Anda di halaman 1dari 3

LATAR TEMPAT DALAM HIKAYAT PENDAWA LIMA BIL 1 LATAR TEMPAT Bukit 2 Rumah Betara Durga PERISTIWA Sang

PERISTIWA Sang Bimanyu bersama Jerudeh berhenti rehat dan mandi berlangir SB bertapa sambil berdiri sebelah kaki (pertitis) Muncul Kalaputra iaitu seekor bota yang besar Pertempuran antara SB dgn Kalaputra. SB memarang kalaputra tetapi tidak lut. Kalaputra cuba memarang SB tetapi seperti memarang baying-bayang SB menggocoh muka Kalaputra dan menangkap rambutnya. Kalaputra menerbangkan SB bersama Jerudeh ke rumah Betara Durga. Rakyat Betara Durga (BD) terdiri daripada raksasa, hantu dan syaitan . Gambaran BD: tubuhnya sebesar bukit, rambut seperti akar jawi, mata seperti matahari, hidung seperti dua buah gua, dan dada seperti padang SB menyerahkan dirinya kepada BD. BD tidak berupaya untuk membantu SB menyelesaikan masalahnya dan menghantar SB kepada Maharaja Gatotkaca (MG) SB bersama Jerudeh diterbangkan oleh Kalaputra ke rumah MG di Purabaya. SB diturunkan oleh Kalaputra di taman istana MG. di sini SB terkenangkan kekasihnya Dewi Satya Sundari (DSS) Sang Walanata muncul di taman dan marah kerana melihat SB tetapi beliau teringat pesanan MG bahawa orang muda ditaman tersebit adalah ahli keluarganya. MG bertemu dgn SB di taman. SB menyembah MG. Jerudah memaklumkan kepada MG peristiwa yang telah menimpa SB iaitu kekasihnya DSS telah dilarikan oleh Maharaja Baladewa (MB)untuk dikahwinkan dengan anaknya Laksamana Kumara.(LK) MG kasihan kepada SB dan berjanji untuk mengerjakan MB. MG perintahkan Waladata untuk menyiasat sama ada DSS mahukan SB atau LK. MG membawa SB berjumpa ibunya Dewi Arimbi. SB menyembah Dewi Arimbi tetapi dihalang oleh MG kerana ibunya lebih rendah taraf daripada bonda SB. SB diberi persalinan dan kelihatan semakin cantik. MG menghimpunkan rakyat raksasa untuk membawa pulang DSS. Sang Waladata pulang dan membawa berita bahawa DSS hampir akan berkahwin dgn LK dan sentiasa menangis kerana terkenangkan SB. Suaranya hilang, dan sentiasa memegang keris untuk membunuh diri sekiranya dikahwinkan juga dgn LK MG dan SB bersama-sama rakyat MG berangkat untuk menyelamatkan DSS MG dan SB bersama rakyatnya berhenti di sini untuk berlindung dan berehat. Waktu malam MG dan SB secara senyap berangkat ke rumah MB bersama-sama Sang Centaka Sudarsa Rakyat Korawa dan rakyt MB sedang bersuka-sukaan. MB bertengkar dengan isterinya Dewi Irawati kerana Huraian

