edu/~act2/courseconstruct/assure.html

17

18