Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun2020. Dasar ini juga adalah satu usaha murni kerajaan untuk meneruskan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam proses pembasmian kimiskinan dan menyusun semula masayarakat . Objektifnya tidak lain,tidak bukan adalah untuk membina sebuah Negara yang bersatu-padu dan dan mewujudkan masyarakat yang lebih adil, maju, amanah dan makmur berasaskan Prinsip-Prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara. Terdapat tiga perkara utama yang menjadi teras kepada dimensi baru perlancaran Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang mana dilihat mampu merealisasikan impian kerajaan untuk melihat semua lapisan masyarakat dapat hidup dengan lebih selesa dan harmoni. Perkara pertama ialah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bertujuan untuk memperbaiki ketidakseimbangan social dan ekonomi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Jesteru itu, empat focus penting telah diambil kira iaitu tumpuan kepada golongan termiskin, masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB), penglibatan sector swasta, dan pembangunan sumber manusia. Seterusnya perkara kedua ialah meneruskan dasar liberal berhubung dengan syarat-syarat pemilikan modal saham dan yang terakhir kerajaan mempertimbangkan kedudukan dan keistimewaan golongan monoriti di Negara ini. Walaubagaimanapun, kajian saya ini, adalah lebih terarah kepada bagaimana dasar yang dirangka oleh kerajaan ini berupaya membasmi kimiskinan di Negara kita . Antaranya ialah

STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN MENGURANGKAN KEMISKINAN TANPA MENGIRA KAUM. MEMPERBAIKI KEADAAN GOLONGAN TERMISKIN MERAPATKAN PENDAPATAN DAN MEMPERBAIKI TARAF HIDUP KUMPULAN-KUMPULAN BERPENDAPATAN RENDAH KEMISKINAN DI BANDAR SEKTOR PERLADANGAN -PERBAIKI KEMUDAHAN PERUMAHAN, KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN SOSIAL. GOLONGAN MINORITI ORANG ASLI DAN BUMIPUTRA SABAH/SARAWAK SERTA INDIA.