Purabaya Rumah MG

Gunung Ugra Bajra

Istana MB

isterinya tidak mahu memujuk DSS untuk setuju berkahwin dgn LK. DSS berada di taman dan dihiasi dengan cantik tetapi matanya bengkak dan pakaian habis basah kerana menangis. MG dan SB masuk ke dalam istana secara rahsia. SB membacakan doa, maka segala dayang2 pun habis tertidur. SB masuk dan bertemu dengan DSS. SB membawa DSS menyembah kepada MG lalu dibawa pulang bersama-sama Si Darapanah ke Bukit Ugra Bajra. MG menyerupai dirinya sebagai DSS. Raksasa Sang Brajadanta memaklumkan kepada LK bahawa dia ternampak MG dan SB masuk ke istana. Sang Brajadanta hampiri DSS dan diciumnya bau DSS maka tahulah dia bahawa itu bukan DSS. Sang Brajadanta menjadikan dirinya raksasa dan MG kembalikan dirinya seperti asal dan berlakulah pertempuran keduanya. Maharaja2 Korawa mengepung MG dengan sekalian rakyat mereka. MG berperang dengan Sang Brajadanta tetapi masing2 tiada lut. MG menangkap kaki Sang Brajadanta lalu menghempas ke bumi lalu Sang Brajadanta mati. Mayat Sang Brajadanta dilemparkan oleh MG kearah rakyat Maharaja Korawa maka banyak yang mati ditimpa oleh daging Sang Brajadanta. Kepala Sang Brajadanta dilempar kearah Maharaja Duryudana. Segala Maharaja Korawa melarikan diri. MG bersama Sang Centaka Sudarsa kembali ke bukit Ugra Bijara. Semua raja Korawa menghimpunkan rakyat mereka untuk menyerang MG diketuai oleh Maharaja Duryudana . MB serba salah sama ada mahu turut serta bersamasama Maharaja Duryudana atau tidak kerana dia takutkan Betara Krishna Maharaja Duryudana menyerang MG. Rakyat Darawati melarikan diri. Raja raja kerajaan Derawati terpaksa memaklumkan kepada MG. MG datang menolong bersama-sama SB dan DSS. Maharaja Duryudana mengarahkan MB mengajak M Basudewa agar menyokong mereka tatapi ditolak oleh Maharaja Basudewa kerana takutkan Betara Krisna. Maharaja Duryudana marah lalu menyerang rakyat Pandawa. Hulubalang Batara Krisna iaitu rakyat Pandawa cuba mempertahankan diri daripada serangan rakyat Maharaja Duryudana dan banyak rakyat Maharaja Duryudana yang mati. Raja2 Korawa terus menyerang rakyat Darawati dan MG mengarahkan raksasanya naik keudara dan menghujani senjata ke bumi. Banyak rakyat Korawa yang mati. SB menggunakan senjatanya iaitubayu yang boleh mengeluarkan angin yang kuat lalu menerbangkan senjata rakyat Korawa. MG menggunakan gada lalu dilambung dan merempuh rakyat Korawa dari segenap hala. Raja2 Korawa mengepung MG lalu memanahnya, tetapi

Negeri Darawati

senjata itu menjadi seperti tepung. Ketangkasan MG memusnahkan musuhnya menyebabkan Raja2 Korawa mengundurkan diri. Maharaja Duryudana memaksa Maharaja Baladewa untuk berperang dengan MG. MB pergi mendapatkan MG yang sedang mengamuk itu. MB melambungkan senjata dan berpusing2 seperti hujan dan rebut lalu membunuh ramai raksasa MG. MG segera melambungkan cakeranya ke udara lalu turun hujan serta ribut dan halilintar yang lebih dasyat. MB menjadi api lalu MG turut juga menjadi api. Bertemulah kedua api itu menyebabkan berlaku gempa, bukit dan gunung pun runtuh, air laut bergoncang, segala ikan pun timbul , segala binatang didarat habis lari kerana kepanasan. Betara Indera menyuruh Begawan Narada mendapatkan Betara Krisna. Jikalau betara Krishna tidak datang nescaya binasalah bumi. Betara Krishna (BK) sedang bertapa. Apabila mendengar kata Begawan Narada itu, BK menamatkan pertapaan mendapatkan mereka yang sedang berperang. BK datang lalu memeluk MB. Dengan marahnya BK menyatakan bahawa MB akan membunuh dirinya juga sekiranya cuba membunuh MG dan SB. Setelah mendengar kata-kata tersebut MB dan MG bertukar kepada rupa asal masing2. MB berkata kepada BK bahawa tujuan peperangan untuk mendapatkan kembali DSS yang dilarikan oleh SB dan MG. BK memarahi MB kerana BK tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan DSS dengan LK. Maharaja Duryudana meminta agar BK mengambil DSS daripada SB dan dikahwinkan dengan LK. BK tidak dapat mahu menunaikan hajat Maharaja Duryudana kerana sejak awal lagi BK tidak dimaklumkan mengenai hal ini. BK mahu DSS ditanya sama ada DSS mahukan LK atau SB. Sesiapa yang dipilih oleh DSS akan dikahwinkan oleh BK. Maka segala raja Korawa sedar bahawa DSS hanya mahukan SB. Mereka kemudian bermohon kembali ke negeri masing2.